~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 30 September 2010

Aduhhhh!!! Terkena lagi

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

1-Hubbul dunia (kasihkan dunia)

2-Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

3-Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

1-Zuhud dengan dunia

2-Zikrullah

3-Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

Rabu, 29 September 2010

Entry yang lambat di post - tips

24 ramadan. Hari ni terasa lesu sebab semalam aku tidur lambat. Jam 1 lebih. Bangun jam 5am bersahur dan sampai sekarang tak tidur. Mata rasa berat nak celik. Tapi gagahkan diri juga ke ofis seawal jam 6am. Itukan satu amanah. Amanah kena jaga. Samalah macam kepercayaan. Kena jaga. Bukan senang nak cipta kepercayaan orang kepada kita, sekali tercalar, susah orang nak percaya lagi. Mungkin akan hilang begitu sahaja.

Jika di beri pilihan, korang nak berkawan dan nak berdamping dan nak bercinta dengan orang macam mana? Pastilah pilihan di utamakan kepada kawan yang boleh dipercayai. Tiada ada rasa syak, tiada rasa suspicious. Samalah seperti memilih pasangan. Jika wujudnya rasa was-was, macam mana rasa sayang tu nak wujud. Aku tak pastilah tanggapan orang lain, jika berlaku kepada aku, sesungguhnya rasa sayang pasti akan hilang sekiranya kepercayaan kepada pasangan dah tak wujud.

Memang aku belum berkahwin, dan pengalaman aku sangat cetek sekiranya dibandingkan dengan pasangan yang dah berkahwin bertahun-tahun. Aku sekadar kutip pengalaman orang sekeliling dan aku cuba nak bincangkan kat sini. Tentang kejujuran, tentang ketelusan.

Kajian yang aku lakukan secara rawak, aku dapati ramai wanita sukakan ayat power. Mereka ghairah bila dipuji tinggi melangit. Sifat manusia yang sukakan pujian. Sesungguhnya hanya Allah yang layak dipuji. Berbalik kepada pujian, rata-rata wanita jatuh cinta kepada lelaki yang bijak bermain kata. Tidakkah mereka ketahui lelaki yang hebat melayan wanita, bijak bermain kata adalah lelaki yang sangat terbiasa atau lebih tepat terdedah dengan wanita di sekelilingnya? Tidakkah kaum wanita sedar mereka sedang dimanipulasi oleh kaum Adam?

Perlukah ayat power dalam sesuatu perhubungan? Perlukah pujian dalam nak mencipta hubungan? Perlukah ayat-ayat yang memukau walhal sekadar satu dusta yang nyata. Kaum wanita buka saja mudah lentur dan cair, malah mempercayai pasangan mereka melebihi 100%. Tidakkah ini sangat bahaya apabila menaruh sepenuh kepercayaan kepada kaum Adam?

Aku tak nafikan ramai kaum adam di luar sana yang baik. Yang aku nak ceritakan di sini adalah kebanyakan kaum adam yang berpura-pura baik. Baik dalam semua segi dan bijak berlakon. Di awal perhubungan segalanya nampak sempurna. Hakikatnya sang adam hanya berpura-pura. Setelah mendapat apa yang dihajati, belang mulalah teserlah.

Sekiranya anda perlu memilih antara jejaka yang ayat power merangkap pandai melayan wanita dan jejaka yang berterus terang tapi tiada pengalaman langsung dalam nak menghadapi wanita, mana satu pilihan anda? Tak perlu tepuk dada, aku pasti kebanyakan kaum hawa akan menjawap jejaka yang pertama. Yang suka memuji, ayat memang power, bijak menawan hati anda, kenal pasti kehendak dan kemahuan anda. Lelaki yang kedua pastinya membosankan kerana tiada unsur-unsur yang anda kehendaki, iaitu dipuji, dibelai dan maklum akan segala kehendak anda tanpa anda sendiri memberitahu.

Jelas di sini, persoalan kenapa kebanyakan wanita juga sukakan suami orang, kerana suami orang majoritinya sudah ada banyak pengalaman dalam menghadapi wanita. Sudah khatam tentang 'habit' seorang wanita. Lelaki yang tidak pandai melayan wanita, di pandang sepi. Tapi, tak semua lelaki yang bijak melayan wanita itu berniat jahat. Barangkali mereka juga pernah dikecewakan sebelum ini. Maka mereka mencari pengganti menggunakan pengalaman terdahulu. Patah tumbuhkan hilang berganti.

Jadi, di sini, tepuk dada, tanyalah hati. Pada aku, berjumpa pasangan yang salah sebelum menemui pasangan sejati perlu dalam menambahkan pengalaman dalam hidup. Aku pernah mengalami situasi ini. Dan aku tidak menyesal, cuma aku perlu pandang ke hadapan dan yang paling penting, jangan ulangi kesilapan lalu. Pada aku, aku tak perlukan lelaki dengan ayat powernya, tak perlukan lelaki yang bijak melayan kehendak dan kerenah aku. Yang aku perlukan sifat terus terang, sifat jujur yang sebenar-benarnya. Mungkin payah untuk ditemui, tapi, insyaallah, berkat doa yang tidak jemu, pasti suatu hari si dia akan muncul menjadi suamiku.

Jumaat, 24 September 2010

Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda - Koleksi Artikel Pilihan

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.

Koleksi artikel pilihan - Iringilah kejayaan dengan istighfar

Bismillahi walhamdulillah…

Jika dalam suatu majlis, seorang ketua jabatan berucap: “Saya ucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai. Sama-samalah kita bersyukur kepada Allah semoga nikmat kejayaan ini berpanjangan…”.

Ucapan tahniah yang disusuli dengan syukur begini adalah pakej standard untuk mana-mana ucapan. Bagaimana pula dengan ucapan tambahan ini: “… namun janganlah kita lupa untuk beristighfar kepada Allah, agar segala kelalaian dan kesilapan kita diampuniNya.” Mungkin agak janggal dan jarang kita dengari.

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat. “

Dalam terjemahan surah an-Nasr di atas, Allah mengajar kita supaya memuji dan beristighfar kepadanya apabila mendapat kejayaan. Kalau bertasbih, memang nampak relevannya dengan kejayaan. Di mana pula relevannya istighfar?

ISTIGHFARlah kerana mungkin dalam usaha mencapai kejayaan itu, kita…

Melalaikan atau meninggalkan ibadat khusus seperti melewatkan solat. Apatah lagi meninggalkannya. Termasuk juga melalaikan tilawatul Quran, puasa sunat dan qiyamullail yang sebelum ini menjadi amalan.

Timbul perasaan bangga diri terhadap usaha yang dilakukan, apatah disulam dengan memperkecilkan usaha orang lain.

Berburuk sangka kepada orang lain, terutama apabila tidak mendapat kerjasama dari orang lain.

Berburuk sangka kepada Allah. Mengeluh mengapa usaha baik lambat mendapat bantuanNya. Mengapa orang masih tidak menerima dakwah kita, sedangkan kita telah berusaha pelbagai cara.

Ada perasaan terlalu bergantung kepada usaha sendiri, seperti perancangan strategik yang hebat, tenaga kerja yang mahir lagi ramai, alat yang lengkap dan kaedah yang terkini dsb.

Sekadar menyebut beberapa contoh. Bahkan selepas solat juga kita disunatkan beristighfar. Sebagai menampung kekurangan yang ada semasa solat tadi. Ringkasnya, setiap kejayaan harus diiringi tasbih dan istighfar kepada Allah.

Wallahu a’lam.

Oleh: Ustaz Azzahar bin Abd. Aziz,

Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia,

ISMA Cawangan Seremban

Blog: Catatan Kehidupan

Rabu, 22 September 2010

Makna Nombor Pada Tayar

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalag 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikiu berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S-180 km/j

T-190 km/j

U- 200 km/j

H-210 km/j

V-240 km/j

Z-melebihi hadlaju 240 km/j

W-270 km/j

Y-300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

Bila aku akan mati? Bagaimana aku mati?

12 syawal. Setakat ini aku berjaya berpuasa 3 hari je dan kena stop sekejap. Aku harap aku berjaya habiskan puasa 6 sebelum syawal habis. Disebabkan dalam bercuti, aktiviti aku menghabiskan saki baki kuih raya yang ada di ofis dan rumah. Harap minggu depan aku berjaya habiskan lagi 3 hari atas izin Allah. Dan kemudian sambung puasa ganti. Ramai yang mempertikaikan aku tak boleh berpuasa 6 selagi tidak menghabiskan puasa ganti, selagi tak cukup 30 hari tak boleh puasa 6. Entah mana datang idea, aku cakaplah, kalau gitu korang janganlah pergi solat sunat terawih sebab solat fardu korang tak pernah cukup.

Aku sebenarnya bukan nak cerita tentang puasa 6 di bulan syawal atau puasa ganti, sebab isu ini dah lama sangat dihujahkan, dibahaskan oleh banyak ulama, pada aku pula, Islam itu mudah. So, aku tinggalkan topik tentang puasa biarlah isu itu dibahaskan oleh pihak yang sepatutnya. Aku ni tak mampu nak berbahas, ilmu tak cukup banyak.

Sebenarnya, semasa entry ini ditulis, aku masih dalam proses 'bercuti'. Aku teringat sesuatu yang bermain di jiwa aku iaitu tentang rasa kehilangan. Dalam 2-3 bulan ni, setiap kali aku period aku rasa aku jauh sangat dengan Allah. Benda ni bukan sekali 2 datang dalam jiwa aku, tapi setiap kali aku period, sejak akhir-akhir ini.

Mungkin rutin dah berubah, semasa period tak boleh solat, tak boleh sembah Allah S.W.T. So, aku kerap doa moga period aku cepat habis. Aku jadi rindu nak solat. Tak macam zaman kejahilan aku, aku bersorak kalau period, tak payah sembahyang!

Untuk mengubati rasa kehilangan itu, aku sekadar berzikir dan berselawat ke atas Rasullullah S.A.W, dengan harapan Allah tahu (memang tahu pun) yang aku nak bagitau Allah yang aku berusaha untuk tidak melupakanNya

Sebenarnya, lebih tepat, apa yang aku nak ceritakan kat sini ialah, aku takut aku mati semasa sedang period. Aku memang tak nak mati semasa aku period. Aku takut sangat ibadah aku, solat aku, amalan aku sebelum ini Allah tak terima. Yang pasti, ibadah aku tak cukup sebagai bekalan esok. Maka, setiap kali aku dah boleh solat, aku doa banyak-banyak supaya Allah terima solat aku. Benda pertama yang akan dihisab esok kat akhirat.

