11hb ZulHijjah. Ini bukan kali pertama aku beraya di KL. Walaupun pada mulanya hati sungguh tak ikhlas raya di sini, tapi alah bisa tegal biasa. Aidilfitri pun raya kat KL, apalah sangat Aildiladha kan kan kan? Biasanya raya haji aku akan beraya di rumah kawan-kawan aku, contohnya di Perak, Pahang, tapi kali ini aku memilih beraya di KL sahaja. Hakikatnya hanya Allah yang tahu betapa aku amat rindukan kampung halaman. Paling dirindui, arwah mak dan ayah tersayang, walau bukan darah daging, tapi merekalah yang bersusah payah membesarkan aku dalam dunia kemiskinan. Tapi aku tak kisah, biar miskin harta, tapi kaya kasih sayang. Maka, sehingga sekarang aku masih jangal mengguna pakai perkataan arwah. Aku masih tetap menyebut mak dan ayah sehinggakan ada yang confius samada kedua orang tua ku masih hidup atau dah meninggal.
Betapa aku rindukan mereka, sangat-sangat rindukan mereka, apatah setiap kali takbir raya bergema, sehingga bawa ke alam mimpi. Aku mimpi bertemu mereka, aku mimpi kampung halaman tempat aku bermain. Meronta-ronta hati nak balik kampung, tapi tiada siapa yang tahu. Hati menangis, tapi senyuman tetap dilebarkan. Biar aku sendiri yang tahu azab menanggung rindu yang tak pernah lekang ini.
Aku berkira-kira, biarlah tahun ni tahun terakhir aku terumbang-ambing beraya tanpa mak ayah, aku harap tahun depan aku bersuami dan beraya bersama keluarga mentua. Aku dah hampir hilang pedoman beraya tanpa mak ayah. Hati yang sedih siapalah tahu. Lagipun aku memang jenis tak pandai nak menonjolkan rasa sedih di hadapan public. Aku memang bijak berlakonlah sangat.
Dah lama juga aku tak bercuti setiap kali tibanya 2 hari raya yang agung ini. Sekadar bercuti mengikut yang termaktub dalam kalendar. Annual leave aku yang selama ini tak pernah cukup kini tak pernah habis, malah ada banyak yang berbaki. Siap carry forward lagi. Nak ke mana? Aku mana ada kampung lagi. Sekadar menjadi lakaran sejarah. Sekadar kampung di dalam nombor my card.
Aku tetap ceria seperti biasa. Bergurau dengan saudara mara. Menumpang kasih sayang dan perhatian yang tak sebanyak mana pun. Dalam diam, aku cuba menghayati ibadah korban. Korban yang sangat besar ertinya. Korban yang dilihat daripada semua perseptif dan cabang. Dan kemudian aku menyalahkan diri, apalah sangat sumbangan aku dalam istilah berkorban ini? Rasanya langsung tak ada.
Jahil dan kerdil diri ini jika aku nak bandingkan dengan zaman Nabi Ibrahim contohnya. Dia sanggup korbankan anak dia demi Allah S.W.T. Aku? Aku yang banyak dosa ni? Nak berkorban nyawa? Nak berkorban harta? Nak berkorban masa pun kadang-kadang tak sanggup. Sanggup kejar lagi duniawi yang terang lagi bersuluh sekadar sementara sahaja. Setakat solat sunat aidiladha, apalah sangat.
Aku tak nak cerita pasal orang lain. Walaupun aku ada baca banyak blog yang komplen pasal mereka tak puas hati di mana banyak pemimpin yang berdegar-degar cakap pasal pengorbanan dan suruh rakyat pahami konsep ibadah korban, tapi mereka sendiri cakap tak serupa bikin. Tak kotakan apa yang dikatakan. Mereka hidup dalam kemewahan, tapi suruh rakyat menghayati ibadah korban. Mereka sanggup ke berkorban harta? Kepimpinankan melalui teladan? Aku rasa tercuit dan ketawa dengan ketidakpuasan hati rakyat yang lantang bersuara.
Walaupun ada benarnya, siapa aku nak mengubah situasi tersebut? Aku sendiri macam lalang, tenggelam timbul, aku sendiri patut salahkan diri aku dulu. Kalau aku takut generasi akan datang, aku patut buat sesuatu. Aku patut bersedia menghadapi banyak perubahan. Berubah secara drastik dan berubah secara istiqamah.
