~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 26 Jun 2012

Luahan rasa di Facebook? Perlu ke?

Aku rasa majoriti ada akuan facebook. Yang membezakan samada dia pengguna aktif atau sebaliknya. Samada dia pengguna yang sangat ketagih atau sebaliknya. Tepuk dada, tanyalah selera masing-masing.

Kalau orang tanya aku, aku hanya gunakan FB sebelum ni hanya untuk cari trip mendaki. Dulu budak-budak gunung selalu gunakan akuan Multiply, aku pun ada, tapi bila FB dah famous, ramai dah beralih arah kepada akuan FB, masa tu aku dah lama ada akuan FB, tapi disebabkan akuan FB tak popular seperti sekarang, sebulan sekali pun aku payah aku nak log in.

Aku dikenalkan dengan FB ni melalui seorang rakan. Rakan aku ni mempunyai seorang kekasih hidup dan matinya dengan 'Mat Saleh'. Duduk di luar negara, maka melalui akuan FB mereka berhubungan. Kat negara barat masa ni FB dah aktif dan popular, cuma kat Malaysia masa ni masyarakat masih tak ramai yang tahu kewujudan FB ni. Maka rakan aku tadi, suruh aku register jugak akuan FB ni. Aku pun registerlah, walaupun aku tak rasa aku perlukan. Masa tu contact aku baru 3 orang, merekalah siapalah lagi.

So, pada aku masa tu FB bukanlah satu keperluan atau kepentingan pada aku. Tapi pada rakan aku tadi, FB lah sumbernya untuk melepaskan rindu dendam kepada kekasihnya yang kafir itu. Aku rasa jengkel juga masa tu, nak boyfriend mat saleh aja, konon orang Melayu ni bukan taste dia. Sebelum tu kekasih dia adalah lelaki yang berbangsa India, mujur hubungan mereka terputus di tengah jalan setelah lebih 5 tahun menjalin kasih. Aku restu sangatlah perpisahan mereka dan terang lagi bersuluh aku cakap depan-depan dia yang aku tak setuju dia nak berkahwin dengan mamat India tu di mana pada aku sentiasa mengambil kesempatan terhadap rakan aku yang satu ni baik dari segi kewangan mahupun segalanya. Tapi, frust menonggenglah dia sebab tak dapat kahwin, dahlah duit gaji habis untuk mamat tu semata.

Apalah aku melalut ni labu? Aku nak cerita pasal FB ni sebenarnya dah melalut cerita pasal kawan aku tadi. Aku tak pasti adakah kawan aku tadi dah menikah dengan lelaki Mat Saleh tadi sebab kami dah renggang. Aku tak boleh nak serasikan cara hidup aku yang kuno ni dengan cara hidup dia yang sangat moden. Terlampau moden sehinggakan melangkaui batas agama. Kalian faham sendirilah, aku tak nak aibkan rakan aku sendiri. Astagfirullah.

Berbalik kepada FB, kini setelah bersara daripada dunia pendakian, aku gunakan FB untuk berdakwah. Chewaahhh, macam bagus pulak aku ni. Tak adalah, bila free, ada kelapangan, aku akan taip beberapa patah kata kesimpulan daripada ceramah / kuliah / tazkirah yang aku hadiri, atas niat nak berkongsi dengan semua contact aku. Secara tak langsung aku dapat pahala apa. Di akhir ayat tu, aku akan pastikan tulis nama ustaz yang berkenaan. Ramai yang tak kenal nama ustaz yang aku tulis sebab majoriti hanya akan kenal ustaz yang keluar kat tv atau famous kat youtube semata. Aku pun tak kenal kalau aku tak join ceramah mereka. Hahahaha

Tapi semakin hari, aku rasa FB ni sangat menjengkelkan aku. Ramai bebenor luahkan perasaan, mengadu kat FB macamlah dengan luahan perasaan tadi dapat membantu. Silap-silap bertambah sakit hati dengan reply daripada manusia yang tidak tahu erti berbahasa. Padahnya diri sendiri, pastu angin dan meroyan satu badan. Apatah bila jawapan atau penyelesaian diberikan sang 'reply' tadi, tak memuaskan kehendak hati, mulalah nak mengamuk dan cakap si reply tak memahami apa berlaku. Kan ke padan muka? Mengadu pada Allah lebih baik, kenapa jadikan FB medan aduan?

Contoh ek, bercerai dengan isteri, bergaduh dengan suami pun di tulisnya dalam FB. Apa kes? Ada juga yang kereta baru kena langgar sikit terus ambil gambar post dalam FB siap tulis Haram Jadah. Apa tu? Mentang-mentanglah kau pengikut fanatik Najib suka hati je taip Haram Jadah pada yang calarkan kereta kau.