Baru-baru ini, 4 syawal semasa aku dalam perjalanan ke ofis, kereta yang aku bawa terbabas. Salah aku, aku memandu agak laju di selekoh tajam dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Dahlah air bertakung, tayar sudah pastinya takkan mencengkam tanah. Tapi, nasib baiklah tayar baru di mana bunganya masih elok, kalau tidak, aduhhh. Biasanya area situ jem, maka tak boleh laju, tapi disebabkan ramai masih cuti beraya, jalan jadi lengang. Aku ambik kesempatan 'drift' lah konon. Padan muka. Walaupun terbabas aku nampak 'cantik', maksud aku cara aku terbabas macam driftlah jugak (secara kebetulan, aku tak rancang), lembik lutut aku. Sebab aku tetap mengalami rasa ngeri akibat terbabas itu. Mujur aku selamat, kalau aku jadi arwah, agak-agak ibadah aku cukup tak untuk dihitung?

Selepas terbabas, aku teruskan perjalanan macam biasa. Debaran di hati masih berlanjutan. Hilang fokus aku sekejap. Risaukan kereta, aku bukannya ada transport kedua nak bergerak kalau berlaku sesuatu pada kereta aku, risaukan keselamatan aku sekiranya kereta terbalik atau tak dapat dikawal. Dalam hati, ucapan alhamdulillah tak henti-henti dilafazkan, sebab aku selamat. Alhamdulillah. Aku di dalam lindunganNya. Amin.

Sejak hari itu, hampir hari-hari aku berfikir bagaimana aku mati kelak? Dalam keadaan sempurna atau sebaliknya? Mati dalam eksiden? letupan? bencana alam? semasa tidur? sakit perut? bersalin? atau dalam keadaan menyayat hati? macam kes Datok Sosilawati, Altantuya, atau kes-kes sebelum ni macam Canny Ong, Norita dan sebagainya.

Walau dalam keadaan apa sekalipun aku mati, aku sentiasa berdoa moga aku mati dalam keadaan beriman. Aku selalu juga minta doa pada Allah supaya aku nak mati di Mekah semasa menunaikan Haji. Aku nak mati dalam keadaan menjadi isteri dan ibu yang solehah. Aku nak sangat-sangat.

Agak-agak Allah perkenankan tak doa aku? Harap sangat begitu. Mati dalam iman adalah impian setiap orang Islam kat dunia ni walaupun mungkin di antara mereka tak pernah berusaha ke atas iman dan takwa. Apatah lagi orang yang beramal soleh. Pastinya kemanisan itu di tahap maksima sekiranya benar-benar mati dalam iman.

Sesungguhnya mati itu pasti. Cuma masanya kita tidak pernah tahu, lambat atau cepat. Tapi, kenapa kebanyakannya tidak memanfaatkan masa untuk bekalan di akhirat? Soalan pada diri sendiri pastinya?

Isnin, 20 September 2010

Rahsia Solat

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Jumaat, 17 September 2010

Sholat Sebagai Mi'rajnya Seorang Mukmin - koleksi artikel peribadi

Pandangan bahwa sholat adalah mikrajnya kaum beriman merujuk pada pendapat yang kedua, yakni bermi`raj secara spiritual. Sholat yang khusyu` dimungkinkan dapat mengantarkan orang mukmin berjumpa, ber muwajahah, ber muhawarah dan ber munajat, berkomunikasi secara intens dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala Bagaimana caranya?

Imam Gazali dalam Ihya `Ulumuddin menyebut enam makna batin yang dapat menyempurnakan makna sholat, yaitu ; (1) kehadiran hati, (2) kefahaman, (3) ta`zim, mengagungkan Allah, (4) segan, haibah, (5). Berharap, raja, dan (6) malu.

1. Yang dimaksud dengan kehadiran hati (hudur al qalb) dalam sholat ialah bersihnya hati dari hal-hal yang tidak semestinya terlintas di dalam sholat, sinkron antara apa yang diucapkan dalam sholat dengan apa yang difikirkan.

2. Yang dimaksud dengan kefahaman, tafahhum, adalah faham terhadap makna dari apa yang diucapkan dalam sholat. Kefahaman akan makna yang dibaca akan dapat membantu menghadirkan hati.

3. Yang dimaksud dengan ta`zim ialah sikap hormat kepada Allah. Ta`zim merupakan buah dari dua pengetahuan, yaitu pengetahuan penghayatan atas kebesaran Allah dan kesadaran akan kehinaan dan keterbatasan dirinya sebagai makhluk.

4. Yang dimaksud dengan haibah ialah perasaan takut kepada Allah yang bersumber dari kesadaran bahwa kekuasaan Allah itu amat besar dan efektif serta menyadari bahwa hukum Allah atau sunnatullah itu pasti berlaku. Oleh karena itu ia sangat takut melanggar hukun-hukumnya, karena akibatnya merupakan satu kepastian.

5. Yang dimaksud dengan raja’, penuh harap, adalah selalu berfikir positif bahwa Allah Maha lembut dan luas kasih sayangNya. Di dalam sholat, perasaan harap dan cemas silih berganti, cemas takut melanggar, dan berharap memperoleh rahmatNya.

Sedangkan perasaan malu, haya’ kepada Allah bersumber dari kesadaran akan banyaknya kekurangan pada dirinya dalam menjalankan ibadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala..

Menurut Imam Gazali, jika ke enam hal itu berkumpul pada orang sholat, maka hatinya akan menjadi khusyu` karena seluruh cita rasanya, seluruh kesadarannya, tertuju hanya kepada Yang Satu, Yang Maha Agung, yang dihormati, ditakuti, tapi menjadi tumpuan harapannya. Aisyah pernah menceriterakan bahwa di luar sholat, Nabi biasa berbincang-bincang akrab dengan siapapun, tetapi ketika sedang sholat, beliau seakan-akan tidak mengenal orang lain, dan Aisyahpun bersikap seperti tidak mengenal beliau.

