~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 2 November 2010

Time Management itu sangatlah penting

24 Zul Kaedah. Kalau dalam bulan November, hari ni 011110. Cantikkan angka ni? Pada penggemar angka, pasti taksub. Tahun 2011 hampir tiba. Beberapa hari saja lagi 2010 akan tinggalkan kita semua. Harap tahun ni tahun kegemilangan pada semua orang. Pada aku? Tidaklah satu kegemilangan, tapi tahun ini banyak juga hijrah yang aku lakukan. Cuma, tahun ni nampak sangat obvious kerana hijrah yang aku lakukan agak besar dan perlukan beberapa pengorbanan seperti bertukar department dan berpindah rumah. Pada bulan yang sama pulak tu.

Semuanya atas izin Allah. Aku memang berusaha kerasa untuk 2 benda tu. Alhamdulillah, doa aku diperkenankan Allah. Terima kasih Ya Allah, Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Kadang-kadang, beriya kita rancang kalau Allah tak izinkan, takkannya berlaku. Usahalah macam mana pun. Setiap yang berlaku, bukan atas dasar kebetulan. Kita kena percaya semua atas izinNya. Yang penting adalah doa dan usaha. Insyaallah, benda baik, Allah pasti rahmatinya. Tapi, jangan serik dan putus asa dalam berusaha dan berdoa.

Usaha secara bersungguh-sungguh, insyaallah Allah akan membantu. Walaubagaimanapun, perancangan secara teliti dan sistematik sangatlah membantu untuk merealisasikan impian masing-masing. Jangan lupa berdoa secara bersungguh-sungguh dan secara specific. Huraikan dengan jelas bantuan yang ingin diperolehi. Bukan doa secara ala kadar dan secara point-point penting.

Time management sangat penting dalam melaksanakan matlamat. Sebenarnya, time management boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian, termasuk di rumah. Semua orang ada 24 jam. Tak lebih dan tak kurang, tapi kenapa ramai merungut tak cukup masa? Masing-masing mengadu busy, masing-masing mengaku tak cukup masa. Kenapa keadaan ini sentiasa berlaku dan berlaku?

Keadaan yang sama boleh tengok di pejabat. Masing-masing busy dengan tugasan yang diberi. Paling menyakitkan hati, semua yang diberi katanya urgent! Bagaimana nak mengatasi masalah ni? Ini sering juga berlaku kepada diri sendiri, walhal banyak kerja lain yang menanti. Sebagai orang bawahan tanpa ada sebarang kuasa, ibarat mentimun yang tunggu masa nak membusuk barangkali, seringkali dipandang sebelah mata oleh orang atasan. Rasa sedih tu selalu sangat dah jadi makanan aku kat ofis. Tapi, selagi aku kerja di sini, hadapilah sahajalah dan atasilah cara sedih tu secara berhemah.

Aku tahu, aku tak mampu ubah bos aku yang sekarang ni. Dia tak nampak pun apa kerja aku. Tapi, selagi aku nak kerja dalam department ni yang aku suka, aku buat macam biasa. Selesaikan tugas secara paling saksama, jauhkan rasa sakit hati dan tension. Kerja urgent didahulukan, sekadar mengikut rentak bos, dan kerja tak urgent jangan dipandang remeh sebab kadangkala kerja tak urgent tiba-tiba boleh menjadi sangat urgent. Aku kena bersedia menghadapi situasi di luar jangka. Bersedia dengan seribu jawapan, bersedia dengan ayat-ayat yang bakal aku terima kelak.

Di pejabat, letih otak, meredah jem untuk pulang ke rumah, lagilah sakit jiwa. Sampai di rumah, biasanya dah magrib, kelam kabut solat magrib, kemudian nak memasak untuk makan malam pula. Oh ya, sekarang hobi aku dah berubah, kalau dulu aktiviti mendaki gunung satu keutamaan, sekarang dah berkubur. Memasak adalah hobi terkini. Aku harap hobi ini tidak akan berkubur seperti hobi mendaki.

Aku memang tak pandai masak, tapi tak bermakna aku tak tahu masak. Pada aku, selagi masakan aku tak sedap, aku bukannya seorang yang pandai masak. Tapi, aku boleh memasak. Aku dah cuba beberapa resepi yang aku tak pernah masak, contohnya resepi paling simple yang aku tak pernah buat ialah nasi lemak. Hari ini target aku nak masak nasi ayam pula. Doakan cubaan aku takkan gagal. Later aku nak masak keropok lekor kerana tiba-tiba aku mengidam keropok lekor. hehehe

Masih bercakap tentang topik time management. Walaupun aku tiada suami dan anak, penat aku lebih kurang sama dengan orang yang dah berkeluarga sebab segalanya di rumah aku uruskan sendiri. Aku mop rumah sendiri seminggu sekali, aku selalu cuci 2 bilik air sendiri, aku sapu sampah sendiri setiap hari, buang sampah sendiri, memasak, membasuh pinggan mangkuk, mengemas rumah, membasuh baju, apa lagi ye, cuma layan suami dan anak tiada dalam diari hidup aku buat masa ni. Aku bangun seawal 6 pagi, mandi, solat subuh, gosok baju dan terus pergi kerja. Dan kadang-kadang aku memasak untuk bekal ke pejabat.

Aku tak rasa majoriti orang bujang lain buat macam aku buat sekarang. Ada, tapi tak seramai mana. Malah ada yang lebih rajin dan sempurna daripada aku. Bukan aku nak puji diri sendiri, tapi aku anggap semua kerja yang aku lakukan adalah exercises dan ibadah. Sambil memasak misalnya, aku berselawat, sambil mop rumah, aku berselawat. Segalanya dalam hidup adalah pahala sekiranya kena cara dan gayanya.

