~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 13 Mac 2012

Tragedi 06-03-2012 - Dugaan bertimpa-timpa

Assalamualaikum kawan-kawan. Apa khabar?

Aku sebenarnya menaip entry pada 07/03/2012, malangnya ada pelbagai perkara berbangkit dan kekangan masa, dengan kerja yang menimbun di ofis, belum masuk sesi pindah randah di ofis (dah jadi nomad pulak aku ni) maka sehingga hari ni entry ni terbiar begitu sahaja.

Tok ketua perlu outstation selama 3 hari di Terengganu bermula 06/03/2012 sehingga 08/03/2012. Maka, aku kenalah tinggal seorang diri di rumah. Aku dahlah tidak berapa stabil, kesihatan aku agak terganggu sejak kebelakangan ini, apatah masalah mabuk, mual dan loya berterusan seperti tak ada kesudahan, tapi aku pasrah.

Aku bercadang nak tidur di rumah saudara aku di Kelana Jaya pada 06/03/2012, selain niat nak berziarah, aku dapatlah berteman tidur dengan anak saudara aku tu. Jojo (kucing) pun ada, boleh beramah mesra, dah lama tak jumpa. Petang tersebut pula aku berniat nak makan malam dengan kawan-kawan ofis di Mid Valley, dah lama bebenor aku ni tak tengok dunia luar, maklumlah aku asyik terperap sahaja di rumah, atau semata-mata pergi dan pulang dari kerja.

Selesai kerja 530 tepat, aku dan 3 orang rakan bergerak berjemaah ke tempat di mana aku meletakkan kereta aku. Biasalah, kalau ke mana-mana, pastilah aku menjadi supirnya. Aku kan dah sign kontrak jadi supir sampai mati. Hahahaha. Dan biasanya aku memilih kereta sendiri untuk bawak kawan-kawan aku, kerana aku sangat berbesar hati kawan-kawan naik kereta aku.

Semasa menuju ke kereta, hujan dah turun selebat-lebatnya. Aku asalnya niat nak berlari, tapi aku terpaksa batalkan niat sebab aku tak dibenarkan berlari. Maka, dengan skemanya aku berjalan perlahan-lahan kononnya wanita melayu terakhir dengan rakan-rakan aku menuju ke kereta aku. Adalah lebih 5 minit perjalanan, campur tunggu lif naik lif, 10 minitlah kurang lebihnya. Hahahaha.

Dari jauh, seorang rakan aku menegur, kenapa kau tak tutup cermin kereta, kan ke hujan lebat ni?

Aku jawab penuh yakin, tutuplah!

Tiba di depan kereta, kawan aku menjerit, cermin kereta kau kena pecah ni!!!

Aku terkedu. Tiada sepatah kata aku lontarkan. Melihatkan serpihan kaca berselerakan penuh di dalam kereta, dan dalam keadaan kereta aku diselongkar, dashboard yang terbuka, drawer bawah seat co pilot dah terdedah, aku dah mula cuak. Smart tag aku hilang bersama touch n go yang bernilai lebih kurang rm70.00.
Aku hiba. Masih terdiam. Kawan-kawan aku dah kecoh, nak report polis. Dalam hujan yang menggila, aku suruh mereka masuk dalam kereta aku terlebih dahulu. Malangnya aku tak dapat duduk di seat driver sebab penuh dengan serpihan kaca halus. Seat sebelah driver lagilah tak boleh nak duduk, penuh dengan cermin yang pecah.

Aku call Tok ketua dengan intonasi suara yang cuba bersahaja. Tok Ketua suruh aku contact kawan kami yang ada workshop, minta pandangan. Apabila Tok Ketua tanya GPS masuk laut dan hutan milik dia ada tak dalam kereta, aku jawab tak ada, dia seseolah sedih. GPS tersebut ada memorinya kepada dia, suka duka dia masuk hutan dengan GPS tersebut. Aku mulalah diserang rasa bersalah bila GPS tu turut sama hilang. Sedih rasa nak nangis tapi aku cuba berlagak relaks. Setakat smart tag aku hilang, bolehlah beli semula, dalam rm100 lebih je, tapi GPS suami aku tu, bukan sesen dua. Kalau nak beli pun mungkin akan fikir 2x semula, entahlah, aku mana ada duit nak ganti.

Aku mendapatkan pandangan daripada kawan aku. Kawan aku suruh ke workshop kawannya yang berdekatan dengan ofis aku, mereka dah tunggu di sana, nak gantikan cermin kereta aku. Maka, dengan hujan lebat, aku tutup tingkap kereta aku dengan tuala mandi yang aku memang sentiasa stand by dalam kereta, kalau tak buat begitu, mahunya kereta aku basah kuyup yang lebih teruk.

