2hb ZulHijjah. Semalam aku dengar ceramah ugama kat surau ofis aku. Ceramah tersebut lebih membincangkan topik tentang iman, iaitu beriman ni maksudnya lebih kurang begini, patuh apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang. Jelaskan. Nampak mudah dan senang, tapi nak merealisasikan dan melaksanakannya, aduhhh payah bangat bukan.
Ustaz berkenaan juga banyak menekankan soal sunnah. Sunnah dan sunat adalah 2 perkara yang berbeza. Sunnah adalah wajib diikuti dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sebab pusing macam mana pun kena juga hidup dalam sunnah. Wajib!
Dalam bertazkirah tu, sempat lagi ustaz tu melencong sekejap bercerita tentang kehidupan suami isteri. Sempat buat lawak dalam beberapa perkara di mana ada mesej yang disampaikan secara tersurat dan tersirat. Antara mesej yang terkesan di hati aku yang disampaikan beliau ialah sekiranya seorang suami membuat pahala, pahala tersebut turut dikongsi dengan isteri dan anak-anaknya. Tapi, kalau isteri buat pahala, dia dapat imbuhan tu seorang diri. Wahhhh. Menarik sangat statement ni. Suka bangat.
Aku mula terbayang-bayang dan mencongak ganjaran pahala sekiranya suami aku kelak banyak buat pahala. Senangnya hidupkan. Allah memang Maha Pemurahlah. Terbukti. Best giler. Ini pun ramai mempertikaikan takdir Allah, qada dan qadar, cakap Allah tak adillah, tak prihatin dan macam-macam. Sebenarnya, banyak sangat ganjaran Allah, melimpah ruah, kita je tak perasan. Bak kata ustaz lagi, tulah masalahnya bila tiada ilmu. Ada ilmu, kita pasti kenal Allah S.W.T. So, moral of the story, rajin-rajin cari ilmu. Usaha ke atas iman.
Ustaz cakap lagi, kalau layan suami, ganjaran yang isteri dapat ialah pahala syahid untuk seribu orang. Tak payah susah payah nak pergi berjuang di medan perang angkat senjata berat. Layan je suami. Kalau berpegangan tangan dengan suami, gugur dosa-dosa melalui celah jari. Kalau suami reda, masuklah mana-mana syurga yang dipilih. Mudahkan. Belum bercerita bab bersalin lagi, di mana gugur dosa-dosa seperti bayi yang baru lahir. Banyak lagilah info menarik tentang kelebihan menjadi seorang perempuan.
Itu antara intipati yang aku sempat salin. Sebenarnya info begini dah biasa aku dengar daripada ustaz-ustaz sebelum ni, tapi, aku lupa bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang perempuan. Alhamdulillah. Allahkan lebih tahu.
Moral of the story lagi, cepatlah kahwin. Banyak IMBUHAN menanti. hehehe
0 ulasan:
Catat Ulasan