~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 30 Disember 2010

4 - 2 - Lawan laser

Semalam terasa nak memasak selepas beberapa minggu aku tak masak. Lagipun, orang yang tak pandai masak macam aku ni kenalah selalu praktis. Bak kata orang jawa (pinjam ayat budak ofis aku) practise makes perfect. Lagipun, aku kena pandai masak untuk pikat hati suami aku kelak. Orang tua-tua pernah berkata, jaga perut suami, kena jaga perut suami. Mungkin suami aku tak kisah, (tapi sampai bilalah sangat dia tak kisahkan?), tapi aku kena kisah tentang bakal mertua aku, so tak boleh pandang remeh soal masak memasak ni.

Sebelum nak memasak, aku on tv. Tergerak juga hati nak tengok bola. Maklumlah finalkan. Selama ni aku takkan tengok bola sorang-sorang, tak feel (kata orang jawa lagi). Dulu ada juga lepak mamak stall dengan kawan-kawan dan anak saudara sebab mereka sangat fanatik dengan dunia bola sepak. Aku sesekali layan je, tak delah obses pun. Tapi, kalau diaorang sebut nama player, aku biasanya banyak nganga je, sebab aku tak kenal pun. Player Malaysia pun aku tak kenal, apatah lagi player antarabangsa. Nganga jelah mampu.

Tapi sejak umur meningkat senja ni (senjalah sangat), aku dah malas nak lepak-lepak kat luar macam dulu. Bukan tak ada kawan-kawan yang mengajak, tapi aku sekarang terasa amat malas nak keluar dan lepak seperti dulu. Aku jadi segan pun ada, sebab bila dah peralihan usia ni, aku rasa aku kena banyak berubah daripada segi aktiviti keduniaan aku. Sehinggakan ada di kalangan kawan-kawan dah cop aku sebagai anti sosial.

Oh tidak, aku bukan anti sosial, aku masih seperti biasa. Sesekali bolehlah keluar makan-makan lepak bersama kawan-kawan. Tapi, kalau hari bekerja, aku takkan ke mana-mana melainkan pulang ke rumah. Mungkin singgah di pasaraya beli barang-barang keperluan dapur dan untuk stok peti ais, selesai sahaja terus balik rumah tanpa ada rasa nak lencong ke mana-mana lagi. Sungguh, aku lebih selesa lepak di rumah sorang diri. Sesekali, kalau ada keperluan, aku bolehlah melepak sekejap-sekejap jumpa kawan-kawan, tak naklah aku berterusan di cop anti sosial kan.

Oh ya, berbalik kepada topik memasak tadi, sambil menanak nasi, aku memasang telinga untuk mendengar siaran langsung bola sepak daripada Indonesia. Aku tak pasti sebenarnya game akan bermula jam berapa kerana seingat aku, Jakarta lewat satu jam daripada Malaysia. Sambil memasak, aku berlari sekejap ke depan tv. Aku tengok separuh masa pertama masih 0-0. Kembali ke dapur untuk memasak. Syukurlah rumah aku kecil, kalau tidak penatlah ke hulu ke hilir aku berlari. Tak apalahkan, setiap pergerakan kan membakar kalori.

Sibuk menumis, tiba-tiba aku dikejutkan dengan jeritan nyaring gol yang tersangatlah kuatnya daripada sekeliling blok rumah aku. Rasa macam bergegar sekejap apartmen rumah aku. Dahlah rumah aku paling atas, konon penthouselah tu. Tanpa berlengah, tindakan refleks yang aku lakukan adalah terlompat-lompat berlari ke depan tv dengan segera untuk menyaksikan jaringan gol daripada pasukan Malaysia. Untung ada ulang tayang, kalau tidak aku akan terlepas menyaksikan detik manis itu.

Aku jadi tak senang duduk, macam kucing nak beranak, mana fikir nak memasak, nak tengok tv, tak kusyuk aku buat 2 benda ni dalam satu masa. Hilang fokus nak memasak takut kang terlepas lagi kalau-kalau ada yang sumbat gol, takut kang terlepas lagi aksi-aksi yang penuh debaran. Nak tengok bola pun tak setenang mana, kang hangit pula masakan aku kang. Sia-sia je kang. So, salah satu terpaksa aku korbankan. Aku kena ambil langkah yang bijak. Maka, aku ke dapur teruskan acara memasak, dan aku sekadar pasang telinga, aku tunggu signal daripada jiran tetangga, aku sangat yakin sekiranya jiran sekeliling menjerit bagai nak rak, tu tandanya pasti ada gol yang disumbat lagi oleh player Malaysia.

Tunggu punya tunggu senyap sunyi je. Adalah terdengar bunyi jeritan, tapi tidaklah sekuat yang mula-mula tadi. Urusan memasak pun hampir selesai, aku segera ke depan tv. Baru nak duduk, tiba-tiba pintu gol Malaysia akhirnya bolos. Argghhhh, macam tak percaya bila aku tengok permainan player Malaysia yang tiba-tiba agak huru hara. Entah, barangkali mereka dah penat atau mereka dah terlampau yakin Malaysia akan tetap menang. Aku memang tak pandai mengulas pasal bab sukan ni.

Kesudahannya Malaysia menang dengan agregat 4-2, satu kejayaan yang sangat membanggakan. Sambil menjamu selera (jarang aku makan makan lewat begini), aku tersenyum sorang-sorang bila PM mengumumkan hari jumaat cuti umum sempena kemenangan ini. Nampak gayanya, cuti yang aku dah apply untuk jumaat ni carry forward lagilah. Hopefully.

Maka pagi-pagi bila tiba di ofis, perkara pertama yang aku buat ialah membuka blog, dan seperti dijangka, puluhan blog menceritakan tentang detik manis semalam. Banyak photo yang aku tengok mengenai acara semalam. Banyak artikel yang aku baca tentang peristiwa semalam. Yang aku tak tahan daripada ketawa bila aku baca ada seorang penyokong Indon merangkap bomohlah konon nak potong telinga kalau Indon kalah. Ahaksss, aku tak pasti pula dia dah potong telinga dia ke belum. Gelagat penyokong Indon yang ala-ala spiderman pun membuatkan aku tersengih sorang-sorang depan pc, agaknya dia ada 9 nyawa macam kucing kot.

Dan suratkhabar semalam ada menceritakan Sotong Gerita Dewa Laut mereka meramalkan Malaysia akan tewas ke tangan Indon juga mencuit hati aku. Teringat aku sotong Paul yang dah jadi arwah. Hahaha. Teringat juga artis Julia Perez yang nak memancarkan laser di colinya bertujuan untuk hilangkan fokus player Malaysia. Dan aku rasa dialah penyebabnya player Indon hilang penumpuan semasa bermain semalam. Ngeh ngeh ngeh

Dan paling mencuit hati aku, player Malaysia ke stadium menaiki kereta kebal untuk menjamin tahap keselamatan mereka. Aku rasa aku tak pernah lagi dengar player ke stadium naik kereta kebal. Bayangkanlah di sini mentaliti penyokong Indon berada di tahap mana. Tak perlulah aku nak huraikan, kita boleh faham sendiri.

Tiba-tiba aku rasa nak puji penyokong Malaysia. Semasa perlawanan berlangsung di Bukit Jalil ahad lalu, di mana stadium dibanjiri oleh lautan harimau malaya sehinggakan tempat duduk penyokong Malaysia dah tak muat langsung, dan apa yang berlaku penyokong Malaysia terpaksa ke bahagian seat penyokong Indon. Semasa ini berlaku, di fikiran aku dah terbayang yang bukan-bukan, dah terbayang benda negatif, aku dah jadi bimbang, takut sebarang pertumpahan darah akan berlaku sebab aku ada terbaca banner penyokong Indon, iaitu lebih kurang begini bunyinya, sekalipun darah jadi taruhan, so, aku dah cuak. Tapi, sangkaan aku jauh meleset. Aku tengok elok je penyokong Malaysia dan Indon berada dalam kelompok seat yang sama dengan aman damai dan tenteram. Tak ada pun sebarang kejadian buruk atau yang memalukan berlaku. Amboi, bagusnya.

Ikutkan sejarah, penyokong Malaysia pun bukanlah profesional sangat. Tak kiralah daripada negeri mana pun, aku tak berpihak kepada mana-mana negeri, sebab semuanya sama sahaja rakyat Malaysia. Yang aku kata tak profesional tu, sebab dah ada banyak kes sebelum ni di mana ada yang bertumbuk, bergaduh dengan FRU, bakar kerusi, bakar kenderaan, dan segala macam perkara negatif dah berlaku hanya kerana bola sepak. Tapi aku rasa sangat teruja pula (pelik pun ada) bila tengok para penyokong Malaysia yang berada di bahagian penyokong Indon, di mana bilangan penyokong Malaysia pula di situ sahaja hampir sama ramai dengan penyokong Indon, tapi elok je bersama-sama menonton perlawanan.

Maka, aku harap penyokong-penyokong ini akan terus selamanya kekalkan sikap positif dan profesional tersebut. Tak perlulah nak bakar kerusi lagi, nak bergaduh lagi, nak bertumbuk lagi, tak kiralah dalam apa saja perlawanan atau piala sekalipun, sebab kalah atau menang adat bertanding. Yang terbaik tetap akan menang walaupun di provoke oleh benda yang negatif.

Gaduh mulut tu perkara normal sebelum dan selepas game. Dalam forum, dalam blog, dalam facebook dan segala macam media massa dan media elektronik, kita boleh jumpa dan baca pelbagai ayat dan perkataan yang diluahkan yang kebanyakannya berunsur negatif. Laser di padang dah berlalu, laser di internet pun bermula. Konon sesi luahan perasaan. Tapi, janganlah melampau-lampau, sebab apa sahaja yang kita ucap, kita cakap, kita lafaz, esok-esok kat akhirat kita kena jawab tau.

Moral of the story, apa saja yang kita nak buat, nak cakap, mulakan dengan bismillah, insyaallah, akan ada keberkatan di situ, dan insyaallah, segala urusan kita di dunia dan akhirat dipermudahkan. Lagipun, bila dah memulakan sesuatu dengan bismillah, takkanlah segala tindakan kita nak ke arah benda negatif jugakan?

Selasa, 28 Disember 2010

Artis, sukan dan politik

22hb Muharam. Sabtu dan ahad dah berlalu dan sepanjang 2 hari majlis bersama keluarga berjalan seperti dirancang. Alhamdulillah. Sepanjang 2 hari bersama keluarga segala macam-macam isu diperbualkan. Mungkin jarang berjumpa dan berkumpul sebegini. Maka, perbualan berlangsung dengan sangat rancak. Dan seperti biasa, kebanyakannya berputar tentang isu duniawi, especially isu bola sepak Malaysia piala suzuki. Apatah lagi dengan kemenangan Malaysia ke atas Indonesia, perbualan menjadi panjang berjela-jela. Itu untuk kaum lelaki, kaum wanita pula biasanya lebih terarah kepada resepi masakan. Ada masa dan ketika, isu agama diutarakan dan akulah yang paling teruja mendengar dan menyampuk. Tapi, aku perhatikan, ada yang segelintir berdiam diri semasa topik ini dibincangkan.

Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak topik, semasa topik tentang dunia artis rancak dibualkan, akulah yang paling banyak bertanya. Sungguh, sekiranya isu ini diperbualkan tak kira di mana-mana, akulah yang kerap bertanya. Sebab kebanyakan artis zaman sekarang aku tak kenal nama mahupun rupa. Kalau compare zaman ziana zain, zaman sofea jane, zaman edika yusof tu aku kenallah juga. Tak adalah bawah tempurung sangat. Tapi, sejak artis tumbuh macam cendawan selepas hujan, aku memang tak kenal. Sangat ketinggalan zaman. Kecualilah kalau kebetulan aku terbaca kat internet, kat blog, kat suratkhabar pancaindera, kat facebook, tengok melodi atau dengar kat radio mungkin membantu aku tahu secara tak langsung. Tapi, semata-mata untuk research pasal dunia artis aku memang takkan buat.

Dan sepanjang hayat aku juga aku tak pernah terasa atau berminat nak melanggan atau membeli majalah hiburan termasuklah kaset atau dvd lagu artis. Kalau kebetulan orang beli majalah, aku sekadar tumpang membaca dan membelek, kalau tak ada, aku takkan cari. Sedangkan buku-buku agama pun payah aku nak beli, payah nak baca, so aku rasa aku tak boleh beli majalah hiburan. Tak boleh tak boleh tak boleh. Lagipun dulu, aku suka lepak di library kampung aku hampir sepanjang hari kalau tak ada kerja nak dibuat. Di situ, aku ada banyak pilihan sumber bacaan lain yang lebih bermanfaat yang boleh aku mentelaah.

So, apabila aku asyik bersoal itu dan ini semasa perbualan sedang rancak tentang dunia artis tadi, ada yang memarahi aku, katanya artis tu pun aku tak kenal. Sebab aku tak kenallah, aku tanya dia tu siapa. Kesian aku dimarahi begitu sahaja, hanya kerana aku tak tahu pasal dunia artis. Sungguh terasa jahil diri ini apabila orang lain kenal tapi aku tidak. Aku hanya diam tanpa menjawab sekalipun di minda penuh dengan jawapan untuk membela diri. Tapi diam itu lebih baik untuk keadaan tersebut.

Tapi di sini aku nak menjawab, bukan bermakna aku hipokrit dan takut untuk berdebat, tapi aku ambil tindakan paling bijak. Berdebat sekalipun urusan agama Allah tetap murka, sebab Rasullullah S.A.W sendiri menggunakan pendekatan paling lembut dalam urusan berdakwah, maka aku kena contohi Rasullullah S.A.W (jangan lupa ucapkan selawat dan salam ke atas junjungan Rasullullah S.A.W, keluarga baginda dan sahabat baginda)

Kalau nak sembang pasal politik, pasal artis, pasal sukan especially bola biasanya aku memang akan banyak tanya sebab aku tak tahu pasal dunia tersebut. Pasal piala suzuki, kalau sebelum ni Malaysia tak lawan Vietnam kat Malaysia baru-baru ni, sampai bilalah aku takkan tahu rupanya ada wujud piala ini. Kalau ada artis yang bercerai, kalau tak masuk suratkhabar berhari-hari aku memang takkan tahu sampai bila-bila. Pasal politik, ada yang meninggal, ada pilihanraya sedang berlangsung, aku memang tak ambil tahu sebab ketiga-tiga dunia ini aku sangat tidak berminat. Mungkin jika diberi pilihan di antara ketiga, aku rela berborak tentang topik sukan, sebab aku sangat fanatik dunia badminton, tapi malangnya, tak semua player badminton kat dunia ni aku kenal. Dan dulu juga aku minat dunia futsal, maka bolehlah sikit-sikit kalau borak pasal sukan, cuma janganlah caci aku kalau aku masih banyak bertanya.

Sebab pada aku, susur galur Rasullullah S.A.W sendiri aku terhegeh-hegeh nak hafal, maka aku rasa aku tak layak pun ambil tahu tentang dunia artis. Sebenarnya masa aku dimarahi, aku nak je tanya, siapa Hafsah, Aisyah anak siapa kepada orang yang memarahi aku, tapi aku diamkan diri sebab orang ada kata, jangan dilayan orang gila, kelak kita yang gila, jangan dilayan orang bodoh, kelak kita sama bodoh, aku ingat nasihat ni, maka aku turuti nasihat ini. Aku tahu dan sedia maklum, kalau aku berdebat juga, takkan ada ending yang baik, silap-silap boleh bermasam muka dan bergaduh.

Sebab aku selalu ingat ada orang nasihati aku, kalau nak bercakap dengan orang, kita kena kaji orang tu macam mana, background dia macam mana, sikap dan sifat dia macam mana, kalau boleh kita perlu tahu apa yang dia suka dan tidak suka, supaya perbualan tersebut nampak menarik dan tidak akan mendatangkan sebarang mudarat. Sekiranya mereka bukan jenis boleh terima nasihat, tak payahlah berbuih mulut nak nasihat, silap-silap bawa gaduh. Aku sokong dan aku sentiasa turuti. Sebab dulu aku suka sangat bercakap tanpa ambil tahu background orang tu, kadang-kadang kesannya dan endingnya boleh merenggangkan hubungan persahabatan yang baru nak bermula.

Maka, aku ambil iktibar, sekalipun aku betul, sekalipun aku ada banyak point, sekalipun niat nak berdakwah, aku tak perlu berdebat, aku tak perlu bercakap lagi, mungkin ada masa yang sesuai, aku boleh gunakan pendekatan psikologi dalam urusan nak menasihati. Lagipun, cara penyampaian tu kan sangat penting. Dikhuatiri juga, kita nak sampaikan lain, malangnya mereka pula faham lain, dakwah kang entah ke mana. 

Di sini aku ingat seorang guru di sekolah menengah pernah berkata kepada aku, hati-hati dalam bercakap, setiap hari kita gunakan banyak perkataan, mungkin beribu-ribu patah perkataan kita lafazkan dan sebut setiap hari, takut mengundang padah sekiranya orang yang mendengar salah faham apa yang nak disampaikan oleh kita. Sebagai contoh, ambil satu perkataan GERAM, dan cuba gayakan dan sebutkan perkataan geram dalam pelbagai intonasi, apa yang berlaku. Geram tersebut dah menjadi banyak maksud kepada  orang yang mendengar walhal mungkin kita nak sampaikan maksud lain (contoh maksud geram = bengang, geram = suka). Walhal ini baru satu patah perkataan, belum kita bercakap banyak ayat dan banyak perkataan.

So, moralnya di sini, kita kena bijak menyusun ayat dalam berbicara apatah lagi apabila melibatkan urusan dakwah. Silap dakwah orang tersebut mungkin lebih jauh tinggalkan akhirat, ni yang sering berlaku kepada masyarakat hari ini. Maka, aku memang mengambil tindakan yang bijak walaupun hati meronta-ronta rasa malu dan marah. Bayangkan sekiranya aku bertindak ikut perasaan, barangkali hubungan kekeluargaan tadi mungkin renggang sekalipun aku berada di pihak yang betul. Alhamdulillah, jangan ikut hati yang marah, marah itu api, api itu syaitan.




Jumaat, 24 Disember 2010

2 pahala

18 Muharam. Esok hari Krismas. Di Malaysia, hari raya ini disambut oleh penganut Kristian dan penganut bukan Kristian termasuklah beberapa orang sahabat baik aku, siap bertukar-tukar hadiah lagi. Nak meraikan rakan-rakan Kristian mereka. Konon satu Malaysialah sangat. Dalam suratkhabar, dalam berita, dalam blog, dalam internet dah maklum kan apa hukumnya orang Muslim sambut Krismas. Aku tak nak sebutkan di sini, nak tahu lebih lanjut, tanya ustaz yang berhampiran.

Oh ya, tak bestnya public holiday jatuh pada hari sabtu. Kalau jatuh pada hari Ahad, bolehlah carry forward untuk hari Isnin. Bolehlah bercuti 3 hari kan. Hujung minggu ni aku sangat sibuk, jarang aku sibuk begini. Janji aku sibukkan diri dengan benda yang boleh mendatangkan manfaat pada diri dan orang sekeliling aku kan. Sebab ustaz ada kata, apa sahaja yang kita buat, semuanya boleh mendatangkan pahala, contohnya, minum boleh dapat pahala, makan boleh dapat pahala, tidur boleh dapat pahala, buang air kecil, buang air besar semuanya boleh mendapatkan pahala sekiranya kena pada caranya. Itu benda asas yang setiap hari kita lakukan. Bayangkan ganjaran pahala yang kita dapat daripada apa yang kita dah buat secara tak langsung itu. Betapa sayangnya Allah kepada kita ni. Ishhh

Macam kes semalam, masa kuliah zohor kat surau ofis aku, sebelum ustaz nak menutup majlis dengan tasbih kifarah, ustaz mintalah sekiranya ada sebarang soalan atau kemusykilan silalah bertanya. Tapi semua orang diam tunduk membisu termasuklah aku. Aku bukan tak nak tanya, kang ustaz tak terjawab pula kang soalan bertalu-talu daripada aku, sebab aku ni memang suka sangat bertanya. Suka sangat-sangat. Maka, aku ambil tindakan berdiam diri. Lagipun, aku nak kaji dulu soalan aku, takut pula nanti dikatakan soalan bodoh. Malulah aku depan semua orang kan. Ngeh ngeh ngeh!

Bila tak ada sorang pun melontarkan sebarang pertanyaan, ustaz pun membebellah, nilah mentaliti orang Islam kat Malaysia ni, takut sangat nak bertanya, macamlah saya ni perfect sangat masa bercakap tadi sehinggakan kamu semua tak ada apa yang nak ditanya. Tahu tak, kata ustaz,  pertanyaan pun boleh mendapatkan pahala. 2 pahala pula tu. Satu pahala daripada segi, sekiranya jawapan daripada soalan kamu tadi orang lain mula beramal, dengan kamu sekali terlibat mendapat sahamnya kelak. Dan satu pahala lagi, sekiranya orang yang mendengar jawapan daripada soalan kamu tadi memperolehi ilmu / info baru, kamu turut mendapat pahala sebab kerana kamu bertanya tadilah dia tahu ilmu tersebut. So, kamu semua ni jangan segan silu bertanya kepada saya. Tak nak buat pahala ke? Hehehe.

Suasana yang sepi tadi terus bertukar menjadi rancak dengan pelbagai soalan dilontarkan kepada ustaz tadi. Ustaz dengan senang hati menjawap segala persoalan yang berbangkit. Dan betullah, daripada soalan-soalan mereka tadi, aku mendapat banyak info baru. Bestnya diaorang kan, dapat buat pahala dengan cara yang paling santai dan senang. Aku jadi cemburu pula.

Khamis, 23 Disember 2010

K, T dan M = Haram

Semalam petang, semasa berborak santai minum pearl kacip fatimah panas di salah sebuah kedai sekitar ofis aku, seorang kawan yang aku gelarnya CNN bergerak memberitahu aku di mana salah seorang kawan aku di ofis dah menang besar. Wahhh, hebatnya kata aku. Menang besar di sini membawa maksud dia menang judi nombor ekor yang berjumlah 15K (tak silap aku, benda yang melibatkan angka ni aku selalu sangat lupa).

Aku menyambung bicara, aku tanya, dia buat apa dengan duit tu? CNN bergerak tadi cakap dia repair motor dia, tu saja pun dah cecah 2K. Lagipun asal asal usul nombor yang dia dah menang besar itu diambil daripada plat nombor motor tadi tulah. Aku mencongak di dalam hati, 15K tolak 2K, jadi 13K. Wahhh, banyak lagi berbaki duit tu. Aku tanya lagi CNN, balance duit tu dia buat apa? Entahlah, kata kawan aku lagi, kami satu department sajalah test dia minta dia belanja makan, tapi dia cakap, ehhh, mana boleh, duit ni haram jawabnya. Aku ketawa mengekek-ngekek. Tahu pula dia ek apa hukumnya duit tersebut kalau jadi darah daging.

