Sekarang agama hanya diamalkan apabila ada kelahiran, kematian dan perayaan dan selain dari itu agama diketepikan kerana tidak releven dengan kehidupan yang penuh dengan tata hidup yang menyimpang dari kehidupan beragama.
Kata-kata di atas dipetik daripada blog seorang hamba Allah. Aku sekarang kalau rasa mengantuk, mulalah jari gatal mengklik lebai google cari maklumat. Biasanya kalau aku cari maklumat tentang ugama, mata aku pastu cerah dan tercengang serta terbelalak pun ada kadang-kadang. Mengantuk hilang secara automatik. Cerah mata sebab info tersebut biasanya terkena batang hidung sendiri yang tak pernah mancung walaupun pernah buat operation nak mancungkan hidung (aku ada buat operation hidung sebab resdung tahun lepas)
Cerah mata lagi sebab banyak input yang aku dapat tu membuatkan kadang-kadang berbulan-bulan aku asyik memikirkan info tersebut. Ada yang kadang-kadang bawa sampai mimpi pun ada. Bayangkang betapa kuatnya pengaruh daripada google ni. Tak boleh lelap mata pun ada dok kenang dan kenang info yang dibaca di google.
Tercengang sebab kadang-kadang input yang aku dapat tu rupanya sebenarnya kadang-kadang rahsia yang aku cari selama ni. Rahsia dalam rahsia yang beriya sangat aku cari dan baru kini aku jumpa. Dan aku realize ianya bukan rahsia pun, aku je yang tak perasan dan pernah sedar dan paham selama ini. Terbelalak biji mata lagi sebab input yang sama aku dapat tu dah lama aku perolehi dulu bertahun-bertahun sudah, tapi kini baru aku paham dan mengerti. Betul kata guru aku, kadang-kadang sesuatu perkara tentang ugama ambil masa yang lama baru paham, dan mungkin dulu kita paham lain dan sekarang kita nampak lain, walhal daripada input yang sama, cuma situasi saja berubah.
Biarpun ada yang kata google info time kerja, kerja jadi tak berkat, aku buat juga, sebab aku memang tak ada kemudahan internet di rumah, aku memang tak mampu buat masa ni nak apply broadband. Tiba-tiba aku teringat kata-kata Hamka dalam blognya mengatakan bahawa ofismate dia larang dia baca al Quran di ofis sebab salah mencuri masa kerja baca al Quran, tapi bila dia letakkan al Quran dan baca suratkhabar, ofismate dia tak kata apa pun sebab itu nampak normal. Kenapa nampak normal? Sebab ramai yang buat perkara tersebut. Ahakssss
Maka, aku harap niat tidak menghalalkan cara di mana aku akses internet semasa ofis hour ni untuk mencari maklumat ugama yang sentiasa aku dahagakan diampunkan Allah S.W.T. Siapa tak takut kalau kerja tak berkat oi, aku dengar pun menggigil. Aku harap aku mampu pakai broadband selepas ni rumah, tak lama dah, tahun depan aku akan pakai. Insyaallah, semoga Allah permudahkan urusan aku.
Berbalik kepada tajuk di atas, aku tak boleh nak fokus bila aku terbaca ayat yang perenggan yang pertama di atas tadi. Semua rasa ada, sedih, dukacita, walang, sebak, air mata pun nak bergenang. Aku memang sangat-sangat emosional sekarang. Kenapa? Memang aku period. Tapi, aku tak tahu nak buat apa untuk ubah statement tersebut. Aku sangat jahil untuk bertindak. Apa patut aku buat?
Aku sangat jahil untuk berdakwah. Apa yang aku boleh buat, berdakwah terhadap diri sendiri dulu. Itu sahaja yang mampu aku buat secara istiqamah dan konsisten. Aku cuba sekerap mungkin ke surau dengar ceramah ugama walaupaun aku sedang period. Bagusnya ofis aku, setiap kali lunch hour, ada ceramah ugama, daripada ustaz-ustaz yang berbeza, kemudian solat jemaah together gether. Ahaksss
Setiap kali kat tempat duduk aku, aku pasang al Quran online, selama 8 jam kat ofis, selama itulah aku pasang al Quran online. Aku cuba ikut perlahan-lahan, tapi surah yassin je mampu aku hafal sekarang. Yang lain pelan-pelan kayuh. Semoga Allah permudahkan urusan aku hafal al Quran. Kenapa aku pasang? Sebab kat umah aku tak de masa nak dengar kalimah agung ni, sebab aku sibuk dengan urusan duniawi, so kat ofis, sambil buat kerja, aku dengar online al Quran. Bertujuan untuk makanan jiwa dan hati aku juga. Aku sentiasa cuba nak jaga telinga, mata, mulut dan hati aku sebaik mungkin, sebab tu aku pasang online al Quran setiap hari, sejak aku pindah ke department ni april yang lalu. Walaupun tak kuat, sekadar orang sebelah bolehlah dengar, aku dicop ustazah. Lantaklah. Janji Allah tahu apa yang aku niat.
Sesungguhnya, aku sangat takut generasi akan datang. Aku akan menempuh alam perkahwinan suatu hari nanti, macam mana aku nak didik anak-anak kalau aku sendiri sangat jahil. Dalam keterpaksaan, aku bersetuju dengan statement di atas walaupun ianya sangat berat. Bantulah aku Ya Allah daripada segi idea, kudrat dan kemampuan, harta atau segalanya untuk aku mengubah statement di atas. Aku tak suka statement tu biarpun statement tersebut sangatlah TEPAT sebenarnya. Huwaaaaaa, air mata dah meleleh pun.
5 ulasan:
salam,
terima kasih singgah. kadang2 perkara yg memberi ganjaran kpd kita utk bekalan akhirat amat susah dilakukan berbanding duniawi..sama2 kita kuatkan semangat..
nice blog dear ;)
http://blogkarkun.blogspot.com/
blog2 agama byk di situ.
nak tau pasal broadband, masuk fb sy
fb : hainur83@yahoo.com
cek album gmba kt situ.
saya ada sertakan broadband yg saya pakai.
saya pakai digi bb. sbln rm58 (pakej student)
speed 3.6Mbps
buka youtube tak yah tggu loading, trus play.
pakej digi student rm58
pakej org awam rm68
pakej murah rm38, 7pg-7ptg : 3.6Mbps
7ptg-7pg : 128kbps
bayaran pendahuluan rm100.
duduk kwsn mana ye? harap digi 3G ok kt tmpt awak
wassalam
saya duk shah alam,seksyen 16. liputan digi 3G bagus di sini.
blog anda sudah di add di blogkarkun.
http://blogkarkun.blogspot.com/
assalamualaikum semua
marina
:-)
terima kasih saling mengingati
hainur
sy akan singgah blog saudara :-)
t/kasih menjenguk luahan rasa sy :-)
Catat Ulasan