~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 23 Ogos 2012

Berkabung sungguh - rujuk entry sebelum ni, aku ada sebut tentang berkabung

Salam Aidilfitri. Semoga kita beroleh keberkatan yang maksima dalam bulan syawal yang mulia ini.

Macam mana raya kalian? Tentu meriahkan. Berkumpul bersama saudara mara, makan berjemaah adalah satu nikmat yang tidak dapat digambarkan melalui kata-katakan. Selagi ada mereka, raikanlah dan hargailah. Sesunguhnya, masa itu tak dapat berulang kembali.

Raya kali ni, aku diuji lagi. Entahlah, sejak mengandung, aku rasa ujian aku macam tak ada kesudahan. Hampir setiap bulan aku diuji. Berat sungguh aku rasa.

Mujur masih ada iman walaupun senipisnya.

Aku kan plan nak raya kat KL je. Tapi bila dapat call dari kakak kandung aku, bagitau yang ayah kandung aku sakit, kami plan nak balik Kedah pagi raya nanti selepas urusan di KL semuanya selesai.

Ayah kandung aku akhirnya meninggal tanpa sempat aku jumpa. Sakit tua. Aku rasa ralat sangat.
Seperti di rancang, aku dan Tok Ketua akan singgah sebentar di rumah saudara di Kelana Jaya selepas sonat sunat Aildilfitri, sebelum nak bertolak pulang ke kampung. Tapi, mana boleh lawan takdir. Ayah aku meninggal dunia lebih kurang jam 12 tengahari. Aku hanya sempat jumpa arwah sebelum sempat dikebumikan.

Arwah dikebumikan selepas isyak. Bayangkan perasaan aku ketika itu. Aku rasa kehilangan sangat. Aku kumpul kekuatan nak tulis entry ni. Air mata aku dah kering. Banyak benar aku menangis sejak aku bergelar ibu mengandung ni. Lepas satu, satu masalah yang timbul, yang wujud. Aku hampir hilang pertimbangan.

Perjalanan pulang ke kampung pulak sangatlah tidak lancar. Jem yang teruk bermula di Rawang. Jarak penglihatan sangat terhad kerana hujan yang amat lebat, maka kenderaan bergerak terlalu perlahan. Ada pulak pokok tumbang, ada pulak kemalangan jalan raya, jem bertambah teruk. Bumper to bumper.

Aku yang dah hilang pertimbangan minta izin nak memandu. Tok Ketua asalnya tidak membenarkan kerana dia tengok emosi aku tidak stabil. Kejap menangis, kejap menangis, kejap menangis. Tapi, aku berkeras nak memandu. Bila dah pegang stereng, aku benar-benar memandu seperti orang hilang pertimbangan. Aku mencilok di emergency lane, dan aku kejar saudara aku yang dah bergerak lebih awal di depan.

Selama ini, kalau aku guna emergency lane, Tok Ketua mesti mengamuk dan bising, tapi kali ni, dia diam tak berkata apa-apa. Mungkin dia tak tahu nak cakap apa, melihatkan cara aku memandu sambil menangis.

Aku hanya dapat kejar saudara aku pun bila dah tiba di Hentian Sg Bakap, jauh tu, betapa jem yang teruk. Mereka yang bergerak awal tak alami apa-apa kesesakan jalan raya. Kami berkonvoi bersama menuju ke kampung.

Hanya jasad kaku yang mampu aku tatap dan cium buat kali terakhir. Walaupun arwah tidak pernah menjaga aku sepanjang hayatnya, tapi dia tetap bapak kandung aku, dia juga menjadi wali aku di hari pernikahan aku.

Kini, aku kehilangan 2 ibu dan 2 ayah. Aku dah tak ada sesiapa lagi. Aku benar-benar rasa kehilangan.

6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Assalamu'alaikum Dik.

Sabarlah. Sekurang2nya adik masih ada suami dan anak yang bakal lahir. Allah juga sentiasa ada bersamamu. DIA juga menggantikan yang telah pergi dengan yang akan datang (walaupun ianya sama sekali tidak sama). Ada orang lain, yang langsung tiada apa-apa sehinggakan mereka juga tidak menyedari ujudnya Allah Yang Maha Pelindung.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

wsalam wbt kak

tkasih atas nasihat yg membantu. Betul, segalanya hanya pinjaman. dah namanya pun pinjaman, bersifat sementaralah kan. :-)

marinahunny berkata...

Takziah ye, perancangan Allah la yg sebaik2 nya.. Semoga arwah ditempatlan dikalangan org yg beriman, alfatihah

Wanita Bertudung Hijau berkata...

marina : tkasih atas ucapan, aminnnnn :-)

Hidayatullah berkata...

Innalillah. ujian besar bila orang kita sayang tinggalkan kita. smoga ditempatkan dlm golongan2 soleh. amin

Wanita Bertudung Hijau berkata...

hidayatullah : aminnnnn :-) thanks ye atas doa