Sebenarnya, aku tak terkejut mendengar berita dia menang besar. Cemburu? Jauh sekali. Sejak aku bekerja di company ni dah lebih 6 tahun (setialah konon, padahal malas nak cari kerja lain, malas nak pergi interview), aku dah sedia maklum dengan perangai tahi judinya yang sangat melampau itu. Tanpa segan silu 'pau' duit sub-con sebab nak beli nombor ekor KTM nilah. Siapa yang tak kenal dia kaki pau. Dan dialah penyebab kawan-kawan yang lain terjebak sama dalam dunia judi ini. Dulu, aku dan mereka yang kaki judi ni agak rapat, sebab department lama aku menyebabkan aku selalu terpaksa berurusan dengan mereka. Atas tiket nak memudahkan kerja, aku memang kena menjaga hubungan yang baik dengan mereka walaupun aku selalu terbabas meleteri mereka tanpa rasa bersalah. Aku bengang sebab aku tak suka mereka main judi. Tak suka tak suka tak suka.

Tapi, sejak berpindah department baru, aku tak lagi perlu berurusan atau menghadapi mereka. Maka, aku dah jarang sangat berjumpa mereka. Dulu, aku selalu sangat nampak mereka kumpul-kumpul kertas nombor ekor yang dibeli dan tampal pada log book dan buat filing. Sangat hebat dan efisyen. Aku sempat menyelongkar buku tersebut dan aku mencongak dalam seminggu hampir RM300 yang dibelanjakan semata-mata untuk tujuan membeli nombor. Kalau sebulan? Katakan RM1200, kalau setahun sama dengan RM14,400.

So, kesimpulan aku, tak adalah dia menang besar pun. Sebenarnya langsung tak balik modal pun. Makin bertambah rugi lagi adalah. Ikutkan logik pengiraan matematik aku ni, aku kenal dia dah lebih 6 tahun, dan tak perlulah di sini aku nak darabkan lagi angka RM14,400 tadi dengan 6 tahun. Dan untuk pengetahuan semua, RM300 seminggu tadi tu bukan untuk K T dan M tadi, tapi untuk M semata. Kalau KTM digabungkan, hitungkan jumlah perbelanjaan mamat tadi tu untuk seminggu. Sangatlah ekstremnya mamat ni dalam dunia judinya. Dan aku sangat pasti, sang isteri di rumah dah penat membebel, dah penat menasihati, dah penat memarahinya. Tapi, orang yang makin dah gelap hati ni, apa dia peduli.

Samalah seperti cerita Ngangkung yang aku berpeluang tonton baru-baru ni di panggung wayang. Biasanya kalau aku tengok wayang, aku akan kaji sinopsis atau jalan cerita, tapi kali ni aku terlepas pandang buat semua tu. Hanya disebabkan aku ada baca di blog siapa tah mengatakan cerita ni best, maka aku terjah pergi tonton. Ternyata tidak sia-sia masa aku yang terbuang itu. Filem ni berkualiti dan sarat dengan mesej.

Sehinggalah sekarang, aku tak tahu exactly makna Ngangkung. Tapi, keseluruhan cerita di dalam filem itu memfokuskan masalah kaki judi yang sangat fanatik di mana sanggup mencari dan bertemu bomoh bagi mendapatkan nombor ekor untuk memenangi tempat pertama. Dan bermacam pengalaman aneh, kejam, sedih dan melampau dalam usaha mereka mendapatkan apa yang dihajati itu. Di sinilah peranan pengarah serta pelakon hebat yang membawa penonton menilai kesannya akibat daripada kaki judi, di mana boleh menghancurkan hidup kita sendiri di kemudian hari secara langsung atau tidak langsung.

Segala unsur ada dalam filem ni sebenarnya, seperti unsur homur, sedih, sukacita, konflik, saspen, dan yang paling penting ada diselitkan unsur agama (part ni jarang ada (kalau ada pun boleh dibilang dengan jari) dalam kebanyakan filem dan drama di Malaysia walaupun Malaysia adalah negara Islam) di mana membuatkan filem ni lengkap dalam nak menyampaikan mesej dan pengajaran yang tersirat dan tersurat. Ada masa penonton terkejut, ada masa penonton ketawa tanpa henti, ada masa penonton boleh mengalirkan air mata.

Pengarah dan pelakon sangat bijak dalam menjayakan filem ini. Tapi aku bukanlah nak bercerita tentang kehebatan filem ni, sebab mungkin di mata orang lain filem ni sangat-sangat biasa je, biasalah semua pandangan mata tak sama. Cuma apa yang aku nak sampaikan dan kaitkan dengan cerita kawan aku tadi, iaitu keburukan berjudi. Kalau dah Islam melarang, tentu ada sebab musababnya. Indahnya Islam dah terang lagi bersuluh bagitau kita semua apa yang boleh, apa yang tidak, demi untuk kebaikan kita sendiri sebenarnya. Ada benda dan ketika, kita boleh bertolak ansur, boleh toleransi, tapi sekiranya dah termaktub hukum berjudi ialah haram, pusing macam mana sekalipun ianya tetap haram.

Aku simpati dengan kaki-kaki judi ni sebenarnya, sebab ni bukan kali pertama aku berhadapan dengan situasi kaki judi, semasa alam remaja aku dulu, semasa alam aku di kolej dulu, ramai kaki judi yang aku jumpa sehinggakan rumah tangga hancur. Sedihlah aku.

Selasa, 21 Disember 2010

Tragedi ngeri akhir tahun

Kebiasaannya tiba di ofis seawal 7am lebih, sambil menikmati sarapan yang tidak heavy (dulu aku suka sangat makan sarapan yang memberatkan seperti nasi lemak, tapi sejak umur meningkat senja (amboi), aku ubah secara drastik pola pemakanan aku), sambil membaca blog atau status FB, aku merangkap membaca surat khabar Metro. Aku agak obses dengan suratkhabar yang satu ni, sebab tu aku sanggup beli. Lagipun suratkhabar lain seperti Utusan dan Star dah tersedia terhidang setiap hari di depan penyambut tetamu.

Setakat inilah, yang aku perasan, muka depan Metro jarang menyajikan berita yang gembira + sukacita, kebanyakan berita mendukacitakan termasuklah tajuk utama depan akhbar hari ni. Kes kemalangan jiwa yang meragut 27 nyawa melibatkan bas express yang dipandu laju. Driver bas meninggal. Dan ini bukan kali pertama berlaku dalam sejarah Malaysia kes eksiden yang melibatkan bas express. Dan pastinya bukan kali terakhir.

Semasa aku melayari blog yang ada dalam list aku, rata-rata menyuarakan rasa kesedihan mengenai nahas ini. Ada juga yang mengambil peluang menghentam pengusaha-pengusaha bas express di mana tidak mengambil peduli nyawa dan keselamatan penumpang. Ada segelintir sahaja yang bersuara menegakkan keadilan pemandu bas express di mana kata mereka gaji pemandu bas kecil dan sebab itulah mereka laju bertujuan mengejar trip. Jangan salahkan pemandu bas, tapi salahkan goverment yang sewenangnya menaikkan harga barang dan minyak.

Aku ada pengalaman naik bas. Sebelum aku ada kereta sendiri sebelum ini, setiap bulan aku naik bas balik kampung halaman. Tapi sejak ada kereta sendiri, aku dah jarang naik bas. Tapi, bulan November baru-baru ni aku ke Penang terlibat dengan Penang Bridge International Marathon. Company aku ada sewa bas express. Amat berat hati aku nak pergi sebenarnya, tapi disebabkan aku juga terlibat sebagai salah seorang AJK kelab sukan, aku pergi tanpa ikhlas. Lagipun, setiap tahun aku terlibat dalam marathon, aku dah jemu nak berlari atas jambatan Penang tu. Lagipun, aku dah tua, kudrat dah tak ada nak berlari sejauh lebih daripada 20 kilometer itu.

Atas desakan kawan-kawan ofis, aku pergi juga akhirnya. Tapi hampir setiap hari aku menyatakan kebimbangan naik bas. Aku sebenarnya bukan takut naik bas. Tapi aku susah nak percaya 'air tangan' driver yang aku tidak kenal. Sebolehnya aku sendiri nak memandu, biarpun jauh, biarpun penat, aku sanggup demi tak percaya dengan orang lain kecuali orang tu aku dah biasa rasa dengan cara pemanduannya. Bayangkan, betapa takut dan ngerinya aku nak naik bas tersebut sehinggakan aku bernazar sekiranya perjalanan pergi dan pulang selamat, aku akan berpuasa nazar sebanyak 2 hari.

Aku mengambil tempat duduk paling depan, iaitu di belakang driver sebab aku nak tengok cara pemanduan driver tersebut. Pada masa yang sama aku ambil kesempatan berborak dengan beliau bertujuan nak hilangkan kebosanan dia memandu sorang-sorang. Banyak topik juga kami borakkan termasuklah aku tanya pandangan dia tentang bas 2 tingkat kat Malaysia ni. Aku semakin rancak layan dia berborak apatah lagi semasa aku lihat dia dah menguap banyak kali. Aku ciptalah segala topik yang barangkali boleh menarik minat dia, supaya mengantuk dia hilang.

Ada satu tika tu, aku bersandar nak lelap, sebab aku penat sangat sebab pagi tu aku terlibat dengan ofis punya Family Day. Aku tengok kawan-kawan aku dalam bas dah terbungkang tidur tak sedar diri. Baru je nak pejam mata, aku dengar hp driver bas berbunyi. Aku berlakon kononnya dah terlelap, tapi aku pasang telinga. Tergerak hati nak sekek je kepala driver bas bila aku tengok tanpa rasa bersalah dia bergayut lama-lama dengan hp. Pandu laju sambil bergayut, sakitnya hati aku. Aku sendiri takkan bercakap gunakan hp sambil memandu (dulu ya, zaman kebodohan aku, sekarang tak pernah amal). Sms pun aku tak amalkan, kecuali kat traffic light, barulah aku belek-belek hp, jawap sms atau panggilan. Kalau tidak, lantaklah hp tu nak berbunyi ke. Apabila bergayut / bersms semasa memandu, fokus dah hilang, janganlah nak bagitau aku bahawasanya mereka tak hilang fokus (sangatlah berbohong), jangahlah nak riak kat depan aku cakap selama ni pun bergayut juga, tapi tak pernah eksiden pun (ayat ni selalu aku dapat).

Nilah sebab dan puncanya kenapa aku susah nak percaya kepada pemandu lain. Nyawa kita semua satu je, tak ada galang gantinya. Kenapa kita ambil mudah perkara ini? Kenapa masih tak nak sedar? Aku tak nak pertikai mentaliti pemandu yang suka memandu laju. Sebab aku sendiri suka pandu laju dan aku ada 5 saman tertunggak atas kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Itu belum dikira dah beberapa kali aku kena tahan polis sebab memandu laju tapi saman aku tak direkodkan (aku dilepaskan bila polis tengok aku sorang diri dalam kereta dan aku seorang wanita agaknya, kalau aku ni lelaki sure kena saman kan). So aku tak layak nak nasihat orang lain supaya memandu perlahan (azam tahun baru kenalah ubah ni)

Tapi, jangan tak tahu, ada kes memandu perlahan pun boleh menyebabkan kemalangan, cuma kuantitinya agak sedikit jika dibandingkan dengan statistik kemalangan yang direkodkan, majoriti kes pandu laju yang berbahaya. Memandu laju tak bertempat boleh membunuh. Maka, aku pandu laju bertempatlah ek? Hahaha. Aku mengaku pandu laju, tapi tak semua jalan aku pandu laju, ikut situasi dan keadaan geografi jalan, aku tak simply-simply pandu laju di jalan raya yang tak familiar, aku takkan pandu laju di jalan yang merbahaya. Tapi sedarkah aku, macam mana sekalipun kelajuan tetap boleh membunuh. Ohhh! Marah diri sendiri.

