Baru semalam aku post tentang entry kesalahan yang sering dilakukan oleh kebanyakan wanita di luar sana semasa memandu di atas jalan raya. Pagi ni sahaja semasa aku memandu ke ofis, aku berdepan dengan 4 kes kesalahan cara pemanduan wanita. Kes pertama, seorang wanita dengan selamba memandu perlahan di lorong paling kanan, tanpa rasa bersalah aku rasa. Impaknya, jalan di situ menjadi jem, menyebabkan aku terpaksa take over di sebelah kiri dan pandang wanita ego terbabit dengan gelengan kepala. Wanita tersebut buat muka tak paham!
Kes kedua, juga sama, selepas beberapa minit perjalanan aku, aku berhadapan lagi dengan situasi wanita memandu macam kura-kura, sedangkan jaraknya dengan kenderaan di hadapannya jauh. Apa yang berlaku, pemandu-pemandu lain termasuk aku berusaha keras untuk memotongnya supaya kami tak tersangkut di dalam jem akibat tindakan wanita terbabit yang sangat mementingkan diri sendiri.
Kes ketiga, semasa memandu di selekoh, seorang wanita dengan selamba memandu di lorong yang salah. Asalnya, sebelum selekoh, dia berada di lorong kiri, tapi kemudian tiba-tiba bertukar lorong kanan selepas selekoh, tindakan tak terjangka oleh dia menyebabkan hampir berlaku pelanggaran dengan kenderaan belakang. Kenapa tak berada di lorong yang sama, kalau ya pun nak tukar lorong, ambil masa beberapa saat, pastikan jalan clear, bagi signal, dan tukarlah lorong, kenapa bertukar lorong secara mengejut. Kes ni dah beratus kali aku saksikan. Adakah wanita di luar sana confuse mengenai lorong apabila tiba di selekoh?
Kes keempat, selepas traffic light, seorang wanita memberi signal terus masuk ke lorong kiri. Tindakan dia memang baik kerana memberi signal, malangnya caranya tak kena. Baru sekali signal berkelip terus masuk kiri, walhal kenderaan di belakangnya sangat laju. Kesannya, dia dihon panjang bertalu-talu oleh kenderaan belakang yang terpaksa membrek secara mengejut. Aku terus take over wanita terbabit dan pandang mukanya. Dia kelihatan macam semangat yang hilang, agaknya dia terkejut dengan hon kuat yang panjang tadi. Aku menggeleng kepala.
Aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis. Iklan sebentar. Hehehe. Aku juga seorang wanita. Aku bukan terer pun bawak kereta. Tapi, aku belajar daripada kesilapan. Aku cuba mengimbau kenangan 1st time bawa kereta. Aku kena hon dengan lori DBKL sebab aku nak bertukar lorong secara mengejut, nyaris kemalangan. Aku selalu kena hon dengan kenderaan lain kalau aku terhegeh-hegeh di lorong kanan. Aku juga pernah terbabas di selekoh. Kalau nak huraikan satu persatu kesalahan aku semasa mula-mula mengenal stereng, sangatlah banyak.
Tapi, apa yang penting, belajarlah daripada kesilapan. Janganlah ulangi kesilapan lalu. Kalau dah selalu sangat kena hon dengan orang belakang, kenal pasti punca kenapa kita kerap dihon? Orang hon kita bersebab. Kalau dah selalu sangat selepas orang take over kita, orang pandang-pandang kita dalam keadaan muka yang marah dan berang, kaji semula kenapa dia bertindak demikian. Apa sahaja yang manusia lakukan kat dunia ni pasti bersebab. Orang gila pun bila marah bersebab. Apatah lagi kita ni manusia normal.
Semua orang melakukan kesilapan. Semua orang tak sempurna. Tapi, sangatlah tidak matang sekiranya kita tidak mampu ubah kesilapan tersebut. Sangatlah malang sekiranya tiada tindakan susulan untuk mengatasi kesilapan tersebut. Sangatlah sedih sekiranya kita tahu kita bersalah, kita tahu kita buat silap, tapi kita ego untuk berubah.
Ini aku baru buka topik tentang habit wanita memandu. Belum aku meluaskan lagi tentang habit lain. Walaupun aku seorang wanita, tapi banyak tabiat tentang wanita yang aku rasa kena ubah. Ubah dengan drastik. Contoh paling remehlah, aku nak cerita di sini ialah cara wanita pejalan kaki nak melintas jalan raya. Betapa takut dan teragak-agaknya mereka semasa nak melintas. Kadang-kadang aku yang sedang drive ni pun confuse, dia nak lintas dulu ke atau nak kasi aku yang bergerak dulu? Ekoran daripada sikap dia yang macam main tarik tali, sekejap ke depan, sekejap ke belakang menyebabkan aku sendiri tak boleh nak buat keputusan samada nak terus drive atau biarkan dia dulu yang melintas jalan.
Zaman makin maju, teknologi makin canggih, tapi tak seiring langsung dengan mentaliti kebanyakan wanita. Kadang-kadang aku tengok pemandu wanita bukan calang-calang jawatannya, tapi bila di jalan raya, terserlah sikap tidak yakin, terserlah sikap teragak-agak, terserlah sikap takut-takut, tapi bila di ofis, dialah singa hutan batu. Kenapa karakter boleh berubah? Nak ikutkan takut, siapa tak takut di jalan raya, aku pun takut juga, nyawa aku pun satu saja tau, tak ada galang gantinya, tapi perlu ke tonjolkan sikap takut tersebut? Perlu ke expose rasa takut tersebut sehingga menyebabkan kesukaran kepada orang lain?
Aku memang tak faham. Jangan nanti pemandu lelaki melabelkan wanita melayu wanita yang LAYU.
Selamat beramal. Anda mampu mengubahnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan