~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 24 Julai 2012

Ramadhan yang sangat bermakna buat aku

Aku gembira. Aku bahagia. Hari ni dah 4 Ramadhan. Nikmat daripada Allah sangatlah mengharukan aku. Aku mampu berpuasa dengan sempurna, malah mampu melakukan terawih tanpa sebarang masalah. Seseolah di bulan puasa ni aku diberi kekuatan luar biasa, kekuatan yang maksima untuk melakukan ibadah yang satu ni.

Apa tidaknya, sebelum berpuasa, aku disahkan gastrik. Setiap 2 jam pasti kena makan, kalau tak makan, aku akan muntah-muntah. Seminggu sebelum ramadhan pula, aku diserang asma, 4 hari aku tak kerja. Aku punyalah bersedih seandainya tak mampu nak berpuasa, maka aku bersolat hajat untuk memastikan aku dapat berpuasa secara sempurna seperti insan lain di bulan mulia ini.

Alhamdulillah, Allah perkenankan. Sesungguhnya janji Allah berpuasa itu penyembuh penyakit adalah benar. Berpuasalah. Insyaallah, niat yang baik Allah permudahkan. Syukur. Aku rasa terharu. Tak payah aku nak fikir nak kena makan setiap 2 jam. Bolehlah aku buat benda lain yang lebih berfaedah yang boleh menambahkan pahala. Aduhhh, sukanya aku. Nikmat yang tidak terhingga.

Ada juga yang tak izinkan aku berpuasa, sebab diaorang tengok keadaan aku yang tak begitu bertenaga, termasuklah seorang makcik indon cleaner di ofis aku. Mungkin mereka memandang dari segi cara aku berjalan terkangkang-kangkang dan menyenget. Tapi sesungguhnya aku rasa sangat sihat dan kuat. Aku jalan terkangkang dan menyenget sebab aku sakit tulang punggung dan celah kangkang aku. Maafkan aku kalau rasa lucah di sini. Aku dah cuba urut tapi tak membantu menghilangkan kesakitan.

Bak kata kawan-kawan, biasalah tu baby dah turun ke bawah. Aku pun harap tak ada apa-apa. Selamat berpuasa kawan-kawan. Moga ramadhan kali ni membawa kita masuk ke syurga tanpa hisab

4 ulasan:

fuad ansari berkata...

peluang yg baik utk berpuasa penuh bila ada baby bersama.. (",)

moga diberi kekuatan.. (",)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

fuad : itulah, nikmat yg tidak terhingga ni sbb tak payah ganti puasa :-) alhamdulillah

UMMI YL berkata...

Alhamdulillah..
bak kata prof muhaya sakit gastrik ni sakit minda..salah satu tipsnya untuk elakkan sakit kita berniat kita takkan kena sakit gastrik..insyaallah dia kata ikut kajian peratus asid perut akan berkurang..

selalunya bila baby dah besar memang dia nak termasuk sikit kat celah tulang2 tu..sebab tu rasa dia menekan kat kelnegkang..

Saya dua2 anak pun macam tu..

Alhamdulillah seronok dapat puasa..
saya pun dapat puasa tapi bila malam badan dah jadi lembik dan overpenat sebab badan penuh angin dan perut rasa cam bloated..
alhamdulillah saya pun pregnant gak kak..anak no 3,,hihi

saya doakan akak dapat berpuasa dengan sihat2 dan seronok..
minta maaf ye kak salah dan silap..
selamat berpuasa...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

alhamdulillah

rulza dah berapa mggu dah? tahniah ya, mesti nak baby girl ni ek?

tulah sesungguhnya puasa itu penyembuh penyakit adalah benar,

sy pun penat jugak, tp bestlah kan dpt puasa. best sgt2, nikmat Allah ni