Berbalik kepada topik bas express tadi, kemalangan maut tersebut pasti berulang lagi selepas ni. Selagi mentaliti pemandu tak diubah, jalan raya akan jadi medan pertumpahan darah. Tak kiralah pemandu bas, pemandu lori, pemandu kenderaan lain juga, ambil iktibar daripada tragedi ini. Janganlah memandu secara berbahaya, janganlah bergayut atau bersms semasa memandu, pakailah tali pinggang keselamatan. Safety kan salah satu sunnah Rasullullah S.A.W. Maka, semasa memandu pun kita beroleh pahala kalau kita mengamalkan safety. Bestkan dapat pahala secara tak langsung

P/S : Azam tahun baru kenalah aku kurangkan laju, kena kurangkan kuantiti saman, boleh ke?

P/S lagi : pemandu wanita, jangan sesekali tunjukkan kelemahan anda di jalan raya semasa memandu, jangan dibuli pemandu lelaki, macamlah kaum lelaki tu terer sangat memandu (yelah, nak bagi signal pun tak reti, taklah tererkan) lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Isnin, 20 Disember 2010

Perkahwinan - antara peluang daripada Allah untuk tambah pahala berganda

14Muharam. Aduhhh, cepat bangat masa berlalu. Beberapa hari lagi nak masuk tahun baru. 2010 akan jadi satu kenangan, orang katalah kan, selagi ianya bernama kenangan, mati hidup semula pun kita pasti takkan boleh lupa punyalah kenangan tersebut, orang yang katalah, bukan aku kata. Orang kata lagi, cuma janganlah terkenang sangat, apa yang penting daripada kenangan yang dah berlalu itulah kita wajib pelajari sesuatu. Pengalamanlah yang akan mendewasakan kita ya tak? Dan 2011 pula akan jadi satu harapan. Sempena nak menutup akhir tahun ni, aku cuba nak membuat sesuatu yang bermakna dalam hidup, sesuatu yang pastinya dapat memberi manfaat kepada hidup aku kelak.

Maka, aku register dan attend kursus pra perkahwinan yang berlangsung selama 2 hari bermula sabtu lepas di sekitar ibu kota. Wahhh, macam nak kahwin je bunyinya. Memang aku nak kahwin, tapi bukan dalam masa terdekat ni. Tak ada aral melintang, aku kahwin juga satu hari nanti. Insyaallah. Tujuan utama aku attend kursus tu sebab nak cari ilmu rumah tangga, akukan suka mencari info, tapi tidak juga sebijak mana, aduhai. Lagipun, aku akan terjebak juga satu hari ke alam penuh liku ni, maka wajiblah kiranya aku bersedia lebih awal, bersedia daripada aspek teori, bukan praktikal ya, sebab ilmu rumah tangga ni pada aku tersangatlah complicated. Pada orang lain, especially yang dah berkahwin, aku tak tahulah pula bagaimana reaksi mereka, mungkin jawapan yang bakal diterima pasti berbeza-beza.

Nak kahwin atau tidak, aku rasa semua orang wajib hadiri kursus kahwin ni, yang mana pada pendapat aku, segala tajuk dan silibus yang ada di dalam kursus ini sangat-sangat mustahak dan wajib diketahui oleh umum. Walaupun ada yang berikrar sekalipun tak nak kahwin, wajib juga attend kursus ni sebab kursus ni ada hubung kaitnya dengan hidup bermasyarakat. Contoh silibus tersebut ialah bab komunikasi. Bab inilah bab yang paling aku suka sangat di antara semua bab yang terdapat dalam keseluruhan silibus. Bab yang sentiasa aku tekankan kepada orang sekeliling aku termasuklah kawan-kawan baik aku dan kawan-kawan ofis aku.

Jangan pula anggap aku terer dalam berkomunikasi. Aku pun setiap hari sentiasa belajar cara dan teknik berkomunikasi yang paling proper, yang paling sewajarnya, yang paling efisyen. Pendapat akulah kan, tak semua orang tahu cara berkomunikasi yang betul, sekalipun dia pernah declare SPM Bahasa Melayunya dapat 1 atau A, percayalah ramai yang gagal dalam berkomunikasi sebenarnya termasuk aku. Tak semua orang tahu cara komunikasi yang berhemah dan tak semua orang tahu kepentingan komunikasi dalam sesebuah hubungan. Kebanyakkannya tak ambil peduli pun. Mereka tak sedar lidah itu lebih tajam daripada sebilah pedang, mereka tak sedar kerana kata-katalah boleh membawa padah.

Biasanya semua orang sekadar reti bercakap, termasuk akulah ni, tapi tak semua orang sedar, tak semua orang faham, komunikasi yang bijak boleh membantu menyuburkan, menyemarakkan hubungan silatulrahim, boleh membantu menjaga hubungan. Manakala komunikasi yang lemah boleh berterusan hancurkan sesebuah hubungan yang dibina. Komunikasi yang teruk akan menyebabkan hubungan akan menjadi retak menanti belah. Orang sangka air liur free boleh bebas berkata-kata, tapi kesan dan impaknya kemudian, kadang-kadang di luar jangkaan fikiran kita sendiri. Agaknya sebab tu ek statistik kes penceraian meningkat, aku agak je. Maka, marilah kita sama-sama belajar kaedah komunikasi yang dapat membuatkan sesebuah hubungan yang dibina bertahan selamanya. Percayalah, kreativiti dalam berkomunikasilah yang akan menyebabkan hubungan tidak akan pernah bosan.

Dan aku rasa pasangan yang dah lama berkahwin yang tak pernah merasa kursus kahwin ni pun wajib attend kursus ni (aku cadangkan saja, tapi aku rasa tak dibuat dek orang), apatah lagi pasangan tersebut bermasalah dalam hubungan (tak payah pergi mahkamah untuk attend sesi kaunseling). Secara tak langsung kursus ni mengajar kita supaya sentiasa bermuhasabah diri, sentiasa cermin diri kita seadanya dan sentiasa lakukan perubahan yang positif daripada segi jasmani dan rohani mengikut acuan Islam. Dari sudut lain, kursus ini memberi kaunseling secara tersirat dan halus bagaimana nak mengukuhkan institusi kekeluargaan daripada berdepan dengan ancaman dugaan sekeliling. Ustaz dan ustazah juga berulang-ulang kali menekankan konsep berbincang secara efisyen, bukan bincang cari siapa yang salah. Bawalah berbincang selagi boleh.

Semasa kursus berlangsung, aku ditemani oleh anak saudara yang sebaya aku juga sebenarnya. Kitaorang hanya berbeza bulan kelahiran, tapi tarikh lahir jatuh pada nombor yang sama, cuma aku berpangkat mak saudara kepadanya. Aku sangkakan kamilah yang paling tua dalam kursus tersebut, sebabnya yang datang kursus tu kebanyakannya lahir tahun 1984-1986. Tapi, adalah segelintir yang aku tengok lebih tua daripada aku, tahun 60-an pun ada, sehinggakan anak saudara aku terlepas cakap, eh macam pangkat makcik je tu. Aku cakaplah, tak baik cakap begitu, rezeki masing-masing, tak semestinya kahwin di usia muda bawa bahagia. Kakak yang digelar makcik oleh anak saudara aku tu macam segan silu, sebab dia memang nampak ketara perbezaan usia jika nak dibandingkan dengan aku, apatah dengan peserta kursus lain yang lebih muda.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari bermula sabtu pagi dikendalikan oleh fasilitator bertauliah dan berpengalaman yang kebanyakannnya datang daripada JAWI. Ada juga penceramah bebas dan ada juga fasilitator daripada Jabatan Kesihatan, di mana membincangkan tajuk stress dan kesihatan secara khusus especially tentang dunia HIV, mengandung dan proses kelahiran. Tak lupa kaedah penyusuan ibu juga sangat-sangat ditekankan daripada sudut sains dan islam. Ada 17 tajuk yang dibincangkan sebenarnya dan kesemua tajuk yang dibincangkan sangat-sangat menarik minat aku, walaupun ada di kalangan peserta yang tertidur semasa kelas sedang berlangsung, tapi aku tetap segar dan excited dengan topik yang diperkatakan.

Kalau suruh aku attend kursus ni sebulan sekali pun aku sanggup sebenarnya (ongkosnya sahaja tak sanggup kot?, sekali kursus dah RM80), sebab sangat banyak informasi aku perolehi, samada informasi tersebut aku dah sedia tahu (sekadar nak refresh, manusiakan mudah lupa) atau informasi baru yang aku tahu atau tak terfikir pun nak ambil tahu selama ini.

Pada aku, kursus ni tak membosankan langsung, malah sangat menghiburkan dengan telatah fasilitator yang cukup bijak menghiburkan peserta, maka aku tak faham langsung kenapa ada yang masih tertidur di dalam kelas? Selama ini aku nampak dan saksikan ustaz je pandai buat lawak, sangkaku silap, sebaliknya, ustazah buat lawak tak kurang hebatnya. Selayaknya boleh menjadi pelakon komedi hebat, sangat berbakat. Sangat berkesan kat hati aku. Membuatkan aku terkenang-kenang lawak mereka hingga ke saat ni. Lawak bukan sebarang lawak, lawak yang sarat dengan mesej tersirat dan tersurat. Ada masa dan ketika, air mata aku tanpa diminta bergenang, hati aku betul-betul terusik dan tersentuh dengan kata-kata ustazah.

Selama 2 hari, dengan nilai RM80, aku dapat banyak info berguna. Semuanya berkisar tentang perkahwinan. Daripada sekecil-kecil skop, sehingalah ke sebesar-besar isu tentang alam rumah tangga yang banyak ranjau dan duri. Setiap kali sesi, ustaz dan ustazah pasti menekankan bersungguh hati tentang isu penceraian yang semakin melampau, yang semakin berleluasa sekarang ini. Dah menjangkau ke angka 27 ribu kes yang didaftarkan sehingga 2009. Kes yang tak didaftarkan tak tahulah banyak manakan. Bayangkan kata mereka, statistik ini sangat memalukan umat Islam di Malaysia!

Punca penceraian pula kata mereka, hanya membangkitkan isu remeh temeh yang tak berbaloi, yang kadang-kadang tak boleh terima dek akal, jangan terkejut kata mereka, antara sebab musabab punca penceraian yang didaftarkan di JAWI adalah kerana ubat gigi. Uikssss! Memang tak boleh terima pakai kan alasan kerana benda seremeh itu. Tapi, itulah yang berlaku kata ustaz dan ustazah. Mereka yang bekerja di JAWI di jabatan kaunseling pun sebenarnya masih tak faham dengan mentaliti pasangan yang bercerai itu, tapi itulah hakikat di dunia akhir zaman yang serba canggih dan moden ini.

Banyak kes juga penceraian melibatkan laman sosial Facebook. Yang ni tak adalah aku terkejut mana, sebab dalam suratkhabar pun banyak memaparkan kes macam ni. Kes sebegini memang membuatkan aku agak gerun mendengarnya. Facebook tak bersalah pun, yang salah mentaliti pengguna Facebook. Ishhh!

Ada juga yang bercerai menggunakan alasan sudah tidak serasi lagi. Macam lagu Ajai dan Nurul pula. Masa awal usia perkahwinan siap declare serasi dan sehati sejiwa seraga pula! Ada juga kes bercerai kerana tidak sayang lagi, tapi masa mula kahwin, sayang bagai nak rak. Kenapa jadi begitu? Ku sangka panas hingga ke petang. Adakah kerana sekali air sungai melimpah, sekali pasirnya pun berubah? Mana janji manis dulu, ikrar setia kononnya itu? Di sinilah peranan ustaz dan ustazah ni. Mereka membawa kitaorang mengkaji semula secara teliti dan khusus tentang permasalahan ini secara lebih serius dan mendalam dan kenal pasti punca permasalahan. Di awal perkahwinan mereka berkahwin atas dasar suka dan sayang, tapi mereka lupa atas tujuan apa perkahwinan dibina.

Topik ni sebenarnya topik biasa dan bukan topik baru pun di mata masyarakat umum. Tapi ustaz dan ustazah bijak mengupas isu ini dari perseptif Islam, daripada acuan Islam. Kata ustaz dan ustazah, 90% pasangan yang bercerai daripada statistik 27 ribu tadi, adalah pasangan yang tidak menunaikan solat, yang ponteng solat. Sangat menyedihkan. Sangat hiba!

Ustaz dan ustazah tekankan lagi, sebenarnya ikatan perkahwinan adalah peluang daripada Allah untuk kita semua buat pahala berganda-ganda. Perkahwinan adalah peluang daripada Allah untuk kita buang dosa masa silam. Seorang isteri taat pada suami, dapat reda suami, pahalanya berganda-ganda. Seorang suami, jaga makan pakai isteri, dapat pahala juga berganda-ganda. Itu hanya perkara asas. Belum dihuraikan dengan terperinci. Alangkah indahnya sepasang suami isteri sekiranya bersama-sama mengejar peluang pahala dan ganjaran yang dijanjikan Allah.

Itu belum topik proses mendidik anak-anak lagi. Kalau aku nak ceritakan setiap 17 tajuk, kang panjang berjela pula blog aku kang. Maka, aku ambil jalan pintas nak stop di sini, cuma aku nak kongsi di sini ialah aku sangat teruja dengan ilmu yang telah aku perolehi selama 2 hari kursus berlangsung. Berbaloi baloi. Topik yang dalam silibus tu semuanya topik biasa, tapi semua itulah asas dan tapak dalam permulaan nak membina perkahwinan yang bahagia, perkahwinan yang diredai oleh Allah, perkahwinan yang diberkati Allah, insyaallah. Ustaz dan ustazah cakap, perkahwinan itu sangatlah sukar, tapi seronok tau, sambil buat expressi muka yang agak gedik. Hahaha. Aku tak nak hurai yang ni, biar sama-sama kita bayangkan yang part seronok tu. Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.


Jumaat, 17 Disember 2010

Soalan perangkap?

Hari jumaat yang mulia. Semua orang Islam tahu, hari jumaat penghulu segala hari. Semua orang Islam tahu, semua yang bernama lelaki muslim, wajib solat Jumaat. Tak de sistem pengecualian. Yang wanita pula, jangan ambil kesempatan untuk mengular, merewang ke shopping complex dan melengahkan solat Zohor. Aku cakap kat diri sendiri. Kadang-kadang alpa juga, maklmumlah, syaitan tak akan pernah rasa bosan untuk menghasut aku untuk menambahkan dosa. Aku je yang kadang-kadang rasa bosan nak buat benda baik (ekk????)

Hari jumaat juga, kebanyakan jalan menghala ke ofis agak kurang jem. Kurang sikitlah kan, tambahan sekarang pula cuti sekolah, bilangan kenderaan itu memang terasa kurangnya. Situasi yang sama berlaku di ofis aku. Department aku lengang dan sunyi. Ramai ambil cuti agaknya, termasuklah HOD aku. Habiskan cuti tahunan yang masih banyak berbaki. Aku pun masih ada cuti, boleh carry forward. Konon nak simpan cuti tu pergi umrah tahun depan, tapi duit tak cukup lagi ni, macam mana ni? Akhir zaman ni pula, nilai matawang semakin hari semakin mengecil, semakin hari semakin menyusut.

Seperti biasa, setiap kali hari jumaat juga, aku akan ambil kesempatan meringankan mulut bertanya kepada kawan-kawan lelaki aku tentang isi khutbah jumaat. Setiap kali jumaat, itulah soalan aku, samaada aku bertanya melalui berdepan, melalui ym, sms atau email.

Kebanyakan jawapan aku dibiarkan tergantung oleh mereka, especially apabila aku menggunakan platform YM. Hanya segelintir yang sudi jawap, yang sudi share, yang sudi menaip panjang lebar, yang lain tak tahulah sengaja tak nak jawab, malas, atau tak ada masa nak menjawab soalan aku yang sentiasa berulang-ulang setiap kali munculnya hari jumaat.

Hairan juga aku, kenapa ya mereka tak nak jawab? Aku ni memang dahagakan info, apatah lagi ilmu agama, rugi sangat kalau aku mengamalkan dasar berat mulut. Maka aku uji mereka yang tak menjawab soalan aku tadi dengan soalan lain, soalan yang lebih kepada duniawi. Contoh soalan, wahhh HP baru, RM berapa tu ya? Boleh pula menjawab. Segera pula menjawab. Atau soalan begini, tadi korang makan apa? Dengan excited menjawab soalan aku dengan panjang lebar. Aik? Soalan aku yang 1st tadi tu membosankan ke? Mungkinlah. Cuma barangkali mereka yang tak mengiyakan secara zahir je.

Ada juga kes di mana mereka bukan menjawap, sebaliknya mempersoalkan aku kenapa bertanya soalan demikian? Kenapa? Tak boleh ke aku tanya, sharing is caring kan? Aku jawab begitu dan tersengih. Tak adalah kata mereka, macam soalan perangkap je. Susah soalan macam ni orang nak tanya. Ye ke? Sesungguhnya, aku tak ada nawaitu negatif lain walaupun sebesar hama melainkan aku memang nak tahu apa isi khutbah tersebut, kot-kot ada info berguna yang boleh aku muatkan dalam blog aku kelak. Aku bukan tanya gaji diaorang berapa, kalau secara tiba-tiba aku tanya soalan tu, logiklah aku dikatakan ada nawaitu tersembunyi.

Aku tak nak salahkan mereka, selepas ni, kalau nak cari info, cari sendiri, tak payah nak mengharapkan mereka. Moral of the story, sekerap boleh selepas ni dengarlah kuliah zohor kat surau ofis, tak payah mengharap info daripada mereka lagi.

Selamat berhujung minggu :-)

p/s : terima kasih kepada yang sudi menjawab soalan khutbah jumaat tu walaupun sekadar ala kadar.

Selasa, 14 Disember 2010

Aisberg

Sejak daripada hari jumaat kawan-kawan mentertawakan suara aku. Pelbagai spekulasi dilontarkan, ada cakap aku pergi karaoke tak ingat dunia, ada cakap aku pergi tengok bola, kat manalah aku nak tengok bola, esok yelah ada bola Malaysia main kat Bukit Jalil, ada cakap aku pergi Jom Heboh sampai tekak sakit tengok konsert, aku ketawa je, meskipun tak benar, aku tahu mereka bergurau.

Cuma aku rasa kelakar bila aku dihubungi melalui telefon, orang yang menghubungi aku tak kenal dengan suara aku yang baru ni. Mereka kata salah number dan extension. Lebih kelakar bila aku menghubungi mereka atas urusan kerja, mereka ingat aku jantan. Jantan pun jantanlah, nyah tak koser tau!

Suara. Itu salah satu daripada nikmat yang Allah kasi. Allah baru tarik suara sebenar aku dalam beberapa hari, dah rasa terseksa. Hari ini tekak aku pula rasa sakit dan perit, agaknya dah luka kat dalam. Mati segala selera aku nak makan. Yang ni pun Allah tarik juga, nikmat sebenar merasai makanan. Bila aku congak, dalam usia aku yang dah tua ni (tua ke aku?) berapa kali sangatlah Allah tarik suara aku? Dalam pada masa Allah tak tarik suara aku tu, ke mana aku gunakan suara aku itu secara maksima? Ke mana?

Tekak aku sakit. Sangat pedih dan perit. Selama ianya sihat sebanyak mana aku dah bersyukur dengan nikmat rezeki Allah yang aku dah telan? Sedar tak aku selama hayat melalui tekak yang aku lupa nak bersyukur tulah aku membesar dan hidup bernafas di bumi Allah ni.

Bak kata Dr M, melayu memang mudah lupa. Manusia selalu tak sedar nikmat yang Allah kasi. Bila Allah dah tarik, barulah perasan, barulah nak sedar. Ada juga yang sedar, tapi mereka nampak bukan keseluruhan, mereka sekadar nampak sebelah mata, contohnya, aku bagi contoh, mereka nampak nikmat Allah macam mereka nampak airberg di lautan luas, nampak hanya di surface sahaja, kecil je, di dalamnya yang sebegitu besar berkali ganda, mereka tak nampak.

Begitulah nikmat Allah, kita saja lupa nak mengkaji, malas nak mengkaji. Mungkin ada yang memang takkan ambil tahu langsung. Aku tak nak salahkan orang lain di luar sana, apa-apa pun aku tetap nak salahkan diri sendiri dulu. Aku pun selalu macam tu, nampak apa yang zahir, yang batin tak nampak. Macam aisberg tulah, Titanic yang se gah dan canggih itu pun boleh tenggelam. Kita ni lagilah boleh tenggelam kalau kita masih alpa dan leka atau tak nak pandang apa yang ada di dasarnya.

So, janganlah leka semasa sedang mengemudi hidup kita. Hidup kita, kitalah yang kena tentukan, kita yang kena corakkan. Perjalanan hidup kat dunia ni bukan sejauh mana pun, silap-silap esok dan lusa kita dah mati. Esok masih ada? Entahlah. Maka, mari kita belajarlah bersyukur dengan nikmat Allah. Nyawa, tu tak ada galang gantinya, satu tu je nyawa. Allah bagi percuma, tak payah nak bayar, kalau kena bayar macam mana agaknya ye. Kat hospital, orang sanggup bayar oksigen untuk teruskan hidup. Tu pun kita masih tak nak bersyukur.

Isnin, 13 Disember 2010

Cerita kedai kopi

Hari ni hari Isnin. Biasanya hari isnin orang panggil monday blues. Pada aku yang tak sihat ni pula, daya penumpuan kerja jadi agak tak stabil. Ditambah aku makan ubat batuk ni, aku rasa sedikit mengantuk pun ada, walhal ubat batuk aku ambil 2 jenis, satu mengantuk, satu lagi tak mengantuk. Aku dah minum yang tak mengantuk, yang mengantuk sebelum tidur malam kang baru nak minum. Lagipun 3-4 hari ni tidur aku terganggu dengan batuk yang teruk. Batuk aku makin menjadi-jadi masa tengah malam dan di awal pagi, sejuk agaknya. Sudahnya, tidur aku jadi tidak sempurna, aku tak nyenyak dan aku langsung tak selesa nak tidur. Kesan dan akibatnya, siang hari aku mengantuk.

