26 ZulKaedah. Dalam 2-3 hari ini aku redah jem dalam keadaan paling positif. Selama ini aku cuba pujuk diri sendiri melibatkan perkara jem yang menyakitkan hati ini, tapi tak pernah berjaya. Malah, mental aku down hanya disebabkan jem. Apa taknya, selama bertahun-tahun aku menetap di KL, tak pernah aku merasai apa itu jem, sehinggalah aku berpindah ke rumah baru ini. Macam satu culture shock, mental aku jadi down sangat.
Tapi, kini aku takkan merungut lagi. Mengikut syarahan ustaz semasa aku menghadiri kuliah Zohor baru-baru ni di surau ofis aku, ustaz tu cakap kat akhirat kelak, lagi teruk jemnya. Semua makhluk yang bernama manusia akan dibangunkan di padang masyar. Semua, bukan satu negeri, satu wilayah atau satu negara, tapi semua! Bayangkan, betapa teruk jemnya nanti kat sana. Setakat kat dunia ni jem apalah sangat. Sekurang-kurangnya, masih ada manusia yang barangkali prihatin terhadap kita, masih bertimbangrasa, memberi signal, memberi laluan, tapi esok kat sana, masing-masing pentingkan diri sendiri. Bayangkan!
Ustaz kata lagi, kotlah kamu semua tak jelas, kamu semua boleh tengok kat Mekah sekarang sempena musim haji ini. Sesesak-sesak manusia ada. Daripada seluruh dunia. Bukan sedikit jumlahnya. Dan semua yang pergi Mekah target nak singgah di Raudah. Tak semua yang sampai Raudah. Sebab apa? Sesak. Tersangat sesak.
Aku senyum meleret. Terima kasih ustaz. Ceramah ustaz ini sangat membantu minda saya supaya begitu positif menghadapi keadaan jem. Jem dunia, apalah sangatkan. Alhamdulillah, semenjak itu, tak ada lagi tekanan jiwa dalam menempuh jem yang sangat menyakitkan hati tu. Aku boleh dengar ceramah motivasi pagi dalam radio IKIM. Aku boleh sama-sama membaca doa pagi dalam radio IKIM seperti biasa. Aku boleh berselawat dan mengucapkan salam kepada Rasullullah S.A.W yang tersayang, idola aku seperti biasa. Allahkan lebih tahu kenapa dia bagi ujian jem kepada aku. Dia nak aku ingat padaNya selalu semasa memandu. Bukan dok menyumpah seranah terhadap pemandu yang terhegeh-hegeh.
Aku sambung tersenyum. Alhamdulillah, jiwa aku tenang dengar ceramah ustaz ni. Moga Allah merahmatimu ustaz yang aku tak tahu namanya pun.
0 ulasan:
Catat Ulasan