Khusyu akan mudah dicapai oleh orang yang lurus pandangan hidupnya, karena kekeliruan pandangan hidup akan menyulitkan pemusatan perhatian dalam beribadah. Kelezatan bermunajat hanya dimiliki oleh orang yang sudah tidak lagi mencintai harta benda duniawi, karena seperti yang dikatakan oleh al Gazali bahwa orang yang masih bergembira dengan harta benda, apalagi yang masih mencampur adukkan kebaikan dengan keburukan, ia tidak dapat bergembira dalam bermunajat kepada Allah. Cinta harta dan cinta kepada akhirat tidak bisa menyatu dalam satu wadah.

Rabu, 15 September 2010

copy & paste daripada email

Wali Dari Bangi (Dialog dengan Satanist)


"Kau satanist?" tanyaku straight pada budak metal yang memakai loket salib terbalik. Dia budak Cina. Tapi aku sebenarnya aim kepada budak-budak Melayu yang di sekelilingnya. Tambahan pula, jika aku dapat dia, maka laluanku kepada budak-budak Melayu tu akan mudah. Aku bukanlah tackle budak cina ni atas sebab perkauman atau sebagainya sebab aku tau: diorang ni sebenarnya keliru. Tambahan pula, diorang yang kacau aku sebab aku sensorang kat Terminal 1 ni yang pakai jubah dan berserban bagai. Diorang yang gatal mintak lighter kat orang berserban, apasal? Sibbaik aku ada lighter. Panjang sikit cerita...

"A'ah' Tau pulak kau?" jawab mamat satanist tu. Kita gelarkan dia budak A sebab aku tak suka ulang-ulang taip nama setan. Macam zikir pulak.

"Tengok loket" jawabku pendek sambil melirik pada loket salib terbaliknya. Dia memegang loket tu.

"Kau tak suka ke aku benci dengan Kristian? Bukan ke Islam tak suka dengan Kristian?" usiknya cuba menduga air yang tenang. Umpan dah masuk mulut ikan nampaknya, bisik hatiku. Aku nak biarkan ikan makan umpan lebih dalam lagi, kasi sangkut kat pangkal hati.

"Sapa kata Islam benci Kristian?" tanyaku cuba menyelidik tahap pemahamannya.

"Korang kan selalu mintak supaya jangan jadi macam orang yahudi dan nasrani dalam Al-Fatihah korang?" tanya mamat Cina tadi. Boleh tahan, knowledge. Ni bukan satanist biasa, ni. Ni satanist yang kononnya tahu akan konsep realiti alam, ni. Best-best.

"Mana ada dalam Al-Fatihah kata jangan ikut Yahud atau nasoro. Dalam Al-Fatihah kata 'ghairil MAGHDU bi 'alaihim wa LAD DHOL LIN'. Orang yang dimurkai atau yang sesat lagi menyesatkan. Kalau Nasoro, mesti Allah sebut Nasoro macam ayat-ayat yang lain" aku mengakalinya. Silap la nak debat pasal benda yang aku dok ulang-ulang minima 17 kali sehari. Budak A terdiam. Aku menyerang dia pulak.

Anton Lavey: Pengasas kultus bodoh

"Kau ikut setan ke?" tanyaku. Budak A memandangku semula.

"Kenapa?" tanyanya.

"Tengok nama band kat baju kau pun aku dah tau. Band ni band satanist ni. Lagu dia semua berdasarkan verse dalam Bible Satanic. Kau ikut band ni, maknanya kau ikut setan la, ye" kataku menduga air di sebelah sana pula.

Crowley. Mamat saiko pertama

"Boleh tahan jugak kau ni. Kenapa kalau aku ikut setan?" mulalah dia guna taktik menjawab soalan dengan soalan tu. Cikai punya taktik.

"Sebelum kau nak ikut setan, maknanya kau kena mengaku adanya tuhan, betul tak? Sebab kalau kau tak caya Tuhan, maka takdelah setan. Setan dicipta oleh Tuhan. Camana kau nak ikut setan yang anti tuhan kalau tuhan itu tiada?" kataku bermain lojik dengannya.

"Betul. Tu sebab kitorang dipanggil jugak anti-christ" katanya bangga cam aku tak tau.

"Kalau kau percaya Tuhan dan setan, dan kau memilih pulak nak mengikut setan, maka kau mesti dah tau camana asalnya setan dilaknat, hingga dia rasa Tuhan tak adil dan kecewa dan mengeluarkan ikrarnya? Betul?" tanyaku lagi bagaikan machine gun. Memang tak kasi chan.

"Betul. Tuhan tak adil sebab pasal satu kesalahan, Lucifer terus dilaknat. Dan dari kisah penciptaan makhluk, seolah-olah dah memang set bahawa Lucifer akan duduk merengkok dalam neraka sebelum dia buat pun kesalahannya" jawabnya.

"Sebab Allah Maha Mengetahui akan kejadian sesuatu yang Diciptakan Nya" jawabku selamba.

"Jadi Tuhan memang sengaja buat Lucifer untuk disumbatkan ke neraka?" tanyanya. Aku tau mana perginya soalan ini. Tapi aku nak layan.

"Mungkin. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui" jawabku pendek, saja memancing soalan seterusnya.

"Kalau macam tu, tuhan tak adillah sebab lahirkan manusia ada yang Islam ada yang tidak" kata budak A. Kan aku dah agak...

