~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 23 April 2012

Cerita pasal baby je

Assalamualaikum.

Lamanya aku tak bersiaran secara terus menerus daripada hati dan perasaan aku sendiri. Hehehehe. Sedar tak sedar, kandungan aku dah hampir mencecah ke 5 bulan. Cuak pun ada apabila mengenangkan saat nak bersalin kelak. Biasalahkan, aku juga manusia biasa. Setahu aku manusia yang dipermudahkan bersalin hanya Siti Aminah bonda Baginda Rasulullah SAW dan Mariam je kot. Itu setakat ilmu yang aku tahulah, orang lain semua lebih kurang je sakit dan azabnya. Hehehehe

Sebenarnya, aku tak sabar nak pergi scan 26hb ni. Itu hari aku dah scan buat kali pertama, tapi aku dapat berita dukacita. Baby turun ke bawah, sangat bahaya, so, doktor cakap kalau baby masih ke bawah, doktor akan terus bagi surat pada hospital Az Zahra, supaya aku terus rujuk di sana sahaja. Buat masa ni Az Zahra hanya layan kandungan selepas 7 bulan semata.

Rujukan yang aku lakukan pada kawan-kawan di ofis, mereka sarankan supaya aku tinggi punggung semasa baring, itulah yang aku lakukan. Dengan cara demikian aku harap membantulah supaya baby kembali berada di paras kedudukan yang normal semula. Sebelum ni kalau aku mencangkung, aku akan rasa sakit sangat. Sekarang tak rasa dah, cuma perut aku jelah yang berlanggar dengan paha. Opsssss.

Sekarang ni selera makan aku masih sama je, masih tak ada sebarang peningkatan. Aku masih paksa diri telan makanan, aku memang tak ada selera. Mujur siang hari aku masih ada selera, kalau malam payah benar aku nak telan makanan, sebab semua makanan aku rasa tak sedap. Tapi, aku tetap takkan biarkan perut aku kosong. Sebab aku dah disahkan gastrik oleh doktor. Kan tak pasal-pasal dapat gastrik. Padanlah dengan muka aku, siapa suruh tahan tak nak makan? Entahlah, payah aku nak terangkan pada semua orang kenapa aku tak makan, bukan tak nak, cuma aku rasa terseksa nak makan sebab aku hilang terus selera makan. Aku harap berat badan aku tidaklah susut, bimbang jugak kena marah dengan doktor kang.

Buat masa ni, aku belum beli sebarang benda untuk persediaan bayi aku. Aku target selepas dah tahu jantina baru aku nak beli. Yang pastinya warna hijau akan menjadi pilihan hati. Ikutkan warna hijau fleksibel jekan pada mana-mana jantina, tapi dah tok ketua nak beli selepas tahu jantina, terserahlah, yang pasti tok ketua jugak yang akan keluarkan belanja, hehehhee. 

Aku harap semasa scan kali kedua ni, tak ada sebarang masalah akan timbul. Aku harap juga tekanan darah aku kembali normal, bosannya setiap kali aku check, tekanan darah aku rendah. Adakah kena mengena dengan darah aku jenis O positif ya?

Aku kini setiap saat menghitung hari, untuk menjalani fasa seterusnya. Aku harap Allah permudahkan segala urusan aku. Aku nak sangat anak yang lahir ni menjadi anak yang beriman, anak yang menghafaz al quran, anak yang taat pada orang tua dan Allah. Aku tak nak anak-anak aku kelak jahil macam aku, dah tua macam ni baru nak belajar ilmu agama, baru nak insaf, baru nak kembali ke pangkal jalan. Aku malu sangat dengan diri sendiri. Tapi mujur, Allah bagi aku peluang untuk dekatkan diri kembali padaNya. Aminnn


4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga Allah permudahkan segalanya buatmu.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : terima kasih akak :-)

UMMI YL berkata...

alhamdulillah, seronok baca perkembangan akak dan baby...
semoga diberi kesihatan yang baik2 saja....

pasal makan tu akak kena try and error cari apa benda yang boleh dimakan..huhu..tapi itulah pembawakan masa mengandung kan...habuan badan masing2..

take care kak..semoga semuanya selamat2 je..:) insyaallah amin..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : kwn2 ofis pun ada cakap macam tu jugak, try makanan yg mampu diterima oleh tekak, itulah habuan saya buat masa ni, heheheeh