~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 20 Julai 2012

Akhirnya, aku tahu jantina baby

Assalamualaikum kawan-kawan

Semalam aku bercuti. Ada appointment buat pertama kalinya dengan doktor pakar di Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Bangi. Walaupun ada appointment jam 9, tapi hampir jam 12 tengahari jugaklah baru aku dapat berpeluang jumpa Doktor Noraini, macam menunggu di klinik kerajaan pulak lagaknya ye tak. Kalau kat klinik kerajaan macam nilah menunggu begitu lamanya kalau aku pergi monthly check up. Berjam-jam menunggu giliran, 3 jam paling kurang, tak sangka kat hospital swasta pun sesibuk ini.

Bezanya kat klinik kerajaan, suasana sangatlah bising dengan bunyi budak kecil menangis kena cucuk, (aku ni tak boleh dengar budak menangis, aku cepat sayu, sedangkan bunyi suara kucing pun aku dah susah hati, dah gelisah dan simpati semacam, apatah manusia) hiruk piruk suara orang bercakap, tapi kat hospital semalam, tenang dan harmoni je, hanya semata-mata dengar speaker alunan ayat-ayat suci al quran dan zikrullah, walaupun tempat duduk penuh dengan pesakit yang tunggu giliran, tapi suasana nampak sangat terkawal dan tenang.

Tapi, niat aku di sini bukanlah nak membezakan suasana tadi, normallah kan, mestilah ada perbezaan ketara. Klinik kerajaan percuma, hospital swasta kena caj, so janganlah nak banding, tak sesuai ye tak. Apa yang aku nak sampaikan di sini sebenarnya ialah, jeng jeng jeng, aku dah tahu jantina anak aku.

Sukacitanya aku maklumkan doktor sahkan jantina anak aku adalah perempuan. Walaupun sejujurnya ada sedikit rasa kecewa di situ, almaklumlah aku harap sangat jantina anak aku adalah lelaki, tapi sejujurnya lagi, aku sangatlah seronok.

Aku tahu Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. So, siapa aku nak pertikai soal jantina, janji cukup sifat, sihat sejahtera sudahlah, ye tak. Berat baby aku pun dah mencecah 2.1kg walaupun kandungan aku belum lagi berusia 8 bulan. Kira besarlah kan. Ye tak? Entah, aku tak tahu. Padahal sebulan yang lepas, aku berada di takuk yang risau jugak apabila berat baby aku belum pun sampai 1kg. Ohhh betapa sekejapnya baby membesarkan.

Doktor cakap baby aku sihat. Alhamdulillah. Aku tak sabar nak bersalin. Sekarang pun, aku dah berjalan senget, puncanya sejak 1 bulan kebelakangan ni, aku diserang sakit tulang punggung. Terasa macam ada sesuatu yang tajam menusuk tulang punggung aku. Sebelum ni masih terkawal, sebab sakit sebelah kanan je, tapi sekarang 2-2 belah dah sakit yang amat sangat. Paling terasa bisanya apabila aku nak bangun daripada duduk. Bayangkan seseolah ada benda tajam yang sedang mencucuk punggung aku, sakitnya macam tulah rasanya. Lucah ke? Takkan. Aku sekadar nak luahkan rasa sakit yang amat sangat ni.

Apabila aku mengadu pada rakan ofis, mereka cakap perkara itu adalah normal. Aku sangkakan punca aku sakit adalah kerana aku pernah jatuh terhempas beberapa bulan yang dahulu sebelum aku disahkan mengandung. Jatuh di lobi ofis aku dan jatuh terhempas semasa main badminton, mungkin tulah kesannya sekarang apabila mengandung. Nak urut aku tak jumpa pointnya pulak. Sebelum ni aku menderita sakit tapak kaki, kesan hari-hari Tok Ketua urut, terus hilang dah, ni diganti pulak dengan sakit lain.

Seperti biasa, dah sakit macam ni, aku memulakan sesi pujuk diri sendiri. Aku cakaplah pada diri sendiri, ni nikmat tau, orang lain Allah tak beri, orang lain beriya nak rasa sakit aku ni dan sanggup nak menghadapinya sebab teringin sangat nak anak, so di sini, aku tak bolehlah nak merungut, kang kurus kang pahala yang Allah kurnia pada ibu mengandung kang kang kang.

Tapi, bila dah jalan menyenget ni, ramai kawan-kawan aku ketawa geli hati. Kau ni macam azab sangat dah kami tengok, padahal belum 8 bulan. Selamba je aku jawab, moral of the story, korang kawinlah awal, beranak awal, macam aku ni dah tua-tua baru nak mengandung macam nilah jadinya. Hahahaha. Pastu aku menambah lagi, kalau aku tak sakit tulang bontot ni, boleh lagi ni aku berlari. Perghhhhh ayat tak boleh blah. Berlagak sungguh, kata mereka, hahahahahaa. Mereka ketawa.

3 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

InsyaAllah, segala kesakitan itu akan hilang bila menatap wajah yang comel itu nanti.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya. Amin. :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : tkasih kak, selamat berpuasa ya, ampun maaf dipinta :-)

UMMI YL berkata...

dapat anak pompuan leh bg pakai baju dan tudung comel2..hihi

alhamdulillah..
mudah-mudahan sihatlah hendaknya
selalunya bila trimester akhir baby lagi cepat membesar..kena kawal makanan..especially nasi dan gula..
gula memang bg bb cepat besar..kata dr saya dululah..
masatu 36 weeks baby dan 3.45..dr pesan jangan dok makan durian sebab masa tu musim..
teringin habis la masa tu..:)
last2 ammar keluar dengan berat 3.85 kg..hihi
Umar dulu yang 3.45
yang no 3 ni taktaula..dr kat compom 4..huhu..