~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 8 Jun 2011

Senjata yang dapat menghancurkan Iblis

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : ”Wahai Iblis, apakah senjata yang dapat menghancurkan engkau?”

Berkata Iblis, “Ya Nabi Allah. Orang-orang yang banyak berzikir dan banyak bersedekah dengan bersembunyi (ikhlas hati) serta berbanyak-banyak taubat dan banyak membaca al-Qur’an Kalam Allah, dan banyak sembahyang di tengah malam. Itu semua akan menghancurkan aku”.

P/S : Aku selalu berseru pada kawan-kawan terdekat untuk bersedekah. Dalam pada masa yang sama, aku ingatkan diri aku. Aku rasa orang lain lebih hebat dan banyak jumlahnya dalam bersedekah. Aku je yang tak konsisten dalam bersedekah.

Ada seorang kawan cakap, lebih afdal bersedekah kepada ibu dan bapa terlebih dahulu sebelum kasi pada orang lain. Tu bukan afdal lagi dah kata aku, tapi dah jatuh kepada wajib. Pada aku siapa yang tak buat macam tu dah dikira anak yang tak mengenang jasa. Sedekah yang aku maksudkan ialah sedekah selain melibatkan ahli keluarga. Sedekah mampu menghapuskan dosa, sedekah mampu memurahkan rezeki, dan sedekah ni sangat diberkati.

mari kita bersedekah berjemaah dengan setelusnya.