22hb Muharam. Sabtu dan ahad dah berlalu dan sepanjang 2 hari majlis bersama keluarga berjalan seperti dirancang. Alhamdulillah. Sepanjang 2 hari bersama keluarga segala macam-macam isu diperbualkan. Mungkin jarang berjumpa dan berkumpul sebegini. Maka, perbualan berlangsung dengan sangat rancak. Dan seperti biasa, kebanyakannya berputar tentang isu duniawi, especially isu bola sepak Malaysia piala suzuki. Apatah lagi dengan kemenangan Malaysia ke atas Indonesia, perbualan menjadi panjang berjela-jela. Itu untuk kaum lelaki, kaum wanita pula biasanya lebih terarah kepada resepi masakan. Ada masa dan ketika, isu agama diutarakan dan akulah yang paling teruja mendengar dan menyampuk. Tapi, aku perhatikan, ada yang segelintir berdiam diri semasa topik ini dibincangkan.
Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak topik, semasa topik tentang dunia artis rancak dibualkan, akulah yang paling banyak bertanya. Sungguh, sekiranya isu ini diperbualkan tak kira di mana-mana, akulah yang kerap bertanya. Sebab kebanyakan artis zaman sekarang aku tak kenal nama mahupun rupa. Kalau compare zaman ziana zain, zaman sofea jane, zaman edika yusof tu aku kenallah juga. Tak adalah bawah tempurung sangat. Tapi, sejak artis tumbuh macam cendawan selepas hujan, aku memang tak kenal. Sangat ketinggalan zaman. Kecualilah kalau kebetulan aku terbaca kat internet, kat blog, kat suratkhabar pancaindera, kat facebook, tengok melodi atau dengar kat radio mungkin membantu aku tahu secara tak langsung. Tapi, semata-mata untuk research pasal dunia artis aku memang takkan buat.
Dan sepanjang hayat aku juga aku tak pernah terasa atau berminat nak melanggan atau membeli majalah hiburan termasuklah kaset atau dvd lagu artis. Kalau kebetulan orang beli majalah, aku sekadar tumpang membaca dan membelek, kalau tak ada, aku takkan cari. Sedangkan buku-buku agama pun payah aku nak beli, payah nak baca, so aku rasa aku tak boleh beli majalah hiburan. Tak boleh tak boleh tak boleh. Lagipun dulu, aku suka lepak di library kampung aku hampir sepanjang hari kalau tak ada kerja nak dibuat. Di situ, aku ada banyak pilihan sumber bacaan lain yang lebih bermanfaat yang boleh aku mentelaah.
So, apabila aku asyik bersoal itu dan ini semasa perbualan sedang rancak tentang dunia artis tadi, ada yang memarahi aku, katanya artis tu pun aku tak kenal. Sebab aku tak kenallah, aku tanya dia tu siapa. Kesian aku dimarahi begitu sahaja, hanya kerana aku tak tahu pasal dunia artis. Sungguh terasa jahil diri ini apabila orang lain kenal tapi aku tidak. Aku hanya diam tanpa menjawab sekalipun di minda penuh dengan jawapan untuk membela diri. Tapi diam itu lebih baik untuk keadaan tersebut.
Tapi di sini aku nak menjawab, bukan bermakna aku hipokrit dan takut untuk berdebat, tapi aku ambil tindakan paling bijak. Berdebat sekalipun urusan agama Allah tetap murka, sebab Rasullullah S.A.W sendiri menggunakan pendekatan paling lembut dalam urusan berdakwah, maka aku kena contohi Rasullullah S.A.W (jangan lupa ucapkan selawat dan salam ke atas junjungan Rasullullah S.A.W, keluarga baginda dan sahabat baginda)
Kalau nak sembang pasal politik, pasal artis, pasal sukan especially bola biasanya aku memang akan banyak tanya sebab aku tak tahu pasal dunia tersebut. Pasal piala suzuki, kalau sebelum ni Malaysia tak lawan Vietnam kat Malaysia baru-baru ni, sampai bilalah aku takkan tahu rupanya ada wujud piala ini. Kalau ada artis yang bercerai, kalau tak masuk suratkhabar berhari-hari aku memang takkan tahu sampai bila-bila. Pasal politik, ada yang meninggal, ada pilihanraya sedang berlangsung, aku memang tak ambil tahu sebab ketiga-tiga dunia ini aku sangat tidak berminat. Mungkin jika diberi pilihan di antara ketiga, aku rela berborak tentang topik sukan, sebab aku sangat fanatik dunia badminton, tapi malangnya, tak semua player badminton kat dunia ni aku kenal. Dan dulu juga aku minat dunia futsal, maka bolehlah sikit-sikit kalau borak pasal sukan, cuma janganlah caci aku kalau aku masih banyak bertanya.
