~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 23 Ogos 2012

Berkabung sungguh - rujuk entry sebelum ni, aku ada sebut tentang berkabung

Salam Aidilfitri. Semoga kita beroleh keberkatan yang maksima dalam bulan syawal yang mulia ini.

Macam mana raya kalian? Tentu meriahkan. Berkumpul bersama saudara mara, makan berjemaah adalah satu nikmat yang tidak dapat digambarkan melalui kata-katakan. Selagi ada mereka, raikanlah dan hargailah. Sesunguhnya, masa itu tak dapat berulang kembali.

Raya kali ni, aku diuji lagi. Entahlah, sejak mengandung, aku rasa ujian aku macam tak ada kesudahan. Hampir setiap bulan aku diuji. Berat sungguh aku rasa.

Mujur masih ada iman walaupun senipisnya.

Aku kan plan nak raya kat KL je. Tapi bila dapat call dari kakak kandung aku, bagitau yang ayah kandung aku sakit, kami plan nak balik Kedah pagi raya nanti selepas urusan di KL semuanya selesai.

Ayah kandung aku akhirnya meninggal tanpa sempat aku jumpa. Sakit tua. Aku rasa ralat sangat.
Seperti di rancang, aku dan Tok Ketua akan singgah sebentar di rumah saudara di Kelana Jaya selepas sonat sunat Aildilfitri, sebelum nak bertolak pulang ke kampung. Tapi, mana boleh lawan takdir. Ayah aku meninggal dunia lebih kurang jam 12 tengahari. Aku hanya sempat jumpa arwah sebelum sempat dikebumikan.

Arwah dikebumikan selepas isyak. Bayangkan perasaan aku ketika itu. Aku rasa kehilangan sangat. Aku kumpul kekuatan nak tulis entry ni. Air mata aku dah kering. Banyak benar aku menangis sejak aku bergelar ibu mengandung ni. Lepas satu, satu masalah yang timbul, yang wujud. Aku hampir hilang pertimbangan.

Perjalanan pulang ke kampung pulak sangatlah tidak lancar. Jem yang teruk bermula di Rawang. Jarak penglihatan sangat terhad kerana hujan yang amat lebat, maka kenderaan bergerak terlalu perlahan. Ada pulak pokok tumbang, ada pulak kemalangan jalan raya, jem bertambah teruk. Bumper to bumper.

Aku yang dah hilang pertimbangan minta izin nak memandu. Tok Ketua asalnya tidak membenarkan kerana dia tengok emosi aku tidak stabil. Kejap menangis, kejap menangis, kejap menangis. Tapi, aku berkeras nak memandu. Bila dah pegang stereng, aku benar-benar memandu seperti orang hilang pertimbangan. Aku mencilok di emergency lane, dan aku kejar saudara aku yang dah bergerak lebih awal di depan.

Selama ini, kalau aku guna emergency lane, Tok Ketua mesti mengamuk dan bising, tapi kali ni, dia diam tak berkata apa-apa. Mungkin dia tak tahu nak cakap apa, melihatkan cara aku memandu sambil menangis.

Aku hanya dapat kejar saudara aku pun bila dah tiba di Hentian Sg Bakap, jauh tu, betapa jem yang teruk. Mereka yang bergerak awal tak alami apa-apa kesesakan jalan raya. Kami berkonvoi bersama menuju ke kampung.

Hanya jasad kaku yang mampu aku tatap dan cium buat kali terakhir. Walaupun arwah tidak pernah menjaga aku sepanjang hayatnya, tapi dia tetap bapak kandung aku, dia juga menjadi wali aku di hari pernikahan aku.

Kini, aku kehilangan 2 ibu dan 2 ayah. Aku dah tak ada sesiapa lagi. Aku benar-benar rasa kehilangan.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Kisah Semalam

(Dinasihatkan tak perlu baca kerana entry ni sangat panjang) Hehehehe

Assalamualaikum wbt

Seawal 615am aku dah keluar rumah menuju ke ofis. Memandangkan cuti sekolah dah bermula sejak semalam, jalan raya agak lengang, sudahnya aku tiba di ofis jam 647am. Hari ini hari terakhir aku bekerja, kemudian bercuti raya. Hari rabu aku akan kerja semula. Aku seorang je kat floor aku nanti pada hari rabu tersebut. Entahlah macam mana, pasti bosan. Kenapa aku tak ambil cuti, sebab raya kali ni, aku tak balik ke mana-mana, sekadar raya di rumah sendiri semata. Kalau ada pun ke rumah sedara di Banting atau Kelana Jaya sahaja.

