12 syawal. Setakat ini aku berjaya berpuasa 3 hari je dan kena stop sekejap. Aku harap aku berjaya habiskan puasa 6 sebelum syawal habis. Disebabkan dalam bercuti, aktiviti aku menghabiskan saki baki kuih raya yang ada di ofis dan rumah. Harap minggu depan aku berjaya habiskan lagi 3 hari atas izin Allah. Dan kemudian sambung puasa ganti. Ramai yang mempertikaikan aku tak boleh berpuasa 6 selagi tidak menghabiskan puasa ganti, selagi tak cukup 30 hari tak boleh puasa 6. Entah mana datang idea, aku cakaplah, kalau gitu korang janganlah pergi solat sunat terawih sebab solat fardu korang tak pernah cukup.
Aku sebenarnya bukan nak cerita tentang puasa 6 di bulan syawal atau puasa ganti, sebab isu ini dah lama sangat dihujahkan, dibahaskan oleh banyak ulama, pada aku pula, Islam itu mudah. So, aku tinggalkan topik tentang puasa biarlah isu itu dibahaskan oleh pihak yang sepatutnya. Aku ni tak mampu nak berbahas, ilmu tak cukup banyak.
Sebenarnya, semasa entry ini ditulis, aku masih dalam proses 'bercuti'. Aku teringat sesuatu yang bermain di jiwa aku iaitu tentang rasa kehilangan. Dalam 2-3 bulan ni, setiap kali aku period aku rasa aku jauh sangat dengan Allah. Benda ni bukan sekali 2 datang dalam jiwa aku, tapi setiap kali aku period, sejak akhir-akhir ini.

Mungkin rutin dah berubah, semasa period tak boleh solat, tak boleh sembah Allah S.W.T. So, aku kerap doa moga period aku cepat habis. Aku jadi rindu nak solat. Tak macam zaman kejahilan aku, aku bersorak kalau period, tak payah sembahyang!
Untuk mengubati rasa kehilangan itu, aku sekadar berzikir dan berselawat ke atas Rasullullah S.A.W, dengan harapan Allah tahu (memang tahu pun) yang aku nak bagitau Allah yang aku berusaha untuk tidak melupakanNya

Sebenarnya, lebih tepat, apa yang aku nak ceritakan kat sini ialah, aku takut aku mati semasa sedang period. Aku memang tak nak mati semasa aku period. Aku takut sangat ibadah aku, solat aku, amalan aku sebelum ini Allah tak terima. Yang pasti, ibadah aku tak cukup sebagai bekalan esok. Maka, setiap kali aku dah boleh solat, aku doa banyak-banyak supaya Allah terima solat aku. Benda pertama yang akan dihisab esok kat akhirat.
Baru-baru ini, 4 syawal semasa aku dalam perjalanan ke ofis, kereta yang aku bawa terbabas. Salah aku, aku memandu agak laju di selekoh tajam dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Dahlah air bertakung, tayar sudah pastinya takkan mencengkam tanah. Tapi, nasib baiklah tayar baru di mana bunganya masih elok, kalau tidak, aduhhh. Biasanya area situ jem, maka tak boleh laju, tapi disebabkan ramai masih cuti beraya, jalan jadi lengang. Aku ambik kesempatan 'drift' lah konon. Padan muka. Walaupun terbabas aku nampak 'cantik', maksud aku cara aku terbabas macam driftlah jugak (secara kebetulan, aku tak rancang), lembik lutut aku. Sebab aku tetap mengalami rasa ngeri akibat terbabas itu. Mujur aku selamat, kalau aku jadi arwah, agak-agak ibadah aku cukup tak untuk dihitung?
Selepas terbabas, aku teruskan perjalanan macam biasa. Debaran di hati masih berlanjutan. Hilang fokus aku sekejap. Risaukan kereta, aku bukannya ada transport kedua nak bergerak kalau berlaku sesuatu pada kereta aku, risaukan keselamatan aku sekiranya kereta terbalik atau tak dapat dikawal. Dalam hati, ucapan alhamdulillah tak henti-henti dilafazkan, sebab aku selamat. Alhamdulillah. Aku di dalam lindunganNya. Amin.
Sejak hari itu, hampir hari-hari aku berfikir bagaimana aku mati kelak? Dalam keadaan sempurna atau sebaliknya? Mati dalam eksiden? letupan? bencana alam? semasa tidur? sakit perut? bersalin? atau dalam keadaan menyayat hati? macam kes Datok Sosilawati, Altantuya, atau kes-kes sebelum ni macam Canny Ong, Norita dan sebagainya.
Walau dalam keadaan apa sekalipun aku mati, aku sentiasa berdoa moga aku mati dalam keadaan beriman. Aku selalu juga minta doa pada Allah supaya aku nak mati di Mekah semasa menunaikan Haji. Aku nak mati dalam keadaan menjadi isteri dan ibu yang solehah. Aku nak sangat-sangat.
Agak-agak Allah perkenankan tak doa aku? Harap sangat begitu. Mati dalam iman adalah impian setiap orang Islam kat dunia ni walaupun mungkin di antara mereka tak pernah berusaha ke atas iman dan takwa. Apatah lagi orang yang beramal soleh. Pastinya kemanisan itu di tahap maksima sekiranya benar-benar mati dalam iman.
Sesungguhnya mati itu pasti. Cuma masanya kita tidak pernah tahu, lambat atau cepat. Tapi, kenapa kebanyakannya tidak memanfaatkan masa untuk bekalan di akhirat? Soalan pada diri sendiri pastinya?

0 ulasan:
Catat Ulasan