~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 21 November 2011

Walaupun kena naik garuda, walaupun terpaksa naik baracuda...


(sumber google)

Malam ni malam kemuncak bola sepak Sukan SEA. Rasa-rasa dapat cuti free tak kalau Malaysia menang? Kalau tak dapat pun, aku tetap nak ucap tahniah kepada player Malaysia yang bertungkus lumus memerah kudrat dan tenaga serta kemahiran anda sehinga ke tahap yang amat membanggakan ini. Tahniahlah ya. Buktikan kemampuan anda yang bukan jaguh kampung semata. Buktikan semangat juang Malaysia boleh! Yang paling penting, semangat berpasukan tu sentiasa semadikan dalam diri, dalam niat untuk meraih pingat emas dan dalam nak mendominasi permainan di padang yang buruk itu.

Maaflah aku cakap padang buruk, sepatutnya keadaan padang berada di tahap cemerlang untuk temasya sukan yang hebat begini, tapi sebaliknya, tengoklah rumputnya yang macam segan nak hidup. Hahaha. Hari ni pula dilaporkan penyokong esktrem negara mentaliti tahap terbawah itu dah bakar macam-macam benda. Lantaklah, yang korang bakar tu pun fasiliti di tempat korang sendiri.

Pastinya aku akan tengok perlawanan yang akan berlangsung secara live malam ni dengan suami aku. Pastinya jugak apartment rumah aku akan turut bergegar / gerak gempa beberapa saat sumbangan suara yang sumbang daripada jiran juga suami aku, hahaha sekiranya player Malaysia menjaringkan gol. Maka aku kena set minda aku supaya tidak terkejut. Apa tidaknya, ada yang menonton menggunakan RTM, ada yang menonton menggunakan saluran astro, astro kan lambat beberapa saat, apabila penonton yang menonton melalui RTM dah terpekik terlolong, beberapa saat kemudian baru astro pula show gol, maka jerik pekik terlolong pastinya akan bergema berterusan dan bersahut-sahutan di kawasan kediaman aku tu. Tapi aku tak kisahlah, aku tak ada anak kecil, yang ada anak kecil pula entahlah, aku tak tahu.

Aku harap malam ni bukan sekadar bermain bola sepak. Tapi mengenai semangat juang yang ditonjolkan oleh anak-anak Malaysia yang semakin cemerlang dalam arena bola sepak. Juga mengenai mentaliti atau imej Malaysia yang dibawa mereka ke mana sahaja. Pastikan kalian bijak mengawal bola, mengawal perasaan / emosi dan mengawal keadaan / situasi walaupun kalian bakal dikecam dan dikritik oleh penyokong negara mentaliti kelas terbawah semasa 90 minit perlawanan berlangsung. Bertindaklah secara profesional. Dan aku harap perlawanan malam ni bersih daripada sebarang pergaduhan yang tidak berfaedah. Tak payahlah melayan orang gila, kata ustaz, kelak kita turut gila.

Wahai player Malaysia, pastikan semua rakyat Malaysia akan tersenyum bangga dengan kalian pada malam ni. Jangan sia-siakan sorakan dan semangat daripada sekalian rakyat Malaysia terutamanya Ultras Malaya. Walaupun terpaksa naik garuda (pesawat khas), walaupun terpaksa naik baracuda (kereta perisai / kebal) untuk ke stadium atas alasan nak elak perkara tidak diingini berlaku kepada player, kalian tetap hebat. Kalianlah wira negara. Thumps up untuk Harimau Malaya. Segalanya demi maruah negara!