Seronokkan kawan-kawan yang dah mula bercuti dan pulang ke kampung. Tahun ni nampak gaya aku beraya di KL sahaja. Apa tidaknya, Tok Ketua tak nak travel jauh-jauh, dikhuatiri aku terbersalin di dalam kereta akibat stress jem yang melampau-lampau. Hahahaha. Pasrah jelah kan, nak buat macam mana kalau itu dah takdirnya.

Tapi, aku ikutkan sahaja, aku dah biasa raya kat sini, Tok Ketualah tak pernah, dia pulak jiwa kampung, tak tahulah macam mana nanti.

Saat aku menulis entry ni, aku rasa sangatlah mengantuk. Apa tidaknya, dahlah semalam aku tidur lambat. Puncanya, selepas terawih kami ke Pusat Rawatan Islam Az Zahra, mengambil semula resit yang aku tertinggal. Nak claim dengan panel insurans aku. Selepas ambil ubat di farmasi, staff nurse tak kasi aku resit tu, aku pun lupa nak minta semula, sudahnya, semalam nak tak nak kena pergi ambil, kalau tidak rugilah aku, bukan sesen dua. RM200 lebih satu angka yang banyak pada aku, pada orang lain mungkin setakat celah gigi jelah kot.

Kemudian, Tok Ketua ajak menemaninya ke Up Town The Mines. Dah alang-alang daripada Bangi, takkan aku nak menolak, walhal aku rasa sangat lesu. Nak menolak ajakannya, aku rasa tak gamak, sebabnya selama ni aku ajak je dia ke mana, walaupun di tengah malam, tambahan lagi semasa aku preggy ni, tanpa rasa berat, dia menurut sahaja kemahuan aku, maka, aku kenalah belajar menjadi manusia fleksibelkan. Aku kenalah abaikan kepenatan aku. Alahhh, kalau tak larat, aku duduk jelah semasa dia sibuk bershopping, apa susahkan. Sesi memujuk diri sendiri.

Tiba di Up Town The Mines, sungguh tak di sangka, punyalah sesak dengan deretan kenderaan yang parkir di bahu jalan. Ishhh, tak sayang kereta sungguh. Tiba-tiba, mulut cabul aku bersuara, macam ni punya parking tak pulak kereta mereka hilang, dahlah ganggu lalu lintas, orang lain yang dah parking confirm tak boleh keluar parking. Tok Ketua yang mendengar bebelan aku terus marah, tak baik doakan kereta orang hilang. Opsss, aku terlebih sudahhh. Allah, ampunkan aku.

Tok Ketua yang memandu 4wd terus mengambil kesempatan memarking atas longkang besar di tepi jalan bertentangan dengan The Mines. Amboi, mentang-mentang bawak 4wd hardcore, gunakan secara maksima ya. Tapi, baguslah, tak ganggu sesiapa, tak ganggu trafik yang dah memang sesak, tak ganggu pejalan kaki, tak ganggu kenderaan lain keluar dan masuk. Tiba-tiba beberapa 4wd yang baru sampai turut melakukan perkara yang sama. Mereka parkir 4wd mereka di belakang kami. Aku senyum dan pandang Tok Ketua.

Keadaan di situ sangatlah sesak yang melampau-lampau. Tekaan kami meleset, ingatkan tak ada orang, maklumlah, malam-malam terakhir begini, dah ramai balik kampung. Lagipun apalah sangat, kalau orang nak shopping pastinya Jalan TAR menjadi keutamaan kan. Maka, Tok Ketua memegang tangan aku dan memantau aku sepanjang kami bershopping di situ. Dia bimbang aku hilang. Maklumlah aku ni kan dah jadi 'kenderaan berat' sekarang ni, maka speed aku bawah 100 sajalah yang mampu.

Aku tertanya-tanya dalam diri kenapa Tok Ketua excited sangat nak ke situ. Dalam pada masa yang sama, aku confuse jugak, maklumlah dia tak suka kesesakan macam tu, mencelah dan terpaksa mencilok di celahan orang ramai yang leka bershopping yang tak sudi bagi laluan. Biasanya, kalau macam tu, dia akan terus ajak aku pulang. Dengan keadaan aku yang sedang memboyot ni, lagilah dia akan ambil tindakan drastik.

