Ku pelajari mengenali diri, dan siapa kita yang sebenarnya di bumi TUHAN...Berikan ku masa mencuci dosa...
~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~
Selasa, 31 Julai 2012
4 perkara
KESIBUKAN adalah apabila kita tidak pandai menghargai masa. Semua manusia akan mengalami kerugian kecuali Empat Sifat berikut diutamakan:
1) Iman
– Memahami dan melaksanakan rukun iman.
2) Amal Sholeh
– Mentaati dan melaksanakan hukum-hukum, perintah dan larangan Allah yang Maha Agung.
3) Nasihat Kebenaran
– Memberi pengajaran, bimbingan atau mengajak kepada kebaikan dan menjauhi serta mencegah kemungkaran.
4) Menasihati Agar Bersifat Sabar
– Bersabar atau redha pada qada’ dan qadar.
Kita tidak akan ketahui akan perkara-perkara di atas kecuali dengan Menuntut Ilmu
Isnin, 30 Julai 2012
Tentang zikir
Didalam “Al-Wabil” yang dikarang oleh Al-Hafiz Ibnu Qayyim telah menyebut akan kelebihan zikrullah itu lebih daripada seratus faedah dan di antaranya ialah:
- Zikir adalah membanting syaitan daripada menghampiri orang yang berzikir
- Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah swt dan cinta itu roh Islam, agama dan sumber kejayaan dan kebahagian. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta Allah hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya.
- Zikir mendatangkan sikap muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat ihsan.
- Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri yang bulat kepada Allah. Dengan ini lama-kelamaan setiap urusan dan setiap keadaan Allah menjadi Pelindung dan Pembantunya.
- Zikir membawa seseorang kepada taqarrub Ilallah.
- Zikir adalah pembuka hijab dan pintu makrifat mengenai Allah.
- Zikir menghidupkan hati. Perumpamaan orang berzikir dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati.
- Zikir adalah santapan roh dan hati. Seandainya keduanya tidak mendapat santapan seumpama jasad tidak mendapat makanan yang akhirnya menjadi lemah.
-Zikir adalah pembersih dan penggilap bagi hati.
- Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dunia atau di dalam kubur.
- Zikir ibarat pohon. Sewaktu pohon itu besar dan akarnya tertancap kuat, maka buahnya akan bertambah baik. Zikir membuahkan maqam-maqam semuanya dari kesedaran penuh menuju tauhid.
Sepertimana Firman Allah Swt melalui Surah Ar-Ra’d Ayat 28 yang bermaksud:
“Ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada Allah itu, jiwa menjadi tenang”
Khamis, 26 Julai 2012
MARAH DARI SUDUT ISLAM
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri ra. berkata Nabi Muhammad Saw bersabda:
“Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri makan hendaklah duduk, bila ia sedang duduk hendaklah bersandar (berbaring) Dan “Awaslah kamu dari marah-marah, kerana marah itu bererti menyalakan api dalam kalbu anak Adam, tidakkah kamu melihat seseorang yang marah itu merah matanya dan tegang urat-uarat lehernya, kerana itu bila seseorang merasakan yang demikian hendaklah berbaring dan meletakkan badannya ditanah.”
Hadith Lain Meriwayatkan
“Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya.”
Hadith Riwayat Abu Dawud dan At-Tirmidzi
KERANA itu Menuntut Ilmu mengenai hal-hal Agama adalah difardhukan supaya seseorang itu tahu berahlak baik dan hidup secara sempurna dalam masyarakat bangsa manusianya sendiri.
Selasa, 24 Julai 2012
Ramadhan yang sangat bermakna buat aku
Aku gembira. Aku bahagia. Hari ni dah 4 Ramadhan. Nikmat daripada Allah sangatlah mengharukan aku. Aku mampu berpuasa dengan sempurna, malah mampu melakukan terawih tanpa sebarang masalah. Seseolah di bulan puasa ni aku diberi kekuatan luar biasa, kekuatan yang maksima untuk melakukan ibadah yang satu ni.
Apa tidaknya, sebelum berpuasa, aku disahkan gastrik. Setiap 2 jam pasti kena makan, kalau tak makan, aku akan muntah-muntah. Seminggu sebelum ramadhan pula, aku diserang asma, 4 hari aku tak kerja. Aku punyalah bersedih seandainya tak mampu nak berpuasa, maka aku bersolat hajat untuk memastikan aku dapat berpuasa secara sempurna seperti insan lain di bulan mulia ini.
Alhamdulillah, Allah perkenankan. Sesungguhnya janji Allah berpuasa itu penyembuh penyakit adalah benar. Berpuasalah. Insyaallah, niat yang baik Allah permudahkan. Syukur. Aku rasa terharu. Tak payah aku nak fikir nak kena makan setiap 2 jam. Bolehlah aku buat benda lain yang lebih berfaedah yang boleh menambahkan pahala. Aduhhh, sukanya aku. Nikmat yang tidak terhingga.
Ada juga yang tak izinkan aku berpuasa, sebab diaorang tengok keadaan aku yang tak begitu bertenaga, termasuklah seorang makcik indon cleaner di ofis aku. Mungkin mereka memandang dari segi cara aku berjalan terkangkang-kangkang dan menyenget. Tapi sesungguhnya aku rasa sangat sihat dan kuat. Aku jalan terkangkang dan menyenget sebab aku sakit tulang punggung dan celah kangkang aku. Maafkan aku kalau rasa lucah di sini. Aku dah cuba urut tapi tak membantu menghilangkan kesakitan.
Bak kata kawan-kawan, biasalah tu baby dah turun ke bawah. Aku pun harap tak ada apa-apa. Selamat berpuasa kawan-kawan. Moga ramadhan kali ni membawa kita masuk ke syurga tanpa hisab
Isnin, 23 Julai 2012
Solat sunat terawih & Solat Sunat Witir
1. Hukum Sembahyang Tarawih:
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.
2. Waktu Sembahyang Tarawih:
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya’.
3. Rakaat Sembahyang Tarawih:
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
4. Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma’mum kerana Allah Taala
5. Rukun Sembahyang Tarawih
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.
SEMBAHYANG WITR
1. Sembahyang Sunat Witr
a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah.
b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.
c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr
i- bagi dua rakaat yang pertama:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala.
ii- bagi rakaat yang akhir:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala.
d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi.
Jumaat, 20 Julai 2012
Akhirnya, aku tahu jantina baby
Assalamualaikum kawan-kawan
Semalam aku bercuti. Ada appointment buat pertama kalinya dengan doktor pakar di Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Bangi. Walaupun ada appointment jam 9, tapi hampir jam 12 tengahari jugaklah baru aku dapat berpeluang jumpa Doktor Noraini, macam menunggu di klinik kerajaan pulak lagaknya ye tak. Kalau kat klinik kerajaan macam nilah menunggu begitu lamanya kalau aku pergi monthly check up. Berjam-jam menunggu giliran, 3 jam paling kurang, tak sangka kat hospital swasta pun sesibuk ini.
Bezanya kat klinik kerajaan, suasana sangatlah bising dengan bunyi budak kecil menangis kena cucuk, (aku ni tak boleh dengar budak menangis, aku cepat sayu, sedangkan bunyi suara kucing pun aku dah susah hati, dah gelisah dan simpati semacam, apatah manusia) hiruk piruk suara orang bercakap, tapi kat hospital semalam, tenang dan harmoni je, hanya semata-mata dengar speaker alunan ayat-ayat suci al quran dan zikrullah, walaupun tempat duduk penuh dengan pesakit yang tunggu giliran, tapi suasana nampak sangat terkawal dan tenang.
Tapi, niat aku di sini bukanlah nak membezakan suasana tadi, normallah kan, mestilah ada perbezaan ketara. Klinik kerajaan percuma, hospital swasta kena caj, so janganlah nak banding, tak sesuai ye tak. Apa yang aku nak sampaikan di sini sebenarnya ialah, jeng jeng jeng, aku dah tahu jantina anak aku.
Sukacitanya aku maklumkan doktor sahkan jantina anak aku adalah perempuan. Walaupun sejujurnya ada sedikit rasa kecewa di situ, almaklumlah aku harap sangat jantina anak aku adalah lelaki, tapi sejujurnya lagi, aku sangatlah seronok.
Aku tahu Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. So, siapa aku nak pertikai soal jantina, janji cukup sifat, sihat sejahtera sudahlah, ye tak. Berat baby aku pun dah mencecah 2.1kg walaupun kandungan aku belum lagi berusia 8 bulan. Kira besarlah kan. Ye tak? Entah, aku tak tahu. Padahal sebulan yang lepas, aku berada di takuk yang risau jugak apabila berat baby aku belum pun sampai 1kg. Ohhh betapa sekejapnya baby membesarkan.