Nak mengharapkan jogging seminggu sekali tak membantu aku untuk rasa segar selalu. Aku bukanlah seorang yang rajin, tapi aku bukanlah malas yang melampau. Aku di tengah-tengah, kalau aku sendiri tak nak buat, siapa lagi nak buat, aku bukannya ada maid.

Aku planning semua kerja-kerja di rumah. Bila sepatutnya cuci peti ais, aku buat jadual tampal kat peti ais. Jelas sekali, aku akan nampak bila last aku cuci peti ais. So, sendiri mau ingat. Bilik air, setiap hari aku cuci, tapi bukan semua bahagian. Ada 5 dinding tiles dalam satu bilik air, setiap hari aku mandi, aku cuci satu bahagian. 5 kali aku mandi, selesai semua dinding tiles bilik air, dan begitulah seterusnya aku uruskan 2 bilik air dalam rumah aku. Itu belum termasuk lantai dan mangkuk tandas yang juga perlu diberi perhatian. Setiap hari bilik air aku bersih dan berkilat, biasanya aku cuci mangkuk tandas dan bersihkan lantai bilik air bila ada extra sikit masa seperti jumaat malam atau sabtu pagi.

Bagaimana sekiranya aku cuci seluruh bahagian 2 bilik air serentak. Pasti aku penat. Penat yang amat sangat, sebab aku dah cuba. Pasti aku rasa sangat membebankan. Pasti lepas ni serik agaknya aku nak cuci lagi. Walaupun bilik air aku bukanlah besar, penat tau nak memberus keseluruhan dinding tiles dan lantai serta mangkuk tandas. Maka, aku lakukan secara berperingkat. So, apa yang berlaku, kebersihan kedua-dua bilik air aku sentiasa terjaga dan bersih.

Aku dah pratikkan benda ni dah lama, dan ianya sangat membantu. Aku boleh buat kerja lain, seperti sapu sampah di dalam rumah aku. Aku juga takkan sapu sampah seluruh rumah dalam pada masa yang sama. Sama yang aku lakukan seperi cuci bilik air, aku sapu secara berperingkat. Contohnya, hari ni aku sapu kat master bedroom, esok aku sapu bilik kedua, dan seterusnya bilik ketiga, seterusnya living room, seterusnya yard, seterusnya balkoni. Kalau aku sapu serentak seluruh rumah, bila masa aku nak memasak, bila masa aku nak makan, nak mandi, nak solat, nak gosok baju, nak tengok tv dan nak berehat???

Dapur aku setiap hari aku kena sapu, selepas masak, bersepah-sepah dapur, nak mengemas lagi, nak basuh pinggan mangkuk lagi, bila pula aku nak basuh kain baju aku? Kat sini, aku sangat memerlukan time management yang paling sistematik. Aku yang kawal masa aku, aku yang kena planning kerja-kerja rumah aku. Malunya aku kalau orang datang rumah rumah aku berselerak. Selesai masak saja biasanya dalam 9 malam, aku boleh terus makan dan solat Isyak, sebelum melelapkan mata, aku boleh post mortem kerja-kerja aku seperti kemaskan dapur.

Sama juga seperti basuh baju, aku takkan basuh baju hari-hari sebab aku guna washing machine. Kalau sebelum ni seminggu sekali aku basuh baju, aku rasa beban sebab aku perlukan masa yang lama sebab 3-4 kali pusingan aku kena basuh. Sudahnya banyak kerja lain yang boleh aku buat kat rumah akan terbengkalai. Sekarang aku pastikan seminggu at least 2 kali aku basuh. Sebab aku tak sanggup nak lipat kain baju yang berlambak-lambak sekaligus.

Di sini, aku kena kenalpasti mana satu kerja rumah yang aku boleh buat hari-hari dan selang sehari dan seminggu sekali. Aku mop lantai seminggu sekali seluruh rumah. Penat, memanglah penat, tapi lepas mop aku boleh berehat dengan senang lenang, sebab banyak kerja rumah lain dah selesai. Kadang-kadang kita tak sedar, dalam pada masa yang sama, kita mampu lakukan 2 kerja. Sebagai contoh, sambil tengok tv, aku boleh lipat kain, sementara tunggu nasi di tanak tu masak, aku boleh sapu sampah. Tapi, jangan buat 2 kerja dalam satu masa especially tengah drive jawap telefon dan bersms. Ingat nyawa kita satu tu je pun. Jangan buat mistakes yang sama banyak kali, dan jangan ulangi kesilapan lalu.

Begitulah rutin harian aku kat rumah. Kalau aku tak berubah begini, mati hidup semulalah aku tiada masa yang secukupnya aku nak berehat kat rumah secara tenang. Takde sakit mata tengok rumah bersepah dengan baju tak berlipat, rumah kotor habuk sana sini, aku mampu solat dengan tenang, dulu kalau solat, boleh pula tu terlintas kejap lagi nak settlekan semua benda, itu dan ini. Dan aku boleh solat di awal waktu tanpa kelam kabut nak kejar kerja-kerja duniawi yang sentiasa tak pernah selesai. Dan kaki tidur seperti aku, boleh tidur dengan senang hati di hari cuti, berehat secukupnya, kuak lentang sesedap rasa, kerana aku ada banyak masa yang terluang untuk diisi. Aku juga boleh manage tidur awal di hari bekerja dan sempat menonton movie kegemaran.

Semuanya bermula dengan pengurusan masa yang betul. Aku pasti ubah rutin hidup aku bila aku dah berkahwin kelak mengikut situasi semasa. Aku harap aku mampu lakukan sebaik ini di pejabat juga. Doakan. Time management mampu mengubah hidup kita ke arah kesempurnaan.