Bacaanya boleh rujuk kepada Al-Ma’tsurat Sughra (Kecil) atau Al-Ma’tsurat Kubra (Berat)
Assalamualaikum semua
Pernah dengar penghulu istighfar (sayyidul istighfar)? Ia antara zikir Rasulullah Sallallahualaihi Wa Sallam yang dibaca pada setiap pagi dan petang yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.
Waktu dibaca :
Selepas subuh dan selepas asar.
Kelebihan sesiapa yang mengamalkannya :
Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. (Riwayat Imam al-Bukhari ).
Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.
Hadith Sayyidul Istighfar ini meliputi makna taubat dan terdapat pula hak-hak keimanan. Di dalam hadits ini juga terkandung kemurnian ibadah dan kesempurnaan ketundukan serta perasaan sangat-sangat memerlukan bantuan Allah. Sehingga bacaan zikir ini melebihi bacaan istighfar lainnya kerana keutamaan yang dimilikinya.
Kita lihatlah kehidupan Nabi shallallahualaihi wa sallam yang setiap waktunya selalu diisi dengan istighfar bahkan sampai akhir hayat hidupnya pun Baginda tidak lepas dari amalan tersebut. Sebagaimana Baginda shallallahualaihi wa sallam selalu mengakhiri amalan-amalan seperti solat, haji, solat malam dengan istighfar, beliau juga mengakhiri hidupnya dengan istighfar sebagaimana yang diberitakan oleh isteri baginda yang terdapat dalam Sohih Bukhari bahawa Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (ketika menjelang kematiannya) sedang bersandar padanya. Lalu beliau mengucapkan,
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى وَارْحَمْنِى وَأَلْحِقْنِى بِالرَّفِيقِ الأَعْلَى “
Ya Allah, ampunilah aku, kasihilah aku dan kumpulkanlah aku bersama orang-orang soleh.” (HR. Bukhari no. 5674)
Jadi sahabatku, jika Nabi shallallahualaihi wa sallam yang sudah dijamin dosanya yang telah lalu dan akan datang akan diampuni, bagaimana lagi dengan kita yang tidak dijamin ini?
Sesungguhnya kita sebenarnya yang lebih perlukan untuk bertaubat dan beristighfar setiap saat kerana dosa kita yang begitu banyak dan tidak pernah bosan-bosan kita lakukan. Nauzubillah.
Waallahua’lam.
2 ulasan:
Dalam buku amalan wanita mengandung tulisan ustazah bahiyah, salah satu amalan untuk wanital hamil ialah sayyidul istigfar ni..
mudah mudahan berkat..insyaallah...:)
appaun memang elok amal..mudah mudah allah ampun dosa kita...banyakkan istigfar...tapi dengar cara yang betul hukum tajwidnya..
bukan apa, kadang2 tak tertegur orang yang lebih tua menyebut istigfar salah tajwid..ustaz don pesan sangat2 supaya sebut betul2..kalau tak betul camana allah nak terima istigfar kita..:)
rulza : oh ye ke, tak tahu pulak, baguslah ek, nanti nak cari
haaaaa, betul tu, sy bab tajwid ni pun rasa nak betulkan org, tapi nak ditegur semua pangkat akak, jadi segan pulak, mcm dlm majlis bacaan yassin, ada tajwid yg tungging terbalik, kesianlah tgk hrp mereka sedar akan kesilapan mereka sblm terlambat
Catat Ulasan