Doktor cakap baby aku sihat. Alhamdulillah. Aku tak sabar nak bersalin. Sekarang pun, aku dah berjalan senget, puncanya sejak 1 bulan kebelakangan ni, aku diserang sakit tulang punggung. Terasa macam ada sesuatu yang tajam menusuk tulang punggung aku. Sebelum ni masih terkawal, sebab sakit sebelah kanan je, tapi sekarang 2-2 belah dah sakit yang amat sangat. Paling terasa bisanya apabila aku nak bangun daripada duduk. Bayangkan seseolah ada benda tajam yang sedang mencucuk punggung aku, sakitnya macam tulah rasanya. Lucah ke? Takkan. Aku sekadar nak luahkan rasa sakit yang amat sangat ni.
Apabila aku mengadu pada rakan ofis, mereka cakap perkara itu adalah normal. Aku sangkakan punca aku sakit adalah kerana aku pernah jatuh terhempas beberapa bulan yang dahulu sebelum aku disahkan mengandung. Jatuh di lobi ofis aku dan jatuh terhempas semasa main badminton, mungkin tulah kesannya sekarang apabila mengandung. Nak urut aku tak jumpa pointnya pulak. Sebelum ni aku menderita sakit tapak kaki, kesan hari-hari Tok Ketua urut, terus hilang dah, ni diganti pulak dengan sakit lain.
Seperti biasa, dah sakit macam ni, aku memulakan sesi pujuk diri sendiri. Aku cakaplah pada diri sendiri, ni nikmat tau, orang lain Allah tak beri, orang lain beriya nak rasa sakit aku ni dan sanggup nak menghadapinya sebab teringin sangat nak anak, so di sini, aku tak bolehlah nak merungut, kang kurus kang pahala yang Allah kurnia pada ibu mengandung kang kang kang.
Tapi, bila dah jalan menyenget ni, ramai kawan-kawan aku ketawa geli hati. Kau ni macam azab sangat dah kami tengok, padahal belum 8 bulan. Selamba je aku jawab, moral of the story, korang kawinlah awal, beranak awal, macam aku ni dah tua-tua baru nak mengandung macam nilah jadinya. Hahahaha. Pastu aku menambah lagi, kalau aku tak sakit tulang bontot ni, boleh lagi ni aku berlari. Perghhhhh ayat tak boleh blah. Berlagak sungguh, kata mereka, hahahahahaa. Mereka ketawa.
Rabu, 18 Julai 2012
Generasi pelapis negara ni - renungkan
JOHOR BAHRU: Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu.
Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, dekat sini, itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.
Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.
Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.
“Setiap kali menjual tubuh, saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal.
Isnin, 16 Julai 2012
Bertuah ke???
KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2012: Bintang remaja pop nombor satu dunia, Justin Bieber kembali sekali lagi ke Malaysia bagi menjayakan sidang akhbar Asia Tenggaranya yang pertama bagi album keduanya Believe, selain bakal membuat persembahan di MTV World Stage Live In KL di Sunway Surf Beach Sunway Lagoon pada petang ini.
Majlis sidang akhbar album terbarunya Believe, yang berlangsung di dewan Plenary di Kuala Lumpur Convention Centre dihangatkan dengan kehadiran ratusan media daripada seluruh rantau Asia Tenggara termasuk para peminat bertuah yang mendapat peluang keemasan berjumpa idola dunia ini.
Selepas hampir dua jam menunggu figura tersohor dunia ini, dia membuat kemunculan sekitar jam 2.15 petang. Ucapan 'hello' dan 'saya rindukan anda' yang pertama terpacul daripada mulut remaja yang baru berusia 18 tahun itu.
Petang tersebut menjadi hari yang tidak akan dilupakan oleh gadis berusia 13 tahun bernama Arina yang dibawa naik keatas pentas dan menerima pelukan daripada penyanyi tersebut ketika menyanyikan lagu penutupnya, Boyfriend.
Ditemani pemain gitar, Justin Bieber mula membuat persembahan secara akustik dan dimulakan dengan lagu terbarunya Die In Your Arms sebelum meneruskan mini showcase tersebut dengan lagu One Less Lonely Girl.
Dewan diselang seli dengan jeritan para peminatnya apa bila dia menyanyikan lagu yang membawanya terkenal di mata dunia iaitu Baby. Kemudian dia meneruskan persembahan dengan lagu berjudul Fall yang menurutnya merupakan pertama kali dia membawakanya secara live.
