~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 25 April 2012

Tentang follower

Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.

Sebenarnyakan, aku baru perasan follower aku dah mencecah kepada 74 orang. Tak sangka pulak aku ada jugak orang nak follow blog aku ni. Dahlah blog tak best, intipati blog semuanya berat belaka. Kemudian, blog aku ni kan serius pula, tak ada unsur-unsur gossip, setahu aku, blog itu akan mempunyai ramai follower apabila ada banyak gossip, contoh terdekatlah blog hiburan kat Malaysia ni. Bersepah-sepah dan follower tak payah ceritalah puluhan ribunya.

Maka, aku sangatlah terkejut melihat bilangan follower yang bertambah ni. Last aku belek, ada 50 orang lebih, tak ingat pulak bila aku membeleknya. Mmmm, terima kasihlah pada yang sudi menjadi follower blog yang tah apa-apa ni. Walaupun aku sedar, angka ni sangatlah rendah jika nak dibandingkan dengan jumlah follower blog orang lain yang cecah ratus malah ribu, tapi aku rasa best pulak bila dakwah aku dapat disebarkan kepada 74 orang. 

Walaupun bilangannya taklah sebesar mana, aku harap kita sama-sama menyebarkan dakwah ni secara berjemaah, secara kolektif, kerana urusan dakwah itu wajib bagi semua orang Muslim yang hidup.

4 ulasan:

UMMI YL berkata...

salah sorang follower akak sayalah..hihi..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : itulah, sy rasa terharu pun ada ni, tkasih ya, jasamu dikenang :-)

Kakcik Seroja berkata...

Mungkin tidak ramai yang meninggalkan jejak, tapi sekurang-kurang mereka datang juga membaca dalam diam, InsyaAllah.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kak chik : ahhh, ramai yg tak tinggalkan jejak, tapi tak pe, saya cuma hrp ilmu yg sy letak dlm blog ni yg tidak sebanyak mana mampu menyampaikan dakwah kepada mereka