~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 5 Jun 2012

Konflik seorang bakal ibu

Assalamualaikum.

15 Rejab. Cepatnya masa berlalu. Sangat pantas. Jika dikenang, amalan aku tidaklah sebanyak mana. Usia makin meningkat. Ngeri aku mengenangkannya. Teringat ustaz zahazan cakap tadi dalam radio IKIM.fm, apalah sangat dunia yang singkat ni, setakat umur 60 tahun tu seakan 2 jam lebih je kat akhirat, biar betul, adoi la.

Aku mengenangkan lagi, aku bakal jadi ibu. Satu berita yang sangat menggembirakan aku dan Tok Ketua. Kawan-kawan tak putus doa semoga anak yang bakal lahir kelak menjadi anak yang beriman.

Tapi, sebelum nak anak jadi beriman, ibu bapa tu sendiri sepatutnya dah menjadi manusia beriman. Barulah kebarangkalian anak menjadi anak beriman tu tinggi peratusannya. Memang iman itu tidak mungkin diwarisi, tapi kepimpinan adalah melalui teladan. Inilah yang membimbangkan aku sebenarnya.

Aku dan Tok Ketua bukanlah asal daripada sekolah agama. Maka, di sini, ilmu agama kami tidak cukup dalam nak mendidik anak yang bakal lahir esok. Anak itu amanah daripada Allah, bukan sekadar anugerah, bukan sekadar rezeki.

Aku mula diserang rasa bimbang. Entah macam manalah aku nak didik anak aku esok. Dahlah aku ngeri dengan generasi anak-anak sekarang. Banyak sangat kes maksiat berlaku. Dah tahap melampau. Dah seakan tak boleh nak dibendung. Aku tak nak salahkan sesiapa, tapi aku sangatlah bimbang dengan fenomena ini.

Kalau generasi sekarang dah seakan huru-hara, generasi anak aku esok entahlah macam mana. Samada di takuk yang semakin parah, atau semakin pulih. Tapi aku rasakan semakin parah, aku rasalah, lihat sahajalah statistik kes buang bayi, anak luar nikah, semakin tak terbilang-bilang. Kes remaja yang berzina juga dilaporkan setiap hari dalam akhbar. Setiap hari. Pening kepala aku, sakit jiwa dan seakan nak terhenti jantung aku membacanya.

Mampukah aku mendidik anak aku esok? Mampukah? Buat masa ni terang lagi bersuluh aku memang tak mampu. Tapi, aku kenalah berusaha menambahkan ilmu di dada, kenalah berusaha menjadi ibu yang solehah demi amanah yang Allah dah beri ni.

Sesungguhnya, menggigil aku nak memikul peranan sebagai seorang ibu solehah ni. Beratnya tanggungjawab yang satu itu. Ya Allah, bantulah aku insan yang lemah ni, jadikanlah anak aku seorang yang beriman, semoga imannya itu setebal Saidina Abu Bakar atau lebih lagi. Dan bantulah aku dan suami juga menjadi manusia beriman selama-lamanya.

2 ulasan:

UMMI YL berkata...

assalamualaikum kak wbh..
harapnya akak sihat2 saja

cakap pasal anak2 boleh buat kita menangis...saya juga mengalami ketakutan yang sama hinggakan saya cakap pada diri saya 10 tahun lagi kalau umar dan ammar tak ok saya takmau tambah anak lagi...takut nak bayang zaman depan dan anak2...takut sungguh

kalau diberi itu rezeki dr allah..kita merancang tapi rancangan allah itu maha baik..

takutjika sebab tangan nilah anak2 jadi rusak..

lemahnya saya juga..apa yang boleh saya buat dan jangan tinggalkan terus doa buat anak2...kadang kita memang ada salah tapi kuasa doa bonda sangat keramat...Saya selalu percaya apa yang saya berjaya hari ni adalah izin allah dr berkat doa mak saya sentiasa....

insyallah, semoga allah tambahkan iman buat kita semua..dan diberi kekuatan dan kesenangan nak didik anak2 supaya jadi soleh...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : waalaikummussalam wbt

itulah, sy bimbang seandainya saya salah didikan pada anak2, sy lihat ramai ibu bapa skrg ajar anak2 supaya lebih takutkan hantu drpd takutkan Allah, itu baru satu bab, blm masuk bab lain,

sy ni iman yg lemah, tp itulah bak kata rulza doa sahaja penyelamat skrg ni, dan itu pun saja yg sy mampu buat

semoga anak2 kita menjadi mukmin yg beriman, amin :-)