"Sebab itulah syahadah ummat akhir zaman ialah kita mengaku Allah itu Tuhan yang Satu dan Nabi Muhammad SAW itu HAMBANya. Kita ni sekadar ciptaan Nya. Sukati Dia lah nak letak kita kat mana. Dan ummat akhir zaman ni termasuklah manusia dan jin dan setan-setan yang kau ikut tu" kataku.

"Walupun Tuhan humban kau ke neraka?" tanyanya memancingku. Aku tau soalan tu datang dari setan.

"Apa yang Allah tentukan, itulah yang Terbaik. Aku cuma boleh mengharapkan kasihan belasNya saja. Dan aku bersyukur sebab pintu taubat masih terbuka untukku selagi aku tidak syirik" pancingku. Muka Budak A berubah. Perkataan syirik tadi menarik perhatian dia dan budak metal member dia yang mula berkumpul mengelilingi kami.

"Setan pernah sembah selain Allah tak? Iblis pernah syirik tak" tanyaku pada salah seorang budak Melayu di tepiku. Mamat tu menggelengkan kepalanya tanda tak tahu. Budak A pun berkerut tanda dia pun tak pernah terpikir benda ni.

"Iblis tu pernah jadi ketua malaikat. Dah tentulah dia tau Tuhan itu hanyalah satu dan tentulah dia tidak akan syirik. Dan dia diberi penangguhan masa sehingga hari kiamat sebelum semuanya tamat" kataku lagi. Budak A dan budak-budak metal lain mendengar kata-kataku dengan penuh teliti. Nampaknya mereka MEMANG TAK TAHU.

"Iblis sepanjang masa menghantar setan untuk mencuri dengar perkabaran dari langit, takut-takut Jumaat ini ialah Kiamat. Sebab bila kiamat, maka tamatlah riwayatnya dan dia tak boleh nak main soal-soal lagi dengan Tuhan" kataku lagi.

"Kau bayangkan, masa dah dekat-dekat kiamat, tibatiba Iblis decide nak mintak ampun pada Allah dan bersujud di kubur Nabi Adam a.s. Kau agak-agak Allah yang Maha Pengampun tu akan mengampunkan tak dosa si Iblis?" tanyaku lagi. Makin dalam umpanku ditelan nampaknya.

"Iblis tak pernah syirik, maka ada HARAPAN taubatnya diterima Allah. Cuba kau pikirkan kedudukan kau kalau Allah dah ampunkan Iblis. Kau dah syirik kan Allah sebab ikut setan. Maka pintu taubat dah takde lagi untuk kau" kataku. By this time, ada di kalangan budak metal tu yang beristighfar dan membuka rantai dan baju t shirt mereka yang ada lambang salib. Budak A kelihatan tergamam.

"Kembalilah. Korang kena tipu dek setan dan rasa kecewa korang sebenarnya" kataku lagi. Aku berlalu meninggalkan mereka sebelum riak dan ujub menguasai aku. Aku terus menjauhkan tempat itu dengan melintas jalan ke Courts Mammoth dan ke parking kereta. Sementara menunggu enjin kereta aku panas:

"Assalamualaikum, bang" salam seseorang padaku. Aku menoleh ke luar kereta. Terpandang aku dua-tiga orang budak metal tadi berdiri tersipu-sipu di sebelah keretaku.

"Wa'alaikumus salam. Apa halnya?" tanyaku kebingungan. Ada benda tercicir ke? Aku menge check wallet dan handphone aku. Masih ada lagi...

"Kami nak kembali ke pangkal jalan lah bang. Kami nak bertaubat. Camana kami nak mula?" tanyanya padaku. Aiseh..Ni yang aku tak gemar ni. Aku sendiri pun masih mencari jawapan kepada soalan itu.

"Entahlah" kataku. Puas aku mengontrol ujub dan bisikan dalam hatiku sendiri. Bahaya betul ujian kali ni.

"Abang ni macam banyak ilmu, jer. Bantulah kami" kata salah seorang dari mereka.

"Aku sendiri pun perlukan bantuan. Sesama lah kita bertaubat. Dah. Aku takmau dilihat bersama dengan korang lagi. Kang tak pasal-pasal kalau bala turun kat korang, dengan aku-aku sekali yang kena. Hutang keta ni pun tak abis lagi ni" kataku menghangatkan keadaan. Mendengarkan kata-kataku yang kesat itu, aku perasan ada yang berlinang air mata. Macam nak give up pun ada. Aku rasa bersalah pulak sebab pakai method itu tadi.

Album cover ni ingatkan aku pada gambar Crowley yang kat atas tadi

"Tapi keampunanNya bukan terletak pada laknat atau berkat dari aku. Berusahalah, dan kau akan dapati Allah itu MAHA MENGASIHANI" kataku sebagai motivasi dan aku pun bla cepat-cepat sebab seat Recaro ni dah takbley menampung saiz buntutku yang semakin mengembang.

Khamis, 9 September 2010

Pujuklah diri sendiri

30 ramadan. Hari ini hari terakhir ramadan untuk sepanjang tahun ni. Sedih jugak sebab target aku untuk terawih 20 rakaat secara konsisten tak berjaya. Walaubagaimanapun, aku berjaya untuk tidak ponteng terawih walaupun sekadar 8 rakaat.

Setiap kali raya, memang sayu sangat terasa. Rasa pilu dan sedih pun ada. Jeles pun ada bila tengok orang lain ghairah untuk sambut raya, balik kampung. Aku? Aku macam takde tempat nak dituju, hidup sebatang kara sangatlah sulit untuk dihadapi sebenarnya, perlukan kekuatan maksima untuk menempuhi perjalanan yang seterusnya.