Macam sekarang ni memang aku mengantuk. Kawan-kawan aku kat ofis pula cakap malasnya nak buat kerja. Aku tak malas, aku cuma rasa mengantuk. Aku nak puasa hari ni pun tak jadi, sebab tak larat. Aku dah janji aku nak puasa isnin khamis kalau boleh seumur hidup, selagi hayat dikandung badan, tapi aku dah mungkir janji. Biasanya kalau tak ada aral aku memang puasa, sebab Allah suka pada hambaNya yang berpuasa. Aku nak jadi hamba kesayangan Allah. Maafkan aku, minggu depan aku akan puasa, insyaallah, bila batuk dah kurang, aku akan start puasa semula.

Untuk hilangkan mengantuk, sambil-sambil buat kerja, aku berYM. Agak lama tak guna YM sejak ada multiply dan FB. Dulu guna YM untuk tukar info trip mendaki. Setelah aku 'berpencen' daripada dunia gunung, aku stop YM, takut melekakan. Tapi sejak akhir-akhir ni aku activated semula YM aku sebab nak berbual dengan kawan-kawan lama.

Semasa berYM tadi, kawan aku menceritakan satu kisah hidup dalam alam rumah tangga. Kes ini berlaku kepada salah seorang kawan kami semasa belajar dulu. Kawan aku yang bercerita ni pompuan, kes ni berlaku kepada kawan lelaki aku yang akan aku gelar sebagai S. S ni lebih tua daripada aku. Semasa belajar di kolej dulu, dia dah kawin, wifenya yang support dia yuran pengajian, dengan menjual nasi lemak dan macam-macam. Wife dia sanggup berkorban sedemikian walaupun sedang pregnant anak pertama.

Habis pengajian di kolej, aku lost contact dengan mereka suami isteri kerana mereka berpindah di selatan tanah air. S bekerja di salah satu sektor kerajaan di sana. Kehidupan mereka dikatakan agak mewah berbanding aku dan rakan-rakan lain semasa itu. Aku tidaklah serapat mana dengan mereka, aku hanya suka mendampingi mereka semasa mereka melepak dan berborak sesama mereka tentang dunia teater yang mereka join.

Ya, mereka memang aktif dalam dunia teater. Aku kagum, mereka memang pandai berlakon, teringin juga nak mencuba nasib, tapi aku ni manalah ada bakat. Sekadar mendengar cerita mereka, dan aku memang bangga ada kawan-kawan yang berbakat seperti mereka.

Sehinggalah ke hari ini, kawan aku yang perempuan tadi meluahkan masalah mereka dalam rumah tangga. Si S ini sebenarnya kaki perempuan, dan dia banyak kali menyebabkan kekasih gelapnya mengandung. Aku terkedu. Tak sangka aku karakter S sebegitu teruk. Tujuan kawan perempuan aku menceritakan pada aku bukan untuk mengutuk, dia kasihan wife si S. Wife si S padanya dah cukup sempurna, pandai memasak, pandai menjahit, pandai mengemas, cekap buat kerja, pandai cari duit, apa lagi si S nak.

Diaorang dah pernah bercerai, dan kembali rujuk kerana anak-anak. Wife si S sangat sabar orangnya, walau di maki hamun, herdik tetap bersabar. Sudahnya, wife si S mencari kerja untuk sara hidup sendiri sekiranya berlaku apa-apa lagi, sudah pandai berdikari, ambil lesen kereta, beli kereta sendiri. Mereka hanya bersama sebab anak.

Aku cuba mengimbau zaman di kolej. Wife si S jual nasi lemak untuk support S belajar. Kenapa tak kenang jasa? Tak semua wanita sanggup susah payah untuk suami. Tak semua wanita sesabar wife nya. Tak semua wanita sanggup berkorban sebegitu.

Kes ni bukanlah kes luar biasa. Banyak lagi kes di luar sana yang teruk dan sangat dasyhat. Tapi kes sebegini dah banyak berlaku terhadap kawan-kawan aku sendiri. Macam mana sekiranya perkara sebegini berlaku kepada aku?

Kes kedua, ada seorang mamat tegur aku dalam YM tadi. Aku tak ingat dia siapa, aku rasa aku tak kenal dia, cuma pernah berbicara 4-5 tahun yang dulu. Dia tiba-tiba tanya aku dah kawin ke belum, aku jawab belum. Dia tanya kenapa belum kawin, aku yang malas nak melayan sangat cakaplah tak ada duit, macam mana nak kawin. Aku memang susah nak layan orang yang aku tak kenal dalam YM. Sebab aku tak tahu latar belakang statusnya, maka aku jadi tak selesa nak berborak walaupun sekadar berborak kosong.

Bila dia tanya aku umur, aku cakap secara jujur, dan dia kata dia sebaya aku dan dah kawin. Ada 2 anak dan ada 2 awek. Dengan bangga sekali taip macam tu. Aku yang tak sihat, ditambah pula beremosi dengan kes si S tadi, jadi agak bengang membaca apa yang si mamat ni taip.

2 awek? uiksss hebatnya kata aku. Dia kata tujuan dia buat macam tu supaya wife dia cemburu. Bila wife dia tahu 'barangnya' terusik, sure dia akan jaga elok-elok 'barang' tu. Cis! Aku mulalah rasa tak selesa, tapi aku cool lagi, aku cuba ubah topik, aku tanya bila dia kawin, dia kata 5 tahun lepas. Berapa ye hantaran zaman awak kawin? Aku masih berjaya kawal situasi. Dia kata 22K, mas kawin saja 5K. Wahhh hebatnya aku kata. Aku cuba puji dia melangit.

Dia kata mestilah kena mahal, nak kawin dengan awek lawa, hantaran pun mesti mahal. Apa? Tujuan dia kawin sebab wife dia lawa? Aduhhh. Aku mula gagal kawal emosi. Macam-macam aku taip. Dia tak senang baca segala yang aku taip. Dia kata sudahlah tu oi, tak payah bagi ceramah ustazah oi. Aku geram, geram yang amat sangat. Aku tanya lagi, habis tu dah wife tu lawa bebenor, kenapa curang lagi? Dia kata, bukan curang, just pasang 2 awek je untuk bagi wife cemburu. Aduhai. Apa punya mazhablah ni?

Makin panjang lebarlah aku bagi ceramah, terlintas je taip, sesedap rasa, tapi aku bukan marah dia, aku tanya dia apakah tujuan perkahwinan dia seandainya dia sanggup buat benda macam ni? Dia tak jawab. Sudahnya, dia membebel kat aku sebab apa aku tak kawin-kawin. Aku katalah, kalau macam nilah teruknya institusi rumah tangga, aku rela tak kawin. Aku nak kawin dengan lelaki yang boleh bimbing aku, bukan hancurkan aku dan rumah tangga aku.

Hati aku jadi sedih, mungkin sebab over dos ubat batuk sama kot? Aku minum bukan ikut sukatan, aku tunggang dekat separuh je tinggal baki ubat tu. Ahakssss.

P/S : Apa yang aku tulis ni sekadar sesi luahan rasa yang berlaku kepada hari ini, aku harap perkara sebegini aku takkan dengar lagi apatah lagi daripada kawan-kawan aku sendiri. Cukuplah institusi keluarga aku yang porak peranda, aku harap hidup aku kelak bersama suami bahagia dan diberkati Allah hendaknya. Doakan aku

Jalan jalan cuci mata - Bangkok

7hb Muharam. Kembali bekerja setelah 7 hari aku bercuti sakan. Selama bercuti, aku tak akses internet dan tak tahu sebarang berita atau perkembangan daripada Malaysia, sekadar membaca suratkhabar Thailand. Aku baru balik daripada Bangkok sebenarnya. Ke sana atas tiket berjalan-jalan. Ke sana atas tujuan nak menjejakkan kaki di bumi Allah yang sangat luas. Ke sana atas dasar nak mengenal budaya negara asing. Ke sana nak melihat view ciptaan Allah yang sangat hebat. Ke sana kerana merasa makanan tempatan yang unik serta halal. Shopping hanya sekadar ala kadar. Aku tak tukar duit yang banyak, cukup setakat makan, taxi, tuk tuk, bot, lagipun kos hotel dan transport ke sana sudah termasuk dalam pakej. Cuma kos makan di sana dan taxi, tuk tuk dan bot je yang tak masuk dalam pakej.

Biasanya orang travel guna kapal terbang kalau daripada KL ke Bangkok. Tapi, aku naik van Siam yang besar tu. Memang selesa, ada selimut, TV dan set karaoke di dalamnya. Aircondnya sejuk bangat, sehinggakan hari ke-3 aku terus demam. Maklumlah, aku ni kulit orang kampung, tak boleh kena aircond lama-lama, apatah lebih 8 jam, pasti selsema atau demam. Lagipun perjalanan daripada KL - Alor Setar selama 7 jam dalam bas express, dah kena aircond, di tambah lagi perjalanan daripada Alor Setar - Bangkok selama lebih kurang 14 jam, terus membuatkan aku jatuh sakit. Aku memang alah dengan aircond sejak dulu lagi. Sebab tu aku tak pasang aircond kat rumah. Cukuplah 8 jam kena aircond di ofis.

Kenapa aku naik van? Jawapan aku ialah, aku sekadar nak merasa kelainan. Selama ni aku naik kapal terbang kalau travel jauh-jauh dan kerana itu aku nak merasa menggunakan jalan darat pula. Penat? Tidak sama sekali. Kalau penat boleh tidur dalam van dengan selesanya. Tempat duduknya lebih selesa daripada naik bas express. Travel dengan jalan darat ni van akan singgah banyak tempat. Secara tak langsung, aku cuci mata dengan pemandangan di sepanjang perjalanan. Singgah di R&R nya yang sangat selesa dan lawa. Tak keterlaluan sekiranya aku cakap R&R nya jauh lebih lawa daripada yang sedia ada kat Malaysia. Kebersihan tandas di sana pun tak boleh nak dipertikai, memang bersih. Tak semua tandas awam kat Malaysia ni bersih kan?

Daripada KL - Bangkok, lebih seribu kilometer jauhnya perjalanan tersebut. Belum kira, driver van bawa kitaorang pergi pulau dan pantai di sana, floating market, belum kira perjalanan pulang ke KL semula. Tapi, aku enjoy.  Kami juga di bawa melihat upacara sambutan hari lahir King Thailand (tak silap aku, aku lupa buat log book). Betapa fanatiknya mereka terhadap King mereka. Aku jadi kagum. Sangat kagum. Kat Malaysia aku belum pernah jumpa rakyat yang sefanatik seperti di Thailand. Ada ke rakyat Malaysia fanatik kepada raja dan sultan? Entah, barangkali aku yang ketinggalan info. Dan aku tiba-tiba terfikir, agaknya kalaulah semua Muslim sefanatik ni terhadap Allah, pasti sungguh indah dunia ni kan?

Kami juga dibawa melawat temple mereka. Lebih 4-5 lokasi temple kami masuk. Ada satu patung tu sangat besar sedang berbaring yang aku pernah tengok sepanjang hayat aku. Ramai yang sedang menyembah Patung mereka dengan kusyuk. Bestkan kalau masjid kat Malaysia sentiasa dibanjiri dan dipenuhi umat manusia menyembah Allah seperti temple di Thailand setiap masa? Aku melawat temple di sana dalam masa yang berbeza-beza, tapi temple mereka sentiasa sibuk dengan kehadiran orang-orang di situ untuk datang sembah patung mereka. Tapi situasi ni aku tak nampak di Malaysia, apatah lagi kalau waktu solat Subuh. Biasanya masjid dan surau akan suram, lengang dan sepi. Lebih malang, sesetengahnya siap dikunci lagi.

