~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 29 September 2010

Entry yang lambat di post - tips

24 ramadan. Hari ni terasa lesu sebab semalam aku tidur lambat. Jam 1 lebih. Bangun jam 5am bersahur dan sampai sekarang tak tidur. Mata rasa berat nak celik. Tapi gagahkan diri juga ke ofis seawal jam 6am. Itukan satu amanah. Amanah kena jaga. Samalah macam kepercayaan. Kena jaga. Bukan senang nak cipta kepercayaan orang kepada kita, sekali tercalar, susah orang nak percaya lagi. Mungkin akan hilang begitu sahaja.

Jika di beri pilihan, korang nak berkawan dan nak berdamping dan nak bercinta dengan orang macam mana? Pastilah pilihan di utamakan kepada kawan yang boleh dipercayai. Tiada ada rasa syak, tiada rasa suspicious. Samalah seperti memilih pasangan. Jika wujudnya rasa was-was, macam mana rasa sayang tu nak wujud. Aku tak pastilah tanggapan orang lain, jika berlaku kepada aku, sesungguhnya rasa sayang pasti akan hilang sekiranya kepercayaan kepada pasangan dah tak wujud.

Memang aku belum berkahwin, dan pengalaman aku sangat cetek sekiranya dibandingkan dengan pasangan yang dah berkahwin bertahun-tahun. Aku sekadar kutip pengalaman orang sekeliling dan aku cuba nak bincangkan kat sini. Tentang kejujuran, tentang ketelusan.

Kajian yang aku lakukan secara rawak, aku dapati ramai wanita sukakan ayat power. Mereka ghairah bila dipuji tinggi melangit. Sifat manusia yang sukakan pujian. Sesungguhnya hanya Allah yang layak dipuji. Berbalik kepada pujian, rata-rata wanita jatuh cinta kepada lelaki yang bijak bermain kata. Tidakkah mereka ketahui lelaki yang hebat melayan wanita, bijak bermain kata adalah lelaki yang sangat terbiasa atau lebih tepat terdedah dengan wanita di sekelilingnya? Tidakkah kaum wanita sedar mereka sedang dimanipulasi oleh kaum Adam?

Perlukah ayat power dalam sesuatu perhubungan? Perlukah pujian dalam nak mencipta hubungan? Perlukah ayat-ayat yang memukau walhal sekadar satu dusta yang nyata. Kaum wanita buka saja mudah lentur dan cair, malah mempercayai pasangan mereka melebihi 100%. Tidakkah ini sangat bahaya apabila menaruh sepenuh kepercayaan kepada kaum Adam?

Aku tak nafikan ramai kaum adam di luar sana yang baik. Yang aku nak ceritakan di sini adalah kebanyakan kaum adam yang berpura-pura baik. Baik dalam semua segi dan bijak berlakon. Di awal perhubungan segalanya nampak sempurna. Hakikatnya sang adam hanya berpura-pura. Setelah mendapat apa yang dihajati, belang mulalah teserlah.

Sekiranya anda perlu memilih antara jejaka yang ayat power merangkap pandai melayan wanita dan jejaka yang berterus terang tapi tiada pengalaman langsung dalam nak menghadapi wanita, mana satu pilihan anda? Tak perlu tepuk dada, aku pasti kebanyakan kaum hawa akan menjawap jejaka yang pertama. Yang suka memuji, ayat memang power, bijak menawan hati anda, kenal pasti kehendak dan kemahuan anda. Lelaki yang kedua pastinya membosankan kerana tiada unsur-unsur yang anda kehendaki, iaitu dipuji, dibelai dan maklum akan segala kehendak anda tanpa anda sendiri memberitahu.

Jelas di sini, persoalan kenapa kebanyakan wanita juga sukakan suami orang, kerana suami orang majoritinya sudah ada banyak pengalaman dalam menghadapi wanita. Sudah khatam tentang 'habit' seorang wanita. Lelaki yang tidak pandai melayan wanita, di pandang sepi. Tapi, tak semua lelaki yang bijak melayan wanita itu berniat jahat. Barangkali mereka juga pernah dikecewakan sebelum ini. Maka mereka mencari pengganti menggunakan pengalaman terdahulu. Patah tumbuhkan hilang berganti.

Jadi, di sini, tepuk dada, tanyalah hati. Pada aku, berjumpa pasangan yang salah sebelum menemui pasangan sejati perlu dalam menambahkan pengalaman dalam hidup. Aku pernah mengalami situasi ini. Dan aku tidak menyesal, cuma aku perlu pandang ke hadapan dan yang paling penting, jangan ulangi kesilapan lalu. Pada aku, aku tak perlukan lelaki dengan ayat powernya, tak perlukan lelaki yang bijak melayan kehendak dan kerenah aku. Yang aku perlukan sifat terus terang, sifat jujur yang sebenar-benarnya. Mungkin payah untuk ditemui, tapi, insyaallah, berkat doa yang tidak jemu, pasti suatu hari si dia akan muncul menjadi suamiku.