Tanpa mak dan ayah, sebenarnya separuh semangat aku dah pun hilang. Cuma, aku hindarkan segala perasaan negatif yang bersarang di jiwa dan aku gantikan dengan sengihan dan senyuman di hadapan kawan-kawan bila aku dipersoalkan kenapa tak ambil cuti raya, sebab aku sorang je yang tak excited nak bercuti.

Rasa nak mengalir air mata bila asakan demi asakan di tujukan pada aku kenapa kenapa dan kenapa aku tak balik kampung. Air mata bergenang di kelopak mata. Aku cuba menjawab secara berhemah dan ceria, dan aku jawab dah biasa. Di sini aku agak hipokrit, tapi itulah yang paling profesional yang mampu aku lakukan. Aku tahu, menunjukkan kesedihan tak kena tempat pun tak membantu langsung aku untuk menghilangkannya.

Apa yang penting, aku perlu bijak memanipulasi keadaan. Aku perlu tangani dengan perasaan paling positif. Aku perlu berlagak ceria dan bahagia, sama seperti orang lain. Ekpressi yang positif sedikit sebanyak ubatkan rasa kesedihan yang melanda.

Sentiasalah pujuk diri sendiri. Itulah yang sering aku lakukan demi mencari semangat yang hilang. Aku tahu, Allah ada bersama aku. Doalah yang menjadi kekuatan aku selama ini. Berdoa semoga aku sentiasa diberi kekuatan dan kesabaran yang maksima untuk menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini. Berdoa supaya aku diberi kekuatan yang maksima supaya dalam keadaan apa sekalipun aku tidak lupa kepada yang Maha Esa.

Aku perlu pandang sekeliling, banyak lagi yang menderita, bukan saja beraya tanpa ibu bapa dan keluarga seperti aku tapi beraya di dalam peperangan, bencana alam dan lain-lain yang lebih dasyat. Kalau mereka sentiasa bersyukur dalam apa keadaan, mengapa tidak aku? Ini semua sekadar ujian, jika aku mengeluh, nothing yang aku dapat, sekiranya aku bersyukur dan mengingati Allah, pasti ganjaran akan diberikan.

Allah kan lebih tahu. Pasrahlah dalam keihklasan dan ketelusan.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

aku rindu pada arwah ayah dan ibu. moga Allah limpahkan rahmat kepada kedua orang tuaku.




Rabu, 8 September 2010

Dosa meninggalkan solat lebih besarnya daripada berzina. Renungkanlah!

Diceritakan, pada satu senja, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dalam kesedihan.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Pintu diketuknya perlahan-lahan sambil mengucapkan uluk salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

Air matanya berderai keti ka dia berkata: “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu.

“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.
Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya... Telah berzina...” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati,” ucap wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka marah, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi M usa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itupun segera bangun dan berlalu dengan hati hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Baginya, ke mana lagi hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya ? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?”

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?”
tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas.

“Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi.

“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon keampunan kepada Allah SWT untuk wanita itu.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tiada hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah s.w.t itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya.

"Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya..."

Selasa, 7 September 2010

Sebesar Zarah je? Erkkkkk

Sebagai Renungan:

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma...

Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Batin

Diriwayatkan di dalam beberapa kitab hadith dan sejarah di waktu Rasulullah

SAW berhijrah dan menetap selama kira-kira dua tahun di Madinah, didapati

masyarakat Madinah samada yang telah beragama Islam atau sebaliknya

masing-masing mengadakan perayaan pada tiap-tiap tahun yang dikenali

sebagai hari "Nairuz' dan 'Mahrajan'. Kedua-dua hari perayan itu diwarisi

daripada tradisi bangsa Parsi.

Rasulullah SAW pun bertanyakan perkara ini kepada kaum muslimin "Perayaan

apakah ini? Mereka menjawab " Hari Raya kami yang kami warisi sejak zaman

jahiliah lagi, pada hari itu kami bersuka-ria."

Mendengar jawapan itu, Rasulullah SAW pun bersabda :"Sesungguhnya ALLAH SWT

telah menggantikan dua perayaan itu dengan yang lebih baik daripada

kedua-duanya iaitu dengan Hari Raya Idul-fitri dan Hari Raya Idul-adha."

Lalu ditetapkanlah dua musim perayaan itu iaitu pada tanggal 1 Syawal

selepas puasa Ramadhan dan pada 10 Zulhijjah pada musim haji.

HUKUM SOLAT SUNAT 'IDUL-FITRI

Sunat Muakkad (amat dituntut) kerana Rasulullah SAW tidak pernah

meninggalkannya sejak disyariatkan pada tahun 2H sehingga baginda wafat. Ia

dituntut oleh semua mukallaf lelaki dan wanita, bermukim dan musafir,

merdeka dan hamba. Dituntut dilakukan secara berjemaah tetapi sah dilakukan

bersendirian.

waktu Solat Sunat 'Idul-fitri

Waktu bermula dari terbit matahari sehingga tergelincir matahari. Waktu

yang paling afdal ialah ketika matahari naik kadar tinggi segalah kerana

itulah waktu yang selalu didirikan oleh Rasulullah SAW.

Persiapan Hari Raya

1. Bangun awal pagi dan mandi sunat hari raya.

2. Memakai pakaian yang terbaik, cantik dan baharu.

3. Mengenakan harum-haruman dan bau-bauan.

4. Disunatkan makan terlebih dahulu sebelum pergi solat sunat hari raya

(bagi yang raya 'idul-fitri sahaja)

5. Sunat pergi awal-awal ke tempat melakukan solat sunat hari raya kecuali

imam/khatib yang bertugas pada hari itu.

