~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 16 Mac 2012

Masalah yang sering berlaku di surau ofis aku

Dah lama aku dah luah di sini. Tapi kekangan masa menyebabkan aku hampir terlupa. Lagipun sejak berpindah tempat duduk dan berpindah department ni, aku dibebani dengan penambahan kerja. Suka? Siapa suka dengan penambahan kerja, kecualilah kalau dituruti dengan penambahan gaji juga, tapi nak buat macam mana, kalau dah tak suka, resign sajalah, aku ni hanya ibarat mentimun sahaja.

Masalahnya, aku sayang nak resign, sebab bila aku berada di ofis ni, aku rasa aku lebih islamik. Aku rasalah. Setiap hari aku mengaji setiap pagi sebelum memulakan kerja dengan seorang staff di sini yang aku panggil beliau ustaz, tengahari ada kuliah Zohor yang aku hadiri, dan kemudian solat Zohor berjemaah dan petang sebelum pulang ada solat Asar berjemaah. Aku cerita kat sini bukan atas tiket nak bangga diri ya, buat apa nak bangga diri, sedangkan aku tahu orang lain di luar sana jauh lebih islamik dalam kehidupan sehariannya.

Maka, aku rasa aku lebih islamik di sini (aku tidaklah compare dengan orang yang jauh islamik, tapi aku compare diri aku di rumah dan di ofis). Kalau kat rumah aku pun boleh dengar ceramah dan tazkirah melalui youtube atau kat TV tapi aku apabila kadang-kadang aku sibuk dengan urusan duniawi aku terus terlupa nak buka youtube. Begitu juga dengan baca al quran, bila dah duduk di rumah ni kadang-kadang aku konsisten kadang-kadang tidak. Begitulah aku. Tapi bila di ofis, segalanya dah termasuk dalam jadual aku.

Bukan maksud aku kat tempat lain tak ada sumber begini, barangkali jauh lebih baik, tapi entahlah, dalam aku tak suka tak suka dan tak suka, aku masih kekal di sini. Agaknya aku keliru kot. Tengoklah lepas bersalin nanti macam mana, kalau ada rezeki di tempat lain, apa salahnya aku buat penghijrahan. Sesungguhnya penghijrahan itu juga adalah sesuatu yang baik sekiranya nawaitu kita betul yakni untuk menyebarkan dakwah secara langsung atau tidak.

Oh ya, apa yang aku nak cerita di sini masalah yang sering berlaku di surau ofis aku. Bukanlah masalah ni kritikal, tapi apabila saban hari ianya berulang, aku dah mula rasa bosan. Masalahnya sangatlah common, yakni di mana jemaah tidak pernah ambil tahu kepentingan merapatkan saf, juga meluruskan saf. Bukan tak ada tampal di surau ofis aku kenapa pentingnya merapatkan saf, tapi entahlah.

Masalah ni juga berlaku kalau aku berjemaah di masjid. Terbaru, aku berjemaah di salah sebuah masjid di area Kuantan, jangan kata anak kambing boleh lolos, anak gajah pun boleh lalu. Nak ditegur, semuanya orang veteran, aku hanya pandang dan cuit mereka supaya merapatkan saf, malangnya teguran aku dipandang sepi. So, apa patut aku buat? Nak tegur lebih-lebih, aku bukannya ustazah. Maka, selagi tak ada kesedaran di kalangan jemaah, masalah ni takkan ada kesudahan.

Masalah kedua, pada yang tak terlibat solat berjemaah memilih untuk solat sorang diri di sudut belakang. Ada yang memilih sudut tengah. Aku tak kisah mereka nak solat di sudut mana sekalipun, tapi malangnya, apabila aku dah selesai solat, aku terpaksa cari jalan yang jauh untuk keluar dari surau sebab mereka tak letakkan sutrah di depan mereka. Janganlah menganggap sutrah itu sebagai perkara remeh. Itu pun kalau ada laluan, kalau tak ada, aku terpaksa tunggu mereka selesai solat. Aku tak kisah nak solat kat belakang pintu surau sekalipun, tapi tolonglah letakkan sutrah di depan anda. Perkara ni juga menyebabkan aku rasa bosan.

Ustaz dah banyak kali pesan tentang kepentingan sutrah ni. Malangnya tak semua orang ambil peduli. Tolonglah upgrade ilmu agama kita, penting untuk kita belajar dan tahu kenapa pentingnya sutrah ni. Janganlah menyusahkan orang lain kalau kita sendiri tak nak belajar dan tak nak ambil tahu. Aku mungkin masih tak kisah walaupun terpaksa menggunakan laluan jauh walaupun aku ibu mengandung, tapi kesianlah pada akak dan makcik-makcik yang bersolat menggunakan kerusi tu. Tolonglah

Begitu juga ketika aku nak tunggu solat Asar berjemaah. Bila aku masuk dalam surau, dah penuh surau dengan staff wanita. Selama ni, pada mulanya aku kagum pada mereka, kerana mereka dah mendahului aku menunggu masuknya waktu Asar. Tapi, aku kesal akhirnya apabila mereka sebenarnya sengaja melewatkan solat Zohor dan selepas solat Zohor mereka menunggu beberapa minit pula untuk solat Asar bersendirian.