Tak henti-henti aku minta pada Allah supaya memberi mereka hidayah setiap kali aku melawat temple. Aku jadi kasihan pula apabila setiap kali mereka sembah patung tersebut. Aku tak nak mereka sekadar jadi bahan api neraka. Tak henti-henti juga aku ucapkan syukur sebab aku dilahirkan dalam baka Islam. Jika tidak, pasti aku seperti mereka agaknya, menyembah patung yang tak bernyawa. Setiap temple ada tabung disediakan untuk pengunjung menderma. Aku mencongak-congak jumlah duit di dalam tabung transparent tu secara rawak. Banyaknya. Ada banyak duit 100 baht, 1000 baht pun banyak. Agak-agak tabung masjid ada tak note RM1k dan RM100? Entah, aku tak dapat nak agak, sebab kebanyakan tabung kat masjid dan surau bukannya lutsinar.

Ada sekali tu, aku memerhatikan gelagat seorang uncle merangkap organiser kitaorang, dia yang berbangsa Siam Kedah sedang berdoa dan berbongkok-bongkok menyembah seorang sami di hadapannya. Dia menoleh dan berkata kepada aku, uncle bayar zakat tadi. Bagusnya, hampir kesemua temple dia bayar zakat aku tengok. Wah, banyaknya bersedekah. Aku jadi malu sendiri, menghitung jumlah derma yang aku pernah bagi pada masjid dan surau, banyak ke? Malu nak mengaku.

Dan kesemua temple yang aku lawati ada bunga teratai. Bunga ni pula salah satu bunga favourite aku selain orkid dan ros. Aku lupa nak tanya mereka apakah simboliknya teratai sehinggakan setiap temple pasti ada sudut teratai. Siap ada replika bunga teratai lagi. Dalam muzium mereka pun ada photo bunga teratai. Majoriti dalam muziumnya ada gambar patung, patung dan patung. Banyak sungguh ukiran patung, bersepah-sepah. Muziumnya besar, luas, jenuhlah juga nak berjalan ke hulu hilir. Disebabkan hari tersebut hari King mereka, semua tiket masuk seperti tiket muzium, konsert adalah percuma dan valid untuk satu hari tersebut sahaja. Bestkan kalau kat Malaysia semua tiket pun free sempena hari Agung ke hari jadi sultan ke misalannya. Hehehe.

Aku sempat berjalan kaki di sekitar kotanya. Kat ibu kota KL pun aku susah nak jalan kaki macam tu kecuali ada walk hunt. Sempat menjejakkan kaki di tempat rusuhan geng baju merah. Apa yang aku perhatikan, kebanyakan sudut ada 2 orang tentera lengkap bersenjata sedang memantau keadaan. Kat Malaysia aku pernah juga saksikan lama dulu, masa tu tragedi kes di Taman Medan melibatkan kaum india dan melayu. Sebelum dan selepas tu aku tak pernah pula perasan. Mungkin sebabkan hari King mereka, mereka mengambil langkah keselamatan, langkah berjaga-jaga. Sempat aku merakamkan gambar dengan tentera mereka.

Di sana hampir seminggu, aku memang kurang makan. Terang lagi bersuluh, aku bukan diet. Tapi, di Bangkok susah nak cari makanan halal. Uncle selaku organiser yang memang sangat prihatin bersusah payah membawa aku dan kawan aku mencari makanan halal. Dalam seramai lebih 30 orang (kitaorang bergerak dengan 3 buah van siam yang besar), aku dan kawan aku sahaja muslim. Yang lain semuanya berbangsa Siam. Aku dapat rasakan kalau sebulan aku tinggal di Bangkok, pasti berat badan aku akan turun. Syukurlah, aku ni bukan jenis kaki makan, tapi kesian pada kawan aku tu, hobinya memang makan.

Aku sangat bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia yang paling senang nak dapatkan makanan halal. Sana sini bersepah makanan halal, agaknya sebab demikianlah kot orang Malaysia kebanyakannya tak menghargai makanan sehingga dibazirkan makanan tersebut. Sangat ketara bila puasa puasa. Dan kerana itulah agaknya kot, rakyat Malaysia banyak mengalami obesiti. Di Bangkok, aku susah nak tengok orang Thai gemuk, entahlah,  aku tak berani nak komen. Mungkin faktor persekitaran, makanan dan cara hidup agaknya antara penyumbang obesiti di kalangan masyarakat. Aku juga pernah dengar ada data mengatakan satu ketika dulu di mana rakyat negara luar mati akibat kebuluran, tapi ada rakyat Malaysia yang mati sebab kekenyangan. Bayangkan, betapa mewahnya rakyat Malaysia mendapatkan makanan.

Aku bersyukur lagi kerana masih diberi peluang dan ruang untuk aku melihat dunia luar selain Malaysia. Aku cuba untuk tak jadi katak bawah tempurung. Memang masih banyak negara yang aku teringin nak lawati, tapi aku kena kira kos dan bajet aku. Ni kali kedua aku melawat Thailand, dan aku pasti ke sini lagi satu hari. Banyak lagi tempat di Thailand yang aku belum jelajahi. Thailand yang mempunyai 67 negeri tak salah aku tetap ada keunikan tersendiri. Walaupun sepanjang berada di sana, komunikasi menjadi salah satu masalah, kerana tak semua orang Thailand mampu berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Nasib baik ada uncle yang memang boleh cakap Siam,  dan kerana dia jugalah kami dapatkan jimatkan kos daripada berterusan kena pau oleh orang-orang di sana, tambahan lagi aku bertudung, memang nampak sangat aku memang seorang pelancong.

Tiba di KL, aku masih dalam keadaan demam, dan semasa aku menulis entry ni, aku kehilangan suara akibat batuk dan demam yang teruk. Semuanya gara-gara aircond. Kawan-kawan ofis mentertawakan aku, sebab mereka kata suara aku dah jadi suara jantan. Auwmmm, nyah tak kuasa tau. Ahaksss. Bersyukurlah atas nikmat kesihatan yang Allah beri, bila sakit, makan pun hilang selera, mood pun tak ada, fokus pun hilang, semangat pun hampir hilang, tapi senyum tetap senyum, gelak tetap gelak, sekurang-kurangnya Allah belum tarik nikmat ketawa seperti sebelum ni, aku pernah operation hidung sebab resdung, selama lebih 2 minggu aku tak boleh nak ketawa atau senyum, kalau nak pamerkan juga expressi muka yang ketawa, aku cakap ha ha ha ha dalam nada yang lambat-lambat dan tersekat-sekat, kerana ketawa atau tersenyum akan mengakibatkan hidung aku selepas operation akan bertambah sakit. Masa aku ketawa begitu, aku pula yang ditertawakan semula oleh orang sekeliling sebab mereka rasa kelakar melihat aku ketawa dalam keadaan terseksa. Bila difikirkan semula, kalau Allah nak tarik nikmat kesihatan, bila-bila je Dia boleh tarik, tu pun ramai tak bersyukur.

Dengan segera aku melayari blog-blog yang ada dalam list aku untuk mendapatkan info. Aku memang suka membaca, tapi aku susah nak membeli buku, sebab aku cepat bosan kalau baca buku, aku lebih suka baca artikel pendek, lebih menarik, aku suka baca artikel yang siap ada kesimpulan dan summary, memudahkan aku mendapatkan info dan paham info yang nak disampaikan itu, tidaklah aku membuat rumusan sendiri. Sebab ada kadang-kadang tak semua info yang nak disampaikan pembaca akan paham segera. Biasanya artikel yang aku suka, artikel yang sarat dengan info akan aku print dan buat filing. Aku memang fanatik dengan info. Paling aku suka info tentang agama, kesihatan, petua dan tentang motivasi diri.

Majoriti dalam blog masing-masing menceritakan tentang topik Maal Hijrah. Semoga tahun baru kali ini lebih banyak perubahan yang aku berjaya lakukan samada daripada duniawi dan akhirat. Ustaz selalu cakap kat surau, dalam hidup kita hanya ada 2 pilihan, syurga atau negara. Ustaz kata tak ada macam dalam lagu tu aku tak layak ke syurgaMu, tapi aku tak nak masuk nerakaMu. Ustaz kata tetapkan pilihan, dan berusahalah ke arah pilihan itu. Aku memang nak masuk syurga, aku tak nak masuk neraka, tapi layakkah aku yang jahil ini, yang banyak dosanya ni masuk syurga?

Salam Maal Hijrah pada semua, kira aku belum terlambat nak wish. Aku harap sempena Maal Hijrah ni, semua impian kita semua akan jadi kenyataan.

P/S : Dah banyak gunung aku daki, dah banyak lokasi impian aku dah sampai, dan bilalah agaknya lokasi impian aku nak pergi menunaikan umrah dan haji tercapai agaknya, Ya Allah, tunaikanlah impian aku ini suatu hari nanti. Sebelum mati aku nak jejakkan kaki ke sana juga. Ni antara impian aku yang belum terlaksana. Aku juga selalu doa nak mati kat sana.

Khamis, 2 Disember 2010

Berhutang untuk buat simpanan?

Tadi aku ada berborak dengan seorang rakan. Dia kata isnin depan nak ke bank rakyat untuk buat personal loan. Aku sangkakan dia buat loan untuk selesaikan hutang piutang seperti kereta atau rumah. Tapi sebaliknya, sangkaan aku meleset. Dia kata nak buat simpanan untuk hari tua. Aku tersenyum lebar.

Aku teruskan bertanya, terangkan dengan lebih mendalam maksud simpanan itu. Dia kata duit yang dipinjamkan daripada bank rakyat akan di masukkan ke dalam ASB dan akan dapat pulangan seperti dividen. contohnya kalau 1K, dapatlah dividen RM100. Aku teruskan tersenyum.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama aku mendengar kes sebegini. Dalam zaman yang serba canggih ni, orang buat loan bukan untuk selesaikan hutang yang tertunggak, malah untuk buat simpanan. Ramai kawan-kawan aku yang buat macam ni, ada melalui maybank masuk ASB, ada yang bank rakyat masuk ASB dan macam-macam. Ada jugak yang menyimpan menggunakan unit trust. Entahlah, aku tak tahu.

Aku memang jahil benda-benda macam ni. Aku tak tahu apa pro dan kontranya. Yang aku tahu, aku masih buat saving guna cara lama, simpan dalam tabung haji misalannya, walaupun tak banyak, tu jelah cara aku simpan duit. Sebenarnya, tak boleh juga nak menyimpan, sebab aku dah niat cukup je duit dalam tabung haji tu aku nak daftar upah haji untuk arwah mak dan ayah aku. Kesian mereka, tak ada duit nak pergi haji, maka aku berazam akan realisasikan impian mereka.

Berbalik kepada topik tadi, aku ada berfikir sejenak, sejauh mana keberkesanan menggunakan medium berhutang dengan bank untuk membuat simpanan untuk hari tua? Pada akulah, setakat menggunakan epf tu ok lagilah keluarkan dan masuk asb sebab tak perlukan konsep berhutang, tapi beriya berhutang kononnya demi nak buat simpanan. Adakah mereka mengkaji sejauh mana bank mengaut keuntungan dan sejauh mana mereka mendapat imbuhan?