6. Sunat pergi berjalan kaki (kalau tiada kesukaran). Pergi melalaui jalan

yang dekat dan pulang melalui jalan lain yang jauh sedikit.

7. Disunatkan seluruh umat Islam samada tua atau muda, lelaki dan perempuan

termasuk yang dalam haid untuk menghadiri perhimpunan solat sunat Hari

Raya. Ummu 'Athiyah R.A berkata :- "Kami disuruh membawa gadis-gadis kecil dan

wanita-wanita yang haid pada dua hari raya ('Idul-fitri dan 'Idul-Adha)

agar mereka menyaksikan kebajikan dan doa kaum muslimin, tetapi

wanita-wanita yang sedang haid itu terpisah dari tempat solat."

[Hadith Riwayat : Muttafaq'alaih]

8. Menunaikan solat sunat Hari Raya dan mendengar khutbah.

9. Sunat memperbanyakkan takbir dan tahmid. Takbir raya terbahagi kepada

dua iaitu takbir mutlaq dan takbir muqayyad.

10. Sunat beribadah pada malam hari raya antaranya solat sunat, bacaan

Al-Quran, berzikir, bertakbir dan seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW :-

"Barang siapa menghidupkan dua malam Hari Raya ('Idul-fitri dan

'Idul-Adha), ALLAH SWT akan menghidupkan hatinya di hari matinya hati-hati

manusia."

11. Bermaaf-maafan.

12. Ziarah-menziarahi bagi tujuan mengeratkan hubungan kekerabatan

(silaturrahim). Sabda Rasulullah SAW :- "Hubungan silaturrahim adalah

jalinan dengan arasy. Dia (Allah SWT) berfirman : Sesiapa yang

menyambung-Ku, Allah SWT juga akan berhubung dengannya dan siapa yang

memutuskan-Ku, Allah SWT memutuskan hubungan dengannya."

[Hadits Riwayat : Muslim]

13. Bersikap sederhana dalam menyambut Hari Raya. Jangan melakukan

pembaziran dan keterlaluan dalam berbelanja.

14. Membataskan pergaulan dalam sambutan. Jangan berlaku pergaulan yang

terlalu bebas dan melanggar hukum yang ditetapkan syara'.

15. Memelihara seluruh ibadah dalam menyambut Hari Raya khususnya solat

samada solat qasar, jama' atau solat tamam (sempurna).

Ucapan Ketika Bertemu Pada Hari Raya

Berjabat tangan antara satu sama lain sambil mengucapkan :-

"Semoga sepanjang tahun anda berada di dalam keadaan baik"

atau

" Semoga anda kembali dalam kesucian dan kejayaan"

atau

"Semoga Allah SWT menerima amalan kami dan kamu" Jawablah "Terimalah Ya

Allah SWT Yang Maha Pemurah"

Khamis, 2 September 2010

Keajaiban Al-Quran - Koleksi Artikel Peribadi

Mencari-cari kebesaran Allah, biasanya ramai yang akan mencari-cari perkara-perkara luar biasa. Contohnya seperti nama Allah pada badan ikan, pada buah tomato, pokok yang bersujud, laut terbelah, masjid yang tidak runtuh walaupun seluruh kawasan sekeliling dilanda gempa, bayi yang pada kulitnya ada nama Allah dan pastinya ramai juga yang merenung awan pada bulan Ramadhan ini dengan harapan akan terlihat gumpalan awan membentuk kalimah Allah.

Benar, itu adalah kebesaran Allah, tetapi hanya sekelumit. Awan yang membentuk kalimah Allah memang hebat, tetapi penciptaan awan dan pergerakan-pergerakannya sendiri itu jauh lebih hebat dan mengkagumkan jika dilihat dengan mata hati yang celik dan terbuka. Buah tomato yang mengandungi nama Allah itu memang mengkagumkan, tetapi celikkah kita dengan kehebatan penciptaan buah tomato yang tumbuh. Walau ditanam bersebelahan pohon cili padi yang pedas, tetap menghasilkan rasa tomato yang unik. Nama Allah pada kulit bayi memang hebat, tetapi proses penciptaan manusia yang kompleks tanpa dikawal oleh tangan-tangan manusia jauh lebih mengkagumkan.

Namun, dalam mencari-cari magis dan perkara-perkara luar biasa, ramai yang terlupa bahawa keajaiban yang paling agung dalam sejarah umat manusia seluruhnya ada di depan mata kita semua dan mungkin berada di rumah setiap dari kita. Itulah Al-Quran yang mulia.

Mukjizat yang paling hebat dan agung ini telah bertahan ribuan tahun, menjadi panduan dan cahaya bagi perjalanan kehidupan umat manusia generasi demi generasi. Tidakkah kita merasa takjub saat Quran menceritakan tentang kisah perjuangan nabi dan rasul terdahulu dan kisah penjelajahan masa hadapan di syurga dan neraka dengan begitu teliti sekali.

Tidakkah kita merasa takjub saat Allah berbicara tentang penciptaan manusia dengan begitu indah dan tepat hingga menggetarkan jiwa Prof. Keith Moore yang akhirnya menemui jalan hidayah.

Tidakkah kita merasa takjub saat Quran berbicara tentang penciptaan alam semesta, membuatkan pengkagum teori big bang Stephen Hawking terpana bagaimana tanpa teleskop Hubble ada manusia yang boleh mengetahui dengan terperinci tentang letusan besar yang menjadi perintis penciptaan alam semesta.

