1hb Februari jam 11 pagi perjalanan diteruskan ke utara semenanjung bersama 2 orang teman aku. Syukurlah jalan tak jem, dan aku sampai di kampung dalam jam 3 petang. Sementara menunggu kakak kandung aku pulang daripada kerja, aku membawa mereka singgah di Hutan Lipur Bukit Hijau, sekadar untuk menjamu mata. Teringin nak mandi sebenarnya, tapi sunyi sangat, hari bekerja tak ada orang datang bertandang di situ kecuali kitaorang bertiga. Maka, niat untuk mandi terus dilupakan.
Rasanya hampir 15 tahun aku tak jejakkan kaki di situ. Banyak perubahan dah berlaku, dan aku puji tempat tu dah semakin cantik dan terjaga. Bukan semua kawasan air terjun bersih dan terjaga especially tandas dan suraunya. Sambil meninjau kawasan sekitar, kami sempat snap beberapa keping gambar untuk diabadikan sebagai kenangan. Walaupun tak mandi-manda, kami tetap merendam kaki dan merasakan kesejukan air daripada Gunung Inas ini.
Kemudian, aku singgah di rumah abg kandung aku, berjumpa 2 orang abang kandung dan bapak kandung aku. Bapak kandung aku pulak yang beriya nak mengisi borang wali dengan segera. Kami berborak apa yang patut walaupun rasa kekok tetap ada, sebab dah lama tak jumpa mereka agaknya. Aku cuba meramahkan diri.
Selesai urusan mengisi borang, aku meneruskan perjalanan ke rumah kakak aku. Tiba saja azan magrib berkumandang, cepat-cepat kami mandi membersihkan diri dan menunaikan kewajipan bersolat. Kemudian membantu kakak kandung aku di dapur. Kawan aku tercengang-cengang sebab kami berkomunikasi loghat utara. Orang utara kebanyakan bercakap kuat dan lantang, kawan aku ni lembut orangnya, cakap lemah gemalai dan perlahan suaranya, mungkin dia mengalami kejutan budaya.
Kejutan budaya yang kedua ialah masakan sebelah utara kebanyakannya pedas belaka, sambal belacan pasti ada, kawan aku tak boleh makan pedas, kasihan, dia terpaksa memilih makanan yang kurang pedas untuk mengisi perut.
Aku memberitahu tujuan aku pulang ke kampung. Kakak aku tumpang gembira aku bakal berkahwin kerana dalam adik beradik kandung 9 orang, aku sorang saja yang belum berkahwin. Adik kembar aku dah berkahwin 2 tahun yang lepas. Aku cakap aku buat kenduri kecil-kecilan sahaja sebab aku memang tak mampu. Akukan tak ada duit, banyak hutang plak tu, kereta, rumah, semuanya aku sendiri bayar, maka, aku tak naklah selepas kahwin kang aku yang bankrup.
Esok harinya aku menuju ke kampung tempat aku dibesarkan, menjemput saudara di sana ke majlis aku yang tak seberapa. Kemudian, kami beramai-ramai singgah di Tg Dawai, menjamu selera ikan bakar dan bershopping belacan. Banyak sungguh belacan yang sepupu aku dari kl borong, busuknya bau kereta aku. Malam kedua ni aku tidur di rumah sepupu aku pula, sajalah nak berubah tempat tidur, lagipun jarak rumah akak aku dan sepupu aku tak sampai pun 1 kilometer.
Dulu mereka tinggal di rumah kampung. Kemudian mereka sama-sama membeli rumah di kawasan perumahan yang berhampiran sekolah, senang anak-anak mereka nak ke sekolah. Aku pula seumur hidup tak pernah tinggal di kawasan perumahan taman sebegitu. Aku dibesarkan oleh keluarga angkat yang miskin, tapi kaya kasih sayang. Bayangkan tingkatan 4 baru aku merasa pakai dapur gas dan peti ais, itu pun setelah kematian arwah ayah, abg angkat aku (anak kandung arwah ayah angkat aku) belikan. Maka, aku ambil peluang berbasikal sekeliling taman tersebut, lagipun dah lama bebenor aku tak naik basikal, dah berbelas tahun.
