~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 3 Jun 2011

Kerana Lesung Batu

Seawal 5am lebih aku dah bangun. Pagi ni tiba-tiba aku ada mood nak memasak untuk di bawak bekal ke ofis. Inflasi sifarlah katakan. Hehehe. Masak simple-simple je, janji perut kenyangkan. Sedang asyik memasak, aku diganggu gugat oleh bunyi bising lesung batu yang entah datang dari mana. Rupanya jiran sebelah rumah aku.

Tiba-tiba husband aku menjerit memanggil nama aku dari dalam bilik. Aku tanya kenapa. Dia kata bisinglah sayang, jangan masak pagi-pagi ni guna lesung batu. Nanti jiran marah. Bukan sayalah bang, aku jawab dalam nada agak merajuk. Tapi masih cuba berlagak cool. Jiran sebelah rumah agaknya. Husband aku diam.

Bunyi bising ketukan lesung batu itu akhirnya selesai tak lama kemudian. Selesai semuanya, selepas mandi dan buat apa yang patut, selepas salam dengan sang suami, aku bergegas keluar rumah seawal 630am. Ada seorang jiran lelaki yang aku sangat familiar wajahnya masuk ke dalam lif dari tingkat 11. Dia pandang muka aku atas dan bawah dengan wajah yang serius seseolah tak puas hati. Kemudian dia pandang bekal hijau yang aku pegang di sebelah kanan.

Dengan wajah kebengangan dia kata, awak ke yang guna lesung batu tadi? Terganggu solat Subuh saya tahu tak. Bisinglahhh. Dia pandang muka aku dengan pandangan menyampah. Hah??? Aku kena lagi. Aku jawab dengan senyuman yang dibuat-buat, bukan saya. Jiran sebelah rumah saya. Cepat-cepat aku meluru keluar dari lif menuju ke kereta. Bukan apa, aku ni jenis panas baran.

Biasanya kalau aku tak salah, aku akan membela diri sewajarnya dengan kata-kata yang mungkin sampai mati dia ingat. Tapi, aku nak elakkan daripada mengeluarkan perkataan yang sia-sia, perkataan yang bakal mengundang dosa, esok kat sana, satu perkataan sia-sia sahaja 70 tahun dunia kena azab. Aku tak nak tambah dosa. Kalau aku lama-lama dalam lif tu kang, syaitan pasti akan hasut aku cakap perkara yang keji. Sebab aku tak salahkan, maka, aku terasa kecil hati. Hati aku jadi panas.

Aku tak kisah kalau aku yang bersalah. Sejujurnya aku akan pohon ampun dan maaf. Sebab aku realistik. Tapi, tak mengapalah, ini ujian untuk aku di pagi jumaat yang mulia ini.

P/S : aku pun masih menggunakan lesung batu, tapi aku tak adalah guna pada masa yang tidak wajar.

Inilah masalah bagi yang tinggal di apartment kan. Selain lesung batu, sesi 'mengdrill' rumah di waktu pagi, Magrib sangat mengganggu gugat jiran yang lain termasuk aku. Prosedur di apartment aku, drill hanya boleh dilakukan pada hari bekerja sahaja, tapi malangnya ramai yang langgar peraturan ini. Bunyi yang bising itu menyebabkan aku tak boleh berehat di rumah pada hujung minggu. Sudahnya kena keluar dari rumah sebab tak tenang berada di dalam rumah sendiri. Aku pun tak faham masih ada orang tak mampu nak hormat privacy orang lain sedangkan peraturan semua orang dah baca dan faham.

Mmm, teringat kenangan aku duduk rumah sewa yang lama sebelum ini. Lagilah bermacam masalah yang timbul. Buang sampah sewenang-wenangnya dalam lif, kencing di coridor dan tangga sesuka hati. Buang sampah dari tingkap rumah masing-masing sehingga ada kereta yang cerminnya pecah dan bumbungnya kemek. Belum masuk masalah jiran sebelah rumah suami isteri bergaduh siap maki babi dan anjing. Seketul-ketul ayat yang diaorang gaduhkan itu aku dengar dan dah boleh hafal skripnya.

Setakat masalah lesung batu tu aku dah lali, pasang muzik kuat tu pun aku dah lali. Entahlah, berada di bandar ni lama-lama boleh buat aku jadi sakit mental.