Sebab pada aku, susur galur Rasullullah S.A.W sendiri aku terhegeh-hegeh nak hafal, maka aku rasa aku tak layak pun ambil tahu tentang dunia artis. Sebenarnya masa aku dimarahi, aku nak je tanya, siapa Hafsah, Aisyah anak siapa kepada orang yang memarahi aku, tapi aku diamkan diri sebab orang ada kata, jangan dilayan orang gila, kelak kita yang gila, jangan dilayan orang bodoh, kelak kita sama bodoh, aku ingat nasihat ni, maka aku turuti nasihat ini. Aku tahu dan sedia maklum, kalau aku berdebat juga, takkan ada ending yang baik, silap-silap boleh bermasam muka dan bergaduh.
Sebab aku selalu ingat ada orang nasihati aku, kalau nak bercakap dengan orang, kita kena kaji orang tu macam mana, background dia macam mana, sikap dan sifat dia macam mana, kalau boleh kita perlu tahu apa yang dia suka dan tidak suka, supaya perbualan tersebut nampak menarik dan tidak akan mendatangkan sebarang mudarat. Sekiranya mereka bukan jenis boleh terima nasihat, tak payahlah berbuih mulut nak nasihat, silap-silap bawa gaduh. Aku sokong dan aku sentiasa turuti. Sebab dulu aku suka sangat bercakap tanpa ambil tahu background orang tu, kadang-kadang kesannya dan endingnya boleh merenggangkan hubungan persahabatan yang baru nak bermula.
Maka, aku ambil iktibar, sekalipun aku betul, sekalipun aku ada banyak point, sekalipun niat nak berdakwah, aku tak perlu berdebat, aku tak perlu bercakap lagi, mungkin ada masa yang sesuai, aku boleh gunakan pendekatan psikologi dalam urusan nak menasihati. Lagipun, cara penyampaian tu kan sangat penting. Dikhuatiri juga, kita nak sampaikan lain, malangnya mereka pula faham lain, dakwah kang entah ke mana.
Di sini aku ingat seorang guru di sekolah menengah pernah berkata kepada aku, hati-hati dalam bercakap, setiap hari kita gunakan banyak perkataan, mungkin beribu-ribu patah perkataan kita lafazkan dan sebut setiap hari, takut mengundang padah sekiranya orang yang mendengar salah faham apa yang nak disampaikan oleh kita. Sebagai contoh, ambil satu perkataan GERAM, dan cuba gayakan dan sebutkan perkataan geram dalam pelbagai intonasi, apa yang berlaku. Geram tersebut dah menjadi banyak maksud kepada orang yang mendengar walhal mungkin kita nak sampaikan maksud lain (contoh maksud geram = bengang, geram = suka). Walhal ini baru satu patah perkataan, belum kita bercakap banyak ayat dan banyak perkataan.
So, moralnya di sini, kita kena bijak menyusun ayat dalam berbicara apatah lagi apabila melibatkan urusan dakwah. Silap dakwah orang tersebut mungkin lebih jauh tinggalkan akhirat, ni yang sering berlaku kepada masyarakat hari ini. Maka, aku memang mengambil tindakan yang bijak walaupun hati meronta-ronta rasa malu dan marah. Bayangkan sekiranya aku bertindak ikut perasaan, barangkali hubungan kekeluargaan tadi mungkin renggang sekalipun aku berada di pihak yang betul. Alhamdulillah, jangan ikut hati yang marah, marah itu api, api itu syaitan.
8 ulasan:
Assalamu'alaikum WBH...
Terima kasih untuk catatan yang sangat menarik ini. Bukan semua orang memahami kita sebagaimana kita pun kadangkala gagal menyelami kehendak hati sendiri. :)
waalaikummussalam WBH akak
betul tu, kdg2 diri sendiri pun kita tak paham sgt
salam akak best entri ni..
t/kasih cikceria :-)
Salam,
suka pula baca entri ini.Awak seperti suami saya, tak mengenali dunia artis kini, hampir semua dia tak kenal. Saya pun banyak juga yang tak tahu dan kenal, tapi mungkin saya suka baca blog dan merayap di internet sekarang, banyak juga gossip saya tahu...
Rasanya tidak mengetahui dunia artis bukan sesuatu yang rugi kan...
yus : t/kasih kerana sudi membaca sesi luahan sy
rugi sekiranya kita yg tidak tahu susur galur Nabi kita sendirikan :-)
saya sangat mengenali dunia sukan..nak tanya tanyalah saya ye..salam ziarah ke teratak wanita bertudung hijau..
p/s..tudung warna lain ada tak??
iman shah :-) maaf lambat respons ye, tudung lain pun byk, cuma sy fanatik hijau :-)
hehehhee
Catat Ulasan