~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 9 September 2010

Pujuklah diri sendiri

30 ramadan. Hari ini hari terakhir ramadan untuk sepanjang tahun ni. Sedih jugak sebab target aku untuk terawih 20 rakaat secara konsisten tak berjaya. Walaubagaimanapun, aku berjaya untuk tidak ponteng terawih walaupun sekadar 8 rakaat.

Setiap kali raya, memang sayu sangat terasa. Rasa pilu dan sedih pun ada. Jeles pun ada bila tengok orang lain ghairah untuk sambut raya, balik kampung. Aku? Aku macam takde tempat nak dituju, hidup sebatang kara sangatlah sulit untuk dihadapi sebenarnya, perlukan kekuatan maksima untuk menempuhi perjalanan yang seterusnya.

Tanpa mak dan ayah, sebenarnya separuh semangat aku dah pun hilang. Cuma, aku hindarkan segala perasaan negatif yang bersarang di jiwa dan aku gantikan dengan sengihan dan senyuman di hadapan kawan-kawan bila aku dipersoalkan kenapa tak ambil cuti raya, sebab aku sorang je yang tak excited nak bercuti.

Rasa nak mengalir air mata bila asakan demi asakan di tujukan pada aku kenapa kenapa dan kenapa aku tak balik kampung. Air mata bergenang di kelopak mata. Aku cuba menjawab secara berhemah dan ceria, dan aku jawab dah biasa. Di sini aku agak hipokrit, tapi itulah yang paling profesional yang mampu aku lakukan. Aku tahu, menunjukkan kesedihan tak kena tempat pun tak membantu langsung aku untuk menghilangkannya.

Apa yang penting, aku perlu bijak memanipulasi keadaan. Aku perlu tangani dengan perasaan paling positif. Aku perlu berlagak ceria dan bahagia, sama seperti orang lain. Ekpressi yang positif sedikit sebanyak ubatkan rasa kesedihan yang melanda.

Sentiasalah pujuk diri sendiri. Itulah yang sering aku lakukan demi mencari semangat yang hilang. Aku tahu, Allah ada bersama aku. Doalah yang menjadi kekuatan aku selama ini. Berdoa semoga aku sentiasa diberi kekuatan dan kesabaran yang maksima untuk menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini. Berdoa supaya aku diberi kekuatan yang maksima supaya dalam keadaan apa sekalipun aku tidak lupa kepada yang Maha Esa.

Aku perlu pandang sekeliling, banyak lagi yang menderita, bukan saja beraya tanpa ibu bapa dan keluarga seperti aku tapi beraya di dalam peperangan, bencana alam dan lain-lain yang lebih dasyat. Kalau mereka sentiasa bersyukur dalam apa keadaan, mengapa tidak aku? Ini semua sekadar ujian, jika aku mengeluh, nothing yang aku dapat, sekiranya aku bersyukur dan mengingati Allah, pasti ganjaran akan diberikan.

Allah kan lebih tahu. Pasrahlah dalam keihklasan dan ketelusan.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

aku rindu pada arwah ayah dan ibu. moga Allah limpahkan rahmat kepada kedua orang tuaku.