Aku memang tak mampu berkorban harta mahupun nyawa. Tapi, aku boleh usahakan benda lain. Buat pengorbanan daripada segi perangai. Ubah dan sentiasa ubah menjadi terbaik. Aku tahu ramai yang sentiasa buat perubahan, tapi tak semua berjaya sepenuhnya. Paling malang, ada yang langsung tak nak berubah. Takkanlah sampai tua dan mati kelak masih statik perangai lama / buruk tu je kot? Ishhh.
Kalau dulu solat tinggal-tinggal, maka belajarlah mulakan bersolat. Kalau dulu solat tak cukup 5, maka belajar untuk genapkan 5, kalau dulu solat waktu lengah-lengah, sekarang belajar segerakan solat, kalau dulu sekadar semata solat 5 waktu, sekarang lebihkan perkara sunat dalam solat, kalau dulu sorang sorang-sorang kat rumah, sekarang wajibkan diri solat berjemaah. Itukan contoh pengorbanan yang patut dibuat semua orang. Wajib! Tak terkecuali. Tapi kenapa ramai tak nak buat. Pengorbanan ni rasanya sekecil-kecil pergorbanan yang aku kira.
Aku akui aku memang jarang solat berjemaah. Biasanya selepas dengar ceramah kat surau ofis aku semasa lunch hour, dan kalau aku singgah di masjid untuk bersolat. Tak pun solat sunat aidilfitiri, aidiladha dan solat sunat terawih. Lepas ni aku kenalah berubah lebih drastik supaya kerap ke masjid. Aku kena buat. Kena mulakan perubahan. Aku memang tak mampu ubah orang, tapi aku mampu ubah diri aku. Aku ada kehendak untuk berubah, tapi aku tahu, aku takde kekuatan, aku tahu Allah akan bantu aku atas nawaitu aku yang murni ini.
Aku teringat 3 kisah. Berkait soal pengorbanan yang mungkin berkaitan. 1 kisah aku tengok drama kat TV. Seorang isteri sanggup korbankan suaminya, maksudnya di sini dia paksa suaminya berkahwin dengan seorang wanita lain dan dia dapat imbuhan 1 juta kerana sanggup bermadu. Aku memang tak pernah jumpa kes macam ni, tak tahulah kot aku ni ketinggalan zaman. Besar sungguh 'pengorbanan' dia kan?
Kes kedua, pengalaman seorang kawan aku. Dia kata suami dia sayangkan sangat kereta, kalau dia calarkan kereta, sure boleh bawa kepada pergaduhan. Untuk sedapkan hati, aku cakap, semua lelaki sama je kak, tapi yang penting akak kena bersyukur kerana tak semua suami sanggup solat Subuh berjemaah kat masjid seperti suami akak. Dan dia tersenyum lebar tanda kesyukuran. Dia berkorban abaikan kelemahan sang suami. Baguskan.
Kes ke 3. Kawan aku dan suaminya bergaduh soal nak balik kampung siapa. Kes ini aku rasa tipikal. Kawan aku menangis sampai bengkak mata dan mengadu pada aku. Dia cakap aidiladha ini turn kampung dia. Tapi suaminya berkeras nak pulang ke kampungnya. Sudahnya, mereka bergaduh besar, dan sesi ungkit mengungkit bermula. Kes makin besar dan parah bila masing-masing enggan mengalah. Aku cakap buang rasa sakit hati tu. Mengalahlah sempena hari raya korban ni. Berkorbanlah. Dia masih enggan mengalah. Dia cakap sakit hati yang maksima. Untuk sejukkan hati dia, aku cakap semua rasa negatif dia pada husband dia tu datangnya daripada syaitan. Syaitan yang cucuk dia supaya berterusan rasa marah dan sakit hati serta berdendam dengan suami. Selebihnya, tak ada apa pun. Dia membalas, logik juga ya. Mungkin ni pengorbanan dia buat suami. Semua ada hikmahnya.
Aku? Ada juga pengorbanan yang aku lakukan tahun ni. Dan aku tersenyum simpul. Kadang-kadang, senyum sorang-sorang. Alhamdulillah.

0 ulasan:
Catat Ulasan