Sebuah lagi lagu daripada album terbaru iaitu Be Alright didendangkan oleh Justin sebelum memperdengarkan single terbarunya iaitu As Long As Love Me.
Usai menyanyikan tujuh buah lagu daripada album terdahulu dan Believe, majlis diteruskan dengan sesi temuramah dimana Justin Bieber membuka peluang kepada peminat untuk bertanyakan soalan kepadanya.
Dalam pada itu, Arina yang ditemuramah setelah berakhirnya sidang akhbar mengatakan bahawa dia seperti tidak percaya dan seolah bermimpi apabila dipilih untuk naik kepentas dan mendapat pelukan daripada idola ternama dunia tersebut.
Cinta Imam Syafii
By: Muhamad Agus Syafii
Imam Syafii pernah ditanya oleh istrinya, "Suamiku, apakah engkau mencintaiku?" Beliau menjawab, "Ya tentu saja, dirimu bagian dalam hidupku." Mendengar itu istrinya bertanya, "Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?" Beliau tersenyum dan mengatakan kepada istrinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. "Karena cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang istriku, anak-anakku dan sesama. Aku mencintaimu karena cintaku kepada Allah."
Sahabatku, cintailah pasangan cinta kita karena cinta kita kepada Allah, perlakukanlah dengan hormat pasangan kita, setia dan mencintai dengan setulus hati. Kehidupan di dalam rumah tangga sangat dinamis, kebahagiaan, kesedihan, kebencian, senyuman semua datang silih berganti. Jika pasangan suami dan istri saling memahami terus ditumbuhsuburkan, maka akan selalu ada tunas cinta yang bersemi. Jika tunas cinta terus bersemi akan selalu bunga-bunga yang bermekaran, menebarkan semerbak harum wangi dipagi hari menyambut kehidupan yang indah. Sahabatku, para suami, bersabarlah menghadapi kekurangan istri, selalu ingatlah akan pengorbanannya. Sahabatku, para Istri, bersabarlah dengan kekurangan suami, ingatlah selalu kebaikannya. Bila datang masalah dan konflik bukan saling menggugat kelemahan dan mengeluh pengorbanan yang telah pernah kita lakukan namun saling mengakui dengan setulus hati, memahami, memuji. Disinilah rahmat Allah turun melimpahkan kembali sehingga cinta bersemi kembali, disela hempasan badai dan gelombang samudra kehidupan yang datang siling berganti.
Seorang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baiknya kalian adalah yang paling baik kepada istrinya. (HR. Bukhari).
Jumaat, 13 Julai 2012
Aku diuji lagi
Assalamualaikum wbt kawan-kawan.
Hari jumaat yang mulia ni mulakanlah dengan amalan yang mulia ya, contohnya dengan berselawat sebanyak mungkin pada junjungan besar baginda Rasullullah SAW, jangan berkira air liur, hehehehe, daripada bercakap perkara yang sia-sia, atau berzikirlah sebanyak-banyaknya. Insyaallah, perkara yang mulia, Allah menjanjikan ganjaran berganda.
Atau kalau rajin lagi, bacalah surah kahfi. Baguskan surah ni, selain sunnah Nabi, banyakkan kelebihan Surah ini jika diamalkan pada hari Jumaat. Tak perlulah aku bagitau kelebihan dan keberkatan membacanya, rasanya semua orang sudah sedia maklum.
Sebenarnya, dalam minggu ni, hari ni, aku baru berpeluang bekerja. Aku diuji lagi. Kali ni dengan kesakitan pulak. Allah tarik nikmat pernafasan aku. Bayangkan aku tiba-tiba diserang asma Isnin yang lalu. Perkara yang aku takuti dan bimbang akhirnya berlaku jugak.
Kali terakhir aku kena asma zaman aku sekolah menengah. Selepas tu aku tak pernah lagi kena asma. Betapa bersyukurnya aku. Tak sangka seminggu sebelum Ramadhan ni, asma aku datang kembali. Siapa yang pernah kena asma, tahulah kan betapa azabnya nak bernafas. Setiap pergerakan rasa penat, walaupun mengangkat satu jari. Nak makan penat, sebab masa ni aku lebih rela nak bernafas daripada nak makan, sebab bila makan pun perlukan pergerakan. Apatah nak duduk, nak bangun, berpuluh-puluh minit aku ambil masa untuk melakukan hanya satu pergerakan. Sudahnya aku lebih rela merangkak perlahan-lahan macam budak kecil.
