8hb ZulHijjah. Selamat berpuasa hari arafah kepada sesiapa yang berpuasa. Aku berpuasa esok, harap sangat tiada aral melintang. Aku penat hari ini, ingat nak puasa juga, tapi semalam punya penat belum hilang. Dah lama aku tak masuk hutan dan travel jauh-jauh, naik 4wd pula tu. Memang terasa lesu sangat badan ni.
Gembira sangat trip aku semalam. Ikut trip 4wd ke air terjun jerangkang. Pertama, kerana aku dah lama mengidam nak ke sana, dan akhirnya impian ke sana termakbul. Terima kasih Ya Allah kabulkan permintaan aku yang seperti rezeki datang bergolek yang tak disangka. Kedua, pergi pula dengan team favourite, maka hati aku girang jadinya. Kawan aku pernah kata, ke mana sahaja kita pergi sebenarnya tak penting, tapi, pergi dengan siapa tu yang paling penting. Itu yang akan membuatkan trip kita rasa terisi dan gembira sangat.
Kata-kata itu yang sampai sekarang aku tak boleh lupa. Ada benarnya, tak boleh disangkal, kerana sebelum ini ada juga trip impian aku, tapi aku pergi dengan kenalan yang agaknya bukan kroni, so trip tu tak melekat sangat di hati. Jadi biasa-biasa je. Tapi, trip ni, walau sangat sederhana, tapi aku rasa sangat puas dan berbaloi.
Berbalik kepada trip jerangkang ini, aku sebenarnya tak tahu apa-apa pun pasal itenary trip 4wd ini. Tiba-tiba dipelawa oleh seorang hamba Allah, tak tahu pun organisernya adalah Pennzoil Malaysia, dan tak tahu pun ada sesi flag off di Shah Alam. Pendek kata, tak tahu apa-apa. Yang bestnya, dapat tshirt Pennzoil 2 helai, handkerchief, certificate, pen, sticker, minyak pennzoil, dapat test drive, dan trip ni adalah free. Sangat berbaloi. Terima kasih Pennzoil Malaysia. Semoga staffmu mendapat rahmat Allah S.W.T selamanya.
Yang aku tahu pasal trip ni, aku kena sampai ke tempat yang dijanjikan sebelum 3pm, sebab nak bergerak ke destinasi dalam jam 3pm. Tapi Allah Maha Kuasa, ada aral melintang dah berlaku, kereta 4wd breakdown, tunggang terbalik aku tengok sesama diaorang repair kereta. Nasib baik ok, sudahnya selepas Magrib barulah kitaorang bergerak. Sampai destinasi aku tak ingat jam berapa. Yang pasti, aku dah letih sangat, dahlah kat rumah, aku kemas rumah, sapu sampah, mop lantai, cuci bilik air, basuh baju, sidai kain baju, karpet dan toto, lap cermin dan sebagainya, ditambah dengan perjalanan lebih 3 jam, aku rasa tersangat letih.
Tapi, aku tak dapat lelapkan mata langsung di dalam kereta kerana aku duduk di seat belakang, agaknya aku rasa janggal sebab dah lama tak merasa 'air tangan' orang lain yang drive. Bila trek ikut jalan balak, lagilah rasa tak selesa, melambung-lambung je. Nasib badanlah kepada penumpang belakang seperti aku.
Kami adalah 4wd terakhir sampai di destinasi. Ada lebih 30 biji 4wd menanti. Kami memang dinantikan oleh peserta lain, sampai je aku memang target nak kuak lentang je, tapi aku rasa janggal yang kedua. Sebab dah lama tak masuk hutan, aku tak boleh nak lelapkan mata biarpun aku paksa pejam. Barangkali berubah tempat tidur. Tiba-tiba bau hutan menerjah nostalgia lama, di mana sebelum ni setiap minggu aku berkecimpung dalam aktiviti masuk hutan dan berkhemah di dalam hutan.
Trip ni aku rasa menarik sebab aktivitinya yang secara tak langsung memupuk semangat cintakan alam. Semua peserta keesokkan paginya selepas sesi ponco-ponco dikehendaki mengutip apa saja yang dilabelkan sebagai sampah termasuk sampah masyarakat ke dalam plastik beg besar yang disediakan satu setiap seorang.
Aku rasa senang hati, ikhlas dan rela hati walaupun ditugaskan mengutip sampah yang bersepah bertaburan menyemakkan mata setiap yang memandang di kawasan air terjun Jerangkang. Ni bukan kali pertama aku kutip sampah di dalam hutan, dan pastinya ni bukan kali terakhir. Aku pun nak menyumbangkan juga sesuatu untuk alam, tak mampu dari segi kewangan, dari segi kudrat aku rasa cukup memadai.
Sambil menyelam, sambil minum air kan. Selasai kutip sampah, aku ambil kesempatan berendam di dalam kolam. Rasa aman dan tenang. Dah lama aku tak mandi air sesegar ini. Dah lama aku rindukan hutan. Tapi aku dah malas nak mendaki gunung. Maka, mengikut trip 4wd ni adalah satu tindakan bijak untuk melepaskan rasa rindu terhadap hutan indah ini ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Aku terpesona. Aku betul-betul rasa bahagia.
Hutan yang indah ni buatkan aku teruja bangat. Berat hati nak pulang ke KL. Aku sengaja melengah-lengahkan masa semua peserta sebab aku tak ikhlas nak pulang KL sebenarnya. Percaya atau tidak, geng-geng aku sebanyak 4 biji 4wd adalah peserta terakhir tinggalkan hutan itu. Hehehe. Terfikir di benak aku, tu baru hutan, dah teruja tahap maksima, rindu tahap maksima. Kalau syurga? Agaknya macam mana perasaan aku agaknya ya? Tak terjangkau dek fikiran aku.
Betapa kerdilnya aku nikan. Sepanjang perjalanan pulang, mulut aku tak berhenti mengucapkan syukur pada Allah kerana masih memberikan aku nikmat menyedut udara segar di hutan dunia yang sangat indah ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan