Dalam 2 minggu ni setiap hari aku akan minum teh ais. Seawal 7am, kemudian tengahari, kadang-kadang berlarutan sehingga ke malam. Minggu lepas aku sekadar beli di kedai, tapi minggu ni dah pandai buat sendiri di pantry ofis aku.
Kadang-kadang waktu malam aku dah tidur pun, tapi boleh tu tersedar jam 230am sebab semata terasa lapar. Aku abaikan sahaja rasa lapar tu, sebab takkan nak ajak Tok Ketua keluar makan time macam tu pulak. Tapi belum aku bukak mulut Tok Ketua terlebih dahulu dah faham, katanya jomlah pergi makan, dia tahu aku lapar, apa tidaknya aku boleh termenung di atas tilam macam orang kalah judi. Nak bagitau Tok Ketua yang aku ni kebulur, aku memang tak tergamak, suara tersangkut kat kerongkong sebab aku tahu setakat ni Tok Ketua akan tunaikan segala permintaan aku sejak aku jadi mak buyung ni. Aku tak naklah dikatakan mengambil kesempatan, aku cuma sekadar menghitung masa supaya cepatlah cerah, boleh solat Subuh dan kemudian boleh terus bersarapan.
Sejak alami gastrik ni lagilah kan, aku memang kena makan setiap 2 jam. Sebab tu aku standby apa yang ada, kurma, coklet, roti, kismis, kuih atau apa sahaja. Kalau tidak aku akan muntah lebih teruk dan rasa lesu. Sebab tu bila Tok Ketua tahu aku lapar, dia memang akan ajak aku makan. Tak berpeluang lagi aku nak masak di rumah. Rindu pulak nak memasak, dah hampir 6 bulan aku tak masak.
Kalau nak keluar makan tu, apa lagi, aku akan request teh ais lah. Tok Ketua dah malas nak cakap, dia tahu aku ni bukan suka minum ais batu, tapi sejak mengandung kebelakangan ni, aku gila teh ais pulak, so Tok Ketua abaikan je.
Sudahnya, apa yang berlaku, sejak semalam, aku diserang batuk. Padan muka aku. Padan muka. Padan muka akuuu. Gara-gara penangan teh ais la ni, siang malam, pagi petang. Budak ofis aku dah ramai berleter kurangkan minum teh ais, tapi aku dah tak boleh nak buat apa lagi, sehinggakan aku berdoa pada Allah supaya tarik nikmat teh ais buat sementara waktu buat aku. Sampai macam tu sekali aku ketagih teh ais, dah batuk-batuk ni pun masih telan teh ais.
Saat entry ni ditulis, aku baru je buat segelas besar teh ais di pantry tadi. Ohhh nikmatnya minum teh ais. Sedap pulak tu. Ishhhhh, aku bukan pandai buat teh ais, tapi boleh pulak aku rasa sedap sangat teh ais buatan air tangan sendiri.
Harulah macam ni.
2 ulasan:
penangan orang mengidam kot..hihi
takpalah akak tak berapa buleh makan..jadi minumle teh ais untuk tambah tenaga..tapi kena kurangkan ais jugak..takut badan sakit2 nanti...
semoga akak dan baby sihat2 selalu..
rulza : sy baru je sembuh dari demam. sejak hari sabtu sehinggalah smlm sy demam panas, batuk selsema, mujur dah sembuh, alhamdulillah, penangan teh ais dan jerebulah ni, hehehhee
Catat Ulasan