Tapi, dari satu kedai ke satu kedai kami lalu, akhirnya, dia berhenti di salah sebuah kedai yang menjual pakaian baju melayu. Laaa, nak beli baju Melayu rupanya. Napalah bengap sangat aku ni, itu pun tak terfikir ka? Tok Ketua belum lagi shopping raya. Tapi aku pun belum. Ishhh, aku jadi confuse lagi ni.

Tanpa menunggu lama, Tok Ketua memilih sehelai baju melayu lengkap dengan seluar berwarna hitam bersaiz S. Tok Ketua kan bersaiz sekeping, so memang ngamlah saiz tu dengan dia. Aku lagi confuse. Kenapa color hitam. Dalam dok tertanya-tanya tu, Tok Ketua jawab, nak sedondonkan dengan jubah hitam sayang yang tak pakai lagi tu. Boleh pakai pagi hari raya.

Aku terus diserang rasa hiba. Laaaa, selama ni Tok Ketua bukan jenis macam ni tau. Bak kata adik-adiknya, abang mereka ni bukan ada perasaan, hati kering, tak romantik, serius, garang, susah nak senyum, tak mesra alam, tak reti tunjuk kasih sayang, bla bla bla bla. Sebab tu aku rasa terharu, sebab aku akui suami aku yang satu ni memang begitu. Tahun lepas puas aku ajak dia shopping baju raya, betapa nak sedondonkan, tapi Tok ketua buat bodoh je tau, sudahnya, pagi raya, recycle baju kahwin je, hahahaha.

Aku tak sangka yang Tok Ketua sudi jugak akhirnya pakai sedondon dengan aku di pagi raya. Memang aku ada 2 helai jubah hitam yang masih belum dipakai. Satu jubah hitam kelabu dan satu lagi hitam merah. Beriya aku cakap pada Tok Ketua sepanjang bulan puasa ni, aku nak sedondon dengannya di pagi raya, tak kisahlah color apa, tapi nak sedondon. Tapi, sampai ke sudah, tak ada tanda-tanda Tok Ketua berusaha nak memenuhi hasrat aku yang satu tu.

Bila kawan-kawan excited bercerita soal baju raya yang sedondon di pagi raya nanti, tema itu ini, aku terus rasa sedih. Bayangkanlah emosi aku sampai macam tu sekali. Sebab aku rasa, sah dah Tok Ketua tak nak bershopping baju raya, apalah daya aku kan.

Tak sangka, malam tu dia penuhi hasrat aku. Nak je aku peluk dia kat situ. Tapi aku masih waras. Melampau sangatlah aku peluk walaupun suami sendiri di depan khalayak ramai. Aku senyum meleret-leret je mampu. Hitam pun hitamlah, tapi, terlintas rasa nak tergelak pun ada, ada ke orang buat tema raya color hitam? Macam berkabung pulak. Wakakakakakaa. Belasah jelah, janji tahun ni sedondon gitu. Kelasss kau Tok Ketua.

Selesai shopping baju Melayu, aku terus excited nak bershopping jugak, terus aku beli sehelai tudung berwarna pinang masak / merah bata untuk aku sedondonkan dengan salah satu jubah mengandung aku. Nak pakai kat ofis sahaja.

Kemudian, selesai sahaja, kami terus pulang. Jam dah melewati 12 tengah malam. Tok Ketua tanya nak tapau apa-apa ke? Aku pantas menjawab, sahur kang nak makan kari kambing mamaklah. Terus Tok Ketua singgah kat kedai mamak berhampiran rumah kami. Sambil tunggu aku bungkus kari kambing, Tok Ketua makan cheese nan, kegemarannya. Aku pulak, dalam keadaan batuk kong kong ni sempat lagi order teh ais. Tok Ketua bising, katanya kang batuk bising, pastu minum ais batu. Aku sengih jelah bila dah kena bebel kan. Kang melawan kena daulat lorrr. Hahahaha

Lama jugak melepak, aku pulak dah terus hilang rasa mengantuk. Sampai kat rumah dah tak boleh tidur. Entah jam berapa aku tertidur, aku tersedar sebab pinggang aku sebelah kanan ni sakit sangat. Aku tengok jam, 4am. Aduhhh, berapa jam je aku dapat tidur ni. Nak sambung tidur tak boleh, sakit sangat pinggang aku, sudahnya aku bangun termenung atas tilam sambil menahan sakit seorang diri. Mengadu pada Allah di dalam hati.

Bukannya aku tak nak bagitau Tok Ketua, kang terus diusungnya aku ke hospital, tu yang aku tak nak tu. Selagi aku mampu tahan, aku tahan jelah. Sudahnya, sampai jam 5am kot baru hilang sakit. Seksa sungguh. Nak tidur dah tak berbaloi, alang-alang terus aku bersahur. Disebabkan Tok Ketua dah kenyang, dia temankan aku sahaja menjamah kari kambing kegemaran aku tu.

