~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 2 Ogos 2012

Mana lebih baik???

Assalamualaikum kawan-kawan.

Terlebih dahulu, aku nak mohon maaf, sebab tak dapat nak beri komen dalam blog korang. Banyak juga blog yang aku komen, tapi tak lepas-lepas komen tu, masalahnya aku tak tahu kenapa. Sudahnya, penat je aku taip. Sebelum ni dah berlaku macam ni, tapi berlaku lagi. Bencilah merangkap bengang pun ada gak. Beriya je kan susun ayat, sekali tak lepas pulak komen aku. Huwaaaaaaaaaa. Perkara ni berlaku dalam seminggu dua ni je aku rasa.

Oh ya, dalam aku dok menghitung hari tarikh dijangka bersalin, aku hampir terlupa yang hari ni dah 13 ramadhan. Dah masuk fasa kedua dalam bulan yang mulia ni. Untunglah barangsiapa dapat khatam al quran dah kan. Aku masih merangkak-rangkak nak menghabiskan. Kagum aku pada Imam Syafie, ustaz kata dalam bulan ramadhan sahaja beliau berjaya khatam kitab suci tersebut sebanyak 60x. Ohhh!!! Lemah sungguh iman aku jika dibuat perbandingan dengan beliau. Macam langit dengan bumi. Ya Allah, tambahkanlah iman aku sebanyak-banyaknya di bulan yang mulia ni. Aku pun nak masuk syurga juga, tapi aku ni lemah sangat dalam nak beramal.

Buat amal sikit je dah rasa selesa, hishhhh, mana boleh gitu kata ustaz. Amalan dan ibadah ni kadang-kadang kena paksa, kena berlumba-lumba, nikmatnya sangat manis. Mmm, aku sedang cubalah ni, orang lain terawih kat surau, aku terawih kat rumah, konon alasan kuat mengandung, macam mana ni.

Sebenarnya, aku nak cerita tentang seorang rakan. Aku tak pasti maksud sebenar ayat dia. Tapi pemahaman aku, dia seseolah berbangga anak dia dah besar-besar. Aku mulalah terasa hati. Yelah, apa taknya, dalam usia macam ni baru nak dapat anak sulung. Aku mulalah emosional kan.

Aku mulalah persoalkan. Ohhh kiranya aku ni termasuk dalam golongan yang rugilah ek? sebab dah tua-tua begini baru nak menimang cahaya mata. Agaknya dia perasan kot aku terasa, terus dia cakap, tidaklah, tapi macam mana nak cakap ek.

Aku mulalah nak membela diri. Aku cakap aku bersyukur aku mengandung sekarang, buatnya aku mengandung 10 tahun lepas, mahunya anak aku sekali jadi manusia jahiliah. Masa tu aku sangat jahil, habislah rosak anak aku. Dan aku rasa tak kisah sebab aku mengandung di usia tua. Sekurang-kurangnya kini aku ada sikit iman dan amal, ada fikir pasal mati, ada jugak perubahan pada diri. Allah lebih tahukan. Allah tak nak amanatNya aku tak jaga betul-betul. Sebab tu baru kini Dia bagi. Tapi aku tak boleh rasa selesa, kepimpinan melalui teladan. Nak tak nak, aku dan suami kena jadi ibu dan bapa soleh dan solehah terlebih dahulu ye tak?

Seperti biasa, aku tetap risau, apabila memikirkan macam mana aku nak didik anak-anak aku kelak. Semasa kat surau tadi pun ustaz bercerita, bukan senang nak didik anak jadi anak yang bertakwa. Kot mana pusing pun, mak bapak dulu kena tunjuk contoh teladan. Aku terus menangis. Ngeri membayangkan yang macam manalah nanti ek. Ishhhhhh

Seperti orang lain, aku juga nak yang terbaik untuk anak aku. Begitulah, moralnya aku tak cemburu pun anak kawan-kawan aku dah besar panjang, dah besar, tapi aku cemburu bilamana mereka berjaya mendidik anak-anak mereka menjadi manusia beriman. Aku sungguh kagum bercampur cemburu.

mana lebih baik? Anak dah besar ke anak bertakwa? 2-2 lah kan. ahaksss

4 ulasan:

RULZA berkata...

Assalamualaikum kak
sihat ke?

hihi, akak muda lagi pe..baru 30 an..:)
anak-anak ni kuasa allah..dia yang bagi..abai kan saja cakap2 orang..takpalah depa nak rasa bangga pun..

pasal anak ni memang kan, kalau diingat itu ini pasal dunia dan akhirat pasti menangis...anak ni jangan terlalu dibangga2kan sebab imam ahmad penah cakap..

" Dunia ini memang ajaib.
Ketika kita berada bersama anak-anak, tiba-tiba ia mampu memisahkan kita."

kalau saya selalunya bab anak tak teringat sangat bab mcm syurga kat bawah telapak kaki ke..kuasa ibu bapa ke..tapi selalu yang jadi takut bila fikir anak ni nak jadi soleh atau toleh ditangan diri sendiri..fuf...

akak jangan sedih2..insyaallah..kita sama doa allah bagi kesenangan untuk kita jaga anak dan didik anak walaupun dah berumur..saidina kadijah nun, umur 40 dok mengandung lagik..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

wsalam wbt

alhamdulillah hari ni dah sihat

hehehehee

nak menangis baca ayat rulza

tp membakar semangat utk preggy dan preggy lagi slps ni wpun usia dah lanjut, hehehhehee

thanks atas semangat

RULZA berkata...

besalah kalau bab bagi semangat ni..hihi..nanti kalau saya down org lain mesti ada bg semangat kat saya pula..

huhu salah tulis saidina tu--saidatina...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : betul tu, saling memberi semangat amalan mulia

xpe, typing error, janji mesej yg nak disampaikan tu sy faham aje :-)