~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 10 Ogos 2011

Puasa itu sebagai bebanankah???

Assalamualaikum kawan-kawan. Aku rasa semua orang tahu, bulan puasa terbahagi kepada 3 ASAS yang utama, iaitu :-

1) 10 hari yang pertama kita berada di dalam rahmat Allah
2) 10 hari tengah kita dalam pengampunan Allah
3) 10 yang terakhir pula diberi kelepasan daripada azab api neraka.

Barang siapa yang tak merebut pada aku berada di dalam kelompok manusia yang rugi, sebab bulan ramadhan bukannya wujud setiap bulan atau selang sebulan. Belum tentu ramadhan akan datang kita hidup dan bernyawa lagi tau tak?

Semua orang sedia maklum juga, dalam bulan yang mulia ni, dalam bulan al quran di turunkan ini, apa sahaja amal kebaikan, apa saja amalan dan apa saja ibadah yang kita buat, pahalanya berlipat-lipat kali ganda. Contoh paling simple yang semua orang sedia maklum, barang siapa yang bersolat sunat dalam bulan mulia ni pahalanya menyamai solat fardhu. Betulkan aku jika aku salah.

Best tak? Bestkan. Betapa Maha Penyayangnya Allah. Betapa Maha Pemurahnya Allah. Betapa Maha Hebatnya kasih sayang Allah pada kita. Tu pun masih tak nak rebut peluang ni. Tu pun tak nak gandakan amalan. Tu pun malas nak buat ibadah. (cakap pada diri sendiri jugak, ingatkan diri sendiri jugak-jugak).

Aku sedih sebenarnya tau. Sebab tu terpaksa luahkan juga hari ni dalam blog. Dah lama sangat aku simpan dalam hati. Dah lama aku menangis dalam hati. Benda ni aku simpan sejak sebelum ramadhan lagi. Aku nak luah kat sini. Aku nak kongsi dengan sesiapa yang sudi nak baca.

Sebenarnya, sampai sekarang mentaliti kebanyakan orang Islam masih tak berubah apabila tiba bulan puasa. Aku sedih apabila ramai yang mengeluh kena bangun seawal pagi nak memasak untuk persediaan bersahur. Tak cukup rehat. Badan jadi penat. Aku pun kena bangun seawal 430am tau tak. Walaupun aku tak dapat nak berpuasa sebab period, aku tetap bangun jugak sediakan juadah sahur untuk suami. Walaupun suami aku cakap tak payah bangun, dia cakap dia boleh buat sendiri. Tapi gamak ke aku, sebab period punya pasal, aku off duty layan suami aku?

Kemudian aku bersiap sedia ke ofis. Mana ada aku tidur selepas tu. Aku pun penat, aku pun mengantuk, tapi tak perlu pun mengeluh. Bukan aku nak tunjuk gagah, bukan aku nak tunjuk hebat, aku khuatir, aku bimbang, kalau aku mengeluh, pahala aku akan hilang, silap-silap dapat dosa je. Aku tak nak ianya berlaku. Kalau pahala aku hilang, sia-sia jelah aku bangun penat masak untuk sahur suami aku. Balik kerja tanpa berlengah aku terus siapkan juadah berbuka, maknanya, aku takkan dapat rehat sehingga selepas terawih. Ingat aku tak penat ke, aku bukannya robot, aku dah tua, aku tetap ada rasa penat dan lelah, aku tetap rasa lesu. Tapi bersungut dan mengeluh bukannya tindakan yang bijak.

Tak cukup juga, ada yang cakap, bulan puasa ni pasti dia akan jadi pasif sebulan (merujuk kepada orang yang bercakap pada aku). Maksudnya, apa yang aku faham, sure dia akan menjadi manusia tak produktif sepanjang sebulan di bulan puasa. Betul tak pemahaman aku? Adakah puasa mendera fizikal dan mentalnya? Adakah puasa menjadi satu bebanan padanya? Kalau tidak, perlu ke bercakap macam tu? Atau ada maksud lain?

Kemudian, semalam aku sempat membelek FB aku seminit dua sebelum aku terlelap. Satu status dalam FB membuatkan aku termenung panjang. Tahu apa status FB kawan aku tu? "Iman aku teruji apabila aku ke pantry ada staff Chinese sedang menjamah karipap, kentang kah, sardin kah, sedapnya". Yang menulis status ni adalah seorang perempuan yang sebaya aku yang bakal berkahwin hujung tahun ni. Boleh tak korang teka apakah yang sedang bermain di minda aku?

Bakal isteri orang menulis status begitu di bulan puasa ni. Bayangkan yang membaca FBnya terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat, pelbagai kaum, pelbagai peringkat umur dan pangkat. Bayangkan lagi yang membacanya terdiri daripada bukan Muslim? Agak-agak korang apakah yang akan mereka faham? Seseolah puasa ni menyeksa diri orang Muslim. Seseolah puasa ni mendera mental dan fizikal orang Muslim. Seseolah puasa tersebut atas dasar keterpaksaan. Seseolah Allah zalim pada orang Muslim. Kalau beginilah, makin jauhlah orang bukan Muslim dengan Islam. Pastinya mereka memandang Islam ni sebagai satu bebanan kepada mereka. Pasti jugaklah mereka berterusan memandang serong kepada hukum Fekah Islam.