Selepas solat Subuh tadilah, aku terus datang kerja. Sebab tu yang mengantuk sangat ni. Lesu rasanya. Dahlah hari ni ofis aku lengang. Dah ramai mula bercuti semalam. Hari ni ada beberapa kerat jelah yang datang kerja, aku rasa kang selepas Solat Jumaat ramai yang hilang. Sahih dah.

Hahahaha. Yang pasti mood raya aku baru datang akhirnya. Selama ni aku tak terfikir nak raya pun. Dok menghitung hari nak bersalin je. Excited terlebih kau. Tapi, bila Tok Ketua beli baju semalam, aku pulak terlebih excited nak sambut raya. Sukalah.

Tapi, yang pasti, adakah aku akan bertemu lagi ramadhan akan datang? Harapan aku, moga ramadhan kali ni mampu bawa kita semua masuk syurga tanpa hisab.

Khamis, 16 Ogos 2012

7 Amalan & Kesilapan di Pagi Hari Raya Aidilfitri

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk

1. Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata:

“Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya”.

2. Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut:

“Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”

3. Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun.

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4. Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya: Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

5. Memakai pakaian terbaik yang ada

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6. Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya” (Riwayat Al-Bukhari)

7. Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Nabi pernah bersabda ertinya : Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

7 Kesilapan di Pagi Hari Raya Aidilfitri


1.Sentuhan

Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2. Aurat & Ipar

Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3. Wangian Wanita

Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4. Pakaian Wanita

Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5. Kubur Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6.Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7. Dosa Bertempoh

Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan ’chat’, berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Rabu, 15 Ogos 2012

Tanda-tanda orang bertaqwa atau takut kepada Allah SWT


Osman bin Affan berkata:

Tanda-tanda orang bertaqwa atau takut kepada Allah SWT 5 perkara,

1-Dia tidak akan duduk melainkan bersama orang yang elok agamanya ( dapat menahan kemaluan dari melakukan zina dan dapat menahan lidah daripada ucapan yang tidak baik ).

2-Bila ditimpa musibah dunia,maka ia melihat akibat keburukannya.Jika ditimpa musibah berkaitan Akhirat maka ia berkeyakinan bahawa dia akan mendapat keuntungan besar disisi A llah hasil daripada musibah tersebut..

3-Perutnya dipenuhi dengan makanan yang berkat dan halal.

4-Dia melihat orang lain sentiasa selamat dari kecelakaan kerana orang lain sentiasa beribadat kepada Allah Azzawajal.

5-Dia melihat dirinya berada dalam kecelakaan kerana dosa yang dilakukan, ia merasakan kemurkaan Allah akan datang bila-bila masa disebabkan amalannya yang bercampur dengan dosa

Isnin, 13 Ogos 2012

Cegah KEMALANGAN JALAN RAYA Dengan PATUNG SEKSI

NINGBO - Seorang penduduk di Ningbo, China, meletakkan patung seksi yang mengenakan pakaian dalam berwarna merah untuk mencegah pengguna jalan raya daripada memandu laju. Patung itu diletakkan di situ untuk menarik perhatian pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu.


"Walaupun terdapat banyak lampu isyarat di sini namun pengguna jalan raya tetap memandu dengan laju. Ini sangatlah berbahaya," kata Lin Chen, seperti dilaporkan oleh Orange, pada Selasa lalu.

"Polis tidak berminat untuk mengawal lalu lintas kawasan ini, jadi saya memutuskan untuk membeli boneka ini dan mengikatnya pada pokok. Saya rasa, pengguna jalan raya akan memperlahankan kelajuan jika saya meletakkan sesuatu yang menarik perhatian mereka," tambahnya.

Chen mengakui dirinya cukup kecewa dengan pihak polis yang enggan turun mengawal lalu lintas di situ. Namun pihak polis mengakui dengan adanya patung itu, jumlah kemalangan di kawasan itu semakin berkurangan.

"Ini bukanlah kaedah yang kami gunakan, namun kami tidak nafikan mekanisme ini berjaya," kata jurucakap polis di Ningbo.

macam-macam hal lorrr

Khamis, 9 Ogos 2012

Banyak Cara Untuk Bersedekah

Hadis :

Dari Abu Dzar r.a katanya:"Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau,:"Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka." Jawab Rasulullah SAW:"Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah." Mereka bertanya:"Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?" Jawab Rasulullah SAW " Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala."