Aku memang tak tahu pro dan kontranya, masih mengkaji, bukan sebab berminat nak turut serta, tapi sekadar general knowledge.

Rabu, 1 Disember 2010

Derma Organ?

Aku ada download borang untuk derma organ di internet. Sejak dulu aku memang bercita-cita untuk jadi penderma organ bila aku dah mati kelak. Tak kisahlah mata, hati, buah pinggang atau kulit atau nak ambil semua. Aku ada baca artikel dan fatwa di internet berkaitan hukumnya menderma organ. Bila ianya bukan menjadi satu kesalahan, malah digalakkan, aku semakin berminat. Aku nak sangat berbakti, bak kata pepatah, selagi hayat dikandung badan, walaupun sehingga akhir nyawa.

Biasanya, kalau aku nak berbuat sesuatu, aku pasti survey secara rawak. Bertanya kepada kawan-kawan atau menggunakan teknologi canggih seperti FB. Kalau menggunakan platform seperti FB, kadang-kadang jawapan bukanlah seperti yang aku kehendaki, sebabnya jawapan yang ditinggalkan lebih kepada mengarut dan sekadar jawapan berbentuk hiburan semata.

Ada pernah juga aku menyuarakan persoalan ini kepada kawan-kawan, juga sedara aku. Bukan jawapan yang aku terima, malahan aku pula di asak  dengan pertanyan yang bertalu-talu. Tak sakit ke derma? Tak terseksa ke kita kelak kat kubur? Aku terus ketawa mengekek. Ni apa punya soalan da. Aku jawablah, kita terseksa esok bukan disebabkan derma organ je, kalau tak derma organ pun rasanya terseksa juga, sebab dosa kita ni semua yang menggunung, takut mati tak sempat bertaubat, kena juga azab kat kubur esok, so konsepnya di sini, samada derma organ ke tak, jasad kita esok tetap terseksa. Tak gitu?

Sebelum menderma, pastikan memberitahu suami atau saudara terdekat. Selamat menderma.

Ilmu, iman dan amal - ni cogankata sekolah menengah aku dulu

Dunia sekarang makin moden dan maju. Teknologi makin hari makin canggih sehinggakan aku rasa dah jahil dan ketinggalan di dalam dunia teknologi ni, especially dalam penggunaan gajet misalnya. Orang lain dah guna macam-macam jenis hp yang mahal dan terkini, aku masih guna hp cabuk, orang lain dah guna tv LED, aku masih guna tv biasa.

So, kalau nak dikira dalam aspek menggunakan teknologi, aku seorang yang memang ketinggalan zaman. Orang lain ada koleksi kad kredit, aku tak pernah seumur hidup pakai kad kredit. Orang lain ada laptop, aku pakai pc kat ofis je. Di sini, aku boleh buat kesimpulan, aku memanglah sangat ketinggalan. Tapi, aku tak kisahlah, ini je aku mampu, nak buat macam mana.

Aku bukan nak bercerita tentang teknologi yang makin berkembang. Tapi cerita aku ni ada kaitan dengan teknologi dan zaman. Kita sekarang ada macam-macam jenis kenderaan, nak bergerak ke sana sini senang, ada kapal terbang, ada kereta, ada bas, ada train dan segala kemudahan transport yang sentiasa di upgrade untuk memberi keselesaan kepada para penumpang. Ada yang lebih hebat, mempunyai jet peribadi sendiri untuk bergerak. Tak kurang hebat, mempunyai pemandu peribadi untuk setiap urusan perjalanan.

Aku bergerak pakai kereta kecil aku tu lah. Banyak tu jasanya pada aku. Tak terhingga, aku sangat berterima kasih dan bersyukur. Berterima kasih kerana Allah memudahkan perjalanan aku kat dunia ni dengan kereta kecil yang tak meragam itu. Orang lain bergaya dengan kereta mewah dan kereta besar, tak apalah, itu rezeki mereka. Harapnya mereka bayar zakat secara konsisten, sebabnya ada data dikeluarkan menunjukkan tak sampai 30% umat Islam di Malaysia membayar zakat. 70% lagi kenapa tak bayar?

Zamankan semakin maju, teknologikan semakin canggih, kenapa masih liat nak bayar zakat? Ada pelbagai cara boleh bayar, bayar online pun boleh, outlet zakat pun bersepah, kenapa tak buat? Segala urusan duniawi semakin mudah dan efisyen dengan adanya teknologi yang canggih. Sangatlah membantu. Adakah mereka tak tahu apa hukumnya tak bayar zakat? Aku sangat pasti, semua orang Islam tahu apa hukum bayar zakat.

Bukan sahaja hal zakat, aku sangat yakin semua umat Islam kat Malaysia ni tahu apa hukum sekiranya tak solat. Apa hukumnya lengah-lengahkan solat. Dan aku berani kerat jari kalau mereka tak tahu apa hukumnya sengaja tak puasa di bulan Ramadhan. Tapi, kenapa masih ramai tak solat, kenapa mereka dengan bangganya tak berpuasa? Aku sangatlah pelik.

Pendapat aku yang jahil ilmu ugama nilah ni, compare dengan zaman Rasullullah S.A.W, zaman yang serba canggihnya ini lebih senang nak buat dakwah. Pendapat akulah kan, segala maklumatkan hanya di hujung jari anda, so, memanglah mudah sangat nak berdakwah. Semua informasi boleh diperolehi dengan secepatnya dan mudah, tak payah nak bermusafir berbulan-bulan. Nak ilmu apa, nak info apa, nak maklumat apa, klik je kat lebai google dan tanya, lebai google dengan segera dan ikhlas menjawab segala pertanyaan. Tapi, kenapa makin hari makin ramai yang murtad. Tapi kenapa makin hari umat Islam makin jauh tinggalkan Islam secara terang lagi bersuluh. Secara bangga pun ada.

Maka, soal hukum hakam agama ni aku rasa semua umat Islam kat Malaysia tahu. Setakat rukun iman dan rukun Islam, petik jarilah, apalah sangat gamaknya, memorinya sudah ada dalam kepala. Kalau dah malas nak pergi masjid dengar ceramah, kalau tak rajin nak surau dengar kuliah Zohor, depan PC pun boleh cari maklumat agama. Taip dan klik je, muncullah jawapan depan skrin. Siap boleh buat pilihan lagi, nak masuk website agama siapa, nak masuk blog siapa. Ada banyak pilihan, dan ada banyak informasi berguna.

Tapi, Allah bukan nak nilai sejauh mana ilmu ugama kita. Yang Allah nak nilai adalah iman dan amalan kita. Sebanyak mana pun ilmu kalau tak amal, tak membawa kita ke mana-mana. Sebanyak mana pun kita bangga ilmu agama yang kita belajar, kalau iman kita macam main tarik tali, sekejap naik sekejap turun, sekejap timbul sekejap tenggelam, tak selamat hidup kita esok.

Even, kalau dengan ilmu yang sedikit, konsisten kita amalkan, insyaallah, Allah pandang dan rahmati kita. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tapi, jangan pula sentiasa puas hati dengan ilmu yang sedikit. Sewajarnya setiap hari ada perubahan dalam ilmu dan amalan seharian.

Tapi kenapa ilmu dan amalan umat Islam sekarang langsung tak seiring dengan teknologi dan zaman yang serba canggih? Aku marah diri sendiri

Orang tak suka

Selama ini aku hanya akan mendengar radio IKIM seorang diri dalam kereta. Selama ini aku hanya mendengar cd alunan ayat-ayat suci al Quran seorang diri dalam kereta. Radio IKIM dan alunan ayat suci nilah peneman wajib aku di dalam kereta, semasa aku merempuh jem, semasa aku tengah bengang, semasa aku tengah sedih, semasa aku tengah suka dan duka di dalam kereta.

Aku bukan nak tunjuk aku baik, tapi aku sentiasa cuba nak pastikan di mana aku ada masa dalam nak mengingati Allah S. W. T. Aku bukan jenis manusia yang paling rajin macam sahabat-sahabat Nabi dulu solat sampai batu boleh berlekuk, solat sepanjang malam dan lain-lain. Tapi, aku sentiasa cuba cari masa nak lebihkan urusan akhirat daripada urusan duniawi dalam apa situasi sekali pun. Kalau aku tak buat begini, aku makin alpa dan leka. Aku tak nak hati aku makin gelap. So ni antara langkah aku ambil supaya aku ingat kat Pencipta aku, tak delah aku leka dok melalak benda yang tak berfaedah di dalam kereta.

Di rumah, disebabkan tak ada radio nak pasang ayat-ayat suci ni sebagai peneman buat kerja rumah, aku hanya dengar dan tengok channel 106 di astro. Sambil mendengar, aku cuba mengikuti perlahan-lahan supaya suatu hari ayat-ayat tersebut sebati dalam diri aku. Bertujuan dengan cara ini, aku mengingati Allah yang satu.

Tapi sejak dalam 2-3 minggu ni, aku cuba pasang IKIM fm di dalam kereta bila ada penumpang lain dalam kereta aku. Aku juga memasang ayat suci al Quran bila ada orang lain di dalam kereta aku. Apa yang berlaku? Kajian secara rambang aku saksikan mereka nampaknya tidak senang dan berminat. Sedihnya aku. Ada yang lebih berani terus tukar channel lain tanpa rasa bersalah semasa radio IKIM sedang memperdengarkan ayat suci al Quran. Ada yang macam cacing kepanasan sebab tak bestnya agaknya kot?

Aku terus lantang bersuara, kalau pasang benda-benda macam ni, terus macam cacing kepanasan, biasanya syaitan je yang menggelupur kalau dengar kalimah-kalimah agung ni? Kalau buka channel hiburan, duniawi, seronok pula, siap sama-sama nyanyi ikut lagu dalam radio tu. Apa salahnya sesekali dengar bacaan al Quran ni? Eloklah tu, biarkan hati semakin gelap dan gelap. Orang tersebut buat bodoh dan diam bila kena sound dengan aku. Teruk ke aku sound setahap itu?

Macam mana agaknya generasi akan datang? Adakah ini petanda akhir zaman? Aku bukanlah bagus, bukanlah alim, bukanlah warak, ilmu aku masih cetek, aku masih jahil ilmu ugama, tapi seboleh mungkin aku nak pastikan aku tak pernah lupa akhirat. Nak tunggu ada masa free, bilanya free? Tak ada. Masa tidur jelah free. Masa kat ofis, kat rumah, ada je benda dan urusan nak diselesaikan. Syaitan pula dok hasut aku supaya berterusan menjadi pemalas dalam nak mengingati Allah.

Aku tak tahu nak berdakwah. Memang tak pandai. Dakwah untuk diri sendiri pun tak lepas lagi, macam mana nak dakwah kat public? Tapi, aku tetap mencuba secara halus dan psikologi selitkan tentang akhirat dalam perbualan. Aku mencuba seadanya. Sokongan secara positif aku dapat, secara negatif lagi banyaklah aku dapat. Aku tak putus asa. Bak kata Hamka, kalau berdakwah dan target orang akan ikut, kita akan dapat sakit hati. Yang penting adalah mencuba secara konsisten.

Aku sekarang dah pandai sikit-sikit berdakwah melalui FB, melalui kata-kata peringatan untuk diri sendiri sebenarnya ditulis pada status FB. Itu je yang aku mampu setakat ini. Maka, apa yang aku tulis, aku kenalah kotakan. Bukan sekadar status.