Hari terakhir aku di kampung, aku singgah di rumah tempat aku dilahirkan. Rumah tu kosong, hanya disewakan kepada kera. Semua bantal, selimut habis dihancurkan oleh kera-kera itu. Sekali pandang rumah tersebut macam diliputi salji tebal akibat kekabu yang bertaburan bersepah berterbangan. Selesai kemas, sekali lagi aku bawa anak-anak buah aku ke hutan lipur bukit hijau untuk berkelah. Ramainya orang, aku mulalah rimas, sebab aku tak suka crowded, nak je segera pulang.
Selepas Magrib, aku dan teman-teman aku segera ke Kg Lampam (KL), yang berada di dalam daerah Pendang aku rasa. Esok pagi kami selepas Subuh kami akan meneruskan perjalanan ke Phuket. Walaupun aku orang utara, tapi ini kali pertama aku menjejakkan kaki di sini. Aku rasa ni perkampungan Siam, sebab ada banyak Wat Siam. Sebelum tu aku singgah di Wat Siam Kg Kalai, meriahnya situ, siap ada konsert dan jualan gerai macam ala-ala Jom Heboh.
Kami tidur di rumah organiser yang kami panggil Uncle. Walaupun dia sekeluarga berbangsa Siam, tetap mesra dan ramah melayan kitaorang. Nilah kali pertama aku tidur di rumah orang Siam. Selesai solat Isyak dan packing barang, kami bertiga segera tidur. Tak sabar rasanya aku nak ke destinasi impian aku itu.
P/S : Perjalanan 3 hari ini saja dah mencecah lebih 1500 kilometer dan aku yang memandu. Aku tak kisah, sebab aku memang enjoy apabila memandu.
Kat KL, 4 hari sekali pun aku susah nak jamah nasi, tapi di kampung, 4 kali sehari aku melantak makan nasi. Itu belum campur minum petang dan lain-lain. Memang sesi membesarkan badan sungguh. Apa tidaknya, tiba-tiba je selera aku datang, apa lagi belasah secukup rasa. Hahaha
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang menatap kampung halaman lagi. Entah bila pula aku nak pulang lagi. Doaku agar seluruh keluarga aku sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya 3 hari bersama mereka aku maksimumkan seadanya untuk merapatkan kembali silatulrahim yang kian jauh. Sebagai manusia, aku tetap sayang mereka.
P/S : Perjalanan 3 hari ini saja dah mencecah lebih 1500 kilometer dan aku yang memandu. Aku tak kisah, sebab aku memang enjoy apabila memandu.
Kat KL, 4 hari sekali pun aku susah nak jamah nasi, tapi di kampung, 4 kali sehari aku melantak makan nasi. Itu belum campur minum petang dan lain-lain. Memang sesi membesarkan badan sungguh. Apa tidaknya, tiba-tiba je selera aku datang, apa lagi belasah secukup rasa. Hahaha
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang menatap kampung halaman lagi. Entah bila pula aku nak pulang lagi. Doaku agar seluruh keluarga aku sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya 3 hari bersama mereka aku maksimumkan seadanya untuk merapatkan kembali silatulrahim yang kian jauh. Sebagai manusia, aku tetap sayang mereka.
4 ulasan:
Bak kata orang, air dicincang tidak akan putus. Semoga ukhwah yang bersambung itu akan terus tersimpul erat dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya. InsyaAllah. :)
terima kasih akak di atas doamu :-)
semoga semuanya berjalan lancar ;)
mesti banyak pengalaman hidup kamu..
marina : thanks ye
nak kata byk tu idak jugak, bolehlah, semuanya berwarna warni :-)
Catat Ulasan