(al-Bukhari)

Huraian

1. Sedekah adalah sesuatu yang dapat menambahkan pahala seseorang selain daripada amal ibadat atau kebajikan yang diwajibkan untuk dilakukan.

2. Sedekah yang paling mudah adalah dengan menggunakan anggota badan seperti senyum yang tidak memerlukan sebarang tenaga mahupun wang ringgit. Begitu juga dengan berzikir kepada Allah yang hanya perlu diucapkan dengan lidah atau hati. Malah setiap sesuatu yang dilakukan dengan niat kerana Allah adalah dianggap sebagai sedekah.

3. Orang yang memiliki banyak kelebihan sama ada berupa harta benda, kekayaan, ilmu dan sebagainya selayaknya menginfakkan nikmat Allah tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan. Dengan itu hubungan antara anggota masyarakat menjadi lebih kukuh tanpa timbul perasaan dengki dan iri hati antara satu sama lain.

4. Bersedekah adalah tanda bahawa seseorang itu mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah. Sebaliknya orang yang bersifat kedekut adalah orang yang tamak. Sedangkan Allah SWT sahaja yang memiliki segala sesuatu dan Dia berhak merampas kembali nikmat tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu Islam mengatakan bahawa keberkatan rezeki itu adalah bergantung kepada cara bagaimana seseorang menyalurkan rezeki yang diperolehinya sama ada kepada kebaikan atau keburukan.

10 celaan Allah terhadap manusia

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.

Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.”

(riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

Rabu, 8 Ogos 2012

Tazkirah 19 ramadhan

Nasihat Kubur:


1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.



2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.



3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.



4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH



5). Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT



6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..



7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...

CARI LAILATUL QADAR

RAMADAN menjanjikan ganjaran yang cukup istimewa bagi seorang Muslim ke arah mengecapi kecemerlangan hidupnya. Hal ini akan terlaksana dan tercapai dengan jayanya.Pertama; jika setiap hamba benar-benar seorang Muslim yang mengerjakan ibadah puasa berteraskan keimanan dan muhasabah serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW.Kedua; yakin dengan ganjaran yang telah dijanjikan Allah SWT terhadap segala amalannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu.(riwayat al-Bukhari dan Muslim]Memasuki detik 10 terakhir Ramadan pesona peribadi dan perilaku Rasulullah SAW terlakar dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Adalah Rasulullah SAW apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya dan mengikat pinggangnya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim) Kupasan ringkas hadis

Para ulama berbeza pendapat dalam memberi pentafsiran mereka terhadap hadis di atas. Namun demikian mereka sepakat bahawa Rasulullah SAW melipat-gandakan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Hadis di atas menunjukkan betapa Rasulullah SAW amat memberi tumpuan serius pada detik malam 10 terakhir Ramadan terutama dalam perihal beribadah. Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam 10 hari terakhir bulan Ramadan, suatu perkara yang tidak Rasulullah SAW lakukan pada bulan-bulan selainnya. (riwayat Muslim)

Mengikat kainnya

Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa para ulama mempunyai beberapa pendapat terhadap istilah ‘mengikat kainnya’.

Di antara pendapat yang paling kuat ialah ia membawa dua pengertian iaitu Rasulullah SAW tidak menggauli para isterinya iaitu melakukan hubungan suami isteri (jimak) dan ini digambarkan dengan istilah ‘mengikat kainnya’.

Maksud yang kedua ialah baginda SAW bersungguh-sungguh dalam setiap ibadah yang dilakukannya. Kedua-dua pengertian adalah tepat jika dilihat dari perbuatan Rasulullah SAW tatkala tiba malam-malam 10 akhir Ramadan. (Fath al-Bari 6:310)

Menghidupkan malam harinya

Rasulullah SAW telah memberikan pedoman terbaik kepada umatnya agar melakukan transformasi dengan mengubah malam yang biasa pada bulan-bulan selain Ramadan dengan menghidupkannya dengan melakukan ketaatan melalui gerak kerja ibadah.

Antaranya melakukan solat-solat sunat, membaca al-Quran, beriktikaf terutama di sepertiga malam sewaktu manusia terlena di malam hari. (Fath al-Bari 6:310)

Membangunkan Ahli Keluarganya

Dalam hal gerak kerja beribadah (solat), baginda SAW tidak pernah melupakan atau mengabaikan keluarganya.

Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik kepada seluruh umatnya terutama ketua keluarga agar tidak mengabaikan keluarga walaupun dalam perihal melakukan ibadah-ibadah sunat.

