Assalamualaikum wbt
Hari sabtu, Rania dan Marsya bosan berada di rumah. Asyik bergaduh je dua beradik ni. Kalau tak saling menampar saling menggigit antara satu sama lain, gara-gara berebut barang mainan, begitulah rutin mereka 2 beradik setiap hari. Tapi kalau time diaorang baik, baik betul, siap boleh berkongsi apa saja termasuk mainan dan selimut, tapi time diaorang berperang, jenuh aku dan Tok Ketua kena leraikan. Kadang-kadang rasa penat sangat dengan kerenah diaorang, tapi diaorang takde rasa sunyi pulak.
Tapi pengasuh cakap bila ada di rumah pengasuh, diaorang saling jaga antara satu sama lain. Hmmmm, begitu pulak.
Walaupun Rania dan Marsya dibenarkan main di taman permainan di bawah rumah aku hamper setiap hari, kalau dah hari-hari di tempat yang sama meraka seakan bosan. Aku mengambil alternative mengajak Tok Ketua ke taman permainan di Putrajaya, sesekali ubah angin. Mujurlah Putrajaya dan rumah tak jauh mana. Mujurlah jugak Putrajaya ada banyak kawasan reakreasi untuk sekeluarga bersantai dalam kos yang murah. Maklumlah dah nak raya haji ni, nak balik kampong lagi, so kena jimat kos gitu. Hahahahahaha
Dalam nak menjimatkan kos pulak, bila ada anak ni kena lakukan jugak aktiviti di luar rumah, kesian pada diaorang terperap aje di rumah,nak tak nak kena jugak keluar daripada rumah.
Rania sangat excited apabila diberitahu nak pergi taman permainan. Sepanjang jalan, Rania dan Marsya kerap menyanyi dan bersorak. Budak-budakkan, fikir seronok saja.
Sampai di Putrajaya, kami memilih parking betul-betul di depan taman permainan. Tak ramai sangat orang. Mungkin diaorang bawak anak-anak diaorang ke tempat yang lebih ekslusif seperti taman tema dan lain-lain.
Rania dan Marsya meluru ke taman permainan sejurus keluar saja daripada kereta. Aku tak sempat kejar Marsya yang lari ke depan dan tiba-tiba dia tersepak akar, tersembam lantas menangis. Tok Ketua berlari dan mendapatkan Marsya sambil berpesan, janganlah lari, jalan elok-elok, kan dah cakap tadi.
Berhenti menangis Marsya sambung berlari semula ke taman, sekali lagi tersepak akar, tersembam dan menangis, habis baju dan seluarnya kotor, lututnya bercalar. Sekali lagi Tok ketua mendapatkan Marsya dan memujuk Marsya agar jangan menangis dan jangan berlari. Tak serik langsung. Marsya sekadar diam sejenak.
Aku hanya pandang je mereka, nak berlari, bagai dikata aku ni mak buyung, mulut aje boleh menjerit-jerit. marsya tidak peduli, dalam esak tangis dia berlari sekali lagi mendapatkan kakaknya yang sudah berada di atas jongkang-jongket. Senyuman terukir di wajahnya. ceria. Sesungguhnya kesakitannya tadi lenyap terus. Sabo jelah wahai anak.
Lebih sejam bermain gelongsor, buaia, jongkang-jongket dan semua permainan dah mereka cuba, tiba-tiba hari hujan, kami segera beredar ke dalam kereta. Tak sampai 10 minit hujan dah berhenti. Tok Ketua mengambil keputusan membawa kami berjalan di tepi Tasik Putrajaya pula.
Seperti dijangka, Rania dan Marsya sangat seronok melihat tasik, ada pulak banyak ikan besar-besar dalam tu, kelihatan di tepi tasik ada sepasang suami isteri dan seorang anak mereka sedang memberi makan kepada ikan-ikan di dalam tasik. Bila Rania dan Marsya menghampiri mereka, mereka dengan senang hati memberi sedikit makanan ikan kepada Rania dan Marsya untuk diberi kepada ikan yang sedang berebut makanan di dalam kolam.
