Selama ini aku hanya akan mendengar radio IKIM seorang diri dalam kereta. Selama ini aku hanya mendengar cd alunan ayat-ayat suci al Quran seorang diri dalam kereta. Radio IKIM dan alunan ayat suci nilah peneman wajib aku di dalam kereta, semasa aku merempuh jem, semasa aku tengah bengang, semasa aku tengah sedih, semasa aku tengah suka dan duka di dalam kereta.
Aku bukan nak tunjuk aku baik, tapi aku sentiasa cuba nak pastikan di mana aku ada masa dalam nak mengingati Allah S. W. T. Aku bukan jenis manusia yang paling rajin macam sahabat-sahabat Nabi dulu solat sampai batu boleh berlekuk, solat sepanjang malam dan lain-lain. Tapi, aku sentiasa cuba cari masa nak lebihkan urusan akhirat daripada urusan duniawi dalam apa situasi sekali pun. Kalau aku tak buat begini, aku makin alpa dan leka. Aku tak nak hati aku makin gelap. So ni antara langkah aku ambil supaya aku ingat kat Pencipta aku, tak delah aku leka dok melalak benda yang tak berfaedah di dalam kereta.
Di rumah, disebabkan tak ada radio nak pasang ayat-ayat suci ni sebagai peneman buat kerja rumah, aku hanya dengar dan tengok channel 106 di astro. Sambil mendengar, aku cuba mengikuti perlahan-lahan supaya suatu hari ayat-ayat tersebut sebati dalam diri aku. Bertujuan dengan cara ini, aku mengingati Allah yang satu.
Tapi sejak dalam 2-3 minggu ni, aku cuba pasang IKIM fm di dalam kereta bila ada penumpang lain dalam kereta aku. Aku juga memasang ayat suci al Quran bila ada orang lain di dalam kereta aku. Apa yang berlaku? Kajian secara rambang aku saksikan mereka nampaknya tidak senang dan berminat. Sedihnya aku. Ada yang lebih berani terus tukar channel lain tanpa rasa bersalah semasa radio IKIM sedang memperdengarkan ayat suci al Quran. Ada yang macam cacing kepanasan sebab tak bestnya agaknya kot?
Aku terus lantang bersuara, kalau pasang benda-benda macam ni, terus macam cacing kepanasan, biasanya syaitan je yang menggelupur kalau dengar kalimah-kalimah agung ni? Kalau buka channel hiburan, duniawi, seronok pula, siap sama-sama nyanyi ikut lagu dalam radio tu. Apa salahnya sesekali dengar bacaan al Quran ni? Eloklah tu, biarkan hati semakin gelap dan gelap. Orang tersebut buat bodoh dan diam bila kena sound dengan aku. Teruk ke aku sound setahap itu?
Macam mana agaknya generasi akan datang? Adakah ini petanda akhir zaman? Aku bukanlah bagus, bukanlah alim, bukanlah warak, ilmu aku masih cetek, aku masih jahil ilmu ugama, tapi seboleh mungkin aku nak pastikan aku tak pernah lupa akhirat. Nak tunggu ada masa free, bilanya free? Tak ada. Masa tidur jelah free. Masa kat ofis, kat rumah, ada je benda dan urusan nak diselesaikan. Syaitan pula dok hasut aku supaya berterusan menjadi pemalas dalam nak mengingati Allah.
Aku tak tahu nak berdakwah. Memang tak pandai. Dakwah untuk diri sendiri pun tak lepas lagi, macam mana nak dakwah kat public? Tapi, aku tetap mencuba secara halus dan psikologi selitkan tentang akhirat dalam perbualan. Aku mencuba seadanya. Sokongan secara positif aku dapat, secara negatif lagi banyaklah aku dapat. Aku tak putus asa. Bak kata Hamka, kalau berdakwah dan target orang akan ikut, kita akan dapat sakit hati. Yang penting adalah mencuba secara konsisten.
Aku sekarang dah pandai sikit-sikit berdakwah melalui FB, melalui kata-kata peringatan untuk diri sendiri sebenarnya ditulis pada status FB. Itu je yang aku mampu setakat ini. Maka, apa yang aku tulis, aku kenalah kotakan. Bukan sekadar status.
0 ulasan:
Catat Ulasan