~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 17 November 2011

Susah ke nak ingat mati?


(sumber google)

Assalamualaikum kawan-kawan. Selamat berpuasa kepada yang berpuasa pada hari ni, semoga beroleh takwa dan keberkatan, insyaallah.

Hari ni entry aku berbentuk satu persoalan. Mari kita kupas sama-sama. Aku pun masih dalam proses didik diri aku supaya sentiasa ingatkan mati. Maka, kalau ada idea daripada kawan-kawan, apa salahnya share dengan aku yang masih dalam kategori budak baru belajar.

Sekali lagi aku tanya, susah ke nak ingat mati? Susah ke? Sejujurnya, pada aku senang. Kenapa aku cakap senang, aku listkan beberapa contoh di bawah ye

1-setiap hari aku pergi kerja dan balik kerja, aku memandu sejauh 45kilometer pergi dan pulang, dan sebelum nak memandu, semasa memandu dan selesai memandu, automatik aku akan terfikir / terbayangkan saat kemaatian kerana semasa aku dalam perjalanan itu, pada bila-bila masa sahaja aku akan mati, dilanggar kereta atau melanggar, samada ianya berlaku atas kecuaian / kesalahan diri sendiri, atau kelalaian daripada pemandu jalan raya yang lain. Maka, di sini, sepenuhnya aku bergantung harap / bertawakal kepada Allah Taala supaya aku tidak mati / selamat semasa dalam perjalanan pergi dan pulang. Bayangkan, dalam seminggu, 5x aku akan pergi kerja dan pulang ke rumah, dan aku akan pasti teringat pada kematian. Aku tak pasti adakah takdir aku ni akan mati atas jalan raya? Aku sentiasa terfikir dengan sendirinya perkara ini setiap kali aku pegang stereng. Kalau salah aku, padanlah muka aku, tapi kalau berpunca daripada kesalahan orang lain, bagaimana? Kat sinilah nyawa aku sepenuhnya pada Allah SWT kan. Aku tak tahulah kalau tak pernah ada orang terfikirkan kematiannya semasa memandu. Tapi, hati aku sentiasa resah apabila memandu apabila terkenangkan saat-saat kematian itu yang takkan pernah bertangguh.

2-setiap kali aku nak tidur malam, aku jadi takut sekiranya esok aku bangun aku dah kat alam barzah. Maka, setiap kali aku mengantuk, hati aku terus diserang rasa ketakukan yang maksima. Aku takut sangat pada saat kematian ini. biar pun ada ustaz cakap mati semasa tidur akan masuk dalam kategori mati syahid (dengan syarat sebelum tidur sekurang-kurangnya paling kurang pun baca doa tidur). Maka, setiap kali sebelum tidur, perkara pertama aku akan minta ampun pada suami, dan ampunkan semua orang kat dunia ni yang pernah buat salah pada aku, dan aku mohon ampun pada Allah supaya ampunkan segala dosa aku, dan aku mohon pada Allah janganlah matikan aku lagi, kerana aku belum bersedia untuk mati (boleh gitu?). Dan kadang-kadang aku terjaga tengah malam, aku akan terloncat bangun sebab aku nak pastikan yang aku belum di alam barzah. Korang pernah tak ke tahap seperti aku yang maksima takutkan mati?

Cukuplah aku listkan 2 perkara di atas, itu belum masuk bab aku dok di ofis ni, aku takut mati bila mengenangkan ada gempa bumi ke kat ofis ni, ada kebakaran ke, ofis aku dahlah lebih tinggi daripada tingkat 10, jenuhlah kalau apa-apa berlaku. Tu belum masuk bab aku di luar rumah atau ofis, takut ditembak oleh pengganas ke (nampak sangat pengaruh filem), risau diragut hingga mati ke (sebab aku ada pengalaman diragut lebih 5 tahun dulu) dan macam-macam perkara lagilah. Sehingga hampirkan setiap saat aku sentiasa terfikirkan mati, terbayangkan kalau aku dah kat alam barzah, sesungguhnya aku jadi cuak / takut / ngeri yang maksima.

Kata seorang kenalan, bagus apa ingat mati, bagusnya kat sini kita akan cenderung melakukan kebaikan, amal dan ibadah, dan cuba mengikut syariat yang ditetapkan dan tinggalkan apa yang Allah larang. Tapi, tak sepenuhnya juga aku bersedia pada kematian, sebabnya ilmu agama aku tidaklah sebanyak mana jika nak bandingkan dengan usia aku sekarang. Aku tengok budak yang muda daripada aku dah hafal al quran, hafal tafsir, aku ni tak pernah cuba nak menghafal pun. Itu satu contoh yang simple la, sebab pada aku semua orang ada 24 jam, tapi kenapa pencapaian semua orang tidak sama, ni yang dinamakan tak semua orang berusaha bersedia kepada kematian termasuklah aku.

Ramai ustaz yang sampaikan kuliah Zohor di ofis aku, adalah sebaya aku dan ramai yang muda daripada aku, aku pulak yang malu sendirian sepatutnya aku yang berpangkat kakak yang memberi tazkirah, yang memberi input kepada mereka, tapi sebaliknya, mereka bukan ada 30 jam, mereka tetap ada 24 jam sama macam aku.

So kat sini, kalau nak dibandingkan dengan mereka, aku sangat jauh ketinggalan dalam persediaan menghadapi kematian. Mereka rupanya telah lama bersedia, mungkin mereka tak sabar menghadapi saat yang pasti itu, tapi sebaliknya aku, aku seseolah tak nak menemui saat itu langsung

p/s : entry ni boleh juga dikategorikan sebagai sesi bermonolog. Aku jadi keliru apabila ada orang susah nak ingat pada mati.