Dulu aku sangat tak bersetuju dengan tajuk di atas. Dululah. Banyak sebab aku tak bersetuju, contohnya, pada aku orang yang memilih keputusan untuk berdiam diri adalah tanda hipokrit maksimum sedangkan dalam dirinya sendiri dia berperang untuk bercakap. Dululah. Dulu aku beranggapan orang yang berdiam diri tu tanda-tanda orang yang penakut. Penakut untuk berhujah dan tiada pendirian. Dululah.
Sekarang, baru aku paham dari skop yang amat luas. Sekarang aku sangat-sangat mengerti maksud tersebut. Sedangkan Allah sendiri murka sekiranya hambaNya bertelagah walaupun dalam soal agama (aku tak ingat daripada mana aku ambil ayat ni, kalau salah tolong betulkan), sebab Rasullullah S.A.W sendiri pun guna kaedah kelembutan dalam urusan dakwah.
Dan bermulalah kajian secara rambang aku kepada sekalian manusia di sekeliling aku. Lama juga aku mengkaji, daripada seseorang yang pendiam, seseorang yang hanya bercakap apabila perlu, seseorang yang suka bercakap, seseorang yang sangat peramah kepada seseorang yang tak berhenti-henti bercakap. Aku juga mengkaji latar belakang kerja dan jawatan mereka, manalah tahu kan, dah kerja diaorang bercakap je, memanglah sah-sahlah kena bercakap walaupun tak perlukan, macam fasilitator atau trainer atau penceramah atau pendakwah bebas. (tapi mereka bercakap apabila perlu apa?)
Aku boleh ambil kesimpulan sebegini, orang yang sering bercakap tanpa perlu, tanpa henti kadang-kadang menonjolkan, mempamerkan dan menyerlahkan kebodohan diri sendiri secara langsung atau tidak langsung tanpa dia sendiri sedari. Juga menyerlahkan ketidakmatangan mereka dalam banyak hal dan perkara. Ini memang hakikat.
Maka, aku sendiri sedang ingatkan diri sendiri selalu dan selalu supaya kurangkan bercakap, bercakap apabila perlu, berfikir sebelum bercakap dan paling penting ucapkan basmalah sebelum bercakap, itu lebih afdal. Bercakap kosong tak guna, baik gunakan masa tersebut untuk mengingati Allah S.W.T, itukan lebih baik. Lidahkan tu kan lebih tajam daripada sebilah pedang, kalau kita sakitkan hati orang, kita dapat dosakan.
Kalau nak bercakap juga, bercakaplah dengan Allah di dalam solat. Itukan lebih afdal.
0 ulasan:
Catat Ulasan