~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 21 Mac 2012

10 kilogram

Sejak kebelakangan ini, aku rasa cukup sihat. Alahan aku, mabuk aku, loya, mual dan muntah aku belum berkesudahan, tapi, tidaklah seteruk dulu berbanding sekarang. Kini, aku akan muntah setiap kali aku menahan lapar. Aku bukanlah jenis kaki makan, aku rasa bosan apabila aku perlu makan setiap 2 jam. Kenapa tidaknya, setiap 2 jam aku akan menggigil kelaparan. Asalnya, aku menahan jugak-jugak rasa lapar, tapi apabila dah beriya muntah, aku terpaksalah telan sesuatu.

Ini menyebabkan aku rasa bosan setiap kali rasa lapar. Sebelum ni aku akan sentiasa simpan stok roti rm70 sen tu, malangnya aku akan rasa cepat lapar. Agaknya roti tu akan cepat hadam kot. Aku pun tak pasti, maklumlah subjek sains aku failed. Hahahaha.

Maka, aku berubah dengan makan choclate atas saranan seorang kawan. Coklat bar ni dikatakan menambah tenaga dalam keadaan darurat / terdesak. Memang selama ni, kalau dalam hutan, semasa marathon aku akan amalkan makan choclate bar sebelum memulakan acara bagi mendapatkan tenaga tambahan.

Maka, sekarang, stok coklat ni sentiasa ada dalam simpanan aku di dalam drawer di ofis, dalam hand bag atau dalam peti ais. Alhamdulillah, setakat ni aku berjaya mengatasi masalah menggigil semasa lapar. Cuma, bila dah sering makan coklat bar ni, aku rasa jemulah pula.

Semua orang sekeling aku nasihatkan aku supaya lebihkan makan nasi. Masalahnya selera makan aku dah mati. Kalau sebelum ni, aku hanya enjoy makan semasa waktu siang, tapi apabila menjelangnya malam, selera makan aku benar-benar mati. Tapi sekarang, jangan kata malam, waktu siang pun aku dah hilang selera makan.

Dalam minggu ni sahaja, aku dah membazir makanan tengahari berganda-ganda. Biasanya jam 12 tengahari, aku dah mula kebuluran. Maka, aku akan turun tapau makanan kat gerai bawah ofis aku. Aku akan mula menguyah perlahan-lahan. Jam 1 tengahari, aku akan turun ke surau mendengar kuliah dan solat Zohor berjemaah.

Aku akan sambung makan selepas itu. Satu suap, dah stop. Aku makan hanya semata tak nak perut aku kosong. Aku hanya makan sebab tak nak aku muntah. Aku hanya makan sebab aku tak nak seluruh badan aku menggigil. Sambil buat kerja, sambil makan satu suap.

Situasi ini berlanjutan sehingga 530 petang. Tahu tak, nasi yang aku tapau jam 12 tengahari tadi tidak juga habis. Masih berbaki banyak. Kadang-kadang separuh sahaja terusik. Padahal aku memilih lauk paling paling paling favourite aku, seperti udang masak tempoyak, ulam pucuk paku dll.

Aku dah paksa makan, dan kadang-kadang penuh mulut aku dengan makanan, aku suap dan suap dan suap dan paksa diri telan. Supaya aku bertenaga, supaya aku ada kudrat nak memandu, nak berjalan, nak melakukan ibadah. Tapi, apalah daya aku, makanan tersebut tetap tidak pernah habis. Betapa aku membazir. Tapi bukan niat aku nak membazir, aku nak minta pun nasi separuh.

Kawan-kawan ofis aku cakap, terseksanya mereka melihat aku makan. Makan sesuap, pastu sambung kerja, lagi setengah jam makan lagi sesuap, begitulah sehingga 530pm. Betapa di sini, Allah dah tarik nikmat selera makan aku. Aku benar-benar rasa kehilangan.

