14Muharam. Aduhhh, cepat bangat masa berlalu. Beberapa hari lagi nak masuk tahun baru. 2010 akan jadi satu kenangan, orang katalah kan, selagi ianya bernama kenangan, mati hidup semula pun kita pasti takkan boleh lupa punyalah kenangan tersebut, orang yang katalah, bukan aku kata. Orang kata lagi, cuma janganlah terkenang sangat, apa yang penting daripada kenangan yang dah berlalu itulah kita wajib pelajari sesuatu. Pengalamanlah yang akan mendewasakan kita ya tak? Dan 2011 pula akan jadi satu harapan. Sempena nak menutup akhir tahun ni, aku cuba nak membuat sesuatu yang bermakna dalam hidup, sesuatu yang pastinya dapat memberi manfaat kepada hidup aku kelak.
Maka, aku register dan attend kursus pra perkahwinan yang berlangsung selama 2 hari bermula sabtu lepas di sekitar ibu kota. Wahhh, macam nak kahwin je bunyinya. Memang aku nak kahwin, tapi bukan dalam masa terdekat ni. Tak ada aral melintang, aku kahwin juga satu hari nanti. Insyaallah. Tujuan utama aku attend kursus tu sebab nak cari ilmu rumah tangga, akukan suka mencari info, tapi tidak juga sebijak mana, aduhai. Lagipun, aku akan terjebak juga satu hari ke alam penuh liku ni, maka wajiblah kiranya aku bersedia lebih awal, bersedia daripada aspek teori, bukan praktikal ya, sebab ilmu rumah tangga ni pada aku tersangatlah complicated. Pada orang lain, especially yang dah berkahwin, aku tak tahulah pula bagaimana reaksi mereka, mungkin jawapan yang bakal diterima pasti berbeza-beza.
Nak kahwin atau tidak, aku rasa semua orang wajib hadiri kursus kahwin ni, yang mana pada pendapat aku, segala tajuk dan silibus yang ada di dalam kursus ini sangat-sangat mustahak dan wajib diketahui oleh umum. Walaupun ada yang berikrar sekalipun tak nak kahwin, wajib juga attend kursus ni sebab kursus ni ada hubung kaitnya dengan hidup bermasyarakat. Contoh silibus tersebut ialah bab komunikasi. Bab inilah bab yang paling aku suka sangat di antara semua bab yang terdapat dalam keseluruhan silibus. Bab yang sentiasa aku tekankan kepada orang sekeliling aku termasuklah kawan-kawan baik aku dan kawan-kawan ofis aku.
Jangan pula anggap aku terer dalam berkomunikasi. Aku pun setiap hari sentiasa belajar cara dan teknik berkomunikasi yang paling proper, yang paling sewajarnya, yang paling efisyen. Pendapat akulah kan, tak semua orang tahu cara berkomunikasi yang betul, sekalipun dia pernah declare SPM Bahasa Melayunya dapat 1 atau A, percayalah ramai yang gagal dalam berkomunikasi sebenarnya termasuk aku. Tak semua orang tahu cara komunikasi yang berhemah dan tak semua orang tahu kepentingan komunikasi dalam sesebuah hubungan. Kebanyakkannya tak ambil peduli pun. Mereka tak sedar lidah itu lebih tajam daripada sebilah pedang, mereka tak sedar kerana kata-katalah boleh membawa padah.
Biasanya semua orang sekadar reti bercakap, termasuk akulah ni, tapi tak semua orang sedar, tak semua orang faham, komunikasi yang bijak boleh membantu menyuburkan, menyemarakkan hubungan silatulrahim, boleh membantu menjaga hubungan. Manakala komunikasi yang lemah boleh berterusan hancurkan sesebuah hubungan yang dibina. Komunikasi yang teruk akan menyebabkan hubungan akan menjadi retak menanti belah. Orang sangka air liur free boleh bebas berkata-kata, tapi kesan dan impaknya kemudian, kadang-kadang di luar jangkaan fikiran kita sendiri. Agaknya sebab tu ek statistik kes penceraian meningkat, aku agak je. Maka, marilah kita sama-sama belajar kaedah komunikasi yang dapat membuatkan sesebuah hubungan yang dibina bertahan selamanya. Percayalah, kreativiti dalam berkomunikasilah yang akan menyebabkan hubungan tidak akan pernah bosan.
