~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 26 Jun 2012

Nak buat semua perkara berjemaah? Agak-agaklahkan...

Entry ini bukan nak tujukan kepada sesiapa. Cuma sekadar luahan perasaan sebagai seorang yang bergerak secara 'lone ranger' (betul ke eja?)

Kat ofis aku nikan, dah jadi satu tradisi turun temurun agaknya kot, kalau nak ganti puasa kena berjemaah. Sekarang kan dah masuk bulan Syabaan, maka ramailah kawan-kawan ofis aku tergesa-gesa baru nak berpuasa ganti. Aku pulak yang risau mereka tak sempat habiskan. Tapi mereka selamba je. Hahaha.

Mereka berpakat beramai-ramai nak puasa bersama, saling menetapkan tarikh dan hari nak puasa. Aku bukan nak mempertikaikan tak boleh buat benda ni, tapi kadang-kadang aku rasa kelakar. Terjadi kes salah seorang period, nak mengikut kawan punya pasal, dia tak dapat puasa. Padahal jumlah puasa gantinya melebihi kawan-kawannya yang lain. Sebab kawannya tak nak berpuasa lebih awal, dia pun turut terjebak samalah.

Tak ke haru bila jadi macam ni? Mujurlah jangkasa masa period sekitar 7 hari je. Tapi, lepas tu dia dah rasa tak best sebab kawan-kawannya dah habis puasa ganti, tapi dia masih terkapai-kapai kena puasa sorang diri. Nak tak nak kenalah puasa jugak, sebab tak boleh nak tangguh lagi dah kan.

Sekali lagi aku nak tegaskan aku bukan nak mempertikai perkara berjemaah begini. Melakukan secara berjemaah ni aku puji, tapi tak nak pulak join solat berjemaah bersama?

Yang aku nak mempertikaikan di sini, buatnya termengandung ke? Kan ke susah nak ganti puasa. Orang perempuan ni macam-macam isu. Kalau nak mengikut kawan sekalipun, berpada-padalah. Aku tak faham jenis manusia macam ni, mentalitinya jenis ikut kawan je. Aku tahulah korang berkawan baik.

Sebenarnya, aku tak kisah pun. Mereka tak kacau hidup akukan. Tapi, aku rasa kelakar sangat. Bila kawannya cuti, dia sanggup tak makan tengahari, segan nak turun bawah seorang diri tapau makanan. Sanggup makan pagi secara heavy supaya lunch kang boleh skip. Hahaha. Lawak tak? Aku rasa kelakar sebab aku tak sangka masih ada spesis macam ni.

Pernah aku tengok mereka yang bergolongan macam ni mati kutu bila rakan kroni mereka Maternity Leave. Haaa, 2 bulanlah menung macam orang bodoh. Masa tu tak nak pulak puasa ganti kan, dah alang-alang nak skip lunch. Heheheheh

Pastu dah huru hara kena puasa sorang-sorang.

Sebenarnya banyak lagilah kes dan isu melibatkan nak buat sesuatu perkara kena ada kawan, kena ada kroninya. Kalau kawannya tak nak join sesuatu event, sekali dengan dialah tak join. Kelakar tak? Aku sangka fenomena ni hanya berlaku di alam persekolahan. Tapi rupanya spesis ini masih wujud walaupun mereka dah jadi mak budak. Lawaknya.

Aku pulak jenis tak reti ikut-ikutan macam tu. Aku jenis main terjah je. Kalau aku dah suka, dah berkenan, dah minat, aku sanggup buat perkara tu seorang diri. Kalau aku jenis nak ikut orang puasa barulah aku nak mula berpuasa, alamatnya tak berlakulah istilah puasa sunat isnin khamis, tak wujudlah puasa nazar dalam hidup aku.

Contohnya, aku bernazar kalau aku mengandung, aku akan puasa nazar 10 hari, kalau aku nak tunggu kawan-kawan aku puasa, silap-silap tahun depan pun tak habis lagi puasa nazar tu. Aku bernazar lagi kalau aku bersalin secara normal, dan baby aku sihat dan sempurna, aku nak puasa lagi nazar 10 hari. Kat sini sahaja puasa nazar aku dah cecah 20 hari, kalau aku tunggu kawan-kawan aku nak berpuasa berjemaah, silap-silap anak aku dah besar panjang pun jumlah puasa aku masih berbaki.

Ada satu kes di mana berlaku pada tahun 2005. Ofis aku buat trip buat pertama kalinya ke gunung kinabalu. Aku join. Padahal tak ada seorang staff pun yang aku kenal join trip tu. Maklumlah ofis aku ni beribu jumlah staffnya. Aku main terjah je. Janji impian aku nak tawan Kinabalu sebelum kahwin terlaksana. Kalau aku nak tunggu persetujuan kawan-kawan department aku masa tu, aku rasa aku tak merasalah duduk di atas puncak kinabalu tu pada tahun tersebut.

