Semalam aku tengok drama ni. Dah lama bebenor aku tak layan drama melayu. Bukan sebab aku anti drama melayu, banyak drama melayu yang dah berkualiti sekarang walaupun ada segelintir dramanya kurang pengisian.
Antara babak dalam drama tu yang tersentuh hati aku ialah apabila 2 sahabat yang sedang berbincang mengenai rakan karib mereka yang dibunuh semalam. Sebelum dibunuh, rakan mereka itu sempat bergurau dan bergelak tawa kononnya kalau dia mati esok pasti dia akan berenang-renang di dalam neraka kerana tak sempat bertaubat atas dosa yang menimbun. Rakannya Kasyaf ini terasa kesal dan sedang membayangkan bagaimanakah keadaan sahabatnya itu di alam kubur.
Tiba-tiba aku teringat seorang rakan aku yang dah jadi arwah. Dia muda setahun daripada aku. Kami pernah menjadi rakan baik. Dan dia pernah melamar aku untuk jadi kekasihya. Pada masa itu aku rasa aku belum bersedia nak jadi seorang kekasih mahupun isteri. Maka aku sekadar memberitahunya aku hanya nak berkawan rapat dengan dia. Kalau ada jodoh, adalah, kalau tidak aku akan jadi sahabat dia selagi hayat dikandung badan.
Kisah ini sebenarnya berlaku pada tahun 2005. Walaupun hubungan kami baik, tapi kami tiada keserasian dan persefahaman. Tapi aku tetap melayaninya sebagi kawan baik biarpun ada masa kami bertekak. Ada sekali, dia ada membuat satu kesilapan, maka, aku ambil tindakan bijak menegurnya dengan paling berhemah. Aku katakan padanya kita tak tahu bila nak mati, ubahlah perangai tu, masih belum terlambat untuk bertaubat. Dengan ketawa berdekah, dia sound aku, dia kata dia muda lagilah, tak sakit apa-apa, so belum nak mati. Aku jawablah, tak apalah tak nak dengar, esok kat kubur ingat apa yang saya cakap ni. Masa tu dah terlambat.
Kemudian, tak lama beberapa minggu, aku terlibat dalam operation lutut. Aku kena pakai 2 tongkat untuk bergerak. Jalan pun tempang dan berjengket-jengket. Pergerakan aku jadi terhad dan sangkut-sangkut. Masa tu baru ku tahu betapa besarnya rahmat Allah bagi aku kaki yang normal untuk bergerak, berjalan, melompat dan berlari. Allah baru tarik sekejap, dah huru hara rutin aku.
Aku yang OKU sedang enak tidur dikejutkan dengan deringan hp di tepi telinga. Aku tengok jam 1am lebih. Nombor pemanggil pula sangat asing. Aku jawab dalam mamai. Lelaki di hujung talian memperkenalkan dirinya sebagai kawan kepada kawan aku yang tadi. Kelam kabut dengan nada cemas dia bagitau kawan aku terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sedang koma di ICU. Aku layan ala kadar sebab aku tak percaya.
Aku pun cakaplah aku dahlah tak berupaya nak bergerak, sakit lepas operation pun belum hilang. Dahlah tadi sebelum aku nak terlelap kawan aku satu kolej dulu call bagitau ada seorang kawan satu kolej kena bunuh. Ini dapat panggilan ni pula, aku memang tak percaya.
Sudahnya esok siang lelaki tadi datang ke rumah aku. Ditemani twin aku, kami segera ke hospital. Aku rasa hospital serdang kot. Aku pun dah lupa. Dengan berjengket, bertongkat kiri kanan, aku rasa jauh benor aku nak menapak ke bilik ICU. Terasa terseksa sungguh pergerakan aku.
Mengalir air mata aku melihat keadaan kawan aku yang masih tak sedar di bilik ICU. Peronda KESAS jumpanya terdampar di tepi bahu jalan dalam keadaan pengsan. Motor yang ditunggang terbalik di tepi jalan. Sehingga sekarang masih tak tahu apakah punca kemalangan itu. Mungkin langgar lari, motornya elok, tak ada cacat cela, tapi kawan aku tadi akhirnya meninggal selepas koma beberapa bulan.
Sebelum itu, hampir setiap hari aku pergi melawatnya di hospital, aku menangis di sisinya, aku minta dia sedar semula, aku nak bercakap dengan dia, aku nak mohon ampun sekiranya aku ada buat salah dengan dia. Setelah aku tegur kesilapannya tempoh hari, hubungan kami jadi agak renggang ekoran dia enggan dengar nasihat aku. Tapi sebelum dia terlibat dalam kemalangan, dia ada selitkan sehelai tudung color maroon dan 3 kuntum bunga di pintu grill rumah aku. Mungkin tanda mohon maaf darinya. Mungkin.
Kisahnya hampir sama seperti dalam drama Kasyaf Imani. Bezanya cuma Kasyaf ditikam dan masih diberikan peluang kedua untuk hidup, masih diberi peluang untuk bertaubat. Air mata wanita aku mengalir lagi terkenangkan sahabat aku tadi. Segera aku sedekahkan al fatihah lagi untuknya. Aku harap dia sempat bertaubat. Aku doakan semoga rohnya sentiasa berada di kalangan orang-orang beriman. Aku doakan dia dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.
Aku juga sentiasa harap diberikan bukan sahaja peluang kedua, tapi aku pohon segala dosa aku diampunkan Allah. Banyaknya dosa aku kat dunia ini. Aku harap segala urusan ibadah aku sentiasa dipermudahkan oleh Allah.
Drama Kasyaf Imani berakhir dengan tragedi adik perempuannya meninggal dunia kemalangan jalan raya tanpa sempat bertaubat dan minta ampun kepada Kasyaf dan ibunya. Ini sekadar drama swasta. Tapi realitinya macam mana? Kat kubur pasti kena azab. Syurga di telapak kaki ibu. Tanpa reda ibu, ishhhhh ngeri aku nak bayangkan lagi.
Allah belum cabut nyawa aku. Aku bersyukur diberi peluang untuk beribadah. Terima kasih Ya Allah, permudahkanlah urusan ibadah aku. Masukkanlah aku dalam syurga tanpa hisab.
Aku menongkat dagu dengan lelehan air mata. Sesungguhnya aku takut mati.
Drama Kasyaf Imani berakhir dengan tragedi adik perempuannya meninggal dunia kemalangan jalan raya tanpa sempat bertaubat dan minta ampun kepada Kasyaf dan ibunya. Ini sekadar drama swasta. Tapi realitinya macam mana? Kat kubur pasti kena azab. Syurga di telapak kaki ibu. Tanpa reda ibu, ishhhhh ngeri aku nak bayangkan lagi.
Allah belum cabut nyawa aku. Aku bersyukur diberi peluang untuk beribadah. Terima kasih Ya Allah, permudahkanlah urusan ibadah aku. Masukkanlah aku dalam syurga tanpa hisab.
Aku menongkat dagu dengan lelehan air mata. Sesungguhnya aku takut mati.
4 ulasan:
Semoga dia di tempat di dalam golongan orang orang yang beriman dan di rahmati Allah.
imanamani : ya, sy pun sering doakan perkara yg sama :-)
ala sedihnya....mlm td, tgk cerita tu sambil busy melayan anak buah...tgk sikit2 jer..klu mengadap secara siyes, mesti sy pon nangis..
daela : sy sedih semasa kasyaf di alam koma merayu dan minta tlg daripada imani utk memohon ampun dari ibu kandungnya :-)
Catat Ulasan