~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 19 Oktober 2015

Kisah Rania dan Marsya

Assalamualaikum kawan-kawan semua

Banyak idea nak tulis dalam blog tapi kesihatan tak mengizinkan, cuaca yang tidak menentu, jerebu yang kembali menyerang membuatkan tahap kesihatan aku pun tak stabil. Sepatutnya kandungan yang dah mencecah 5 bulan ni, aku dah kira cukup stabil daripada menghadapi masalah mabuk dan alahan, malangnya seperti aku cakapkan tadi, pengaruh cuaca menyebabkan tahap kesihatan aku menjadi negatif. semalam seharian aku muntah di dalam rumah, sesi pecah rekod muntah bersepah di dalam rumah sendiri, apa tidaknya aku sakit kepala yang amat sangat, memusing-musing bila bangun, tak sempat ke bilik air, bangun je aku dah muntah, Rania & Marsya sibuk bertanya kenapa ibu muntah. Aku jawablah sakit kepala. Tapi Rania yang jenis suka bertanya, bermacam soalan diutarakannya, seperti kenapa ibu muntah atas lantai? Kenapa ibu muntah? Kenapa ibu sakit? Kenapa ibu sakit kepala? Kenapa ibu tak muntah kat bilik air? Aduhai, Rania ohhh Rania. Mengenangkan dia, aku kadang-kadang boleh senyum sorang-sorang. Mari aku buat kronologi antara soalannya yang kadang-kadang aku tak jangka

Beberapa bulan yang lalu

Kronologi 1

Rania : Ibu, kenapa dalam perut ibu ada baby?
Ibu : Kenapa? Kan bagus nanti kakak ada kawan ramai
Rania : Kakak tak sukalah ibu (ohhh, sungguh telus pengakuan Rania, agaknya dapat adik seperti Marsya, dia dah rasa hidupnya terganggu, apa tidaknya semuanya kena kongsi, especially alat-alat permainan, ini nak dapat adik lagi sorang, agaknya apalah yang difikirkannya)

Bulan lepas

Kronologi 2

Rania : Ibu, nanti baby keluar kot mana?
Ibu : (Terkedu jap nak jawab, tapi tiba-tiba dapat idea, nak kenakan Tok Ketua lalu aku jawab) Entahlah kakak, cuba tanya bapak, baby keluar kat mana, sebab bapak yang tengok nanti
Rania : Bapak ooo bapak, nanti baby keluar kot mana?
Bapak : (Dengan muka serius takde perasaan menjawab) Keluar kot tet tet (maaf ni memang sensor, tapi begitulah Tok Ketua menjawab sebab Rania & Marsya memahami private part tu dengan istilah tet tet, mana tah diaorang dapat gelaran tu, aku pun tak tahu.


Minggu lepas

Kronologi 3

Rania : Ibu, bila baby ni nak keluar?
Ibu : erk, tunggulah ye, bagilah baby beso sikit, nanti dia keluarlah
Rania : Nanti baby keluar, kakak nak bagi baby susu, nak tepuk-tepuk baby, bagi baby tido
Ibu : Baguslah, kakak kan dah beso, kenalah jaga adik
Confuse pulak aku bila soalan begini hampir setiap hari dia tanya pada aku, bila baby nak keluar?
Mungkin dia dah terpengaruh dengan Marsya, sebab marsya setiap hari akan cium perut aku, katanya nak cium baby. Lama kelamaan Rania pun ikut habit si marsya. Untuk pengetahuan kalian, Marsya memang sukakan baby, cuma dia jenis cemburu yang kuat bila mana aku atau Tok Ketua pegang baby(anak orang lain), dia boleh berguling-guling menangis di atas lantai, dia hanya akan berhenti menangis sekiranya dia nampak kami tak pegang lagi atau dukung baby tersebut. Biasanya dia sendiri akan cium baby(anak orang lain) bila dia nampak kelibat baby di mana-mana. Aku pulak yang susah hati sebab bukan semua orang suka baby mereka disentuh diwenangnya.

Inilah perangai Rania yang berumur 3 tahun 1 bulan dan perangai si Marsya yang berumur 1 tahun 11 bulan.

Kadang-kadang sikap dan soalan mereka di luar jangkaan. Kena selalu bersedia dengan jawapan, dan jawapan tersebut hendaklah menetapi tahap pemikiran mereka, kalau jawab di luar tahap pemikiran mereka, mereka akan bertanya semula sehingga mereka benar-benar faham. Kalau tak, jenuh nak menjawab soalan mereka bertalu-talu. Begitulah