22 Safar. Esok hari terakhir bekerja, dan aku akan bercuti bermula 29hb Januari 2011 - 7hb Februari 2011. HR yang menggesa supaya baki cuti aku tahun lepas dihabiskan segera, maka aku menggunakan kesempatan ini untuk bercuti panjang. Bercuti bukan sahaja dapat menenangkan jiwa, malah boleh dapat sakit jiwa jika tidak kena caranya. Sebab biasanya selepas bercuti aku akan jadi pokai, hehehehe.
Destinasi aku kali ni lebih daripada 2 ribu kilometer pastinya pergi dan pulang menggunakan jalan darat. Jauh perjalanan kata orang, luas pengetahuan, harapnya begitulah. Selain menjamu mata dengan pemandangan cantik ciptaan Allah (tu baru kat dunia, syurga lagi cantik, serba putih lagi), aku juga suka mencuba makanan tradisional lokasi yang disinggahi. Kalau kena dengan tekak, makanan tersebut akan menjadi favourite, kalau tidak, itulah kali pertama dan terakhir aku akan mencuba. Tapi, aku sentiasa ingin mencuba menu yang baru biarpun kadang-kadang menu itu akan membuatkan tekak menjadi kembang (janji halal).
Aku sebenarnya tak rasa excited langsung nak bercuti, sebab kepala aku sangatlah berserabut ditambah dengan banyak lagi urusan tak selesai di ofis. Tapi aku perlu juga bercuti untuk selesaikan urusan-urusan peribadi, urusan dengan jabatan kerajaan, juga urusan hidup dan mati. Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang. Doakan segala urusan kerja aku dipermudahkan.
Sirih pulang ke gagang. Selain pergi bercuti di destinasi impian, aku akan pulang ke kampung halaman di mana tempat aku dilahirkan. Dah lama benar aku tak jejakkan kaki di sana. Aku dah lupa sebenarnya jalan nak masuk kampung aku tu sebab aku bukan dibesarkan di situ pun kan. Aku diberi kepada keluarga angkat semasa usia aku 2 minggu. So aku tak boleh disalahkan apabila aku tak ingat jalan kat kampung tempat tumpah darahku.
Tujuan aku pulang ke kampung hanya satu, untuk bertemu ayah kandung, memintanya mengisi particularnya dan menandatangani salah satu borang nikah aku. Dia kan wali aku. Dia tetap kena tunaikan tanggungjawabnya walaupun hanya sebagai wali aku. Sekadar wali pun jadilah, itu dah takdir aku, nak buat macam mana. Tanggungjawap dia sebagai bapa tu, esok kat sana dia sendiri jawablah, tapi aku selalu berdoa semoga jawapan dia tu mampu bawa dia masuk syurga, aku tetap doa yang terbaik untuk dia walaupun dia tak pernah lunaskan tanggungjawab dia sebagai seorang bapa.
Dan pastinya ini bukan percutian terakhir aku sebagai orang bujang. Ya, aku akan berkahwin dalam tahun ni. Bulan April ini. Siapa sudi nak datang majlis aku, bagitaulah aku, aku nak jemput, malu aku nak jemput sebarangan orang, aku bukan selebriti pun, tiada siapa pun kenal aku. Lagipun aku tak mampu buat majlis besar, aku tak ada duit, sekadar buat yang wajib, aku mampu bayar catering untuk 500 jemputan je. Itu dah kira maksima, ikutkan hati aku nak buat majlis kat surau je, jemput orang surau dalam 10 orang. Hahaha. Nasiblah kan sapa suruh kawin dengan aku yang banyak hutang keliling pinggang ni, dan tak ada duit ni, orang susah pulak tu, harta tak ada, gaji ciput aje, pastu sebatang kara lak tu, kesian tak kat aku?
Selepas bercuti hidup aku semakin berserabut dalam nak menguruskan soal kawin pula di mana aku terpaksa buat sendiri segala-galanya bermula A to Z. Dah takdir kan aku dah memang kena berdikari. Alah macamlah tak biasa kan, selama ni pun dah bertahun aku hidup sorang dan uruskan segalanya sorangkan.
Doakan segalanya mudah dan berjalan lancar. Walaupun aku buntu nak buat segalanya, aku kena kuat dan tabah. Aduhhhh, lamanya aku tak mengeluh begini.
5 ulasan:
Assalamu'alaikum WBH...
kakcik doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan perjalananmu diberkati dan dirahmati Ilahi sepenuhnya. Di mana agaknya majlis itu nanti? Andai kena dengan waktu, ingin juga kakcik bertamu. InsyaAllah.
waalaikummussalam akak :-)
majlis akan berlangsung secara sederhana di surau kelana jaya berdekatan wisma FAM
sy berbesar hati sekiranya akak sudi dtg, nnt sy emailkan kad, kad blm siap, blm print lagi.
sebenarnya majlis yg akan diadakan ini, tiada siapa yg tahu lagi kecuali pihak keluarga sy dan pihak keluarga lelaki sahaja, kawan-kawan baik, kawan-kawan ofis pun tak ada sorang yg tahu lagi setakat ini :-)
Terima kasih kerana sudi menjemput. Ini alamat emel kakcik : emzekjay@hotmail.com.my. Harap2nya tiada halangan untuk kakcik menghadirkan diri.
Bulan April, kan? 1 - 2/4 serta 29/4 - 1/5, InsyaAllah kakcik akan berada di Sarawak. Harapnya bukan pada tarikh tersebut majlismu, ya dik? :)
tahniah dik, semoga semuanya berjalan lancar...
kak chik : 16 april - surau / dewan kelana jaya (dekat dgn wisma FAM), jemput dtg ye, ni kira dah menjemput tau, kad sesungguhnya blm print lagi :-)
marina : terima kasih, kalau tak ada aral, sudikanlah dtg ye :-) lokasi spt di atas
Catat Ulasan