~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 16 Februari 2011

Semangat yang hilang

16 Februari 2011. Tirai bujang bakal berlabuh genap lagi 2 bulan. Sesungguhnya, hilang terus rasa teruja untuk bergelar raja sehari. Dugaan datang daripada setiap sudut. Syaitan laknatullah pula ambil kesempatan membisikkan kata-kata negatif. Hati aku jadi sedih. Jiwa aku walang.

Aku tak mampu nak berbicara melalui jari jemari ini kerana hati aku betul-betul terhiris. Cubaan yang datang hampir nak melumpuhkan semangat aku nak buat majlis yang murni ini. Aku keseorangan menanggung dugaan ini. Aku keseorangan memendam rasa. Memang aku dah jangka situasi ini pasti berlaku. Tapi, aku tak sangka aku kurang kuat menghadapinya kali ini. Aku tetap insan biasa.

Sebagai manusia, aku menangis semahunya. Semangat yang hilang makin lenyap tanpa bantuan sesiapa. Aku malu sendirian kerana dugaan ini tak mampu aku hadapi. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku. Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ku yang tak seberapa ini. Ya Allah, hanya pada Mu tempat aku mengadu, aku hanya insan lemah yang tak berdaya. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Penyayang.

Perkahwinan ini adalah kerana Mu Ya Allah. Aku nak berkahwin kerana Mu. Aku nak buat pahala banyak-banyak. Aku nak mati dalam reda Mu dan reda suamiku. Bantulah aku Ya Allah, kuatkan hati aku untuk hadapi semua dugaan ini. Aku tak ada siapa pun ya Allah selain Engkau. Aku terkontang kanting sendirian, aku tak sekuat mana Ya Allah, kuatkanlah kesabaran aku, huraikanlah segala kekusutan aku. Bantulah aku Ya Allah dari segala rezeki yang tak disangka-sangka. Sesungguhnya Engkau Maha Melihat dan Maha Mengetahui

Aku merayu pada Mu Ya Allah, lapangkanlah dadaku. Gembirakanlah hati aku yang sedih. Aku merayu pada Mu Ya Allah, aku tak ada kekuatan lagi Ya Allah. Aku tiada daya upaya selain Engkau membantu aku Ya Allah. Aku sujud pada Mu Ya Allah. Aku sembah pada Mu Ya Allah. Tiada Tuhan selain Engkau Ya Allah. Sesungguhnya hanya pada Mu tempat aku mengadu. Permudahkanlah segala urusan majlis perkahwinan aku Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Adil dan Bijaksana.

Lega hati aku sekarang. Luahan rasa dan doa telah aku lakukan. Harapan agar permintaan aku ini ditunaikan. Harapan agar semangat kembali pulih dalam nak menghadapi dugaan yang telah aku jangka.

Orang lain nak kahwin tentu rasa gembira, tapi aku pula sebaliknya. Nak buat macam mana, dah nasib badan, pasti ada hikmahnya.

Maaflah luahan rasa ini tak membantu kalian dalam memberi input dan info. Aku dah tak mampu nak menanggungnya sejak semalam. Tapi aku tak pandai nak cerita kat sini sebab aku tak reti nak mulakan di mana. Semuanya berpunca daripada saudara aku yang hanya pandai bagi pendapat tapi tak pernah membantu, maklumlahkan siapalah aku ini. Sekadar menumpang kasih. Selama ini pun aku tak pernah mengharapkan diaorang dalam urusan duniawi aku, tapi hati aku terguris sebab mereka hanya tahu bercakap, tapi tidak pula nak membantu. Adakah fitrah manusia hanya tahu pandai komplen?

Doakanlah segala majlis aku berjalan lancar. Aku hanya mampu berdoa, tapi aku sendiri dah tak ada upaya melainkan atas izin Allah.

7 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Assalamu'alaikum Dik...

tabahkanlah hatimu, InsyaAllah pertolongan Alalh pasti datang. semoga semuanya akan berjalan dengan lancar dan bahagia itu milikmu jua nanti...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

waalaikummussalam akak :-)

tkasih akak atas doa mu itu

sy doakan akak juga sentiasa dlm rahmat Allah :-)

Tanpa Nama berkata...

insyaAllah Allah setiap kejadian yg berlaku ada hikmah disebaliknya..

cuba bawak2 bertenang dan berdoa banyak..dan jangan terlalu memikirkan sesuatu yg belum terjadi..Allah itu maha mengetahui apa yg kita tak tau..

marinahunny berkata...

sabar ye...Allah itu maha adil dan maha mengetahui. benda yg baik mmg banyak dugaan, nak kawen apatah lagi. syaitan mmg tunggu masa je nk cucuk jarum..

banaykkan sabar dan tabahkan hati ;)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

mak dara : terima kasih atas ingatan murni itu, insyaallah sy akan ingat :-)

marina : syaitan ni mmg laknatullah, mcm2 dia dah cucuk sy :-)

terima kasih atas semangat kalian :-)

cikceriacorner berkata...

salam..

bersabarlah..semakin banyak dugaan yg datang..ianya menguji kesabaran dan keimanan kita..

insyaallah ada hikmah disebaliknye..saya doakan semuanye berjalan lancar..tahniah..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

salam cik ceria : tkasih cik ceria atas doa mu :-)