Zaman aku sakit tu arwah mak tak pernah bawa aku ke hospital. Aku berubat cara kampung. Minum campuran madu lebah yang original, dengan air gamat yang original yang sangat busuk tu dengan telur mentah. Bayangkan aku dipaksa minum, sudahnya aku tutup hidung dan cepat-cepat telan. Betapa tak sedapnya, tapi sebab nak sembuh punya pasal, redho jelah.
Maka, bila asma aku kembali menyerang kini, aku agak gelabah, aku seakan lupa apa patut aku buat, nak pergi klinik ke tak nak. Akibat dah tak tahan, aku akhirnya ke klinik berdekatan rumah aku. Aku disuruh sedut gas dalam beberapa minit dan setiap hari aku ke klinik tersebut untuk sedut gas.
Selepas sedut gas tu, aku rasa lega sikit. Lapang dada aku. Boleh bernafas kembali, cergaslah aku sekejap dalam beberapa jam, kemudian aku jadi sesak nafas semula. Entahlah, ujian Allah kali ni memang berat. Tapi sebagai manusia yang banyak dosa, aku kena sabar banyak-banyak.
Kebetulan seorang rakan aku tanya khabar aku. Aku cakaplah aku MC ada kat rumah sebab asma. Kawan aku dengan selambanya cakap, alahhh tu sikit aje, kau nak baby kan, tulah pembawakan budak, kawan aku lagi teruk, sehari 3x kena pergi hospital cucuk, so kau punya kes tu baru sikit. Aku plak yang terkedu baca mesej dia. Aku pun tak tahu atas alasan apa dia cakap macam tu? Dia cuba nak pujuk aku atau apa? Aku berharapan agar dia niat nak pujuk aku tapi cara penyampaiannya salah.
Seorang kawan aku lagi sms minta carikan anak sulung dia kerja. Aku cakap insyaallah, aku tak sihat ni asma, nanti aku carikanlah dalam yahoo group ke dalam iklan jawatan kosong ke. Tiba-tiba dia cakap kau ni kan macam-macamlah, mmmm begitu pulak? Aku cakaplah, ini ujian Allah untuk orang banyak dosa, aku pasrah jelah, dia diam.
Sebab tu aku lebih rela tak bagitau manusia apabila aku ditimpa musibah. Kalaulah aku berkeras mengatakan ujian yang sedang aku hadapi ni silap-silap korang langsung tak boleh hadapi macam mana, nak aku senaraikan kronologi daripada kes kereta aku kena pecah, banyak barang berharga hilang, sehinggalah kereta aku kena curi dan sekarang aku diuji dengan sakit, agak-agak korang yang cakap sikit tu boleh hadapi tak? Sekurang-kurangnya kau masa preggy kereta tak kena pecah, kereta tak kena curi, ujian kau hanya bersalin secara operation. Itu sahaja, so bolehlah kalau nak psiko aku gunakan ayat yang mampu memujuk hati aku supaya lebih dekat dengan Allah. At least ajar aku cakap alhamdulillah banyak-banyak ke, suruh aku mengaji banyak-banyak ke, macam sahabat nabi siap minta pada Allah ujian sakit dan kelaparan supaya dengan cara demikian mereka lebih ingat pada Allah. Ni tak, cakap, alahhhh tu sikit je tu, nak baby kan? Ayat yang membakar jiwa aku je rasa. Tapi aku sabar.
Nilah sebabnya, sebab manusia ni kalau bagi pandangan ikut sedap rasa je. Mereka tak tahu sejauh mana kesakitan itu, mereka hanya tahu bercakap. Sebab tu aku bosan mengadu pada manusia. Aku mengadu pada Allah lebih baik. Sebab penyakit tu Allah yang kasi, kenapa dia kasi, nak hapuskan dosa aku agaknya. Aku ni manusia yang berdosa.
Aku ceritakan di sini bukan nak minta simpati kalian. Cuma ambillah pengajaran. Kadang-kadang kita mudah terlepas pandang di mana kata-kata kita mungkin boleh menyebabkan orang lain kecil hati. Berfikirlah sebelum memberi pendapat yang wajar. Semua orang berhak bercakap, tapi penggunaan ayat dan cara penyampaian tu penting. Ni aku tekankan pada diri sendiri jugak. Sebab aku tetap manusia biasa. Bila sendiri terasa, baru terfikir adakah ayat-ayat aku selama ni telah mengguris perasaan orang lain? Ohhh!!!