Dan aku rasa pasangan yang dah lama berkahwin yang tak pernah merasa kursus kahwin ni pun wajib attend kursus ni (aku cadangkan saja, tapi aku rasa tak dibuat dek orang), apatah lagi pasangan tersebut bermasalah dalam hubungan (tak payah pergi mahkamah untuk attend sesi kaunseling). Secara tak langsung kursus ni mengajar kita supaya sentiasa bermuhasabah diri, sentiasa cermin diri kita seadanya dan sentiasa lakukan perubahan yang positif daripada segi jasmani dan rohani mengikut acuan Islam. Dari sudut lain, kursus ini memberi kaunseling secara tersirat dan halus bagaimana nak mengukuhkan institusi kekeluargaan daripada berdepan dengan ancaman dugaan sekeliling. Ustaz dan ustazah juga berulang-ulang kali menekankan konsep berbincang secara efisyen, bukan bincang cari siapa yang salah. Bawalah berbincang selagi boleh.
Semasa kursus berlangsung, aku ditemani oleh anak saudara yang sebaya aku juga sebenarnya. Kitaorang hanya berbeza bulan kelahiran, tapi tarikh lahir jatuh pada nombor yang sama, cuma aku berpangkat mak saudara kepadanya. Aku sangkakan kamilah yang paling tua dalam kursus tersebut, sebabnya yang datang kursus tu kebanyakannya lahir tahun 1984-1986. Tapi, adalah segelintir yang aku tengok lebih tua daripada aku, tahun 60-an pun ada, sehinggakan anak saudara aku terlepas cakap, eh macam pangkat makcik je tu. Aku cakaplah, tak baik cakap begitu, rezeki masing-masing, tak semestinya kahwin di usia muda bawa bahagia. Kakak yang digelar makcik oleh anak saudara aku tu macam segan silu, sebab dia memang nampak ketara perbezaan usia jika nak dibandingkan dengan aku, apatah dengan peserta kursus lain yang lebih muda.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari bermula sabtu pagi dikendalikan oleh fasilitator bertauliah dan berpengalaman yang kebanyakannnya datang daripada JAWI. Ada juga penceramah bebas dan ada juga fasilitator daripada Jabatan Kesihatan, di mana membincangkan tajuk stress dan kesihatan secara khusus especially tentang dunia HIV, mengandung dan proses kelahiran. Tak lupa kaedah penyusuan ibu juga sangat-sangat ditekankan daripada sudut sains dan islam. Ada 17 tajuk yang dibincangkan sebenarnya dan kesemua tajuk yang dibincangkan sangat-sangat menarik minat aku, walaupun ada di kalangan peserta yang tertidur semasa kelas sedang berlangsung, tapi aku tetap segar dan excited dengan topik yang diperkatakan.
Kalau suruh aku attend kursus ni sebulan sekali pun aku sanggup sebenarnya (ongkosnya sahaja tak sanggup kot?, sekali kursus dah RM80), sebab sangat banyak informasi aku perolehi, samada informasi tersebut aku dah sedia tahu (sekadar nak refresh, manusiakan mudah lupa) atau informasi baru yang aku tahu atau tak terfikir pun nak ambil tahu selama ini.
Pada aku, kursus ni tak membosankan langsung, malah sangat menghiburkan dengan telatah fasilitator yang cukup bijak menghiburkan peserta, maka aku tak faham langsung kenapa ada yang masih tertidur di dalam kelas? Selama ini aku nampak dan saksikan ustaz je pandai buat lawak, sangkaku silap, sebaliknya, ustazah buat lawak tak kurang hebatnya. Selayaknya boleh menjadi pelakon komedi hebat, sangat berbakat. Sangat berkesan kat hati aku. Membuatkan aku terkenang-kenang lawak mereka hingga ke saat ni. Lawak bukan sebarang lawak, lawak yang sarat dengan mesej tersirat dan tersurat. Ada masa dan ketika, air mata aku tanpa diminta bergenang, hati aku betul-betul terusik dan tersentuh dengan kata-kata ustazah.