Perilaku baginda SAW membangunkan ahli keluargannya turut diteladani Khalifah Umar al-Khattab r.a di mana al-Imam Malik dalam Al-Muwatta’ menyebutkan, bahawasanya Umar r.a melakukan solat malam seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT, sehingga apabila tiba waktu pertengahan malam, Umar r.a membangunkan keluarganya agar melakukan solat seraya mengatakan kepada mereka: “Solat! solat!”

Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan

1. Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman

Ibn Abi ‘Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a: “Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak”. (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini) Dalam riwayat lain daripada sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi’en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan tabi’en ini adalah satu usaha menyambut dan meraikan kedatangan lailatul qadr, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Justeru pada malam-malam terakhir Ramadan di samping mencari lailatul qadr dianjurkan membersihkan diri dan memakai wangian dan haruman, sebagaimana ia turut dianjurkan ketika Aidilfitri dan Aidiladha.

2. Mencari lailatul qadr

Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud, Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari) Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia telah mengambil menghidupkan seluruh malam itu”. (Riwayat Abu Dawud).Maksudnya sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian apa yang dimaksudkan dengan lailatul qadr. Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

3. Melewatkan sahur

Daripada Sahl ibn Sa’d berkata: Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (riwayat al-Bukhari)Perlakuan ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata: “Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (riwayat al-Bukhari)

4. Melakukan iktikaf

Iktikaf adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan).Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5) Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. Dalam sebuah hadis lain Bahawasanya Abu Hurairah berkata: “Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari”. (riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi)

5. Membanyakkan doa

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi: Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa’ fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: “Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak”. (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)

Selasa, 7 Ogos 2012

Tazkirah 18 ramadhan

Wahai saudaraku yang sedang berpuasa, bulan yang mulia ini adalah kesempatan berharga bagi kaum beriman untuk menambah amalan-amalan utama. Rasulullah SAW bersabda(maksudnya):

“Barangsiapa mendirikan Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu” (Muttafaq ‘Alaih).

Termasuk dari mendirikan (Bulan Ramadhan) adalah solat taraweh yang merupakan sunnah yang ditetapkan. Maka peliharalah Solat Taraweh bersama imam sampai selesai. Rasulullah bersabda(marhumnya ): “Seseorang yang solat bersama imam hingga ia selesai, maka akan dituliskan baginya pahala solat malam”

(H.R Abu Dawud, Tirmidzi, Nasai dan Ibnu Majah)

semoga Allah memberi hidayah pada Sebagian orang yang menyia-nyiakan Solat Taraweh, dan barangkali ia solat dua rakaat lalu berpaling, seakan-akan dengan perbuatannya tersebut ia kikir pada dirinya sendiri dengan pahala. Maka manfaatkanlah wahai saudaraku bulan yang agung ini, hari-harimu adalah terbatas, bersegeralah sebelum datangnya sesuatu yang menghancurkan kelezatan dan memisahkan dari teman (maksudnya kematian )

Isnin, 6 Ogos 2012

Malaysia ranking ke 10 negara malas di dunia???

Tak dapat pecah rekod

Pada pagi jumaat, 14 ramadhan aku bangun seperti biasa nak bersahur. Tergeheh-hegeh aku ke bilik air nak membersihkan diri, dengan harapan bila dah segar, selera makan aku wujudlah. Aku memang ada masalah utama dalam bab nak bersahur ni sejak dulu lagi, aku tak ada selera nak makan, tapi atas alasan preggy, aku kenalah jugak telan nasi. Ikutkan hati, nak je aku makan kurma, minum air, udah. Hahahaha. Tapi kesian baby aku, nak tak nak kenalah telan makanan yang mengenyangkan ye tak.

Tiba di bilik air, aku tiba-tiba terus muntah. Sebenarnya, bangun je daripada tidur tadi, aku rasa panas aku panas sangat. Semalam aku tak boleh tidur, aku rasa tak selesa sangat. Tekak aku rasa pahit. Selepas muntah selesai segalanya, aku dan suami makanlah sahur berdua.

Selepas sahur aku segera duduk atas sejadah, menantikan solat Subuh. Dalam dok menunggu, aku dah lalok, kepala aku berat sangat, aku rasa aku demam panas ni. Dengan langkah yang berat, aku selesaikan solat Subuh dengan segera dan berbaring dengan pakaian kerja.

Tok Ketua tanya aku, kenapa ni? Aku jawab tak sihatlah, demam panas ni. Tok Ketua diam. Dia bersiap ala kadar, sebab dia keluar rumah pun lambat, almamlumlah ofis dan rumah dekat je.

Setelah Tok Ketua pergi kerja, aku masih baring, aku capai hp dan sms secretary bos aku inform aku tak sihat, mungkin aku MC. Aku berwhatApp jugak dengan seorang rakan bagitau aku tak dapat datang kerja hari ni. Sepanjang bulan puasa, dia tumpang aku balik daripada kerja. Aku hantarnya di LRT Bukit Jalil.

Dalam dok berwhatApp tu, aku terasa nak muntah lagi. Aku ni asal pening je mesti muntah. Aku sempat cakap pada kawan aku, aku nak muntah jap. Kemudian, aku baca whatApp dia, dia kata aku kena berbuka puasa sebab puasa aku dah batal sebab muntah. Aku terus confuse.

Setahu aku muntah tanpa sengaja tak batal puasa. Tapi malaslah aku nak lawan mazhab dia, dia lagi tua daripada aku, aku cakap tengoklah dulu, aku memang tak larat sungguh ni, macam mana nak pergi klinik ni. Tak tergamak pulak nak suruh Tok Ketua pulang semata-mata nak suruh hantar aku pergi klinik.

Bila pening, bila bangun aku mulalah rasa terhoyong hayang. Tapi aku berkeras bangun, capai tudung dan keluar daripada rumah. Dengan susah payah aku bawak kereta, mujur klinik tak sampai pun 2km daripada rumah aku.

Alhamdulillah, tak pulak ada orang, selalunya klinik ni sentiasa penuh dengan pesakit. Rezeki aku, tak sampai seminit nama aku dipanggil. Dengan muka serabainya, aku jumpa doktor. Aku cakap aku demam. Doktor pun check apa yang patut. Awak demam panas ni. Bahayalah. Awak masih puasa ke? Aku angguk lemah, Eh, awak kena juga berbuka puasa. Awak kena makan ubat. Kandungan awak dah 33 minggu, kalau demam panas macam ni bahaya tau. Saya bagi awak MC hari ni. Aku angguk. Dah malas nak berkata-kata. Padahal dalam kepala, macam-macam aku nak tanya, berapa suhu badan aku? Adakah benar demam ini akan ganggu kandungan aku sekiranya aku berkeras nak puasa?

Tapi, segalanya hanya di minda. Aku tak larat nak bercakap, aku rasa sungguh tak selasa, tak larat, pening kepala yang melampau, sakit berdenyut seluruh badan, aku macam robot hidup yang bergerak. Selesai ambil ubat, aku terus inform Tok ketua, aku nak berbuka puasa. Atas nasihat doktor. Tapi, tiba-tiba hati rasa sebak.

Apa tidaknya, kalau aku ganti sekalipun puasa tersebut tidak akan sama dengan berpuasa di bulan Ramadhan. Sekalipun aku kena bayar fidyah, pahalanya tetap tidak akan sama. Aku berterusan rasa sebak apabila sasaran aku untuk berpuasa penuh di bulan puasa ni tidak jugak kesampaian. Frust yang ditahap maksima.

Tok ketua kata nak makan apa? Tak ada sebarang makanan di rumah melainkan biskut, kerepek dan nasi semalam. Aku pun dah blur. Tok Ketua suruh aku order je domino piza yang ada offer 50% sepanjang ramadhan tu. Aku jawab ok.

Aku pun cuba order online. Internet pulak slow. Aku cuba call operator jawab talian sibuk. Adoiii. Lecehlah. Balik rumah dengan susah payah akhirnya aku goreng nasi bersama isi ayam bakar lebihan malam tadi juga bersama ikan bilis tumbuk lebihan malam tadi juga. Tak ada sayur, simple. Sekadar untuk nampak yang ianya nasi goreng.

Selesai makan aku makan ubat dan tidur sepanjang hari. Hanya solat Zohor dan Asar je aku bangun sehinggalah Tok Ketua pulang, aku request nak makan rojak dengan air khatira dan cempedak goreng. Tok Ketua tanpa banyak kerenah menuju ke pasar ramadhan membeli juadah yang dipesan oleh orang tak puasa ni. Hahahahaha.

Begitulah ceritanya kisah orang tak puasa. Mujur demam aku tak berlarutan. Esoknya aku dapat puasa seperti biasa. Alhamdulillah. Rasanya nilah kali pertama aku demam dalam bulan ramadhan dan terpaksa berbuka. Dan inilah kali pertama sejak mengandung, aku benar-benar makan ubat demam.

