~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 9 Februari 2011

Bukit Kayu Hitam - Trang - Krabi - Pangnga Bay - Phuket - Pendang - Sungkai - KL

4hb Februari selepas subuh, kami dah mula ready bersama uncle menuju ke border, bukit kayu hitam. Ada 3 buah van Siam yang besar menanti kami. Kami antara group yang terawal cop passport. Aku dah kebuluran, sekadar minum air masak sebaik saja bangun dari tidur tadi. Inikan sunnah nabi, setiap sunnah nabikan ada Nur nya. Dari sudut saintifik, amalan ni baik untuk turunkan paras gula di dalam badan.

Selepas melepasi border kami terus bersarapan. Aku terus menjamah nasi, sebab aku dah kebuluran. Kawan aku sekadar menjamah ala kadar, tapi aku jamah sesungguh hati. Akibat kekenyangan, aku skip makan tengahari. Cukup sekadar makan corn in cup. Manis giler. Teringat kenangan aku pernah bekerja part time satu tika dulu di salah sebuah fast food menjual jagung batang dan jagung dalam cup ini.

Untuk memaniskan jagung yang kononnya daripada Taiwan ini, semasa merebus jagung tadi, berkilo-kilo gula dimasukkan. Sebab itulah jagung tadi rasanya sangat enak dan manis, tapi bukan manis yang asli. Maka, janganlah tertipu dengan kemanisan jagung tersebut. Aku tak naklah sebut di sini nama company tu, tapi company yang menjual jagung sebegini tak banyak bilangannya di Malaysia, so bolehlah mengagak kan.

Dari Trang, perjalanan diteruskan ke Krabi. Walaupun ini kali kedua aku singgah di Krabi, aku tetap teruja. Selepas magrib, aku bergegas mencari kedai roti canai yang aku idamkan. Aku suka roti canainya, ada macam-macam flavor, ada chocolate + banana, ada banana + peanut butter, ada mango + pineapple, macam-macamlah. Tapi, agak manislah sebab ditaburkan susu di atasnya. Tak boleh makan banyak, walaupun sedap, tinggi kalorinya tu. Aku kena jaga kesihatan, lagipun kang tak muat baju pengantin aku kang. Kat kampung dah belasah secukup rasa, kat sini kenalah kurangkan makan. Konon nak kasi balance. cehhh.

Selesai makan, sesi bertawaf di walking street di situ yang ala-ala pasar malam. Tanpa ditemani uncle, kami bertiga sibuk menjamu mata. Kawan aku banyak shopping baju T sebagai kenangan. Memandangkan baju T aku saja dah lebih 3 kotak besar, aku padamkan saja keinginan nak membeli, sebab masih banyak lagi baju T yang aku tak pakai-pakai. Membazirkan amalan syaitan.

Aku membeli sepasang blaus bercorak harimau. Entahlah ni koleksi corak harimau yang keberapa. Dah tak boleh bilang sebab dah berlambak-lambak. Dulu payah bebenor nak cari barang-barang yang bercorak harimau, tapi setelah munculnya tahun harimau pada tahun lepas, mudah giler aku nak dapatkan corak tersebut. Maka senanglah aku nak menambahkan koleksi.

Aku memang gilakan corak harimau. Dah banyak koleksi harimau aku termasuklah blanket, kasut, tudung, beg, selipar, baju T, blaus, toto, seluar, selendang, baju kurung, dan macam-macam lagi termasuklah patung harimau 2 ekor. Selain itu, antara koleksi yang aku suka kumpul juga ialah barang-barang yang berwarna hijau. Kasut, baju T, baju kurung, tudung, skirt labuh, dan lain-lain lagi berwarna hijau termasuklah color cat dinding rumah aku. Maka, setiap kali travel, selagi boleh aku nak kumpul 2 koleksi ini.

Sebenarnya banyak lagi koleksi jenis lain yang aku suka kumpul, tapi entry kali ni bukan tentang koleksikan, sekadar nak bercerita tentang perjalanan aku. Ok, esoknya selepas checkout, kami meneruskan perjalanan ke Phuket. Singgah sekejap di Panganga Bay atau lebih dikenali sebagai James Bond Island, kerana James Bond pernah buat shooting filem di situ. Teringat aku pada Survivor Island di Pulau Tiga, Sabah.

