Didalam “Al-Wabil” yang dikarang oleh Al-Hafiz Ibnu Qayyim telah menyebut akan kelebihan zikrullah itu lebih daripada seratus faedah dan di antaranya ialah:
- Zikir adalah membanting syaitan daripada menghampiri orang yang berzikir
- Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah swt dan cinta itu roh Islam, agama dan sumber kejayaan dan kebahagian. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta Allah hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya.
- Zikir mendatangkan sikap muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat ihsan.
- Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri yang bulat kepada Allah. Dengan ini lama-kelamaan setiap urusan dan setiap keadaan Allah menjadi Pelindung dan Pembantunya.
- Zikir membawa seseorang kepada taqarrub Ilallah.
- Zikir adalah pembuka hijab dan pintu makrifat mengenai Allah.
- Zikir menghidupkan hati. Perumpamaan orang berzikir dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati.
- Zikir adalah santapan roh dan hati. Seandainya keduanya tidak mendapat santapan seumpama jasad tidak mendapat makanan yang akhirnya menjadi lemah.
-Zikir adalah pembersih dan penggilap bagi hati.
- Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dunia atau di dalam kubur.
- Zikir ibarat pohon. Sewaktu pohon itu besar dan akarnya tertancap kuat, maka buahnya akan bertambah baik. Zikir membuahkan maqam-maqam semuanya dari kesedaran penuh menuju tauhid.
Sepertimana Firman Allah Swt melalui Surah Ar-Ra’d Ayat 28 yang bermaksud:
“Ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada Allah itu, jiwa menjadi tenang”
0 ulasan:
Catat Ulasan