Rania segera melontar makanan ikan sebaliknya Marsya masukkan ke dalam mulut. Aduhai, cepat-cepat Tok Ketua mengorek mulut marsya dan menasihati Marsya supaya tidak mengulanginya lagi. Makanan ikan tu tak boleh di makan, berkali-kali aku mengingatkan Marsya
habis sudah sebungkus makanan ikan, pasangan suami isteri dan anak mereka telah beredar. Aku sempat ucap terima kasih kerana sudi berkongsi makanan ikan tadi. Marsya dan Rania seolah tak nak berganjak daripada situ. Cuaca kelihatan baik sekali, redup dan tidak panas.
Apabila marsya merengek nak susu, kami kembali ke kereta, dua beradik tadi minum susu sambil baring di dalam kereta. Tok Ketua membawa kami memusing sekitar pusat jualan KUD, berkali-kali tawaf memusing mencari parking, dukacitanya tiada yang kosong, walaupun jauh daripada kawasan KUD tersebut, tiada langsung yang kosong, Nampak macam mustahil tapi itulah reality, betapa ramainya orang dan betapa banyaknya kereta penuh dan padat di kawasan tersebut.
Akhirnya kami berputus asa, pulang ke rumah walaupun Rania mengamuk nak pergi ke KUD tersebut, dia dah Nampak ada belon besar, dia nak naik belon tersebut, ada pulak banyak mainan yang dijual di tepi-tepi jalan membuatkan Rania mengamuk apabila kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
Puas memujuk namun rania tetap tak puas hati, dia tetap nak sangat naik belon, itu impiannya yang belum tertunai lagi. Sabo jelah. Sudahnya Tok Ketua cakap, petang kang kita mandi kolam kat bawah rumah ye, terus rania ceria. Seperti diduga, menjelang petang saja, Rania dah menuntut janji daripada bapaknya.
Mujur jugak ada kolam kat bawah rumah, dapat minima kos lagi, hahahahahahahaha
hai anak-anak, macam-macam permintaan kalian ye, agaknya budak zaman sekarang macam ni ke, aku dulu tak de pulak berani meminta-minta kepada mak dan ayah, barangkali mak aku garang, tapi sekarang pun aku rasa aku singa kot kepada Rania dan Marsya tapi entahlah.
Kadang-kadang diaorang bukan fikir pasal kos dan duit, nak tak nak aku dan Tok Ketua cuba memuaskan hati diorang dengan mencari aktiviti yang percuma atau yang dapat menjimatkan kos. Kalau setiap minggu perlukan kos yang tinggi jenuhlah, banyak komitmen lain yang perlu diberi perhatian.
Janji diaorang seronok dan puas hati, tak bosan asyik terperap di rumah.
Minggu yang sebelum-sebelum ni bawak diaorang tengok burung di Putrajaya jugak, tak salah aku wetland kot. Diaorang seronok dan terhibur melihat gelagat burung especially marsya yang baru nak teroka macam-macam benda.
Entahlah, kadang-kadang buntu jugak nak bawak diaorang bereakreasi, nak bawak masuk hutan aku pulak yang preggy, nak masuk shopping complex bukan kegemaran aku dan Tok Ketua kecuali ada barang yang dicari.
Mungkin aku kena lebih banyak mengkaji tempat-tempat yang boleh anak-anak aku lawati tanpa melibatkan kos yang tinggi.
2 ulasan:
Assalamualaikum wbh. Lama sgt x dgr cerita. Sedar2 nak masuk no 3 dah. Sy jugak yg blom berisi. Jgn lupa doakan saya ye 😀
wsalam wbt
Alhamdulillah, sy doakan marina dikurniakan cahaya mata yg diidamkan
insyallah, satu hari nanti
Catat Ulasan