Sesungguhnya aku sangat teruja dengan keindahan alam semulajadi tempat ini. Sesetengah tempat walaupun cantik tapi keasliannya dah hilang, tapi tempat ni sangat asli. Sungguh aku terpesona. Sangat berbaloi walaupun perjalanan dengan bot mengambil masa 2 jam pergi dan pulang. Setiap sudut kami mengabadikan kenangan. Sangatlah lawa. Mungkin ini adalah kali pertama dan terakhir aku jejakkan kaki di sini, tapi aku rasa nak menangis kerana masih diberi nafas, ruang dan peluang untuk melihat ciptaan Allah yang terbaik ini. Aku terasa begitu bersyukur, sangat bersyukur.

Singgah juga di perkampungan atas air. Majoriti di situ aku nampak ramai juga Muslim. Pendapat aku yang jahil, kalau aku ke tempat orang, nak bezakan Islam ke tak, kalau perempuan sure pakai tudung, lelaki pula pasti berjanggut. Tak tahulah pulak kalau bukan Muslim pun sudi simpan janggut. Ni sekadar pendapat aku nak membezakan mereka, dan setakat ni pendapat ni betul.

Di sini banyak benda yang boleh dibeli, tapi disebabkan aku tak buat pertukaran wang yang banyak, aku kena hadkan pembelian. Aku sekadar menjamu mata. Kreatif juga orang Thailand ni, banyak barangnya jualannya tak jumpa di Malaysia.

Perjalanan diteruskan ke Phuket. Sampai di Phuket lebih kurang 4pm waktu Malaysia. Cuaca panas terik. Aku jadi hilang mood nak berjalan-jalan. Sejak umur meningkat tua ni aku alah pada cuaca panas terik, mudah dapat sakit kepala. Maka, aku dan kawan aku sekadar bershopping di gerai-gerai tepi jalan. Kemudian kami check in di hotel di tengah bandar Phuket. Kalau nak honeymoon sesuailah menginap hotel yang mengadap laut, terbaiklah.

Esok pagi selesai solat Subuh, kami bertiga orang terawal dalam group yang check out. Bosan menunggu yang lain, kami berjalan di sekitar hotel untuk bersarapan. Sekali kena kejar anjing da, lari lintang pukang kitaorang. Teringat kenangan aku di Bali juga pernah kena kejar dengan anjing, tapi pada masa tu aku naik motosikal. Syukur aku tak jatuh daripada motor.

Selepas sarapan, perjalanan jauh bermula. Destinasi menuju ke Kedah diteruskan, dan sepanjang perjalanan aku melihat pemandangan sekitar. Aku mula tak sabar pulang ke KL, ohhh jauh lagi perjalanan ini. Sampai di border bukit kayu hitam dah magrib, jem yang teruk, selepas cop paspport pun kenderaan masih bergerak secara perlahan.

Tiba di rumah uncle dah 10pm, nampak gayanya aku pulang ke KL esok pagi jelah, nasib baik aku apply cuti 7hb. Kawan aku pula 8hb masih cuti. Esok pagi selepas Subuh kami bergerak meredah kegelapan Subuh melalui hutan getah hari menuju ke Kuala Ketil. Asalnya aku nak exit Gurun, tapi tersasar ke Kuala Ketil. Buat kali terakhir, aku merasakan kelazatan nasi lemak kampung untuk mengisi perut di situ.

Selepas melalui Ipoh, kawan aku cakap dia teringin nak mandi air panas di Hot Spring Sungkai. Aku pun exit Sungkai dan kami singgah berendam di situ. Selepas Zohor, kami bersiap pulang di KL. Aku tak sangka walaupun hari Isnin, jalan masih jem. Aku yang berada di fast lane pun asyik main brek je. Syukurlah jemnya jem yang masih bergerak cuma tak lancar.

Aku dah mula kebuluran sebab jam 4pm kami masih belum makan tengahari. Nak singgah R&R tak ada parking, malas aku nak mencari parking, penuhnya kereta di setiap R&R, sudahnya exit Rawang, kami makan di salah sebuah restoran. Disebabkan sarapan pagi tadi adalah nasi, aku mencuba pula Mee Kungfu di situ, sedap, tapi aku tak mampu nak habiskan, banyak sangat. Setelah menghantar kawan aku di Taman Bolton, aku meneruskan perjalanan aku nak jumpa buah hati aku yang baru pulang daripada kerja. Rindu juga aku ek pada dia, tapi aku kena lebih rindukan Allah. Tak boleh lebihkan makhluk dalam apa jua keadaan.