Dan kalau nak buat apa sahaja aku nak kena tunggu keputusan rakan-rakan aku, nak kena buat berjemaah, nampak gaya, banyaklah impian aku tak terlaksana. Kalau aku ikut rakan aku, sampai sekaranglah rasanya aku masih tak mempunyai rumah dan kereta sendiri. Kalaulah aku nak ikut rakan aku, aku tak bekerja di sinilah jawabnya.

Ada perkara yang perlu dilakukan berjemaah, ada perkara yang perlu dilakukan secara lone ranger. Ini pendapat akulah. Bukan tak boleh berpakat puasa beramai-ramai, tapi biarlah berpada. Nak buat perkara lain berjemaah pun biarlah berpada jugak.

Kawan aku berpuasa ganti berjemaah dengan anak-anak gadisnya. Pada aku ni perkara murni, dapat bersahur bersama, berbuka bersama, amalan ni patut diamalkan oleh aku selepas ini. Aku nak jadikan contoh teladan. Dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan anak. Tapi ingat, puasa ganti pun tak baik ditangguhkan tau. Jangan tunjuk tauladan macam ni pada anak.

Itu ajelah kot. Mentaliti macam ni pada aku untuk zaman millienium macam ni dah kena buang jauh-jauh. Sebab point aku di sini adalah keperluan semua orang tak sama, impian semua orang tak sama, begitu juga dengan takdir, qada dan qadar masing-masing. Ada perkara perlu fanatik berjemaah, ada perkara perlu lone ranger sahaja, tak perlu sangat ikut kawan-kawan. Kat kubur esok takkan nak berjemaah jugak kot?

Ini pendapat akulah. Aku tahu ramai tak setuju. Tapi pada aku, aku tetap berpegang pada kata-kata aku. Jangan kerana kawan sendiri, hidup kita tak berkembang, atau menjadi statik sampai bila-bila. Inilah yang berlaku kepada mereka yang aku dah kaji selama bertahun-tahun. Nak buat apa sahaja pun wajib berjemaah, payahlahkan. Nak masuk tandas pun berjemaah, nak ke surau pun berjemaah. Tu yang solat fardhu sentiasa lambat tu. Tak pernah di awal waktu. Agak-agaklah. Aku bukan cemburu. Aku cuma sedih dengan mentaliti begitu.

Lebih menyedihkan, setakat puasa ganti pun update beriya-riya dalam FB. Macam dia sorang je mampu puasa ganti. Ni bukan aku yang kata, kawan aku yang kata. Dia kata sangat annoying tulis status dalam FB declare dia berpuasa ganti. Patutnya dia lebih malu sebab saat akhir baru nak ganti. Pada aku, mujur dia ganti. Alhamdulillah

4 ulasan:

~~zana@pb~~ berkata...

Saya pula dari muda sampai sekarang, tak suka sangat ikut2 orang. Tak suka kalau di rancang lepas tu tergendala kerana seseorang buat hal.
Mungkin yg adik ceritakan ni, orangnya terlalu bergantung pada orang lain.

marinahunny berkata...

kat opis saya dulu pun ada jg mcm ni.pakat2 puasa tp x la keterlaluan sgt. tp yg jahatnya ada la sorang dua yg nakal kalu ada kwn puasa dorang siap cite psl mknan lg nk suruh kwn tu terliur, ckp nk g lunch kat sini la kat situ la tmpat yg sedap2.. adehh x baik nyee. yg paling sakit ati ni lari topik skit, hehe ada la sorang ni, suuukaa sgt solat berjemaah zohor dan asar, dkt2 ujung zohor baru naik pastu tggu asar sekaligus, amalan ni terbawak2 sama masa dia pregnant baby sulung, penah jg sound secara lembut tp dah tuan dia kata jap lg jap lg kita nak kata apa kan.kadang2 jd geram plak, nk sound lebih2 kawan.

marinahunny berkata...

saya dulu2 pun ada jg buat perkara2 berjemaah ni tp puasa tu tak lah, awal2 lg dh ganti. sy dan kwn slalu p berenang , gi sama2 pastu bila sorang xleh gi kita pun rs segan nak gi sorang. pastu mikir2 kalu ikut org ni smpai ke sudah x pandai la aku berenang. last2 xde dh join2 berjemaah ni. kalu sy pikir nak buat saya buat je.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

zana : haaaaaa, part nilah paling tak bestkan. saya sangat setuju :-)

marina : cerita pasal berenang, sy setuju, sy pun pernah join belajar berenang berjemaah jugak, kebetulan kawan-kawan saya nak join, so group jadi besar, bagusnya kat sini, kitaorg yg conquer pool. hahahhaa. lawak pun ada.

betul tu, nak tggu org lain, apa yg kita hajati susah nak terlaksana :-)