Aku terpaksa lapik tempat duduk driver dengan suratkhabar. Tiba di workshop mereka vacum keseluruhan tempat duduk depan dan belakang. Sambil menunggu kereta aku siap, aku cakap, lepas ni kita sambung agenda kita ke Mid Valley.

Apa? Kau ni macam tak ada perasaan je, orang lain kalau kereta kena pecah, sure nangis, kau ni relaks je, siap cakap nak pergi jugak Mid Valley tu, sabar jelah, kereta kau belum siap lagi tau.

Mereka ketawa dan dalam masa yang sama confuse melihatkan keadaan aku yang selamba badak (kata merekalah). Musibah yang melanda aku tak patahkan niat aku nak ke Mid Valley bersama mereka, lagilah mereka kata aku ni tak ada perasaan sedih.

Siapa yang tak sedih, aku jawab perlahan, takkanlah aku nak menangis kat sini pula. Dahlah suami aku pula tak ada kat sini, mujur korang ada tadi, kalau aku sorang-sorang, dalam hujan lebat tu, mahunya aku buntu dan gelabah. Tapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya kereta aku tak hilang. Seperti aku pernah cakap sebelum ni di sini kes kecurian kereta di ofis aku sangatlah berleluasa, maka, aku sangat-sangat bersyukur kereta aku masih ada, walaupun aku terpaksa tanggung kos cermin baru, kehilangan smart tag dan GPS.

Lagipun aku terpujuk dengar pesanan Ustaz Pahrol, kadang-kadang sesuatu musibah yang berlaku itu lebih baik daripada nikmat yang Allah dah berikan, kerana dengan musibah itulah kita akan mampu lebih dekat dengan Allah, akan lebih mengingati Allah, dan kerana musibah itulah kita diberi pahala yang berganda-ganda, lebih daripada nikmat yang kita pernah dapat. Sungguh, hati aku terpujuk dengan kata-kata beliau.

Selesai pasang cermin, kami berempat menuju ke Mid Valley, habis makan malam, solat Magrib, aku hantar 2 rakan aku pulang. Akhirnya, aku pulang ke Kelana Jaya kepenatan. Kemudian, satu masalah lain pulak timbul, pintu kereta yang diganti cermin tadi tak boleh dibuka pula, dari luar pun tak boleh, dari dalam pun tak boleh. Mungkin kesan serpihan cermin yang sangkut di dalamnya. Mmmm, aku kena rujuk semula di workshop tersebut.

Aku tidaklah berniat untuk mengadu kepada saudara aku mengenai masalah aku. Sebab pada aku, tak semua orang akan menunjukkan rasa simpati, sesetengah hanya akan menyalahkan kita pula atas tragedi yang berlaku.

Tapi akhirnya aku meluahkan apa yang berlaku, apabila saudara aku bagitau aku, ayah aku masuk hospital dah seminggu. Walaupun dilaporkan stabil, tapi aku rasa bengang kenapa tak bagitau aku sejak awal. Alasan mereka, dalam 2-3 minggu ni aku tidaklah sihat sangat, maka mereka berdiam diri sahaja. Lagipun, ayah aku hanya masuk wad biasa, yang dijaga oleh kakak kandung aku.

Aku akhirnya berbincang dengan twin aku, kalau keadaan mendesak, kami akan pulang dengan bas. Aku tak berani nak drive jauh dalam keadaan kereta aku yang belum diservis, suami aku pula tak ada, kereta twin aku pula suaminya sedang guna.

Tapi, akhirnya bincang punya bincang dengan kakak di kampung, kami dinasihatkan tak perlulah pulang, kakak aku di kampung boleh menjaganya. Aku menarik nafas lega. Aku memang niat nak redah balik kampung dengan bas sahaja setelah mendapat persetujuan daripada suami aku.

Mujur segalanya terkawal. Aku bersyukur. Aku ingat aku akan balik kampung dalam masa terdekat, apabila kereta aku dah di servis oleh suami aku sendiri (jimat koskan) dan setelah dapat gaji hujung bulan ni.



6 ulasan:

kakcik berkata...

Semoga Allah menggantikan apa yang hilang itu dengan sesuatu yang lebih baik lagi. InsyaAllah.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : insyaallah kak, :-)

RULZA berkata...

Amin kak cik

semoga allah mudahkan urusan dan melindungi akak sekeluarga...
Amin

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : amin jugak :-)

Norsha berkata...

sudah ketentuan dariNya...kena sabar dan redha atas apa yg berlaku...InsyaAllah, ada hikmahnya tu...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

norsha : betul tu, ada hikmahnya :-)