Aku mula terfikir di mana aku sering tinggalkan dia pergi travel ke sana sini, biarpun dia tak kisah, tapi aku tahu hatinya berat nak lepaskan aku sebab aku tak ada buat roaming, maka setiap kali aku keluar daripada Malaysia, kami terputus hubungan berhari-hari. Ada lebih seminggu kadang-kadang. Kesian dia. Dia pasti risaukan keselamatan aku. Tapi bagusnya dia, tak pernah sekat kegiatan dan aktiviti aku selagi aku pandai menjaga maruah diri. Terima kasih sayang kerana memahami yang aku ni kaki berjalan. Aku doakan supaya perkahwinan kita bahagia dalam rahmat Allah.

Sekadar menemannya makan malam (sebab aku dah kekenyangan yang maksima) berdekatan kawasan rumahnya, kami mengambil peluang untuk berbincang tentang majlis perkahwinan, hantaran, catering, goodies untuk tetamu. Bukan senang kami nak berjumpa, hari kerja jangan haraplah nak bertemu, aku memang malas nak keluar melepak, termasuklah dia.

Sambil berbincang, aku share pengalaman aku travel selama 7 hari. Sesekali dia ada bertanya dan menyampuk. Sambil dia makan, dia turut memberi idea tentang majlis perkahwinan kami yang nak buat ala kadar, ada perkara yang terpaksa dibatalkan untuk minimakan bajet. Ada masa kami berbalah pendapat, tapi kami mengamalkan sikap toleransi. Percaya atau tidak, kalau kami bergaduh biasanya tak sampai 10 minit dah berbaik semula. Sebab dia jenis tak reti nak bergaduh, aku lagilah tak reti nak bergaduh, ni yang membuatkan salah satu sebab kenapa aku pilih dia. Lain entry aku ceritakan secara details kenapa aku memilih dia, sebab family aku pun pernah tanyakan soalan yang sama, sebab dulu, aku ada banyak pilihan.

Kami singgah di masjid berdekatan untuk solat magrib sebelum aku meredah kegelapan malam pulang ke rumah seorang diri. Mula-mula dulu takut juga nak drive sorang diri waktu malam, tapi alah bisa tegal biasa. Sebelum ni aku banyak travel tengah malam ikut trip mendaki di utara, selatan dan pantai timur, maka takut itu perlahan-perlahan hilang. Tiba di rumah aku terus membasuh pakaian kotor aku yang berlambak-lambak 7 hari punya stok, termasuklah pakaian basah dan pakaian yang belum sempat dibasuh tempoh hari.

Aku sempat lagi berfikir tentang majlis kahwin. Aku hanya ada masa kurang lebih 2 bulan sahaja lagi untuk jadi isteri orang. Pastinya rutin harian aku akan berubah. Tapi, mampukah aku pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang solehah yang taat pada suami dan Allah. Aku mengaku sayangkan Allah, tapi ada benda yang tak mampu aku buat secara konsisten seperti bangun solat malam, maka, layakkah aku beriya nak masuk syurga. Begitu juga dalam perkahwinan, konsistenkah aku untuk memegang amanah sebagai seorang isteri. Boleh ke? Tiba-tiba rasa excited nak kahwin terus hilang sebab aku jadi takut bercampur ngeri apabila memikirkan tanggungjawab yang bakal aku pikul dan hadapi kelak. Aku jadi takut, hilang sudah segala rasa semangat nak kahwin.

Aku hanya wanita biasa.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

seronoknye dia travel.. :D

takde gambar kat krabi ke dik?

marinahunny berkata...

kahwen ni seronok tapi tanggungjawab ye berat..tapi yg pastinya ia melengkapkan hidup kita ;)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

mak dara : mmg seronok berjalan ni kalau ada duit lebih mahunya berborong sakan,

ada gambarnya, tapi sy malu nak upload :-)

marina : betul tu, perkahwinan itu satu pelengkap dan peluang drpd Allah untuk tambahkan pahala berganda :-)