~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 13 Julai 2012

Aku diuji lagi

Assalamualaikum wbt kawan-kawan.

Hari jumaat yang mulia ni mulakanlah dengan amalan yang mulia ya, contohnya dengan berselawat sebanyak mungkin pada junjungan besar baginda Rasullullah SAW, jangan berkira air liur, hehehehe, daripada bercakap perkara yang sia-sia, atau berzikirlah sebanyak-banyaknya. Insyaallah, perkara yang mulia, Allah menjanjikan ganjaran berganda.

Atau kalau rajin lagi, bacalah surah kahfi. Baguskan surah ni, selain sunnah Nabi, banyakkan kelebihan Surah ini jika diamalkan pada hari Jumaat. Tak perlulah aku bagitau kelebihan dan keberkatan membacanya, rasanya semua orang sudah sedia maklum.

Sebenarnya, dalam minggu ni, hari ni, aku baru berpeluang bekerja. Aku diuji lagi. Kali ni dengan kesakitan pulak. Allah tarik nikmat pernafasan aku. Bayangkan aku tiba-tiba diserang asma Isnin yang lalu. Perkara yang aku takuti dan bimbang akhirnya berlaku jugak.

Kali terakhir aku kena asma zaman aku sekolah menengah. Selepas tu aku tak pernah lagi kena asma. Betapa bersyukurnya aku. Tak sangka seminggu sebelum Ramadhan ni, asma aku datang kembali. Siapa yang pernah kena asma, tahulah kan betapa azabnya nak bernafas. Setiap pergerakan rasa penat, walaupun mengangkat satu jari. Nak makan penat, sebab masa ni aku lebih rela nak bernafas daripada nak makan, sebab bila makan pun perlukan pergerakan. Apatah nak duduk, nak bangun, berpuluh-puluh minit aku ambil masa untuk melakukan hanya satu pergerakan. Sudahnya aku lebih rela merangkak perlahan-lahan macam budak kecil.

Zaman aku sakit tu arwah mak tak pernah bawa aku ke hospital. Aku berubat cara kampung. Minum campuran madu lebah yang original, dengan air gamat yang original yang sangat busuk tu dengan telur mentah. Bayangkan aku dipaksa minum, sudahnya aku tutup hidung dan cepat-cepat telan. Betapa tak sedapnya, tapi sebab nak sembuh punya pasal, redho jelah.

Maka, bila asma aku kembali menyerang kini, aku agak gelabah, aku seakan lupa apa patut aku buat, nak pergi klinik ke tak nak. Akibat dah tak tahan, aku akhirnya ke klinik berdekatan rumah aku. Aku disuruh sedut gas dalam beberapa minit dan setiap hari aku ke klinik tersebut untuk sedut gas.

Selepas sedut gas tu, aku rasa lega sikit. Lapang dada aku. Boleh bernafas kembali, cergaslah aku sekejap dalam beberapa jam, kemudian aku jadi sesak nafas semula. Entahlah, ujian Allah kali ni memang berat. Tapi sebagai manusia yang banyak dosa, aku kena sabar banyak-banyak.

Kebetulan seorang rakan aku tanya khabar aku. Aku cakaplah aku MC ada kat rumah sebab asma. Kawan aku dengan selambanya cakap, alahhh tu sikit aje, kau nak baby kan, tulah pembawakan budak, kawan aku lagi teruk, sehari 3x kena pergi hospital cucuk, so kau punya kes tu baru sikit. Aku plak yang terkedu baca mesej dia. Aku pun tak tahu atas alasan apa dia cakap macam tu? Dia cuba nak pujuk aku atau apa? Aku berharapan agar dia niat nak pujuk aku tapi cara penyampaiannya salah.

Seorang kawan aku lagi sms minta carikan anak sulung dia kerja. Aku cakap insyaallah, aku tak sihat ni asma, nanti aku carikanlah dalam yahoo group ke dalam iklan jawatan kosong ke. Tiba-tiba dia cakap kau ni kan macam-macamlah, mmmm begitu pulak? Aku cakaplah, ini ujian Allah untuk orang banyak dosa, aku pasrah jelah, dia diam.

Sebab tu aku lebih rela tak bagitau manusia apabila aku ditimpa musibah. Kalaulah aku berkeras mengatakan ujian yang sedang aku hadapi ni silap-silap korang langsung tak boleh hadapi macam mana, nak aku senaraikan kronologi daripada kes kereta aku kena pecah, banyak barang berharga hilang, sehinggalah kereta aku kena curi dan sekarang aku diuji dengan sakit, agak-agak korang yang cakap sikit tu boleh hadapi tak? Sekurang-kurangnya kau masa preggy kereta tak kena pecah, kereta tak kena curi, ujian kau hanya bersalin secara operation. Itu sahaja, so bolehlah kalau nak psiko aku gunakan ayat yang mampu memujuk hati aku supaya lebih dekat dengan Allah. At least ajar aku cakap alhamdulillah banyak-banyak ke, suruh aku mengaji banyak-banyak ke, macam sahabat nabi siap minta pada Allah ujian sakit dan kelaparan supaya dengan cara demikian mereka lebih ingat pada Allah. Ni tak, cakap, alahhhh tu sikit je tu, nak baby kan? Ayat yang membakar jiwa aku je rasa. Tapi aku sabar.

Nilah sebabnya, sebab manusia ni kalau bagi pandangan ikut sedap rasa je. Mereka tak tahu sejauh mana kesakitan itu, mereka hanya tahu bercakap. Sebab tu aku bosan mengadu pada manusia. Aku mengadu pada Allah lebih baik. Sebab penyakit tu Allah yang kasi, kenapa dia kasi, nak hapuskan dosa aku agaknya. Aku ni manusia yang berdosa.

Aku ceritakan di sini bukan nak minta simpati kalian. Cuma ambillah pengajaran. Kadang-kadang kita mudah terlepas pandang di mana kata-kata kita mungkin boleh menyebabkan orang lain kecil hati. Berfikirlah sebelum memberi pendapat yang wajar. Semua orang berhak bercakap, tapi penggunaan ayat dan cara penyampaian tu penting. Ni aku tekankan pada diri sendiri jugak. Sebab aku tetap manusia biasa. Bila sendiri terasa, baru terfikir adakah ayat-ayat aku selama ni telah mengguris perasaan orang lain? Ohhh!!!