Sepatutnya kita war-warkan kemanisan dan keindahan berpuasa. Bukan menceritakan keperitan dalam berpuasa. Sewajarnya kita excited bercerita tentang kenapa puasa diwajibkan ke atas kita orang Muslim. Sebagai hamba Allah, kita kenalah berbangga dan positif dalam menunaikan kewajipan ni. Kitalah sepatutnya yang kena gambarkan kepada yang bukan Muslim tentang kebaikan berpuasa di dunia dan di akhirat.

Aku faham maksud kawan aku tadi, aku tetap nak bersangka baik, mungkin dia sekadar luah tanpa ada maksud tersirat. Tapi, pada aku, status tadi tetap tak sepatutnya diwujudkan. Teknologi di hujung jari kita. Gunakan teknologi untuk berdakwah. Gunakan teknologi untuk menarik golongan bukan Muslim untuk mendekati Islam. Iklankan kelebihan Islam, kelebihan hukum dalam Islam, bukannya menggunakan teknologi untuk luahkan perasaan yang tah apa-apa. Bukannya merendahkan martabat Islam. Ingat, apa sahaja yang kita cakap dan tulis, semuanya akan dihisab satu-satu kat akhirat. Aku ulang, akan dihisab satu persatu. Walaupun apa yang kawan aku tulis tu perkara remeh, aku rasa dia tak perlu tulis macam tu. Ni pendapat jahil akulah.

Semalam jugak, seorang kawan aku yang hampir sebaya aku tapi belum berkahwin berkata, Yana (bukan nama sebenar) tak tahan setiap kali balik rumah anak buah Yana minta sediakan air untuknya. Yana nak je minum air tu. Yana tak tahan rasanya. Aku cakap dengan muka selamba, ko ni cakap macam budak-budak. Anak buah aku pun takkan cakap macam tu. Muka aku sedikit serius. Aku pandang wajahnya. Dia kata lagi, betul, Yana memang tak tahan dugaan kalau ada air depan Yana, nak je minum.

Aku dah sedikit bengang. Tapi, aku kawal perasaan bengang tu. Akhirnya terpantul juga ayat daripada mulut aku, Oooo, patutlah ko berat sangat nak berpuasa ganti, patutlah berat sangat nak puasa sunat, sedangkan bulan puasa, ko tak tahan dugaan, apatah bukan di bulan puasa. Dia jawab, memang pun, dugaan bukan di bulan puasa lagilah kuat. Lagilah tak mampu nak kawal. Aku akhirnya mengeluh. Aku nak kata sesuatu, tapi tiba-tiba dia tanya aku, boleh tak kalau belum masuk waktu Yana dah minum? Apaaaa?????? Oh tidakkk.

Nampak tak kawan-kawan, cerita di atas adalah realiti, di mana mencerminkan true color tahap keimanan mereka, betapa seseolah puasa ni menjadi satu bebanan yang sangat dashyat kepada mereka. Aku pun manusia biasa, tapi apabila kita tahu matlamat kita berpuasa, untuk menjadi manusia bertakwa, maka, segalanya Allah permudahkan. Apabila kita jelas dengan matlamat kita, insyaallah segalanya tidak akan pernah menjadi satu bebanan dan menyusahkan hidup.

Aku bukan manusia gagah, aku bukan manusia kuat, aku bukan badang yang perkasa, aku tetap manusia biasa. Aku cuma nak jadi hamba kesayangan Allah. Aku pernah hidup dalam zaman jahiliah. Aku rasa akulah manusia paling bodoh masa tu. Dulu aku rasa ramadhan tak pernah memberi erti pada aku kecuali wajib berpuasa semata. Aku cuma tak nak jadi macam dulu. Aku nak buat segala perintah Allah dengan hati yang paling ikhlas dan positif. Aku nak tunaikan kewajipan dengan hati yang bersungguh dan berlapang dada. Aku nak menghayati sepenuh jiwa raga.

Aku pastekan di bawah satu artikel tentang puasa yang aku dapat dalam email yang berkaitan dengan luahan perasaan aku. Hayatilah. (Aku belum cerita tentang dalam bulan puasa pun masih ramai tak nak jaga mulut daripada mengumpat, menyedihkan)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”

(Riwayat Ibnu Majah)

Pengajaran Hadis:

i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.

ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatal-kannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut:

a) Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.

b) Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.

c) Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di-mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.

d) Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.

iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan kemanisan nikmat puasa tersebut yang terpaksa ditanggung.

v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum

mmg org camni ada di mana2...
moga Allah bukakan pintu hati mereka utk tengok sebenar2nya nikmat berpuasa ni...

>> sedih juga bilamana puasa dijadikan bulan pesta makan2... um ~

UMMI YL berkata...

kalau dalam bukan bulan puasa pun penat..apatah lagi bulan puasa..Memang penat, Saya sendiri dengan anak-anak yang pelbagai kerenah, kerja thesis bawak ke jurnal, keperluan suami, sahur dll sapa pun merasa penat..

tapi ruginya bila kita tak ikhlas dan merungut pastinya jadi double penat..

lagi rugi sebab merungut pula sebab puasa ni penat..sedangkan Allah beri banyak kelebihan dalam bulan ni..

Saya pun penat tapi taknak cakap terbeban sebab puasa sebab dalam puasa tu ada kemanisannya yang tersendiri.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

manje : wsalam wbt
pesta makan dah jadi satu kewajipankan tiap2 thn, lain yg patut didahulukan, lain yg diutamakan :-)

rulza : sy sgt kagum dgn anda dan semangat anda, sy blm ada anak dah penat, dah ada anak esok xtahulah mcm mn :-)