~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 20 April 2011

Satu fenomena

Assalamualaikum. Kembali bekerja semula semalam setelah 3 hari bercuti. Esok aku akan sambung bercuti semula untuk pulang ke kampung suami. Majlis di sebelah suami akan diadakan sabtu ini. Oh ya, majlis berjalan dengan lancar walaupun ada masalah teknikal melanda. Dah lepas, malas nak dikenang. Walaubagaimanapun majlis berjalan seperti yang aku rancang.

Dalam hujan lebat yang menggila semasa sesi akad nikah pagi sabtu itu, aku anggap ianya hujan rahmat. Antara waktu musjatab doakan setahu aku ialah semasa hujan sedang turun. Maka segala macam doa yang terlintas di fikiran aku lafazkan sesungguh hati. Syukurlah, dengan sekali lafaz, aku sah menjadi seorang isteri.

Ada cerita kelakar di sebalik cerita akad nikah ni sebenarnya dan menjadi bahan sesi borak semasa majlis kahwin. Sepatutnya dalam sesi akad nikah ni, pengantin biasanya akan menangis. Tapi, bak kata anak saudara aku, aku ni mana ada perasaan. Jenis hati batu. Hati kering. Diaorang dah agak aku takkan menangis setelah selesai akad nikah, tapi mereka tak sangka pula pengapit lelaki yang menangis. Hahaha.

Sebenarnya ada sejarah di sebalik tangis itu. Tapi, dah tak ada jodoh, dah ketentuan aku jadi isteri orang lain nak buat macam mana. Walaubagaimanapun, dia masih sudi jadi pengapit aku. Ni namanya kawan sejatikan. Kawan selagi hayat dikandung badan. Kawan sehingga ke syurga, insyaallah.

Ahad dan isnin adalah hari busy kami suami isteri. Sesi bertandang ke rumah saudara sekitar Lembah Klang. Biasalah, sebagai pasangan pengantin, kami dibuli dibahan dengan pelbagai soalan cepu mas. Selagi boleh aku sedaya upaya menepis daripada menjawap soalan berbaur 18sx manakala suami aku buat muka selamba. Perangainya yang pendiam menjadikan dia secara tak langsung terlepas terus daripada usikan manakala aku ni yang jenis peramah boleh tahan asyik kena memanjang. Bagaimanapun aku tak kecil hati, malah aku dah bersedia daripada segi mentaliti menerima usikan tersebut.

Ke mana aku pergi, sedikit sebanyak menjadi tumpuan orang sekeliling. Ke kedai makan membayar harga makanan dan membasuh tangan, aku di sapa oleh customer sebelah meja, baru kahwin ke? Aku ke kaunter KWSP pun di sapa oleh petugas terbabit. Perkara yang sama berlaku di pejabat pos semasa aku nak renew lesen memandu yang hampir tamat tempoh. Mereka melihat inai di jari yang masih merah. Sehinggakan ada yang lantang bersuara mengatakan sepatutnya pengantin baru berkurung di bilik tidur. Uiksssssss. Aku macam biasa, ketawa mengekek.

Belum bercerita tentang insiden di ofis aku. Rakan-rakan satu department datang menyerbu dan bertanyakan soalan bertalu-talu. Aku rasa korang tentu boleh agak apa soalan mereka di mana aku rasa tak mampu aku nak jawab melainkan sekadar senyum dan sengih. Kontraktor-kontraktor yang datang bertemu aku atas urusan kerja juga tak melepaskan peluang mengajukan soalan yang aku rasa merah padam aku menahan malu. Bagaimanapun aku hanya tersenyum dan membiarkan segala soalan tadi berlalu begitu sahaja.

Adalah menjadi satu kelainan yang maksima apabila aku menjadi seorang isteri. Totally different. Anyway aku bersyukur mendapat suami yang sangat fleksibel daripada segi kudrat. Dia sangat memahami kepenatan aku bekerja dan dia dengan ikhlas sudi menolong aku mengemas rumah. Rumah aku dah seakan tongkang pecah dengan segala hadiah dan segala barang suami aku. Dan aku tak sangka dia masih sudi mengemas walaupun aku tak minta dibantu. Dan aku harap selamanya dia akan berkekalan begitu. Selamanya.

Aku tak putus dalam berdoa semoga perkahwinan aku sentiasa bahagia dalam rahmat dan berkat Ilahi. Aku tahu suatu masa nanti pasti aku akan jatuh bergolek, kerana tak selamanya aku berada di atas, maka aku perlu sentiasa kekalkan dalam berdoa, dan berusaha menjadi seorang isteri yang solehah. Itukan ikrar aku.

Insyaallah.

10 ulasan:

azharjaafar berkata...

ooo.. baru menikah.. err.. nak tanya..

err.. x jadilah tanya..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

en azhar : hehehehe

Kakcik Seroja berkata...

Semoga kalian sentiasa hidup dalam berkasihsayang dan dikurniakan dengan cahaya mata yang sihat dan comel serta soleh/solehah sebagai pengikat jiwa. InsyaAllah.

Maaf kerana kakcik tak dapat menghadirkan diri. Sibuk dengan urusan keluarga - anak dan suami.

ahlia azharjaafar berkata...

sila abaikan soalan en azhar tu..hehe `Selamat Pengantin Baru' semoga berkekalan hingga ke syurga..amin

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kak cik : t/kasih atas nasihat dan doamu itu :-)

ahlia : t/kasih atas doa itu :-)

Unknown berkata...

jemput memberi pandnagan pada artikel terbaru sy..mana tahu mungkin kita ada pandangan yg berbeza..t.kasih

Pakcik Botak berkata...

alhamdulillah..semoga berkelan dan dirahmati Allah buat kamu berdua ;)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

tkasih pakcik botak :-)

ibuintan berkata...

tahniah... semoga berkekalan dan berbahagia hingga hujung nyawa


moga dikurniakan zuriat yg sihat dan sempurna segalanya

Wanita Bertudung Hijau berkata...

tkasih ibu intan :-) atas doa itu