~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 28 Jun 2011

Cermin diri sendiri

Tadi ustaz cerita, kamu balik kang, kamu ambil cermin, suluh diri kamu. Tanya diri kamu setiap hari kat cermin, adakah dengan muka ni kamu layak memasuki syurga Allah?

Kamu sendiri boleh jawab, tak payah suruh orang lain nilai. Kita hanya ada 2 pilihan, iaitu syurga atau neraka. Tak ada pilihan ke 3. Maka, buatlah pilihan.

Pastu ustaz tadi ceritalah zaman nabi ada seorang sahabat yang boleh habiskan bacaan al quran satu kitab semasa melakukan solat sunat 2 rakaat sahaja. Kita yang duduk ni pun tak mampu nak habiskan baca al quran 1 juzuk. Suluhlah muka kita kat cermin tadi, adakah kita layak masuk syurga Allah? Sahabat nabi tadi kuat dan hebat bukan sebab makan nasi lemak, tapi betapa dia nak merasa kemanisan iman, cuba bandingkan dengan orang kita, nak solat pun liat, nak solat pun bertangguh, nak solat pun berkira-kira. Ada je drama best, sanggup lewatkan solat. Mana yang lebih besar, Allah ke drama. Kemudian, bersambung cerita tentang drama bersama rakan di ofis, patutnya bercerita tentang kebesaran Allah setiap masa, sebab kita kan nak masuk syurga Allah.

Ada yang sanggup bangun tengah malam, bukan tahajud, tapi layan bola, dengan rasa tak bersalahnya, dengan rasa bangganya bagitau semua orang dia sanggup bangun tengok bola di saat orang lain tengah dibuai mimpi.

Ada yang dah pergi umrah, tapi bila pulang ke Malaysia, aurat dengan sewenangnya dibuka, mulut pula tak lekang dok mengutuk orang sana orang sini, kononnya dalam segala hal dialah yang betul.

Ustaz kata lagi, kita semua ni dah diperdaya dengan Yahudi, Yahudi dah berjaya kawal kita melalui pemakanan, hiburan dan sukan. Sebenarnya, Yahudi takut dengan kita, takut dengan doa-doa kita. Maka, mereka kawal kita dengan semua ini supaya doa kita Allah tak makbulkan.

Macam mana Allah nak perkenankan doa-doa kita kata ustaz sekiranya kita tak pernah cuba nak jaga mata, telinga, mulut dan hati kita daripada membuat dosa. Mata kita, hari-hari dipertontonkan dengan filem barat yang tidak menutup aurat dengan sempura, tarian-tarian yang menggairahkan, telinga kita diperdengdangkan dengan lagu-lagu yang bukan memuji kebesaran Allah dan Rasul, mulut kita pernahkah kita jaga daripada bercakap perkara yang sia-sia? Hati kita, hati kita cenderung ke arah mana? Duniawi? Akhirat?

Dengan nada sebak, ustaz kata, dia sedih melihat perkembangan umat Islam di Malaysia sekarang. Sangat jauh dengan Islam. Suaranya seperti di tahan-tahan. Di mulut beriya-riya nak masuk syurga kata ustaz lagi, tapi tak pernah nak memBESARKAN ALLAH dalam semua perkara.

Aku yang berada di barisan hadapan surau tertunduk malu. Air mata dah berlinang, tunggu nak gugur bila-bila masa. Aku tahu kalau aku suluh muka aku kat cermin, aku sendiri dah tahu jawapannya. Aku memang tak layak nak masuk syurga. Macam langit dengan bumi. Tapi aku tak masuk neraka.

4 ulasan:

UMMI YL berkata...

sedihnya bila tanya balik diri boleh ke diri ni masuk syurga..hari hari pun risau bila terlintas kalau malaikat maut dtang ambil nyawa sekrang ini, diri ni boleh masuk syurga ke..?

semoga allah merahmati kita..semoga amal kita tidak sia-sia..semoga allah ampuni dosa-dosa kita. Amin

Kakcik Seroja berkata...

'Tuhanku... aku tidak layak untuk syurgaMu tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu...'

fuad ansari berkata...

teringat ayat:

Ya aiyuhalladzina aamanu qu anfusakum wa ahlikum naaro..
Wahai orang2 yg beriman, selamatkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza, kakcik dan fuad : yup, mari kita berdoa semoga masuk ke dalam syurga Firdaus tanpa hisab :-)