Selama 2 hari, dengan nilai RM80, aku dapat banyak info berguna. Semuanya berkisar tentang perkahwinan. Daripada sekecil-kecil skop, sehingalah ke sebesar-besar isu tentang alam rumah tangga yang banyak ranjau dan duri. Setiap kali sesi, ustaz dan ustazah pasti menekankan bersungguh hati tentang isu penceraian yang semakin melampau, yang semakin berleluasa sekarang ini. Dah menjangkau ke angka 27 ribu kes yang didaftarkan sehingga 2009. Kes yang tak didaftarkan tak tahulah banyak manakan. Bayangkan kata mereka, statistik ini sangat memalukan umat Islam di Malaysia!
Punca penceraian pula kata mereka, hanya membangkitkan isu remeh temeh yang tak berbaloi, yang kadang-kadang tak boleh terima dek akal, jangan terkejut kata mereka, antara sebab musabab punca penceraian yang didaftarkan di JAWI adalah kerana ubat gigi. Uikssss! Memang tak boleh terima pakai kan alasan kerana benda seremeh itu. Tapi, itulah yang berlaku kata ustaz dan ustazah. Mereka yang bekerja di JAWI di jabatan kaunseling pun sebenarnya masih tak faham dengan mentaliti pasangan yang bercerai itu, tapi itulah hakikat di dunia akhir zaman yang serba canggih dan moden ini.
Banyak kes juga penceraian melibatkan laman sosial Facebook. Yang ni tak adalah aku terkejut mana, sebab dalam suratkhabar pun banyak memaparkan kes macam ni. Kes sebegini memang membuatkan aku agak gerun mendengarnya. Facebook tak bersalah pun, yang salah mentaliti pengguna Facebook. Ishhh!
Ada juga yang bercerai menggunakan alasan sudah tidak serasi lagi. Macam lagu Ajai dan Nurul pula. Masa awal usia perkahwinan siap declare serasi dan sehati sejiwa seraga pula! Ada juga kes bercerai kerana tidak sayang lagi, tapi masa mula kahwin, sayang bagai nak rak. Kenapa jadi begitu? Ku sangka panas hingga ke petang. Adakah kerana sekali air sungai melimpah, sekali pasirnya pun berubah? Mana janji manis dulu, ikrar setia kononnya itu? Di sinilah peranan ustaz dan ustazah ni. Mereka membawa kitaorang mengkaji semula secara teliti dan khusus tentang permasalahan ini secara lebih serius dan mendalam dan kenal pasti punca permasalahan. Di awal perkahwinan mereka berkahwin atas dasar suka dan sayang, tapi mereka lupa atas tujuan apa perkahwinan dibina.
Topik ni sebenarnya topik biasa dan bukan topik baru pun di mata masyarakat umum. Tapi ustaz dan ustazah bijak mengupas isu ini dari perseptif Islam, daripada acuan Islam. Kata ustaz dan ustazah, 90% pasangan yang bercerai daripada statistik 27 ribu tadi, adalah pasangan yang tidak menunaikan solat, yang ponteng solat. Sangat menyedihkan. Sangat hiba!
Ustaz dan ustazah tekankan lagi, sebenarnya ikatan perkahwinan adalah peluang daripada Allah untuk kita semua buat pahala berganda-ganda. Perkahwinan adalah peluang daripada Allah untuk kita buang dosa masa silam. Seorang isteri taat pada suami, dapat reda suami, pahalanya berganda-ganda. Seorang suami, jaga makan pakai isteri, dapat pahala juga berganda-ganda. Itu hanya perkara asas. Belum dihuraikan dengan terperinci. Alangkah indahnya sepasang suami isteri sekiranya bersama-sama mengejar peluang pahala dan ganjaran yang dijanjikan Allah.
Itu belum topik proses mendidik anak-anak lagi. Kalau aku nak ceritakan setiap 17 tajuk, kang panjang berjela pula blog aku kang. Maka, aku ambil jalan pintas nak stop di sini, cuma aku nak kongsi di sini ialah aku sangat teruja dengan ilmu yang telah aku perolehi selama 2 hari kursus berlangsung. Berbaloi baloi. Topik yang dalam silibus tu semuanya topik biasa, tapi semua itulah asas dan tapak dalam permulaan nak membina perkahwinan yang bahagia, perkahwinan yang diredai oleh Allah, perkahwinan yang diberkati Allah, insyaallah. Ustaz dan ustazah cakap, perkahwinan itu sangatlah sukar, tapi seronok tau, sambil buat expressi muka yang agak gedik. Hahaha. Aku tak nak hurai yang ni, biar sama-sama kita bayangkan yang part seronok tu. Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
0 ulasan:
Catat Ulasan