Tidakkah kita merasa takjub saat Quran berbicara tentang pemisahan antara dua laut yang hanya ditemui manusia beribu tahun selepasnya dan tentang bintang-bintang yang berupa ros merah seperti difirmankan dalam surah Rahman.

Tidakkah kita merasa takjub, tatkala bagaimana Allah berbicara tentang madu dan susu, juga tentang sayap nyamuk yang dijadikan misal buat mencabar keegoan manusia.

Tidakkah kita merasa takjub saat melihat kepada hukum-hukum dari Al Quran yang sesuai untuk setiap zaman, mundur atau maju, analog atau digital, tetap relevan untuk menyelesaikan masalah manusia generasi demi generasi.

Juga ketika Quran menceritakan tentang kekalahan dan kemenangan Rom yang dijanjikan pada bumi yang dekat, tidakkah kita merasa kagum dan ingin tunduk.

Membicarakan tentang keajaiban Al-Quran, tidak akan ada kesudahan pada ketakjuban dan kekaguman, kerana setiap ayat-ayatnya datang dari alam yang tertinggi, dibawakan oleh makhluk yang paling mulia, pada bulan yang paling mulia dan diturunkan pula kepada manusia yang paling mulia. Inilah kemuncak kepada segala keajaiban dan penghulu kepada segala magis dalam alam manusia ini.

Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran, mari kita sama-sama menelusuri dan menerokai setiap ayat dari Al-Quran buat melembutkan hati yang gersang, menambah keimanan dan mencipta ketakjuban demi ketakjuban yang tidak akan ada penamatan dan tolok bandingan.

Oleh: Mohd Hisham Mohd Sharif,

Unit Media ISMA Kedah

Sumber: Blog ISMA Kedah

Bila last baca Al - Quran?

23 ramadan. Honestly sehingga saat ini, aku belum pun membaca Al - Quran walau satu surah di rumah. Aku belum pun mulakan lagi. Aku hanya mampu membaca surah Yasin beberapa kali. Lainnya, aku sekadar memperdengarkan bacaan Al - Quran online di ofis aku. Amalan ini aku pratikkan sudah beberapa bulan, sebelum ramadan menjelang lagi. Tujuannya hanya nak mendekatkan diri pada Allah. Tujuaannya aku nak menjaga telinga aku daripada sebarang pendengaran yang sia-sia. Sambil-sambil aku mentelaah tafsiran ayat-ayat Al - Quran tersebut. Percaya atau tidak, aku berjaya hilangkan mengantuk apabila membaca tafsir Al -Quran apatah lagi bila aku gerun membaca tafsir tentang api neraka dan hari kiamat, buatkan hati aku menjadi sangat takut dan gementar.

Di rumah, amat berlainan. Nak baca Al - Quran pun payah, ada hati nak masuk syurga. Angan-angan tinggi melangit. Nak buat solat sunat pun jarang, solat terawih pun hanya mampu 8 rakaat, masih ada hati nak masuk syurga. Hahaha. Aku ketawakan diri sendiri. Solat tahajud? Jeng jeng jeng, berapa kali je aku buat? Tak payahlah nak bangga kalau sebulan hanya sekali. Engkau tu banyak dosa. Oh tidak, inilah jadinya bila aku bermonolog sendirian mencongak dosa pahala aku. Tertunduk merintih keseorangan dalam kesepian. Di rumah, untuk mendekatkan diri pada Allah, aku kerap tonton channel 106 di astro ada menyiarkan Indahnya Iman, maka, aku bersama-sama mengikuti bersama bacaan-bacaan selawat, zikir, asma ul husna dan lain-lain di tv. Itu saja yang mampu aku buat.

Aku termenung tiba-tiba. Berfikir. Aku boleh pula setiap hari membaca suratkhabar. Rasa kehilangan kalau sehari tak mengadap suratkhabar. Konon tak mengetahui tentang isu semasa. Tapi, kenapa aku rasa berat nak baca Al - Quran walaupun sekadar seminggu sekali. Tak perlu pun beli Al - Quran hari-hari. Kenapa aku langsung tak rasa kehilangan, atau rasa tak lengkap sekiranya satu hari termiss baca Al - Quran? Tv hari-hari aku tengok, apatah lagi melibatkan cerita favourite, sanggup bersengkang mata. Boleh pulak pergi tengok wayang layan midnite sebab nak layan favourite movie. Tapi nak spend sejam atau setengah jam pun tak mampu baca Al - Quran.

Perubahan yang drastik diperlukan. Aku mampu mengubahnya. Ya Allah, bantulah aku yang lemah ini untuk sentiasa suburkan rasa cintaku PadaMu Ya Allah. Tetapkanlah taufik dan hidayah yang berterusan kepadaku. Aku nak mati dalam iman Ya Allah. Permudahkanlah urusan dunia dan akhirat ku Ya Allah.

Surah Al - Baqarah [ayat 82]

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.
 
Surah Al - Bqarah [ayat 103]

Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.

Surah Al - Imran [ayat 41]
dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi".


Surah Al - Imran [ayat 8]

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Rabu, 1 September 2010

Sedikit petua berguna

1. Cucilah muka minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan jangan lupa berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga' dengan memperbanyakkan solat-solat wajib dan sunat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa. Sempena bulan ramadan yang mulia, jadikanlah ianya satu amalan dalam mendekatkan diri dengan Allah.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', doa ketika melihat cermin iaitu, "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud a.s. iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayur-sayuranan, buah-buahan dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan, dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Mudah-mudahan ia menjadi amalan rutin kita sehari-hari, insya Allah.