Itu belum di rumah, bila menjelmanya malam, semua makanan aku berbau busuk. Termasuklah nasi yang aku tanak. Kadang-kadang aku minta suami aku belikan lauk sahaja, nasi aku nak masak sendiri. Konon nak juga jasa air tangan aku. Malangnya, bau nasi di waktu malam aku rasa busuk sangat.

Itu belum masuk lauk pauk yang suami aku beli di kedai. Macam-macam suami aku beli dengan harapan aku akan berselera menjamah makanan. Tapi bila hidangan tersebut disua di depan aku, semuanya aku berbau busuk. Uwekkkk!!!

Ikutkan hati aku yang jenis tidak sabar sebelum ni, aku rasa bengang sangat dengan fenomena baru ni. Tapi, aku faham, ni semua dugaan daripada Allah. Selepas satu fasa, aku diuji dengan ujian yang baru, dengan ujian yang berbeza. Siapa yang perasan, dari awal kehamilan aku sehinggalah sekarang, dah pelbagai ujian berbeza aku tempuhikan. Dah ni nasib aku. Tertulis sebegitu, nak buat macam mana.

Pada awalnya, suami aku membebel juga sebab makanan yang aku makan tak pernah habis. Tapi order macam-macam, request pelbagai makanan, tapi makannya tidak. Sebagai contoh, aku nak sate, sudahnya aku makan 3 cucuk sahaja, tu pun puas paksa diri makan 3, supaya tak kena marah dengan suami. Tapi, sekarang, suami aku pun dah menelan perkara ini dengan positif. Dia sendiri kehabisan idea macam mana nak memulangkan selera makan aku semula. Kadang-kadang dia volunteer suap aku makan dengan niat nak bagi aku berselera makan. Tapi, hasilnya tetap sama. Tidak memberangsangkan.

Apa yang berlaku, apabila semua makanan suami aku yang terpaksa habiskan kerana dia nak elakkan pembaziran, kesannya dalam usia kandungan aku baru mencecah 14 minggu ni, berat badan suami aku naik mendadak kepada 10 kilogram. Satu angka yang aku rasa mengejutkan. Tapi aku teruja tau, kenapa, selama ni berat suami aku 45 kilo je, alah setakat 10 kilo tu baru 55, ngam-ngam sama berat dengan aku sekarang. Hahaha.

Punca yang tergerak suami aku tahu beratnya dah naik apabila dia tidak muat memakai seluar. Sudahnya apabila dia ukur lilit pinggangya dah mencapai angka 29cm. Hahahaha, sebelum ni ukuran asal adalah 25-26 semata. Hahahaha. Aku suka. Itulah hikmahnya ye tak. Yess!!!


4 ulasan:

UMMI YL berkata...

hihi...ingatkan akak yang dah naik 10 kilo..

hihi just nak ingatkan akak, makanlah kurma..:) boleh jadi penambah tenaga segera jugak..lagi baik untuk baby..

waktu pregnant memang tenaga cepat habis..masa saya dulu pula bekfast pukul 8 kul 11 mengigil dah...tapi bila anak kedua simptom tu dah kurang. wujud masa awal peknan je..kena makan kerap..klau makan banyak sekaligus nanti tkut morning sickness jadi lebih teruk atau panas/pedih ulu hati..

apapun semoga ibu dan baby sihat selalu..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : ahhh, ada mkn kurma, tp buat masa ni stok kurma dah habis, baru teringat, betullah nak kena beli

oh ye ke, sindrom ni berlaku kepada anak pertama je ke, ic, oklah begitu,

tkasih ya atas doa

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : ahhh, ada mkn kurma, tp buat masa ni stok kurma dah habis, baru teringat, betullah nak kena beli

oh ye ke, sindrom ni berlaku kepada anak pertama je ke, ic, oklah begitu,

tkasih ya atas doa

UMMI YL berkata...

tak tentu rasanya sindrom tu untuk anak pertama saja...

habuan masing2..hihi