4 Perkara membina kesihatan jiwa
1- Keberanian – Berani kerana kebenaran dan takut kerana bersalah.
2- Pandai menjaga kesihatan batin.
3- Tahu rahsia dari pengalaman hidup.
4- Adil walaupun pada diri sendiri.
Label:
KITAB MUSTIKA HADITH 1
Khamis, 5 Julai 2012
Mimpi ku mengarut belaka
Hari ni aku rasa penat sangat. Puncanya semalam aku mimpi aku jadi mangsa tebusan puak mana tah. Aku berjaya meloloskan diri berlari sekuat hati dalam keadaan mengandung dan aku diselamatkan oleh sekumpulan lelaki yang tak dikenali.
Terselamat daripada mulut harimau, aku masuk mulut naga pula. Tak sangka, mereka yang selamatkan aku pula yang mengurung aku. Katanya mereka nak jadikan aku tebusan mereka pula. Adoi la.
Dipendekkan cerita, dengan bersusah payah aku akhirnya berjaya melepaskan diri. Aku berlari dan berlari dan berlari sehingga penat sehingga tersedar. Aku tengok jam 430am pagi. Betapa penatnya aku rasa macam di alam realiti aku berlari, aku hanya mampu berbaring sehingga jam 6am. Baru aku kelam kabut mandi dan tunaikan solat Subuh dengan segera.
Moralnya di sini, betapa aku sangat rindu nak berlari. Dah banyak kali sangat aku mimpi aku berlari, masuk tournament mendakilah, macam-macamlah. Payahlah macam ni.
Sudahnya, hari ni aku rasa sangat lesu
Setengah tahun dah pun berlalu...kubur kata mari...mari...mari...
Assalamualaikum...
Hari ni dah 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai Nisfu Syaaban. Pada yang berpuasa pada hari ni, aku ucapkan tahniah, semoga puasa kalian dianugerahkan pahala tertinggi oleh Allah SWT. Semalam mesti ramai yang membaca Surah Yassin sebanyak 3x kan, walaupun itu bukan sunnah Nabi, ia tetap menjadi satu amalan yang mulia. Bak kata ustaz, daripada tak baca, baiklah baca walaupun Surah Yassin sematakan.
Sedar atau tidak, kalendar Masihi dah menunjukkan kita dah hidup selama setengah tahun dah dalam tahun 2012 ni. Alhamdulillah. Masih diberikan nyawa secara percuma. Masih diberikan tahap kudrat dan kesihatan yang sangat sempurna, masih tak nyanyuk masih mampu ingat wajah dan nama-nama orang tersayang juga musuh.
Walaupun tahun ni banyak sekali ujian dan musibah yang aku hadapi, sebagai hamba, aku kena belajar menjadi manusia yang redha, kerana sebagai Pencipta, suka hati Allahlah kan bila Dia nak kasi bila Dia nak ambil, aku ni siapa nak pertikai, ye tak? Mujur Dia tak ambil nyawa aku lagi, setakat kereta aku tu apalah sangat ye tak? Ini ayat pujuk diri sendiri ni sebenarnya.
Bulan depan dah nak raya pun. Bagi yang belum habis berpuasa ganti, inilah masanya, masih ada masa-masa kecederaan nak ganti puasa. Puasalah segera, kang tak pasal kena bayar fidyah kang.
Oh ya, dalam setengah tahun ni adakah kita semua dah khatam al quran? Rugi sangatlah barangsiapa masih tak berjaya / tak mampu khatam al quran, kerana al quran tulah peneman kita esok kat dalam kubur. Ada seorang ustaz pernah cakap, beliau kata, kalau dalam saat memerlukan baru kita cari al quran dan baca dah tak de maknanya, silap-silap al quran itu akan mencela kita semula. Maksud mencela di sini ialah segala permintaan kita tidak akan ditunaikan.
Maka, berdampinglah dengan al quran sepanjang masa. Banyak kelebihannya. Aku cakap pada diri sendiri ni.
Rabu, 4 Julai 2012
Isnin, 2 Julai 2012
Dia muncul lagi, pergunakan ia secara maksima
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin) iii. Bertaubat iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Langgan:
Catatan (Atom)