~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 16 Jun 2011

Arak di Malaysia sangatlah hebat pengaruhnya

Hari ni ustaz cerita pasal arak masa kuliah zohor. Topik ni biasa je pada sesetengah orang. Tapi pada aku, ada banyak point yang boleh aku kutip. Sebelum tu aku pernah baca Malaysia jatuh pada negara ke 10 dalam dunia pembelian arak. Tadi pun ustaz cakap tu.

Aku tak adalah terkejut sangat bila ustaz dah cakap macam tu. Sebab pada aku walaupun malaysia ni negara Islam, tapi rakyat Malaysia ini berbilang kaum. So mungkinlah orang yang bukan Melayu yang minum ye tak? Aku cuba bersangka baik.

Tapi apabila ustaz kata percentage penggunaan arak di kalangan orang Melayu adalah 4.8 juta, aku sangat terkejut. Hebatlah statistik ni aku kata.

Patutlah gejala sosial berleluasa di kalangan orang Melayu yang berbaka Islam. Rupanya salah satu sebabnya adalah arak. Patutlah dalam al quran dah sebut, arak adalah ibu segala kejahatan. Dari araklah kes berzina boleh berlaku dan disusuli oleh kes bunuh. Contohnya, bila dah mabuk melakukan zina, bila nak zina nak tutup kesalahan ada yang bunuh bayi yang dikandungnya, ada yang bunuh pasangannya. Begitulah.

Daripada minum arak, baiklah minum air pegaga ke, vocado jus ke, vegetables jus ke, sekurang-kurang kita sihat dengan mengikut pola pemakanan yang betul.

Sedap sangat ke arak? Aku pun tak faham

Minta dijauhkan daripada keluarga aku.

Belum kupas tentang topik dadah dan sebagainya. ishhh, aku yang terasa ngeri membayangkannya.

4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Bermula dengan ingin mencuba - akhirnya terus terjebak. Itu yang banyak terjadi. :(

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : menakutkan :-)

UMMI YL berkata...

kalau di langkawi arak sangat terbuka jualannya. murah juga..kalau disemenanjung setin mungkin 4-5 ringgit disana boleh jadi 2 ringgit. Paling menyedihkan ada satu masa disekolah dulu cikgu dpt tangkap murid yang minum arak dalam bekas plastik DISEKOLAH. Langkawi tu dahla panas..kami selalu kata panas sebab banyak arak dan helang yang dok terpacak kat sana..huh..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : laaa ek, tak tahu pulak kat sana berleluasa

maklumlah dah lebih 15 thn x pegi sana

nice info