Aku malas nak cerita bab melengahkan solat di sini. Aku dah tekankan banyak kali dalam entry sebelum ni. Cuma, apa salahnya dah alang-alang mereka ada bersama, lakukanlah solat Asar berjemaah, tapi mereka tetap enggan dan masih nak meneruskan niat solat bersendirian. Bukan sorang yang bermentaliti begini, tapi sangatlah ramai, surau hanya penuh dengan golongan ini hanya semasa dekat nak masuk Asar. Dahlah mereka conquer semua sudut belakang, apabila mereka sedang solat Zohor di saat-saat akhir waktu, aku nak ke mencelah ke saf paling depan pun payah. Terpaksalah aku menunggu mereka menghabiskan solat Zohor dan cepat-cepat ke saf depan untuk menantikan solat Asar berjemaah yang akan berlaku bila-bila masa sahaja.

Inilah masalahnya yang menyebabkan aku bengang, dahlah tak letak sutrah, kalau letak sutrah aku bolehlah mencilok ke depan mereka. Apakah mereka semua tidak sedar perkara ini atau hanya sekadar sengaja. Dahlah solat Zohor dilengahkan, kemudian menyusahkan orang lain. Aku ada perasan beberapa orang geng surau yang tak pernah ponteng solat Asar berjemaah sering menggelengkan kepala dengan kerenah mereka yang tak pernah ada kesudahan ini.

Tentang mereka melengahkan solat bukan urusan kami, tapi janganlah menyusahkan orang lain dengan mentaliti yang langsung tak nak berubah. Itu sahaja kot. Aku agak beremosi ni. Maafkan aku kalau entry ni teruk.

4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Catatan ini tidak teruk.

Susah juga hendak menegur mereka yang ubun2nya telah terlebih keras tu. Hanya dapat didoakan semoga Allah melembutkan hati mereka.

UMMI YL berkata...

ataupun mereka itu tak tau apa benda sutrah tu..dah taktau takmau amik tau pla..

betul kena upgrade ilmu agama..kadang2 walau dah tau pun kena ingatkan diri semula..contohnya macam baca blog kak WBH ni.hihi, tengok ceramah, baca buku dll..

fenomena akak ckp ni hampir banyak berlaku di banyak tempat..kat sini pun lebih kurang..tapi sekarang saya jarang ke masjid/surau..taktaula mungkin lebih baik..tengahari memang balik solat dirumah...

ada satu masa dulu kat sini bila nak solat saja, yang perempuan ni berebut ambil wuduk. ruang wuduk dan tandas bercampur. tapi ada yang ambil wuduk tak pakai selipar. Ada hamba allah beli selipar dan sedekahkan ke masjid. Tapi esoknya semua hilang. Pastu bila hamba allah tu adukan ke ahlinya lansung takda apa2 tindakan.

hamba allah tu beritahu ke ahli masjid sebab tandas dan ruang wuduk bercampur maka lebih baik pakai selipar sebab takut nanti membawa najis dan mengotori karpet. bukan semua bawa sejadah. jadi dicadangkan tampallah notis2 ingtan..MMmm lansung tak berjawab dan dibuat...

sampai satu masa masih lagi ramai jemaah wuduk tak pakai selipar..:(

macam2..satu lg senario menyanyi dalam masjid..patut ke tak patut ka?? tapi itulah belaku..saya sembahyang dalam marah. selemah imam mulut saya tak tertegur tapi berlalu dengan muka dan pandangan marah..:(

apa tah lagi menyembang kuat2 hal2 dunia dlm masjid..:(

mudah-mudahan allah terus bagi hidayah pada kita dan semua..amin..

masitah berkata...

Tak sama org beilmu dgn yang tak. Ada yg tau tapi saje tak nak amal. Jgn le putus asa, Nabi saw mengajak org2 kpd Islam banyak dugaan & ujian.

Jadikan ujian & dugaan sbggai peluang utk kita menjadi lebih matang, sabar, bersyukur, dll yg akhirnya insyaAllah kita menjadi lebih kental, positif, memahami,tinggi darjat di sisiNya dll.

Doakan utk mereka.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : itulah kak, hanya doa yang mampu saya lakukan ketika ini :-)

rulza : memang fenomena ini sering berlaku di surau / masjid dlm msia ini, sedih bila mengenangkannya

betul, ada jugak masalah yg sy hadapi psl ruang wuduk dan tandas bercampur tu, kdg2 masjid / surau di msia tidak mesra pengguna gitu :-)

masitah : hehehehe, terima kasih atas nasihat itu :-)