Tak dapatlah jugak nak pecah rekod berpuasa penuh tahun ni. :-(

Khamis, 2 Ogos 2012

Mana lebih baik???

Assalamualaikum kawan-kawan.

Terlebih dahulu, aku nak mohon maaf, sebab tak dapat nak beri komen dalam blog korang. Banyak juga blog yang aku komen, tapi tak lepas-lepas komen tu, masalahnya aku tak tahu kenapa. Sudahnya, penat je aku taip. Sebelum ni dah berlaku macam ni, tapi berlaku lagi. Bencilah merangkap bengang pun ada gak. Beriya je kan susun ayat, sekali tak lepas pulak komen aku. Huwaaaaaaaaaa. Perkara ni berlaku dalam seminggu dua ni je aku rasa.

Oh ya, dalam aku dok menghitung hari tarikh dijangka bersalin, aku hampir terlupa yang hari ni dah 13 ramadhan. Dah masuk fasa kedua dalam bulan yang mulia ni. Untunglah barangsiapa dapat khatam al quran dah kan. Aku masih merangkak-rangkak nak menghabiskan. Kagum aku pada Imam Syafie, ustaz kata dalam bulan ramadhan sahaja beliau berjaya khatam kitab suci tersebut sebanyak 60x. Ohhh!!! Lemah sungguh iman aku jika dibuat perbandingan dengan beliau. Macam langit dengan bumi. Ya Allah, tambahkanlah iman aku sebanyak-banyaknya di bulan yang mulia ni. Aku pun nak masuk syurga juga, tapi aku ni lemah sangat dalam nak beramal.

Buat amal sikit je dah rasa selesa, hishhhh, mana boleh gitu kata ustaz. Amalan dan ibadah ni kadang-kadang kena paksa, kena berlumba-lumba, nikmatnya sangat manis. Mmm, aku sedang cubalah ni, orang lain terawih kat surau, aku terawih kat rumah, konon alasan kuat mengandung, macam mana ni.

Sebenarnya, aku nak cerita tentang seorang rakan. Aku tak pasti maksud sebenar ayat dia. Tapi pemahaman aku, dia seseolah berbangga anak dia dah besar-besar. Aku mulalah terasa hati. Yelah, apa taknya, dalam usia macam ni baru nak dapat anak sulung. Aku mulalah emosional kan.

Aku mulalah persoalkan. Ohhh kiranya aku ni termasuk dalam golongan yang rugilah ek? sebab dah tua-tua begini baru nak menimang cahaya mata. Agaknya dia perasan kot aku terasa, terus dia cakap, tidaklah, tapi macam mana nak cakap ek.

Aku mulalah nak membela diri. Aku cakap aku bersyukur aku mengandung sekarang, buatnya aku mengandung 10 tahun lepas, mahunya anak aku sekali jadi manusia jahiliah. Masa tu aku sangat jahil, habislah rosak anak aku. Dan aku rasa tak kisah sebab aku mengandung di usia tua. Sekurang-kurangnya kini aku ada sikit iman dan amal, ada fikir pasal mati, ada jugak perubahan pada diri. Allah lebih tahukan. Allah tak nak amanatNya aku tak jaga betul-betul. Sebab tu baru kini Dia bagi. Tapi aku tak boleh rasa selesa, kepimpinan melalui teladan. Nak tak nak, aku dan suami kena jadi ibu dan bapa soleh dan solehah terlebih dahulu ye tak?

Seperti biasa, aku tetap risau, apabila memikirkan macam mana aku nak didik anak-anak aku kelak. Semasa kat surau tadi pun ustaz bercerita, bukan senang nak didik anak jadi anak yang bertakwa. Kot mana pusing pun, mak bapak dulu kena tunjuk contoh teladan. Aku terus menangis. Ngeri membayangkan yang macam manalah nanti ek. Ishhhhhh

Seperti orang lain, aku juga nak yang terbaik untuk anak aku. Begitulah, moralnya aku tak cemburu pun anak kawan-kawan aku dah besar panjang, dah besar, tapi aku cemburu bilamana mereka berjaya mendidik anak-anak mereka menjadi manusia beriman. Aku sungguh kagum bercampur cemburu.

mana lebih baik? Anak dah besar ke anak bertakwa? 2-2 lah kan. ahaksss

Bunuh bayi??? Kejam



Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan. “Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi. “Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”  “Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut. Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.” Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

Rabu, 1 Ogos 2012

Surah al ahzab - ayat 59