Aku yang mengalami kereta kena pecah, kereta kena curi, tak pernah tulis dalam FB haram jadah betul sapa yang curi dan pecahkan kete aku, perlu ke aku tulis macam tu? Perlu ke? Membantu ke? Sejuk ke hati aku selepas aku luahkan begitu? Tenangkah jiwa aku selepas ramai rakan-rakan reply menghulurkan simpati? Ingat ya semua, tak semua orang ikhlas dalam memberi pendapat, ramai yang ketawa dalam hati dengan musibah yang kita hadapi. Tak percaya? Terpulanglah.

Aku akui aku memang jenis tak reti nak mengadu masalah pada orang, apatah pada public. Masa aku operate lutut kena duduk wad, dapat MC 56 hari pun mak aku kat kampung langsung tak tahu tau tak. Itu mak yang jaga aku, yang bela aku, apatah orang lain, lagilah aku tak bagitau. Kecuali sesiapa yang tahu, tahulah, orang sekitar aku biasanyalah.

Aku demam, aku tak de duit, mak aku tak pernah tahu. Bukanlah aku ni jenis perahsia, tapi sesungguhnya aku tak reti nak mengadu. Kawan aku bajunya kena minyak pun terus call mak kat kampung mengadu. Aku rasa perkara ni sangat luar biasa tau tak. Bukan aku nak nafikan haknya yang boleh mengadu, tapi aku rasa aku tak reti nak buat macam tu.

Susah senang aku, aku sendiri yang tahu dan orang-orang sekitar aku. Kalau pun aku nak mengadu, aku akan mengadu sekali lalu, samada orang perasan atau tidak, itulah aku. Biasanya ramai yang tak perasan yang aku sedang luahkan perasaan. Cuma, sejak aku kahwin je aku sikit-sikit nak mengadu kat Tok ketua, saja nak menggedik, sebab Tok Ketua ni jenis serius dan pendiam, aku suka benar sakat dia, nyamuk gigit aku pun aku nak mengadu, boleh gitu? Tapi itu niat nak menggediklah, bukan nak mengadu dalam erti kata  yang sebenar. Nak menggedik dengan siapa lagi, kalau bukan laki sendiri. Untungnya Tok ketua layankan je, sebab dia tahu, aku sentiasa nak tarik perhatiannya. Sehinggakan pernah dia cakap aku ni jenis manja jugak rupanya, selama ni dia anggap aku ni jenis agresif dan kasar. Aku tetap wanita biasa, ada masa agresif, ada masa feminin, ikut kesesuaian masa dan keadaanlah. Auwwwmmm!!! Takkanlah tengah drive aku nak feminin, mahunya asyik kena buli je kat jalan raya, takkanlah dengan suami sendiri aku nak berkasar, mahunya aku cium neraka je nanti.

Oh ya, lagi, cuma sejak ada blog ni jugak, aku mengadu kat sini, aku rasa puas dapat tulis kat sini, biarpun aku tahu ada yang membacanya tapi aku tak kisah, selagi cara aku mengadu tu tak dapat dosa, tak aibkan sesiapa dan tak guna kata-kata kesat, aku rasa oklah kot. Lagipun, aku dah mengadu terlebih dahulu pada Allah. Sebab Dia walaupun dah tahu, aku tetap bagitau. Aku puas begitu. Dia lebih tahu. Perancangannya lebih sempurna. Maka, aku tak terfikir pun nak mengadu kes kereta aku kena pecah, banyak barang berharga hilang, kereta aku kena curi perlu aku luahkan dalam FB dan taip haram jadah.

Haram Jadah tu apa? Aku tak tahu maknanya sehinggalah sekarang ni.

6 ulasan:

RULZA berkata...

bgi saya kak nak luahkan boleh tapi macam akak cakaplah tak perlulah tulih benda yang mencarut2 dan marah2..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : betul jugak tu kan :-)

kakcik berkata...

Sebenarnya kakcik adalah seorang yang sangat baran. Bagaimanapun, taklah samapi tergamak kakcik nak mencarut dalam blog sendiri mahupun dalam blog orang lain. :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : samalah macam saya ni kak, logiknya lebih drpd semua tu boleh je nak sy lafaz, sebab kete saya siap kena curi lagi, bukan bercalar semata, tp saya fikir tak wajar saya buat begitu

~ yus ~ berkata...

luahan di blog sekadar meringankan sedikit beban di hati oklah rasanya. Tak perlu cerita serba lengkap, siap carut mencarut semua. Itu tak perlu kan.

Betul kata WBH, mengadu pada Allah dan mereka yang dekat dengan kita seperti suami sendiri lebih bagus.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

yus : akak, semoga kita semua tak terlepas pandang perkara negatif ni kan kak :-)