Tadi masa kuliah Zohor, ustaz menceritakan tentang perihal fatwa. Tentang apa maksud fatwa daripada segi istilah dan dari segi bahasa. Kemudian, ustaz cakap pagi tadi dia dengar topik dalam radio IKIM. Katanya sekarang ni antara isu yang menjadi kontroversi adalah dengan kemunculan tv kumpulan Al Arqam yang sesat itu. Maka, kata ustaz, dikhuatiri masyarakat umum akan keliru dengan fatwa agama Islam itu sendiri. Sebagaimana umat Islam sekarang terkeliru dengan isu merokok, adakah makruh atau haram, begitu juga dengan ASB, ada yang keluarkan kenyataan kata dibolehkan, ada yang kata haram. Masalah ni takkan ada kesudahan apabila tak ada pihak berwajib mendedahkan secara drastik. Sehinggakan sesama masyarakat Islam itu sendiri bertekak dan bertegang leher.
Kembali kepada topik tv al Arqam, timbul isu baru di mana masyarakat sendiri mempertikaikan adakah stesen tv Malaysia sekarang benar-benar mengikut syariat? Adakah tiada langsung unsur-unsur makziat dan haram? Aku dah ketawa apabila ustaz bertanyakan soalan ini kepada jemaah. Sebelum ni pun aku dah banyak kali cakap, stesen tv sekarang banyak menyajikan unsur maksiat. Samada dalam drama, rancangan realiti dan sebagainya. Tapi, tak ada sebarang tindakan drastik dalam nak menangani masalah ini.
Renungkanlah dan fikirkanlah.
p/s : Bukanlah di sini aku nak berniat untung sokong tv al arqam dan bukannya di sini aku berniat nak cakap semua rancangan yang disediakan berunsur maksiat. Masih ada rancangan tv yang aku berkenan, aku sebut yang mana terlintas ya seperti tanyalah uztaz, yang lain korang pun boleh senaraikan sendirikan.
KUALA LUMPUR- Bekas pengikut pergerakan Al-Arqam yang diharamkan sejak 1994 dikesan mewujudkan saluran televisyen internet dikenali TVRSA, yang boleh dilayari melalui sebuah laman web bagi mengembangkan semula ajaran sesat Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan kumpulan berkenaan.
TVRSA yang menggunakan slogan ‘Saluran Roh Suci’ dan ‘Seks Suci Islam’ dikesan aktif memuat naik pelbagai klip video berkaitan perkembangan terkini Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), syarikat yang dipimpin Hatijah Am, isteri pengasas Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya.
Laman web berkenaan turut memuat naik klip video mengenai Aurad Muhammadiah atau lebih dikenali sebagai AM di kalangan pengikut pergerakan itu. Singkatan RSA yang digunakan kumpulan berkenaan pula merujuk kepada Rasulullah SAW, Saiyidi (Sheikh Suhaimi iaitu pengasas Tarikat Aurad Muhammadiah) dan Abuya, yang menjadi antara elemen utama diterapkan dalam ajaran itu.
Rangkaian televisyen dalam talian itu turut memaparkan penampilan Khatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah di kalangan pengikutnya, dalam beberapa siri kuliah dan persembahan ‘Teater Seks Islam’ atau dikenali sebagai TSI.
Turut dipaparkan dialog yang dinamakan ‘Dialog Seks Suci Islam’ dan ‘Seks Haram’ yang disiarkan dalam beberapa siri serta beberapa klip video memaparkan kefahaman ajaran kumpulan berkenaan.
Jika dilihat sekali imbas, ia seolah-olah tidak bercanggah dengan Islam, namun ada beberapa klip yang menimbulkan tanda tanya kerana mengagungkan Ashaari dengan memaparkan imej serta gambar beliau.

4 ulasan:
kita tak mahu belajar apa yang baik dr al arqam tu..masa dulu al arqam boleh buat rangkaian kedai, produk sendiri, sekolah sendiri, steyen radio bak kata semua serba lengkap. memang dia sesat tapi depa ada kekuatan...
betul kata kak, yang tv sekarang ni sesat dan menyesatkan majlis fatwa tak kata apa pun..hilang suara depa..:(
rulza : hahahaha, begitulah, buruk orang mereka nampak, buruk sendiri, senyap je :-)
bila lama akak tak menulis rasa rindu pulak..sihat kah? ataupun kebzan sekrang ni:)
Bestnya ada org rindu...hehehe...hari tu dlm seminggu blog xboleh nak bukak kat ofis.sedih rasa.skrg dah boleh bukak.yesssssss
Catat Ulasan